Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, June 24, 2016

Gen Y

Bila saya tengok post blogger famous vivyyusof berkenaan Gen Y, saya memang sangat-sangatlah bersetuju dengan posting dia.. Macam mana nak tidak bersetuju seandai apa yang dikatakan bukanlah ramalanku melainkan benar belaka...

Bos saya... selalu dan sangat sering menyebut "Kamu ni Gen Y" bila dia ada something or some issue yang dia tak setuju dengan saya.. Saya rasa setiap kali ada performance interview, ayat berkenaan Gen Y akan keluar dari mulut dia.. Which, i sangatlah tak bersetuju... Why kaitkan dengan Gen... Ini la masalah warga emas... Yela, since dia bukan Gen Y kan...

kihkihkih.... sorry ladybos tapi ada benda yang as employee opkos la kena buat apa yang terbaik untuk diri sendiri.. I want to be relevant in this field for a long time okay!!!!!

Semalam, saya datang print final hardbound thesis before boleh convo this coming wonderful November (i will truly love you November, please be very nice to me, I welcome you with big heart, i love u i love u i love u so much November).... Luckily, there is September in between... So, kena hadapi 31st birthday before convocation... Erkkkk...Actually, saya nak gradute before turn 30.. See, setiap apa yang dihajati memang jarang menepati apa yang diimpikan tapi when it comes, it comes with perfect package for a very good reason..

Okay, berbalik kepada kelmarin petang...
Saya ke Sg Dua depan masjid USM.. 
Kata Eju "Kedai printing yang eju pegi tu atas bengkel dekat Sg Dua"
Malangnya, takda kedai printing atas bengkel.. entah kedai apa tah situ.. 
Then, ada sorang budak perempaun tanya "Kak, kopitiam kat mana"
Terpinga-pinga la haku kat situ, then budak tu cepat-cepat jalan sebab nampak orang yang ditanya macam takkan membantu apa-apa,
Yang menariknya, saya folo budak tu.. No, its not menarik, its pelik...pelik.. Why following her?
Rupanya dia naik kedai printing atas kopitiam.. I just followed her.. 
Bla.. bla.. bla..Cakap dengan auntie kedai tu
Dan.. suprisingly, budak tu kena hantar thesis master dia paling lambat selasa depan, dan auntie tu cakap dia ada hampir 200 thesis yang dah booking untuk hardbound nak ambik before Friday next week..
Then, datang sorang lelaki (kawan dia, sebab budak lelaki tu datang dan bagitau auntie tu yang dia dah bookingkan slot pagi tadi and dia sanggup bayar lebih)... So, budak perempuan tu dah speechless bila auntie tu called merata kedai untuk mintak tolong and turn out semua kedai tak boleh buatkan sebab fullhouse. 
And.. she start crying... But lucky her.. That guy pujuk-pujuk dia cakap "Hey, jangan la menangis.. dot worry, ada banyak kedai lagi.. Jom kita cari kedai lain pulak.. Dah dah jangan nangis"
Sweetnya kawan dia... 
Bila auntie tu tanya saya bila nak ambil thesis, terus saya cakap "Lepas raya la auntie, auntie buat la thesis budak-budak yang kena hantar before raya"...
I tak rushing pun... tapi depa semua kejar dateline... I feel them... 
And I keep cakap dekat auntie tu "Kesian budak tadi".. haha..

Kata auntie tu
"student cina dengan india kena bagi chan dekat budak-budak melayu nak balik raya.. mereka mesti la dah beli tiket".... oh, auntie.. what a sincere comment!!!!

On the way balik ke bilik eju selepas habis printing (tinggal kat kedai auntie untuk dia buat hardbound)
Panas sangat masa tu walaupun dah lewat petang
Lebih mencabar iman... nampak ada budak jinjing teh ais untuk berbuka barangkali...
Ya Allah... masa tu imanku sedikit tercalar.. Sedapnya dapat teh ais
Sewaktu nak keluar ke masjid untuk berbuka dengan Eju, saya buat satu permintaan
"Eju, boleh tak lepas terawih kita pergi mengeteh, teringin sangat teh ais"
Of coz, Eju being Eju.. " Ok, kita pergi mamak"... hooray.. 

