Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Sunday, January 29, 2017

KOREA TRIP- Ke Seoul ler pulak

Setiap hari saya balik kerja dengan semangat membara nak update cerita Korea sampai habis.. Setiap hari okay!!! Tanpa jemu!!!

Malang seribu kali malang... sampai rumah tergolek mengadap henfon.. ke laut la..
Bukan boleh percaya sangat dengan saya ni, hati nak buat, tapi malas tu lebih dominan..

Sebelum malas tu jadi berganda-ganda, baik kiranya kita sudahkan apa yang kita dah mulakan..

Malam new year di Jeju Island, takda sambutan apa pun. Macam biasa, depa beli stok makanan nak masak. Sebab menurut orang Jeju, depa takda sambutan fireworks tapi lebih kepada masing-masing bangun untuk tengok sunrise pertama di tahun baru.. Tak macam kita la kan, malam-malam tengok bunga api, lena sampai lajak ke zohor.. Dan orang Korea katanya akan bersantai dirumah, masak-masak, makan-makan, beramah mesra dengan famili sehingga hari ke-3 tahun baru.

Since, pagi esoknya tu flight saya ke Seoul (Jeju Airport to Gimpo Airport) adalah pukul 8.40am, saya konon-konon bertekad taknak tidor malam.. Inila keputusan yang hampeh sepanjang di Jeju..

Tak tidor OK.. Habiskan stok limau, kemas kain baju, makan pagi, minum nescafe, tengok muvie sampai lebam.. By 6 am saya dah turun ke lobby dan minta orang lobby panggilkan teksi, walhal semalamnya orang lobby dah bagitau boleh turun pukul 6.30am.. Sebabnya, perjalanan nak ke airport lebih kurang 10 minit je pun.. Hahahaha.. Poyo sangat.. Pukul 7am saya dah siap check in luggage semua. Alhamdulillah, berat luggage balik memang tepat 15kg. Saya jalan sehelai sepinggang bawak handphone, passport, duit dan beberapa barang peribadi dalam beg kecik. Memang dah berazam, di Korea tak nak jenjalan bawak bagpack besar. Waktu datang haritu pun memang semua barang check-in, cuma tinggal satu beg galas kecik je dengan saya yang lengkap dengan segala keperluan. Santai betul trip kali ni.

Oh ya, flight saya delay pagi tu.. Pukul 9am baru jalan.. Sebab tu la menyesal tak tidor malam tu.. Terpaksa lelap mata kejap kat airport, dah la airport kecik, orang pulak ramai.. 

Saya rasa rugi betol sebab masa datang Jeju haritu tak ambil gambar dari atas flight. masa balik ni, saya memang duduk hujung sekali tapi kedudukannya tak betul-betul tepi tingkap. Jenuh teleng kepala nak tengok luar.. Maleh la nak keluarkan handphone kalau dah cenggitu situasinya, karang nak fokus pun terteleng habis kepala... 

Sewaktu meninggalkan Jeju.. Yang nampak puncak tu Halla-san,,,diselaputi awan... Cantik dan mengkagumkan..
Saya sampai Gimpo airport, terus cari bas nak ke Myeongdong.. Kat korea ni, struktur mukabumi dia tak menggalakkan orang yang bawak luggage besar turun naik train. Better ambik bas.. So, naik bas dalam 7000KRW, terus sampai depan jalan besar menuju ke guesthouse. Guesthouse ni saya cari sendiri kat booking.com... Mula-mula saya booking untuk guesthouse di Itaewon, tapi few days before fly, saya decide tukar guesthouse.. Senang kan travel sorang, rasa nak tukar, tukar jela...

Masa sampai area Myeondong saya nervous jugak sebab tinggal saya sorang dalam bus. Nasib la ada ahjumma baru naik bas tu untuk ke airport semula, jadi dia la yang tolong peratikan saya. Bila sampai je stesen Myeondong, memang dia bersungguh suruh saya turun. Dah turun tu, pening kepala la pulak nak cari guesthouse. Tanya pakcik yang tukang angkut beg masuk bas ekspres tu, dia siap google map dan lukis map kepada saya. Saya pun folo. Ala, depan tu je tapi sebab first timer jadi blur la sikit. Jumpa 2 malaysian dan depa pun bersungguh nak tolong. Ada sorang kakak tu suruh jalan ke depan lagi.. Ok, hotel saya satu jalan dengan Nangmaru, Namsan guesthouse 1,2, 3 tapi dia atas sikit ke arah cablecar Seoul Tower.

