Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, January 29, 2017

KOREA TRIP- Ke Busan naik train laju

I nak sambung cerita korea, final part..

So, lets ke korea pulak kita.. Dok Malaysia ni memang mengundang kestressan..

Lepas keluar dari Namsan Gil Guesthouse yang superduper best, yang memang sangat recommended tu, saya terus ke Myengdong Station dan naik train ke Seoul Station. Masa ni dalam kepala memang pikir nak tukar booking slip kepada tiket KTX saja.. 

Dont worry gais.. Kat stesen ni, arahan sangat jelas untuk ke KTX.. KTX ni kat bahagian luar station train.. Naik escalator dan sampai la kat KTX station.. Hey, giant mana boleh tidor sebilik dengan cicak.. Penyet la cicak...

I ni bila sensorang, memang akan sampai kat tempat kejadian yang melibatkan tukar-beli tiket sejam awal.. Masa kat stesen KTX ni, patutnya i bought the train at 13.30pm, tapi i ni belum 12.00pm dah terpacak kat kaunter tukar tiket.. Semangat sangat hang nih nak sampai Busan...

I semangat nak merasa "Train To Busan".. cerita gapo tah yang tengah femes haritu.. I tak tengok pun.. Macam cerita tak masuk akal pulak bila tengok iklan.. Buang karan je..

So, I tukar booking slip ke tiket yang macam resit tesco tu kat kaunter, and hooray, im done.. I dah paid using credit card since kat Malaysia lagi.. Dont forget, the beauty of travelling alone.. Gituuuuu

So, kita pun melangut la kejap kat tempat waiting area train tu.. Ada mall dan banyak coffee house dalam station ni. Sangat convenient.. I kan miskin dah masa ni. I only got 20,000 kRW.. Sedih kan.. Tak sampai RM80.. And my T-money perlu di topup lagi another 5000KRW.. Cemana la i nak survive nanti kat Busan, tempat buat si syurga makanan tu kan???? So, for lunch haritu i makan sesiap snickers dan kerepek ubi...

Pukul 1.00pm, dah tak sabar, so masuk dalam KTX entrance and cari train yang akan ke busan.. Rupanya train memang dah ada, so, just cari seat je.. Panjang ok train ni.. But i guess shinkansen lagi panjang...

The KTX.. Moh ler naik.. nak tengok mana lebih hebat, KTX or Shinkansen...
Yes, berjaya jumpa door yang betol..
Kat pocket seat ada majalah KTX ni.. belek-belek muka belakang ada gambar pakwe lama kita la.. Masa kat Jepun dulu, gila betol dengan Insung ni..
Dari Seoul, seat sebelah kosong.. Ada cerita sebenarnya.. Cerita lawak nak mati.. kahkahkah..Malas nak typing cerita lawak tu.. Yang menjadikan cerita tu lawak, sebab after 2 station, ada sorang mamat korea hensem naik dan dia duduk sebelah saya.. Argh, malas la nak buka kisah lama, nanti terkenang mamat tu pulak..
I duduk belakang.. tengah-tengah gerabak ada toilet.. Excuse me, their toilet got bidet ok...Tak sia-sia bayar, tak kekok langsung nak ke toilet..
Ok tak.. I prefer shinkanser more.. Opkos la kan.. The best kot naik shinkansen
Lepas tidur jaga, tidur jaga, after 2 hrs and 30 minutes, dah nampak kelibat Busan Station.. OMG..
Blur masa sampai ni, sebab baru bangun tidor kan!!!
Lupa nak bagitau, tiket train yang mahal tu, takda sapa pun datang check "hang betoi ka beli tiket sampai stesen busan?".... Based on trust sungguh depa meniaga..

I melilau depan station KTX Busan.. Dah la takda internet.. Pastu takda direction ke hotel.. Haha..Sebab dah email ke hotel tanya direction tapi takda balasan.. Menggagau lagi la cari.. Dah la masa tu nearly 4.00 something.. Tanya pakcik jaga teksi tu, dia kol hotel, rupanya hotel tu dekat jer pun.. Ceh, jalan seminit sampai.. Dekat lorong yang tunggu teksi tu.. Toyoko-In hotel tu adalah benchmark dia.. Cuma sebab ada banyak small motel and kedai makan kat situ ditambah depan motel tu ada kereta park, sedikit confusing la.. Sampai situ, ahjumma dah ready tunggu, nak sound dia tak reply email pun tak sampai hati.. Dapat kunci, terus naik lift.. Hotel saya tingkat 5 (atas sekali), betol-betol depan lift.. its scary doh.. Im the only one yang stay tingkat atas.. huhuhu.. Masa ni terus rindu Namsan Gil House...