Selepas terawih, kami ke Subaidah Nasi Kandar..
And me being me... taknak teh ais pulak.. 
"Ane, nescafe ais"
Eju mintak teh tarik gelas medium..
And me being me again
"Ane, nescafe ais gelas paling besar yer"
Hahahahaha
Bila air sampai
Saya nganga... Eju dah ketawa tengok saya ternganga
Bapak besaq
Tapi, ajaibnya, saya minum sampai habis
Oh, betapa I cravingkan air ais sedap
Dan nescafe ais gelas besar tu cost me RM6.50... sebab saiznya yang superbesar tu

And, last night Eju and me, bergolek-golek tak dapat tidur sampai pukul 3.00 am dan bangun sahur pukul 5.00am dalam mamai
Eju punya la poyo, minum teh tarik pun tak boleh tidur.. hehe

And now, Im at USM... menikmati ramadhan harapnya terakhir kali sebagai student USM.. Malam ni nak hantar Eju balik Melaka.. Hantar kat stesen bas je pun

"Hang ni Ju, kerja simple, siap kalau malas, kerja dari bilik jer, Cuti raya 2 minggu sebelum raya, balik selepas raya lambat pulak tu... ni kerja ka apa ni hah???... Pastu tetiba mintak duit raya 500 dari gomen lagi"... ayat orang jeles


Selamat 18hari berpuasa uols...muah.. muah

Tuesday, June 21, 2016

16 Ramadhan 1437H

Wow.. wow...

Harini dah masuk ramadhan ke-16... Tak sempat nak pejam celik... Dah separuh liga kedua dah.. 

Kelmarin, lepas subuh dan terlelap sebentar, bila terjaga tu, saya terus terpikir... "Awat teruk sangat hang ni Hidayah"

Teruk nya rasa.. Looser betul lah. 
Tahun ni, hanya sehari saja saya dapat berbuka di masjid.. Itu pun waktu minggu pertama berpuasa, kemudian banyaknya dihabiskan berbuka dirumah sewa keseorangan atau diluar bersama zuhana (selain pulang ke kampung berbuka dengan ayahbonda tercinta... ditemani hujan yang turun renyai menyembah bumi bersama angin petir pada satu malam jumaat minggu lepas)..

Kegembiraan dalam bulan puasa salah satunya adalah dapat berbuka beramai-ramai di masjid dan terus solat jemaah dan terusan dapat berikhtikaf sehingga terawih.. orang kata waktu sekarang la (bujang kan!!!) nak menikmati semua ini.. Jangan bila sudah ada tanggungjawab baru mahu menyesal.. Seronok tahu balik kerja tak payah susah payah pikir dan masak menu berbuka.. Kat masjid, cuma ceduk makanan, baca doa berbuka, makan dan disudahi dengan doa selepas makan.. Letak semula pinggan kotor ditempat yang disediakan... Taraaaaa.. setel puasa pada hari itu... Seronok kan, umpama raja sehari..

Oh, terlupa, semalam saya berbuka di masjid USM bersama Eju.. Ya, Eju yang sudah sebati jiwa dan raga bersama USM tu.. Jangan di tanya pengalaman kami berbuka di Puncak Mutiara.. Sesungguhnya ia amatlah menyedihkan.. Tapi, asalkan Eju gembira pada hari lahirnya, sudah cukup mengubat kekecewaan saya pada hari itu.. Cukuplah sekali itu saya berbuka di tempat sebegitu.. Sesungguhnya ia tidak cocok buat saya yang miskin dan makan banyak ini... Malas mahu diceritakan besar-besaran..