So, ini la guesthouse saya. Lupa nak ambik gambar dalam. Tapi saya suka. Sangat baru lagi, so, sangat la selesa. Tambahan pula, saya kan ambil bilik single. I paid cash masa ni. Lebih kurang RM300 untuk 2 malam. Tapi disediakan breakfast and laundry and sangat la comfortable. Saya ni tengah malam pun menggagau minum jus dan ambik freshmilk sbb pagi tak makan sangat kat, just kidnap epal je makan waktu jenjalan.



Toilet sangat bersih.

Katil single, selimut best, heating terlalu panas kekadang tu, TV flatscreen dapat macam2 chanel. Overall sangat ok.
Since saya check in awal, petang tu around 2.00pm saya keluar ke palace. Awal tu saya guna google map dia suruh naik bas. Aku pun folo. Satu hal pulak nak cari stesen bas. Tengah blur depan jalan besar Myeongdong tu tetiba ada couple Malaysian approach tanya Dongdaemon Street/Myeongdong street (saya tak ingat mana satu) kat mana. Terpaksa beritahu saya baru sangat sampai tapi dalam masa yang sama saya tunjukkan jugak lorong yang saya rasa menuju ke myeongdong street.

Sebelum depa beredar, depa pun susah hati tengok saya terpinga-pinga siap tanya

"Awak ok tak ni?"

"Sure, nanti saya tanya orang, dont worry"

Lepas tanya sorang ahjumma yang dok jaga gerai dalam mall depan jalan besar tu, dia suruh naik train.. Aah la, better naik train lagi senang. Ceh, apa la google map ni...

Nak ke palace tu, satu station je pun jarak dia.. Phuiiiiiiii


Saya dah tak ingat stesen apa, sila google sendiri. Folo je sign kat stesen ni, terus akan keluar dekat gate yang terhampir dengan  Gyeongbokgung Palace. Kena beli tiket 3000KRW untuk masuk dalam palace... Sila bersedia ok,,palace ni sangat dan amat luas kawasan dia..







Untuk tempat ni, pukul 4.00ptg depa dah taknak terima guest, tapi bila nampak foreigner depa still benarkan masuk. kena beratur ni nak masuk.. Saya antara last la yang masuk.. Scary tempat ni..

I suka picture ni.. Depa ni sewa baju ni untuk bergambar

The ticket...

The one and only palace yang saya visit di Korea. Even, semasa di Japan pun saya tak melawat palace. Im not really in historical place.. I lebih suka nature gitu.. Madoka, you opposite i kan?...

Lepas habis tawaf palace, dalam pukul 5.00ptg macam tu saya bergerak balik ke Myeongdong. Petang ni misi nak cari skincare yang kawan-kawan pesan. Tak banyak pun. Dan sepanjang kat Myeongdong Night Street saya cuma berjaya beli 'lip and cheek gloss" dan rice mask kiriman kawan saya. Oh, dan sebiji bahulu ikan inti chese yang berharga 3000KRW. Waktu bayar tu tak rasa apa lagi, dah makan, masa on the way balik guesthouse baru rasa ohmygod mahalnya sampai dekat RM12 sebiji. Sekali ngap pulak tu.. Redha je la.. Masa on the way balik guesthouse tu saya stop dekat Namsan Mart beli nasi dan susu pisang.. Hihihi.. Nasi 3 pack cost me 3900KRW dan susu pisang 4botol cost me 4800KRW... Ok la.. Sampai guesthouse, panaskan nasi dalam microwave makan dengan sambal bilis.. Oh, sambil minum nescafe... Nikmat sekali...Heeeee

Sempat selfie kat myeongdong street.. Masa ni dah remang maghrib.. Ish la anak dara ni!!!!!!
02.01.2017
2nd day di Seoul, saya tak bangun awal sangat. Around pukul 9.00am, saya bergerak dari guesthouse. Harini nak ke Nami Island, agenda utama saya di Seoul.. Pagi tadi waktu breakfast saya dah kaji laluan nak ke Nami. Perlu ambik masa lebih kurang 2jam untuk sampai, sebab akan guna local train, kena hop on hop off.. Tak ingat dah nama-nama stesen yang saya turun-naik train.. Last stesen adalah Gapyeong.. Masa tengah tunggu train dekat satu stesen tu tetiba ada satu couple malaysia teguq, "awak malaysian ke?"...Wah, opkos la saya eksited.. Sebab ada jugak tegur satu group malaysian dalam train sebelum tu tapi depa kerek nak mampos,tak paham haku...

