Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, September 18, 2016

Selamat Ulangtahun Kelahiran Hidayah & Malaysia...

Assalamualaikum..

Salam 1 Malaysia semua.. Al-maklumlah, 16 September baru berlalu.. Hari Malaysia menjadi Malaysia dalam erti kata sebenar.. Hari Merdeka dan Hari Malaysia berbeza, tapi, arghhh kita bukan nak cakap pasai merdeka atau 1 Malaysia…

Saya cuti raya aidiladha seminggu.. Waktu balik ke kampong Jumaat sebelum raya, once orang tanya cuti lama mana and saya jawab cuti seminggu.. “wow, lamanya cuti”……. 

Itu kisah seminggu yang lepas… di maklumkan ahad saya kerja.. ahad seminggu setelah raya haji.. erkkk, ahad yang harapnya tidak akan lemau dan homesick.. Bila seminggu kat rumah, dan kembali ke kulim, dan keseorangan di rumah Kulim, bosannya. Sebab kat rumah pokok sena, budak-budak kecik tu cuti sekolah seminggu so depa pun berkubang di rumah tok dan mendera saya sampai saya takda suara nak jerit dekat depa. Nasib baik petang raya pertama ada suara balik..

Seminggu yang indah di kampong, menternak lemak seperti sudah tiada esok, menternak lemak seperti esok hanya tunggu masa untuk di tuai, masalah nak tuai apa?… dan sekarang, menyesal kerana menternak sehingga terlupa bahawa sudah overdose.. Gilaaaaaa


Hidayah yang blur

Actually saya bukan lah seorang yang blur.. Nope.. Tak la blur melampau.. Kalau blur pun sikit-sikit saja.. Tapi sebelum raya haritu, saya macam di awing-awangan, macam orang tengah asyik bercinta, macam lalok sikit-sikit.. Bayangkan, saya konpius sekarang bulan September atau Oktober. 

Alkisahnya, saya mendapat baucer tesco, dengan setiap pembeliam RM100, saya akan dapat diskaun RM12 dan tarikh luput adalah 9 Oktober… 

So, sabtu petang (10 September) saya ke tesco dengan anak sedara untuk shoping barang kering nak memasak untuk raya. Waktu dalam kereta saya dah belek-belek baucer tesco tu. Tapi selalunya saya jarang ke tesco kalau bal;ik kampong, saya lebih suka ke Mydin. Tapi sebab teringin nak guna baucer, saya ambik keputusan ke tesco.

Bila sampai Tesco, saya tetiba macam terpukau. Terus saya teringat tarikh expired baucer adalah 9 Oktober, saya berdebar-debar. Saya terus tanya anak sedara saya…

Saya: Aini, harini berapa haribulan?

Anak sedara : 10 haribulan…

Alamak, dah 10hb,dah tak boleh pakai baucer. Masa nak bayar tu hampir-hampir nak keluarkan baucer dan nak tanya cashier tu boleh tak kalau nak guna jugak baucer walaupun tarikh expired dia kelmarin. Tapi, malangnya saya tak buat macam yang hati saya nak. Saya memendam kekecewaan sampai ke rumah dan masuk tidur dengan perasaan sedikit sedih.. well, sedih sebab tak dapat save RM12..

Tapi tengah nak lelap mata tu, tetiba saya teringat… “Dayah, sekarang kan baru bulan September”… Amma Appa Ayoyoyo… Kenapa Dayah? Why? Esok pagi terus saya cek baucer betol-betol dan, saya masih ada satu bulan nak guna baucer tersebut.. 

Kenapa dayah? Sekarang masih September.. Oktober nanti akan sangat hectic.. Jangan mulakan lagi Oktober hang!!!!!!


Mak yang lawak

Mak saya kekadang dia tak boleh bezakan cucu-cucu sedara dia especially kalau size badan sama.. Jangan nanti dia tak boleh bezakan cucu dan cicit sudah la... ehem-ehem..

Masa hari raya pertama, sedara saya (sebaya dengan saya budak tu dan bujang lagi, eh!!!!) datang ambik buah durian, eh apahal pulak durian, buah kelapa untuk kenduri adiknya pada raya ke-3. Masa beliau sampai,

Mak: Eh, mai sorang saja. Mana orang rumah tak bawak sekali ka?

Beliau: Ooohhh, dia balik rumah sana.. (budak ni memang suka kelolo)

Dan, mak masih belum sedar kesilapan dia sehinggalah kami ke rumah kenduri tersebut malam sebelum kenduri. “Beliau” itu telah menceritakan kat mak beliau apa yang terjadi.. Dan mak beliau telah menceritakan kepada mak..

Mak: Dia pun tak habaq kata dia tak kawen lagi…

Ok mak, you will always win!!!!

Lepas tu mak saya rasa tercabar sebab saya dan anak-anak sedara makan ramen pedas yang tengah viral tu. Dan mak telah menyahut cabaran (taktau sapa yang cabaq dia).. Dia telah menyimpan sebungkus ramen pedas di rumah dan saya tengah menunggu bila dia nak habaq yang dia dah makan ramen tu.. 