Tapi kekecewaan ini belum dapat mengatasi kekecewaan saya terhadap SADA.. Bayangkan sehingga 16 Ramadhan ini, hanya tak sampai sebelah tangan bilangan hari yang bekalan air mencukupi.. Sampaikan emak saya kata "Tak payah balik beramai-ramai sekaligus, tak da air sekarang" ..Sedih pulak saya... Sampai hati SADA buat saya yang keseorangan ini begini... I hate u!!! I hate u...


Berbalik kepada kisah semalam..
Saya ke USM untuk mendapatkan endorsement dari supervisor dan dekan.. Malangnya dekan belum sign lagi sebab dia sibuk... lantok lah.. Yang penting supervisor dan internal examiner dah sahkan thesis saya yang telah melalui 3 kali pembetulan bersama internal examiner yang ciwi itu.. (ciwi tu maksudnya cerewet)... Tapi internal examiner yang cantik tu memang baik sangat.. Dia siap cakap "Saya minta maaf yer kalau saya ada cakap apa-apa yang menyakitkan hati awak"
Sweet sangat.. Dia takda salah apa pun, pembetulan pun bukan banyak mana pun.. Cuma jadi lambat sebab Dr. tu banyak outstation dan dia sangat sibuk.. Tapi, iols ok jer..

Kalau ikutkan supervisor, dia nak saya konvo pada akhir April lepas.. Ah sudah... Saya taknak la.. Saya nak konvo dengan meriah dan bersama orang tersayang November nanti, baru best.. Jadi, saya saja lambat-lambatkan hantar thesis kepada internal examiner dan berdoa dia tak check cepat-cepat.. Lagipun, sedara saya kahwin awal Mei, kesian pulak kalau takda family saya yang tolong sewaktu majlis dia..

Nak ditambahkan cerita, masa tu anak sedara saya yang sakit tu masih sangat lemah.. Tak sanggup nak bergembira di saat semua tengah berduka.. Alhamdulillah, dia dah boleh berjalan sekarang, dah berselera makan dan dah bertambah sedikit berat badannya.. Alhamdullilah, moga dia sihat sepenuhnya..


Eh, cerita asalnya nak bagitahu peristiwa sewaktu jumpa supervisor.. Bukanlah peristiwa sangat pun, cuma sedikit saja apa yang dibincangkan bersama beliau.. lebih kurang kata-kata terakhir beliau..

"Hidayah, nasihat Dr untuk kamu, kamu kena read, read, read... Untuk kebaikan SIRIM dan kamu sendiri.. Jangan baca jurnal sangat, baca buku... Luaskan pengetahuan.. baca secara details.. Ingat, kamu kena baca..."

Yer, ini orang kedua suruh saya baca.. 

Dulu En Nik (senior researcher, merangkap projek member).. Dia pun nasihatkan suruh membaca... kiranya dia orang pertama la yang cakap "Baca, banyakkan membaca"

Baiklah... Eh, baca blog aci tak???? hahahha


Tadi, terkejut betul saya.. Rupanya YM online sudah tiada.. 
Adalah perasaan sayu sedikit bertapak di sanubari..
YM online meninggalkan kenangan manis untuk ramai orang..
Dulu, saya kenal Joe (umpama seorang abang Joe ni) melalui YM.. 
Masa tu saya di Matriks Penang.. 
Lepas habis matriks, saya pun lupa YM messenger tu, terus lupakan dan tak pernah online..
Sampailah saya dah bekerja dan dah sambung master..
Satu malam di USM sewaktu saya melepak di bilik Eju, tiba-tiba ada orang tegur saya di YM,
"Salam, saya tak pasti awak ni siapa, tapi nama awak dah lama dalam akaun friendlist saya?"
Punya la saya fikir-fikir-fikir, baru ingat bahawa saya pernah berkawan dengan dia..
Sampai dia dah anak tiga sekarang pun kami masih berbaik.. dengan isterinya dan anak-anaknya yang selalu saya ikuti perkembangan mereka..

Selamat tinggal YM!!!! (menangis lagi di bucu katil)



Saturday, June 11, 2016

Ramadhan Kareem (2016)...

