Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, June 24, 2016

Gen Y

Bila saya tengok post blogger famous vivyyusof berkenaan Gen Y, saya memang sangat-sangatlah bersetuju dengan posting dia.. Macam mana nak tidak bersetuju seandai apa yang dikatakan bukanlah ramalanku melainkan benar belaka...

Bos saya... selalu dan sangat sering menyebut "Kamu ni Gen Y" bila dia ada something or some issue yang dia tak setuju dengan saya.. Saya rasa setiap kali ada performance interview, ayat berkenaan Gen Y akan keluar dari mulut dia.. Which, i sangatlah tak bersetuju... Why kaitkan dengan Gen... Ini la masalah warga emas... Yela, since dia bukan Gen Y kan...

kihkihkih.... sorry ladybos tapi ada benda yang as employee opkos la kena buat apa yang terbaik untuk diri sendiri.. I want to be relevant in this field for a long time okay!!!!!

Semalam, saya datang print final hardbound thesis before boleh convo this coming wonderful November (i will truly love you November, please be very nice to me, I welcome you with big heart, i love u i love u i love u so much November).... Luckily, there is September in between... So, kena hadapi 31st birthday before convocation... Erkkkk...Actually, saya nak gradute before turn 30.. See, setiap apa yang dihajati memang jarang menepati apa yang diimpikan tapi when it comes, it comes with perfect package for a very good reason..

Okay, berbalik kepada kelmarin petang...
Saya ke Sg Dua depan masjid USM.. 
Kata Eju "Kedai printing yang eju pegi tu atas bengkel dekat Sg Dua"
Malangnya, takda kedai printing atas bengkel.. entah kedai apa tah situ.. 
Then, ada sorang budak perempaun tanya "Kak, kopitiam kat mana"
Terpinga-pinga la haku kat situ, then budak tu cepat-cepat jalan sebab nampak orang yang ditanya macam takkan membantu apa-apa,
Yang menariknya, saya folo budak tu.. No, its not menarik, its pelik...pelik.. Why following her?
Rupanya dia naik kedai printing atas kopitiam.. I just followed her.. 
Bla.. bla.. bla..Cakap dengan auntie kedai tu
Dan.. suprisingly, budak tu kena hantar thesis master dia paling lambat selasa depan, dan auntie tu cakap dia ada hampir 200 thesis yang dah booking untuk hardbound nak ambik before Friday next week..
Then, datang sorang lelaki (kawan dia, sebab budak lelaki tu datang dan bagitau auntie tu yang dia dah bookingkan slot pagi tadi and dia sanggup bayar lebih)... So, budak perempuan tu dah speechless bila auntie tu called merata kedai untuk mintak tolong and turn out semua kedai tak boleh buatkan sebab fullhouse. 
And.. she start crying... But lucky her.. That guy pujuk-pujuk dia cakap "Hey, jangan la menangis.. dot worry, ada banyak kedai lagi.. Jom kita cari kedai lain pulak.. Dah dah jangan nangis"
Sweetnya kawan dia... 
Bila auntie tu tanya saya bila nak ambil thesis, terus saya cakap "Lepas raya la auntie, auntie buat la thesis budak-budak yang kena hantar before raya"...
I tak rushing pun... tapi depa semua kejar dateline... I feel them... 
And I keep cakap dekat auntie tu "Kesian budak tadi".. haha..

Kata auntie tu
"student cina dengan india kena bagi chan dekat budak-budak melayu nak balik raya.. mereka mesti la dah beli tiket".... oh, auntie.. what a sincere comment!!!!

On the way balik ke bilik eju selepas habis printing (tinggal kat kedai auntie untuk dia buat hardbound)
Panas sangat masa tu walaupun dah lewat petang
Lebih mencabar iman... nampak ada budak jinjing teh ais untuk berbuka barangkali...
Ya Allah... masa tu imanku sedikit tercalar.. Sedapnya dapat teh ais
Sewaktu nak keluar ke masjid untuk berbuka dengan Eju, saya buat satu permintaan
"Eju, boleh tak lepas terawih kita pergi mengeteh, teringin sangat teh ais"
Of coz, Eju being Eju.. " Ok, kita pergi mamak"... hooray.. 

Selepas terawih, kami ke Subaidah Nasi Kandar..
And me being me... taknak teh ais pulak.. 
"Ane, nescafe ais"
Eju mintak teh tarik gelas medium..
And me being me again
"Ane, nescafe ais gelas paling besar yer"
Hahahahaha
Bila air sampai
Saya nganga... Eju dah ketawa tengok saya ternganga
Bapak besaq
Tapi, ajaibnya, saya minum sampai habis
Oh, betapa I cravingkan air ais sedap
Dan nescafe ais gelas besar tu cost me RM6.50... sebab saiznya yang superbesar tu

And, last night Eju and me, bergolek-golek tak dapat tidur sampai pukul 3.00 am dan bangun sahur pukul 5.00am dalam mamai
Eju punya la poyo, minum teh tarik pun tak boleh tidur.. hehe

And now, Im at USM... menikmati ramadhan harapnya terakhir kali sebagai student USM.. Malam ni nak hantar Eju balik Melaka.. Hantar kat stesen bas je pun

"Hang ni Ju, kerja simple, siap kalau malas, kerja dari bilik jer, Cuti raya 2 minggu sebelum raya, balik selepas raya lambat pulak tu... ni kerja ka apa ni hah???... Pastu tetiba mintak duit raya 500 dari gomen lagi"... ayat orang jeles


Selamat 18hari berpuasa uols...muah.. muah

No comments: