Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, November 17, 2016

Kenduri Kahwin, Bapak Eksiden dan Konvokesyen



Assalamualaikum,

Ya Allah, lamanya tak update entry terbaru.. Terbengkalai sudah blog ni walaupun terlalu banyak peristiwa berlaku.. Setiap weekend memang dah habaq dah kat diri sendiri, nanti kena update jugak blog. Tapi, tula, bila time nak buka lappy and typing tu dia jadi kot lain.. Mula la tangan gatai nak klik folder movie.. 

Awal Oktober, anak sedara saya berkahwin. Very last minute punya plan, so majlis simple but still meriah. Plan asal nak kenduri tahun depan, tetapi pihak lelaki dah tak sabar sangat agaknya, datang hantar duit and minta cepatkan.. Benda baik, kitorang ikutkan saja.. Semoga Kakwa bahagia dan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah.. Walaupun Yus tua sikit dari makcik, still, kena panggil makcik ok!!!

Makcik tetap nak vogue!!!
Penuh pelamin..hahahaha
Seperti yang telah dicanangkan kepada seantero dunia, saya dah selamat berkonvokesyen pada 24 Oktober 2016 lepas pada sesi petang. Sesi pagi untuk hat pakai topi bulat saja. Yer la… Yer la, lepas ni chek pulak pulun nak pakai topi bulat !!!!!

Ok, sebelum kisah topi bulat dicanangkan, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku dalam family saya… Noooo, takdak sapa masuk meminang saya!!! No nO no…

Ayah saya telah jatuh moto dan pengsan ditempat kejadian pada awal Oktober yakni 3 minggu sebelum konvokesyen.. Pengsan ok, pengsan!!! siap dihantar ke klinik kesihatan dan ambulans terus hantar ke hospital besar...kami pulak yang macam nak pengsan dengar... kecoh sekampung...Walaupun beliau cuma jatuh motor, bukan dilanggar lari, tapi beliau patah tulang tangan dan satu tulang rusuk kanan.. Kesannya, sampai saat ini, masih lemah, manja dan masih memerlukan pertolongan ramai untuk bangun dan bergerak.. Manja tu mak saya yang kata… Sebulan rumah kami dikunjungi tetamu tak kira siang dan malam, menyebabkan mak yang demam teruk kalah pesakit.. Tapi, antara hikmahnya kejadian ni, rupanya mak sangat talented jadi pakar tulang... Lepas 3 hari tangan kena simen (sepatutnya Dr suruh datang buka simen after 3 weeks), mak senyap-senyap buka sendiri simen bapak, OMG!!!!.. Terus la lepas tu dia dapat panggilan pakar tulang... hurggghhhh

Right after disimen, sebelah tu ada mayat fresh lagi baru ditolak keluar dari zon merah.. Bilik simen ni belakang pintu zon merah.. Saya yang tunggu bapak tengah simen yang pening kat situ.. Menunggu bapak disimen disamping mayat.. gituuu
Bila berlaku musibah begini, opkos la saya tak mengharapkan mak atau kakak untuk datang konvokesen saya.. Bapak apatah lagi, nak bergerak pun perlu dibantu manakan nak datang pesta yang penuh muda mudi sebegitu… Ahhhh… Rawan juga hati memikirkan… Tapi, dalam masa yang sama, saya rasa ok saja kalau tiada sesiapa datang. Apalah sangat majlis graduasi untuk sarjana, sudahlah sesi petang, singkat dan meletihkan kepada yang datang dari kejauhan… 

Tapi, itulah emak.. Itulah keluarga.. Sanggup juga datang.. Oh, bapak semestinya ditinggalkan bersama orang kesayangan beliau dirumah, eh, bukan mak baru la… 

Terima kasih kepada semua yang datang.. Keluarga, sahabat dan… erkkk, jambangan hadiah yang tak cukup nak dicekup… Terima kasih atas jambangan bunga, coklat, bears dan ciuman tahniah!!! Hihihi.. Terharu sungguh hati apabila zuhana sanggup ambil cuti semata-mata nak datang konvokesyen..
Terimakasih daun keladi, didoakan nanana konvo sekali lagi…. (macam sesuatu sangat)
 
Thanks si cantik berdua sanggup datang.. Syazana ada kelas di USM pagi tu.. Zuhana pulak driver saya ke USM.. Thanks siapkan saya.. I means pakaikan jubah and mortar

Hari yang ditunggu-tunggu... Masa ni family pergi solat zuhur sebab kejap lagi mak and kakak nak masuk dewan..

Thanks again cantik-cantik sekelian

Thanks for bunga Sanjana and mak mertuaku (cilah)...

Eh, mak, kakak and kakak pun bagi bunga...