Salam Ramadhan Al-Mubarak semua…

Cepatnya masa berlalu, hari ni dah masuk hari ke-6 ramadhan.. Tadi pagi, waktu ke kedai buat grocery shopping, kakak kaunter tu tiba-tiba cakap,
“Ish, sat noh dah 5 hari puasa.. Dok rasa macam baru 2,3 hari ja posa.. tengok-tengok dah 5 hari…”

Betul, cepat sangat…

Bila hari bekerja lagi la terasa cepat masa berlalu, tengok-tengok dah nak kena balik rumah untuk berbuka..

Malam ni, waktu berbuka tadi tak terasa nak makan nasi.. Makan benda ringan saja.. Tiba-tiba lepas terawih, Kak Nina (opismet) datang ketuk pintu rumah hantar nasi daging… Oh, terharunya..
Tengok jam dah 10.30 malam… Pikir banyak kali nak makan ke tak.. Berkali-kali dok tenung Tupperware nasi daging tu, sampai tembus la, dapat kira daging berapa ketul..
Sambil tengok jam, sambil berpikir tu, tak sedar bila masa dah bangun pergi ambik camca dan pinggan..
Bertambah 2 kali ok.. hambik kau.. Pukul sebelas malam, makan nasi daging bertambah dua kali…
Tiba-tiba setengah jam kemudian, housemate keluar, dia pun nak makan jugak walhal dia dah makan nasi berbuka tadi… Siap bertambah-tambah dia makan… Nampak sangat nasi daging tu sedap.. Nasib baik Kak Nina bagi banyak.. Memang puas hati la perot kami bersua.. haha
Tengah dia kusyuk makan tu, saya bangun ke dapur bancuh kopi.. Sebab, tiba-tiba terbayang-bayang dapat minum kopi sedap.. payah betul jadi manusia yang sangat addicted dengan caffeine ni…

Dan, disebabkan telah menelan 2 cawan kopi kaw-kaw punya, terpaksa berjaga sehingga saat ini.. haha…

Esok pagi atau tengahari, Eju nak datang Kulim.. Rancangnya nak ke Puncak Mutiara di Kg Pelet untuk berbuka di sana.. Kesian, kawan tu kempunan banyak tahun dah nak berbuka di sana… So, saya kosongkan jadual untuk weekend this week, stay Kulim untuk ke Puncak Mutiara. Seingat saya hanya sekali saya pernah berbuka di sana, tahun 2010.. Masih ada entry tu. Berbuka bersama Azrul dan Sahak.. Haha, sekarang depa pun dah bawak haluan masing-masing. Azrul terus senyap tanpa berita… Sahak pulak dah ada anak dua.. How time flies…

Roadtrip semenanjung Malaysia -Finale

Hari last ni, saya berazam nak ambik half-day cuti.. Sebabnya saya belum mohon lagi cuti pada hari last tu.. Yela, kalau ikut tentative awal, kami sepatutnya last day roadtrip kelmarin lagi.. Hari ni saya dah boleh masuk kerja macam biasa.. Terbabas rupanya rancangan kami.. kihkih

Kami check-out hotel dalam pukul 8.00 pagi dan bertolak ke destinasi seterusnya sambil mencari tempat makan best untuk breakfast.. Kami memerlukan heavy breakfast sepanjang roadtrip ni.

Hampir sejam bergerak, saya dah tak ingat nama tempat tu, nampak satu warung tepi jalan yang ramai orang.. So, kami decide untuk breakfast di disitu.. Saya ambik nasi lemak ayam dan roti canai, sebabnya nampak ramai sangat beratur nak beli nasi lemak. Mesti sedap ni. Memang best la makanan kat kedai tu.. Roti canai dia, kuah tu memang thorbaek…

Destinasi kami seterusnya adalah Menara Condong, Teluk Intan.. Dalam perjalanan, Eju tiba-tiba nak tambah satu tempat lagi, Kellies Castle. Yela, menjunjung perintah, Eju… Patik ni driver sajer..