Di Busan, saya booked Hill Motel thru agoda (murah 2ringgit berbanding booking.com).. Sini no breakfast and no microwave oven, and also no juice, fresh milk, and bla bla... sedihhhhh

But the decoration of the room is quite, erm, fabulous.. Hahahaha
Ok, la....
Katil besar...Boleh kuak lentang..
Toilet siap ada bath-tub.. Ok la.. I paid thru credit card RM266 for 2nights..
Lepak bilik jap, lapar la pulak.. Bancuh nescafe, rendam nasi dalam air panas, keluarkan sambal bilis and all.. Tapi, nasiku tak berapa sticky.. So, nasi tak dapat nak makan..Takut sakit perot la pulak sebab rasa nasi macam mentah.. I makan biskut cicah nescafe.. Rest lama sikit sambil update insta and wassep..

Lepas isyak dalam pukul 7.00pm, saya siap-siap dan keluar.. Stesen train biasa berdepan dengan stesen KTX.. Malam ni nak ke Gwanggili Beach.. Kat sini, yang menarik sebab dia ada jambatan yang memiliki lampu LED terpanjang di dunia.. and its really fantastic okay!!!!

Guys, 2 train saya terlepas sebab dah macam tin sardin. For the third train, i just squeezed in jela.. Perasan kuruih.. Terus ke stesen Gwanggili.. Turun kat stesen tu kena jalan for 15 minutes before boleh sampai beach.. malam beb..

Dah sampai tu, terus la terkesima.. And Im lucky sebab after 30minutes dok bertapa, depa buat pertunjukkan lampu dekat jambatan tu. I uploaded the video on my insta.. Sangat mengkagumkan.. Hebat..






Ada yang main firecrackers kat tepi pantai..syok oooo

Lebih kurang sejam lepak kat pantai, around 9.00pm, gerak la balik. Sepanjang jalan kat Gwanggilli tu banyak kedai makan.. And I make a stop dekat kedai yang buat food delivery sebab dia ada jual gimbab 2700KRW.. The cheapest, and as i am super duper lapar, setelah berbicara seperti ayam-itik, dapat la sebekas gimbap seafood..Sedap.. Yummeh

The Gimbap.. Makan sat je habis sekotak..
That night, i tidor awal.. Esok nak tawaf 3 tempat..

Moh ler rehat jap, ngantok ler pulak..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

It took me more than one week to finish this entry..

04.01.2017
2nd day di Busan...

Saya bangun pagi agak lewat.. lewat cara kat Korea la. So, dalam pukul 9.30am lepas pack barang makan sikit dalam bagpack, makan biskut, minum nescafe and minum susu pisang, saya pun keluar ke stesen train. Ada sebab kenapa saya selalu keluar lambat, sebabnya saya taknak bersesak dengan orang yang nak ke opis. Sesak okay..

Pagi ni saya ke Jagalchi Market, a must visit... Inilah the true soul of korea. Lambakan makanan laut fresh yang murah. Sayangnya saya kan miskin masa ni.. lagipun mana best makan sedap sorang-sorang... Takpe, lain kali datang lagi, dengan yang tersayang!!!! ewahhhh




King crab...
Sapa suka makan octopus.. Nah!!!!



King crab

Saya makan ni je.. Fish cake... yang paling murah dan dalam kemampuan saya.. huhuhu




Busan memang the best... Pemandangan awesome sangat... Bau laut...






Depa baru bawak naik sotong... besar gedabak... Dok hidup lagi sotong-sotong ni..




Nampak gambar runningman.. Maksudnya waktu penggambaran runningman depa pernah mai makan atau shooting kat sini...