Ramen pedas???? Makan lontong dengan sambal bilis pun perut dah tak tahan…. Hurmmmm.. takpa, kita tunggu tengok..


Ulang tahun kelahiran..

HIHiHi… malu lah… 15 September… Ya, tarikh ulang tahun kelahiran saya… Yang ke berapa??? Baru 13 tahun.. Haritu saya ubah setting FB dan berjaya menghidekan tarikh itu.. Maka, bermula tahun ini, hanya orang terpaling dekat sahaja yang wish saya pada tarikh tersebut.. Ok, guna sebelah tangan sahaja dah boleh bilang, hahahahahaha…

Thanks sahabat yang wish menjelang detik 12 tengahmalam… Thanks mak Ecah… haha

Selalunya Yon pun akan termasuk dalam list wish menjelang detik 12 tengahmalam, tapi memandangkan beliau masih dalam treatment sebab eksiden motor dan patah 4 jari kaki, maka beliau hanya wish apabila beliau bangun tidor pagi 15 hb. 

Dan opkos Puan Jat yang baru 2 hari melahirkan baby girl.. she never missed my birthday..

Dan zack-u ika and ilah… thanks a lot.. eh, macamkan mereka membaca ini…. And girls in opis group whatsapp… 

And petang 15hb, saya ke rumah kakak dan di raikan bersama sebiji kek.. Thanks semua ahli keluarga di atas ingatan dan doa yang baik-baik.. Jarang sebenarnya meraikan ulang tahun kelahiran di rumah.. Biasanya tarikh itu adalah hari bekerja…

Last but not least, saya telah membake sebiji kek sebagai hadiah kepada diri sendiri.. Tq semua yang makan kek yang mabeles tu.. Saya tahu, abang ipar saya mesti puji kek tu sedap, beliau adalah manusia yang tak pandai kondem makanan menurut kakak saya.. Bravo abang zamri!!


Korban
 
Alhamdulillah, tahun ini satu bahagian korban/RM600…. Mahal kan harga sekarang.. Dulu sewaktu pertama kali saya ambik bahagian bayaran sebahagian hanya RM280… See, hanya dalam less than 8years, harga naik almost RM300.. Maka, saya dan kakak dah berbincang nak ternak lembu sendiri belakang rumah mak… haha.. angan-angan biar bombastic katanya.. Walaupun belum rancang lagi sapa nak bela lembu tu nanti, tapi dah ada rancangan nak bagi lembu makan apa semua.. Memang berangan percuma sungguh kami ni!!!


Kahwin

Dah lama tak dapat soalan pasal kahwin… Raya kali ni, ada la pulak ang sibuk bertanya tarikh kahwin. Payah kan jadi tumpuan ramai ni.. Kang bagitahu tarikh, depa datang tapi takda majlis, depa mengamuk pulak.. 
 
Bila senyum tak cakap apa, kita pulak kena marah sebab tak serius katanya.. Eh, makcik ni.. Nasib baik lemang banyak, bagi dia makan lemang.. kalau tak disebabkan lemang, memang makcik tu balik sebab kena jamu selipar… Hahaha


Tarikh konvo

USM dah keluarkan tarikh konvo dan saya akan berkonvo pada 24/10/2016 (ISNIN) jam 3Petang… Sesi kedua pada hari pertama..

Memandangkan kami sekeluarga sedang berdebar menguruskan majlis kenduri anak sedara saya, Azwa pada 1/10 ni, maka perancangan untuk majlis konvo belum bermula…
Semua ahli keluarga tengah susah hati nak sponsor apa untuk majlis azwa. Nasib baik kakak saya bagi task mudah kat saya, just sediakan goodies untuk majlis tahlil.. Wiken ni saya kena ke sana untuk diskas homestay yang family saya akan duduk sewaktu kenduri nanti.. Nak kena booking homestay yang terpaling selesa.. Ehem, kat rumah dia ada homestay yang sediakan pool, menarik kan???

Lepas je kenduri Azwa, saya kena design baju konvo walaupun takdan nak kurus.. haha.. Lantok la di situ isu kurus itu.. Malas nak layan.. kahkah


Pemergian TGHD

Berita pemergian Tuan Guru Dato Dr. haron Din pada pagi jumaat 16 september terasa menyentak sanubari.. Teringat saya saat membaca berita pemergian TGNA tahun lalu, berkaca-kaca mata membaca newsfeed.. 

Berita pemergian TGHD lain pula diskusi nya.. Pemergian beliau bukan setakat pada penghulu segala hari, malah tempatnya jauh dari tanah air, di negara mat saleh dan banyak sekali hikmah di sebalik semuanya.. Orang yang baik, akan meninggalkan pengajaran dan pelajaran yang baik walaupun sesudah meninggal..

Banyak sekali kan update seminggu ini.. Ada lagi sedikit, tapi, malas pulak nak typing… Nanti lah yaaaa

Daaaaaaaaaaaa


“Happy birthday to you, Happy birthday to Hidayah, Happy birthday to you”
“Selamat hari lahir, Selamat panjang umur murah rezki, selamat hari lahir…. Hidayah”