Masa sembang-sembang dengan depa, baru la tau depa tu suami-isteri doktor yang keja kat hospital selayang.. Waktu tau saya sensorang wife dia siap cakap "Oh, awak pun nak buat solotravel macam yang tengah viral dalam FB tu jugak eh?"

Oh no.. terpaksa explain situasi sebenar.. mentang-mentang la dia datang dengan hasben, sesuka hati je nak ingat i ni solotraveler macam yang dok viral tu... hurmmm...

Rupanya kami sama-sama ke Nami Island. Masa sampai Gapyeong, saya ke kaunter information nak tanya pasal bus ke Nami. Then, orang kaunter tu suruh saya cari bagi cukup 3 or 4 orang dan naik taxi. Lagi murah katanya. Waktu saya tengah blur kat dalam office information tu, couple tadi masuk. Diskas-diskas dan kami bertiga naik satu teksi. Murah ok, it cost me around 1300KRW/person/way.. And since saya yang bayarkan dulu untuk satu teksi, couple tadi mintak kurang 1000KRW... Hahahaha.. Ok la, i belanja 1000KRW tu... 

Tak ingat masa ni kat stesen mana.. Ahjumma sebelah tu dia asyik cakap korea je dengan saya.. Padahal saya ni dok reply la "i cant speak hangul"... Last sekali, haku reply dalam bahasa melayu balik... Muka dah macam nenek drama korea yang kaya pulak ahjumma ni bila tengok lama-lama...

Dari tempat teksi tinggalkan kami, dah boleh nampak ferry terminal dan zipwire ni.. Ada 2 jalan utama nak ke Nami Island samada naik feri atau naik zipline. Naik feri cost 8000KRW/person dan naik zipline cost 38000KRW.. Cuaca masa ni sejuk sampai tulang hitam, dan berkabus. 

Masa saya cakap,

"Ok la korang, sampai jumpa lagi. Saya akan naik zipwire"

Wife dia excited terus cakap kalau tak kerana hasben dia ada sekali mesti dia pun akan ikut saya.. Tapi, hasben dia gila kerek, menyampah... 

Mak saya tak tau saya naik endalah ni.. kihkihkih...Dia sentiasa pesan jangan naik tempat tinggi tiap kali saya nak travel.. Haha, gara-gara dok naik gunung dulu..

Bukti abadi...Kena sign agreement waktu nak naik..

Sibuk je oppa ni.. Waktu ni saya nak selfie la kengkonon, sekali dia pun sibuk nak masuk jugak.. Saya perasan korean memang macam ni..

Since saya tak bawak proper peralatan untuk capture vies, oppa tadi baik hati tolong tangkapkan view dari deck sebelum berlepas. Kena ada tali yang digantung dileher kalau nak tangkap gambar atau video.. Tak boleh pegang atau guna selfie stick...

Sayang seribu kali sayang, cuaca berkabus.. So, tak berapa clear view dia..

Oh, ini la dia yer laluan hat femes tu.. Ada banyak laluan macam ni sebenarnya..

Tempat firstkiss untuk drama winter sonata.. nami island ni glemer sebab winter sonata je pun...

Im the fifth... sahabat selamanya!!!!!



Tak tahu kenapa ada gambar menatang ni...




Terpaksa la tangkap gambar sendiri...huhuhuhu



Berakhir la 2 jam lebih kat Nami island.. Saya bawak bekal snickers untuk makan dekat sini.. So, tak masuk la restoran Asian kat situ.. Ada banyak jugak kedai makan kat dalam Nami Island.

Pukul 3.00pm macam tu, saya bergerak balik. Masa nak cari teksi or bus ke stesen Gapyeong saya neves giler. Sebab keanakkan kat situ dah beli tiket untuk tour trip dan saya takda tiket. Dah la depa kata tiket kalau beli dalam bas akan jadi 6000KRW ke Gapyeong, padahal dekat je pun.. Mula la saya buat ramah approach group-group kat situ.. Second or third group yang saya tegur tu setuju. 2 orang gadis dari Taiwan tak silap saya, dan kami naik satu teksi. And kami just kena bayar 1000KRW untuk sampai ke stesen Gapyeong. Alhamdulillah...

Masa tunggu train kat Gapyeong, saya tersalah naik ITX, medium fast train kat Korea. And it cost me single way 6000KRW. Padahal waktu datang pagi tadi dari myeongdong ke gapyeong cuma 2500KRW... menangis okay... Dah la harga tu untuk sampai ke stesen apa tah dan saya kena naik train lain ke namdaemon dan dari namdaemon ke Myeongdong.. huhuhuhuhu... Tapi ok la, at least saya rasa naik semua tahap train korea. 

