Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, July 19, 2016

Raya 2016

Selamat hari raya... Dah hari ke berapa belas dah, baru nak tulis entry raya.. Ah, raya kan sebulan..

This year, raya adalah sedikit kurang meriah kerana aktiviti berjalan kerumah sedara-mara dan jiran tetangga telah dikurangkan.. Tapi menjadi sedikit berlainan kerana saya solat di masjid.. Sebelum-sebelum ini, sembahyang raya pasti di surau berdekatan rumah.. Tahun ini, kakak saya ajak sembahyang di masjid. Katanya, lebih ramai berjumpa dengan orang ramai dan tempat lebih luas.. Betul jugak.. Pengalaman baru di hari raya..

Raya tahun ni ada pertambahan ahli keluarga.. Anak sedara baru.. hehe.. Semua orang teruja, budak-budak paling teruja sebab penyumbang duit raya bertambah.. Untung la jadi kanak-kanak.. Nasib baik dulu pernah merasa jadi kanak-kanak, erkkkk sampai sekarang...

Petang Khamis sebelum raya, saya dah sampai kampung. Dah ambik cuti minggu depannya. Habis, cemana nak kerja, datang pun dah takda mood nak buat apa-apa, baik cuti sahaja.. Dari menghabiskan duit kampeni kena bayar bil elektrik tinggi, sedangkan kerja tak berjalan, baik la aku cuti...

Cuma, bila berpuasa di rumah, nafsu nak berbuka dengan air ais tu tersangatlah membuak-buak. Nampaknya saka dalam diri lebih bermaharajalela di kampung berbanding di Kulim. Kat Kulim ni, waktu berbuka kekadang tak minum air pun.. Lepas solat maghrib baru la teringat belum minum air.. Aiyoook

Tahun ni berangan nak buat kek untuk raya, alhamdulillah, tercapai jugak impian dan angan-angan tu.. Dapat la buat sebiji kek marble dan dadih coklat untuk tetamu yang tak putus-putus datang beraya (padahal dadih tu sampai sekarang ada lagi dalam esbok).. Berbanggalah kalian yang dapat merasa air tangan saya, bukan senang tau saya nak mencemar duli memasak sesuatu yang lazat dan memerlukan komitmen besar seperti itu.. hiihii..

Suasana beraya apabila anak buah sudah semakin dewasa ditambah pula dengan ada yang telah berumahbertangga dan mempunyai teman wanita serta lelaki sudah tidak seperti ketika mereka kecil dan mudah menjadi budak suruhan. Dahulu kala, berbuka petang terakhir puasa adalah sangat meriah ditambah pula dengan sesi membakar lemang dan memasak rendang dan ketupat. Kini segalanya hambar, hanya ketupat dan rendang menjadi ubat pengubat rindu di hati... ahahaha.. Tidakla seperti itu.. Ayat dia macam ni, Kini, setelah semuanya dewasa, segalanya menjadi lebih teratur. Rumah dapat dikemas dengan lebih indah dan tersusun, cantik dan sedap mata memandang kerana sudah tidak ada adegan tumpah air dan bergomol didalam bilik... Seronok juga ya.. Berbuka juga menjadi lebih kusyuk walaupun malam terakhir sudah ada yang pulang kekampung setelah berbuka puasa bersama menantu kesayangan...

Ok, bersambung ... Pagi raya menjadi lebih indah apabila hujan mula turun seusai selesai solat sunat aidilfitri.. Berbondong-bondonglah manusia berlari pulang ke rumah masing-masing dengan harapan dapat melelapkan mata sesaat dua.. Sayangnya, harapan itu berkecai apabila tetamu datang menaiki kereta... Kugagahkan kaki menghidangkan kueh-mueh, air sirap selasih, ketupat-rendang dan nasi tomato yang telah dimasak dengan penuh kasih-sayang. Alhamdulillah, tetamu pulang dengan senyuman manis yang tak lekang dibibir dan menghebohkan kepada jiran-jiran yang lain bahawa anak dara di rumah itu masak nasi tomato paling lazat pernah mereka makan... Perkara itu telah menjadi bualan makcik-pakcik kampung sehingga ke hari ini.. Bilalah anak dara lain nak mengambil takhta saya ini??? hurmmmmm

Setelah tetamu beransur-pulang, tinggalkan kami sekeluarga dan taraaaaaaa....
Hidangan istimewa sekeluarga setelah sebulan berpuasa...

KFC

Terima kasih kepada para penyumbang, didoakan kalian cepat beruma bertangga dan beranak berpinak...

Setelah kekenyangan memakan makanan paling lazat atas dunia itu, seorang demi seorang anggota keluarga telah melunaskan tanggungjawab mereka pada diri sendiri.. Melepaskan lelah dengan berbaring sambil berpejam mata.. Berbahagia lah kalian... dengan ucapan, selamat berputih mata...

Raya tidak meriah tanpa adegan berfoto.. Semua anggota keluarga telah berebut-rebut untuk bergambar dengan saya... Natijahnya, mulut saya telah mengalami penyakit cramp akibat senyum terlalu lama.. Nasib baik ada ubat di instagram, setelah saya mengupload foto tersebut dan mendapat likes barulah penyakit cramp itu hilang... Selepas ini, sekiranya kamu ada penyakit yang taktahu bagaimana ingin mengubati, uploadlah gambar penyakit itu di instagram, nescaya keadaan akan bertambah baik.. Terima kasih instagram...

Petang raya, kami telah berpusing satu kampung untuk bermaaf maafan sesama jiran.. Tirulah seperti kami, yang muda disantuni, yang tua dihormati.. Lagipun, ada orang tu nak tunjuk menantu lelakinya yang seperti "Suamiku kapten mukhriz".... phuiiiii

Malam menjelma jua,

Hidangan malam telah diserikan dengan kehadiran spagetti bolognoise... Rasanya yang sedap serti berada di negara Itali.. Pekatnya, kenyalnya, masamnya, masinnya dan manisnya cukup menawan hati semua yang merasa... Hadirin juga turut memuji makaroni cheese yang turut dihidangkan...

Malam itu, kami semua tidur dalam iman dan terlena sehingga keesokkan subuhnya tanpa melalui mimpi-mimpi seram..

Indahnya beraya di kampung..

Sekian..

P/S: Mungkin tahun hadapan entry ini bertajuk : Pengalaman raya dikampung suami.. kahkahkah