Thanks for coming.. huhuhu... Walaupun tak sangka begini, ikutkan semua satu famili nak datang macam konvo degree dulu.. Takpa la, next pulak yer

My pillar of strength.. Sebab kekadang memahami walaupun banyaknya berbalah selalu.. kahkah

Si cinta hati sulung.. memahami and kekadang blur jugak... Thanks drivekan semua datang ke USM walaupun dia tak sihat.. Dia masih menerima rawatan kimoterapi.. Makcik doakan Diana sihat dan dapat kahwin tahun depan..

Sakinah yang gemok tetapi pojaan hati Adam!!! wek

Thanks again lovelies

Eju and KakTitik joined later.. Terima kasih ya untuk bunga dan perfume.. Lawak aja Eju.. Nak bagi perfume pun tanya dulu...

Tengah pikir next nak sambung phd atau cari kerja lain????

Bagi can la dekat sicantik manis kesayangan ni... hurmmmmm

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya mengalami gangguan dan tekanan kerja selama hampir 2 bulan..Tekanan yang dicipta sendiri sebab projek dah nak tamat.. hahahahha.. Bodoh betol.. Risau sebab tak betul-betul dapat results yang established dan takda scientific publication lagi.. 

Saya sangat jarang, jarang, dan amat jarang sakit… Tapi saya tahu saya stress sebab saya alami batuk berpanjangan selama hampir 2 bulan. Sampaikan staf kontrak saya suruh saya pergi buat details checkup.. Oh, saya tak pergi pun.. 

Dalam masa sebulan berakhir hari ini, saya dah selamat menulis dan submit 2 paper dimana satu paper akan disubmit untuk diindex, bayangkan semuanya dilakukan dalam satu bulan.. Memang hectic tapi still boleh berpoya-poya.. Hidayah memang lagutu.. Lepas tu, last 2 weeks, Shan yang di Jepun tu mesej saya bagitahu mereka masukkan nama saya dalam paper mereka dan submitted to Royal Chemistry Society. I am more than happy. And that 1 paper yang saya kata akan disubmit to index journal tu sedang menunggu kebenaran ministry untuk saya attend conference di Korea Selatan (lokasi terpaksa dirahsiakan sehingga diberitahu kelak)…  Another paper tu pulak, saya akan ke Langkawi minggu terakhir bulan ni sebagai participant dan organizer. Yeay… Nanti Madoka, Hanagata, Shan and 1 Taiwanese guy akan datang dari Jepun untuk attend.. tak zabar nak jumpa depa semua..

And, another happy news adalah…. Next year im getting new boss.. Yeay, please, feel happy for me.. hihihi.. Dengan masalah ekonomi negara dan dunia yang sangat kritikal, ini antara hikmah yang saya mulai rasai.. Opkos, sirim juga secara perlahan sedang melalui fasa yang sedang dilalui oleg GLC lain, salah satu alternative yang diambil adalah penyesuaian bidang kerja dengan bidang kritikal negara. Dan, melalui plan yang diambil, saya seolah menerima semangat baru untuk tahun 2017. Ya Allah, Im more than happy. 

Bila direnung kembali, disaat saya menerima projek ini dengan seribu satu perasaan gundah, menghadapi cabaran demi cabaran, dikatakan menengking bos dan sebagainya, tapi Allah bagi pelangi tu dengan indah..Sepanjang menyiapkan projek ini, saya dapat siap master, ada satu paper publish dalam journal berimpak, dapat pergi jepun, ada paper collaboration with Japan national institute after 3 months working with them, I.Allah kalau ministry luluskan saya mungkin akan ke satu pulau terkenal di Korea Selatan (hint!!!) dan saya berkerja dengan teamwork yang baik (dapat staff yang dedicated) dan murah rezeki (jenjalan je aku ni)… Ya, nikmat mana lagi yang aku nak tolak. Bila Allah uji, dalam masa yang sama Dia sedang sediakan kita… Untuk sesuatu yang indah..

Apa lagi yaaaa,
Oh, tibi kat rumah Kulim rosak.. Biasa la, mana ada dah orang pakai tibi kotak sekarang ni.. Maka, daku keluarkan wang KWSp dan membeli tibi flatscreen. Tapi bukan untuk dipasang siaran, sob-sob, siaran tak dapat detect, kena pakai astro atau njoy sahaja.. Penghujungnya, daku kumpul mubie, masukkan dalam pendrive and cucuk kat tibi.. Bolehlah labuuuuuuu

Apa lagi yaaaaaa… hurm… Nanti la pulak..
Tak ingat dah apa nak cite..
Biasa la, next year dah nak masuk 32… Oh my, tua sudehhhhhhh