Ini dekat Namdaemon.. Masa kat sini saya beli t-shirts, sourvenirs and innisfree. Kedai innisfree ni kat mana-mana pun belambak je. Kat Namdaemon ni, ada peristiwa gila yang saya buat. Saya ikut ahjumma (usia lebih kurang 40 plus) yang meniaga kat luar shopping mall tu. Shopping mall tu pulak tutup sempena new year. So ahjumma tu kata depa meniaga la kat kaki lima and most barang-barang dia kat dalam mall. Saya pulak terlebih berani ikut dia masuk shopping mall hat kosong dan gelap tu.. Tak da orang langsung hokay. Kami naik lif ke tingkat 9 and turun ke tingkat enam guna escalator tapi escalator tak ON la sebab mall kan tutup. Kedai ahjumma tu kat tingkat 6. Huh, berdebar okay. Menyesal toksah kata, buatnya kena rompak ke, kena bunuh ke, sapa la yang tahu. Dah la dok ingat semua duit dan passport memang ada dalam beg galas yang saya dok bawak, termasuk credit card.. huhu.. Alhamdulillah, all went well and the price also the best.. I bought 20 tshirts okay.. And on way back singgah dekat satu kedai bag beli 2 bagpack untuk anak sedara saya. 

Well, takda apa pun untuk saya. Nak belikan set cadar korea untuk parent saya tapi masalah bahasa la pulak.. Tak payah la..



Apa tah nama sungai yang femes kat tengah bandar Seoul ni.. Sebab semua blogger ada gambar kat sini, aku pun ambik la jugak



Sampai je Myeongdong, terus jalan balik ke guesthouse. Tak singgah dah myeongdong night street. Tak minat dah, sesak sangat...

03.01.2017
Saya bangun lewat sikit.. Around 9.00am, saya gerak ke Seoul Tower. Niat di hati nak jalan kaki.. Lagipun kalau nak naik cablecar, pukul 10.00pg baru operate. Saya dah aim nak checkout pukul 11.00pg dari guesthouse. So, saya ada masa 2 jam untuk naik dan turun dari seoul tower. 

Lets....

Pemandangan yang indah.. Ada ramai jugak orang-orang tua yang jalan pagi turun naik seoul tower ni.. So, saya ingatkan dekat jela

Guys, please be fit okay!!... Letih hokay.. Salute la dekat orang-orang korea ni. Depa memang dah biasa naik turun bukit dari kecik kot. huhuhu
Masa dah nak sampai tu, saya ambik laluan bertangga. Jumpa dengan sorang uncle Korea. Dia boleh la cakap korea sikit-sikit. Dia ajak jalan sama-sama sebab nanti dia nak tolong tangkapkan gambar...

Uncle: "What is the capital of Malaysia?"
Me: "Kuala Lumpur"..
Uncle tu angguk-angguk tapi boleh rasa la dia amcam taktau..

Me: "The twin tower"... Terus bersinar muka uncle tu. Dia kata dia pernah tengok kat TV.. Thanks TUN...

Antara hasil seni pertama uncle tu

Ini I tangkap sendiri..uncle tu memang tak bagi can langsung la i nak selfie.. Padahallllll


tengok dia tangkap.. Muka aku tah pape masa ni..

Lambakkan lovelock kat atas seoul tower.. Gila betol depa ni..
Since dah pukul 10.20am masa tu, saya minta diri.. Dia taknak lepaskan.. Hahaha.. Suruh saya naik cablecar atau bas atau turun dengan dia je.. Terpaksa berterus terang yang saya nak checkout hotel pukul 11.00am..

Dilepaskan siap ditunjukkan laluan shortcut... selamat aku

Memang short cut sungguh, 15 minit je dah sampai bawah.. Pukul 11.00 tepat saya dah kat guesthouse dok angkat beg.. Hehe
Untuk bakal cucu yang akan lahir bulan Mac nanti..

Pemandangan kat bawah.. Jalan sikit ke cablecar dan ada laluan kecik kat sebelah tu untuk ke guesthouse. Dekat jela
Saya bagi satu pek kerepek pisang dekat oppa yang baik hati owner guesthouse tu.. Baik sangat walaupun tak bercakap. Hehehe.. 

Dalam 11.30am, saya ke stesen train bawak beg besar tu untuk ke Stesen Seoul. Takpa la, angkut jela..

Bye Seoul, panjang umur, saya datang lagi.. Tapi bukan sebagai solo traveller...


Post a Comment