Sempat lagi Eju telefon sorang kawan kami yang kerja di Perak, iaitu Yanie.. Eju ni memang sentimental orangnya, dia kalau boleh nak jumpa semua kawan-kawan yang kebetulan kami lalu kawasan rumah mereka… Malangnya, Yanie ke Selangor masa tu, ke rumah abangnya… Tapi saya sempat berborang dengan Yanie (masa ni dah sampai Menara condong)….
Yanie: “Dayah, nanti update dalam blog eh roadtrip korang…”
Saya: “OMG, hahahahaha… hang baca blog aku ka?... malunya…..”
Yanie: “yela, hari-hari aku buka tunggu post baru kau….Kau pergi Jepun eh haritu?”
Saya: “Ok, nanti aku update.. aku letak nama hang sekali (yanie, see, aku dah kotakan janji aku)”

Kami bergambar lebih kurang kat bawah Menara condong… Mula-mula tak nampak sangat yang Menara tu condong,. Tapi pada angle yang betul memang akan nampak yang Menara tu sangat condong.. Kami jugak ambik peluang untuk naik sehingga ke atas Menara sambil mebaca sejarah-sejarah yang di tampal di dinding-dinding.. Cuma, kami tak buat la aktiviti karut baling syiling dalam telaga tu…

Seterunya, kami menuju ke Gopeng untuk ke Kellies Castle.. Panas lit-lit masa sampai tu.. Nak masuk kena bayar, parking kereta pun kena bayar.. hurm…
Kat Kellies Castle lama jugak la kami bergambar, posing tak ingat dunia.. Segala ceruk kami masuk.. Tapi memang cantik bila bergambar dalam panas.. Waktu nak keluar tu, masing-masing beli aiskrim sebagai tanda puas hati sangat-sangat, kami buat keputusan yang tepat untuk singgah..

Tak lengkap rasanya roadtrip kami kalau kami tak singgah Bandar Diraja Kuala Kangsar. Kami singgah solat dan makan aiskrim (second round) di Masjid Ubudiah yang sangat-sangat lah cantik tu… Berehat sekejap dan yeay, tamatlah penjelajahan kami..

Seterusnya balik ke Penang….yeay lagi.. (melalui jalan dalam pastinya)

Terpaksa saya ambik cuti full day, nasib la bos approve.. Pukul 2.30 masih di Kuala Kangsar, dan hanya selamat sampai di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pukul 5.30 petang.. Jambatan ini adalah checkpoint kedua terakhir penjelajahan kami (sepatutnya yang terakhir) sebelum saya hantar Eju kembali ke USM.

Waktu turunkan Eju di hostel dia, terus rasa bangga.. Termakbul impian kami… Roadtrip yang sangat awesome walaupun penat.. Dan saya teruskan perjalanan pulang ke Kulim berseorangan.. Sempat singgah di opis pada remang senja untuk checkpoint terakhir roadtrip (nak jugak tuuuu)…

Berakhirlah sudah roadtrip yang dok tunggu-tunggu selama ni.. Yeay.. mission accomplish..

Malamnya, tiba-tiba eju whatsapp

Eju: “Dayah, mandi dan basuh semua baju yang pakai tadi tau.. Lepas tu cek badan ada tak lebam-lebam”
Saya: “Kenapa? Aku dah setel semua… Takda lebam pun.. kenapa.. kenapa?”
Eju: “Badan eju ada lebam-lebam… rasanya kena kat Kellies Castle tu la”
Saya: “OMG… dah la duduk kat rumah ni sorang-sorang… “
Lepas tu dok mesej-mesej dengan zilah… Zilah kata tempat tu memang keras.. omg… tempat tinggalan mat saleh yang mati sebab sakit…

Takda apa la……..

Thanks Eju menjadikan trip ni satu realiti yang best… pasti akan di repeat lagi.. pasti, andai panjang umur dan sihat tubuh badan, pasti akan berulang…