Taktau la bendalah ni apa ke benda.. Lu pikirla sendiri..
Mula-mula saya nak gerak dari Jagalchi market ni pukul 11.00am.. Tapi.. Beratnya rasa hati.. Dalam pukul 11.30am lebih jugak baru saya bergerak ke stesen yang berdekatan dengan my next checkpoint (haha.. padahal tak ingat nama stesen, google je la)... Saya nak ke Gamcheon Cultural Village.. Yuhuuuu, tourist wajib singgah ke sini.. Sila google untuk maklumat lanjut, malas daku nak typing benda yang boleh google..

I had my lunch here, air tin kacip Fatimah dan snickers.. Penting okay snickers ni...
(I also ter left my selfie stick kat sini, sob sob... dah sampai Malaysia baru perasan selfie stick takde, and sepanjangan ingatan saya, sini la kali terakhir saya guna selfie stick).. Takda rezeki orang kata...





Kaklong, as you wish.. please zoom..


Ni checkpoint utama dekat cultural village ni


My T-money (padahal pinjam roomate punya).. Sama kan.. Thats why la saya nak sangat datang Busan dan specificly kat sini..




Minuman penambah tenaga...

Kucing kat sini memang gomok-gomok... Sebab nak tahan suhu sejuk.. fluffy sangat..

Laluan dekat village ni sangat la kecik, sempit, muat sorang je sekali jalan..Dah la mencabar, semuanya laluan mendaki..

Depa sangat kreatif.. Kat atas bumbung hijau tu deretan patung burung depa buat.. Daya tarikan hokey
Saya cuma spent 2 jam kat perkampungan ni. Sebab nak kejar tengok sunset kat beach. Mula-mula saya plan samada nak tengok sunrise atau sunset dekat Heundae beach. Heundae beach ni femes jugak, sebab antara pantai tercantik kat busan dengan pasir yang halus.. Macam phuket la, happening especially malam. 

Tapi lepas tu saya tukar pikiran untuk ke Dadaepo Beach.. Untuk ke sini, saya kena naik train turun dekat satu stesen ni then kena carik bas.. Bab berkaitan bas ni memang mencabar okay.. Sila cari bas nombor 96.. Naik sampai dia stop last station. Jauh dan lama.. Hampir sejam jugak la dalam bas ni.
Lepas turun bas, kena menapak lagi untuk ke beach..

Ada saliran kecik yang jernih ayaq dia


The Dadaepo Beach!!!!! 









I dont know why, i cried loud here.. Huhuhuhu.. Syahdunya rasa.. Dalam kedinginan rembang petang, sangat sejuk, menggigil-gigil, sorang-sorang dinegara asing, rasa kerdilnya diri... Tak terjangkau akan ke Korea seorang diri.. Dapat buat tour round Korea pulak tu. Nikmat mana lagi saya nak dustakan...

Oh, my.. 

Balik malam tu, malam okay saya balik, kemas-kemas baju dan tak tidor. 

My second time tak tidor malam, sebab takut bangun lambat. My flight esok pagi dari Gimhae Airport pukul 10.30am.. And i need to catch 2 trains untuk sampai airport, dengan beg besarnya dan nak avoid crowd. 

Pagi tu, mandi awal, makan kenyang, keluar awal...

All went smooth.. Arrived Gimhae Airport at 7.00am ....

Sempat ambik gambar sunrise..
Oh, sempat jugak beli tambahan 4botol lagi banana-uyu.. 1300KRW/each dekat 7eleven dalam airport. More importantly, innisfree and other local skincare takda kat airport ni.. Saya dah la memang nak beli skincare korea kat airport, melepas....

Sunrise from Gimhae Airport..

Its my real time to say bye-bye to Korea.. 

And satu je, naik AirAsia selama 6 jam adalah sangat tak fun. Sakit badan and tak dapat mintak air sesuka hati... huhuhu

Sampai KLIA2, dah la kena jalan jauh nak ambik baggage..

Then beli tiket baru untuk balik alor setar...

Sampai rumah around 10.00pm.. Semua tengah tunggu nak claimed hadiah masing-masing...



Alhamdulillah, hati saya tak tertinggal di Korea..hehehehe... Masih di Japan mungkin.. Surely, i missed Korea, their nature, culture but not their KRW.. 

Thanks to MOSTI for giving me the opportunity to attend this ICCME2016 conference and my teammember for this project. Thanks to my family for always putting trust on me..
And most important to me myself, for never give up...