Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, March 27, 2017

Caffein addicted

Penat dan akhirnya mengundang pening..

Rasa macam kurang tidor.. rasa je la..

So, semalam kaver balik tidor yang kengkonon kurang tu.. 

Lepas maghrib tak larat buka mata, macam ada benda bergayut 

Terjaga untuk solat isyak, lepas reply wassap gitu-gitu, sambung tidor semula

Bangun pagi subuh, kepala ding-dong

Salahkan, terlebih tidor

Asyik nak cari pasal je kan...


Sampai opis, bancuh nescafe o pekat satu


LEGA!!!!!

Kurang kafein rupanya... hahahaha

Tuesday, March 14, 2017

My Wish- Glitter Casio for Women

Its past 12 already!!

And, I cant sleep, so, Im having my 2nd cup of coffee..
Tadi, during buka puasa, I already had a tin of nescafe tarik.. 
Cafein saturated, almost maybe..

So, since tak boleh tidor, and tomorrow which I means this morning I will have group meeting..
Our very first annual group meeting I must say..
Supposely, I kena la get ready kan..
Therefore, I dah beli a tin of original nescafe for tomorrow morning... ciaciacia
Clever girl!!!!

Malam ni, saya mengenang kenangan lama di Japan.. Browsed gambar lama..

Aisey man, memang mengundang kerinduan yang keterlaluan..
How I truly missed Japan.. :(
I sendiri tak tahu apa yang I rindu.. Not the professor, not even Shan.. 
I missed Tsukuba !!!!



...WRIST WATCH...

Me with Furqan (anak Kak Nina) - Yokohama, Japan (October 2015)... Can you spot my wrist watch?
Seumur hidup saya hingga sekarang, saya cuma pernah pakai jam 2 kali..

My very first time adalah semasa saya di USM.. 

One day, kami (me and my coursemate) outing ke Kompleks Bukit Jambul..
Dulu-dulu, this kompleks memang sangat famous.. sekarang dah macam hidup segan mati tak mahu.. Nasib la ada Mydin dalam tu
And, saya terbeli a no-brand jam and it cost me only RM19.90..
So murah kan..
Lagipun, saya bukanlah seorang yang di ajar memakai jam (ayat apakah)
Jam tu cuma selamat dipakai beberapa minggu
Akibat dibaling sesuka hati ketika lupa dibuka sewaktu ingin mandi, akhirnya tamatlah riwayat jam itu
I pun dah tak ingat macam mana jam tu mengakhiri hayatnya bersama saya

Since then, I tak pernah sekali beli and pakai jam..
Never

Sehingga lah nak ke Japan
Masa ni risau if terjadi perkara tak diingini dengan handphone sewaktu di Japan, macam mana I nak check time kan

So, 2 days before fly, I went to Kedai Buku Hasani and terbeli a no-brand jam again and it cost me nearly RM50.. (mahal seh)
Its a no-brand again!!!!

Waktu hari nak fly, I almost tinggalkan jam dekat surau airport Alor Setar selepas solat Zuhur.. 
I even told the stewardess to tell their friends to collect the watch for me.. (malu sebab jam takda brand- apala sangat nak pi collect and simpankan jam takda brand until I came back 3 months later)

I sedih sangat masa tu.. And risau too..
Finally, bila sampai Japan, check back pocket jeans, I found the watch.. sooo lega and senang hati
Yeah, thats my RM50 wrist watch

In Japan, I took Japanese class, using my own pocket money.. Its every monday and wednesday..

In this class, we need to converse Nihongo.. I struggled to able to learn Nihongo.. It so fun gais!!!


Me and 3 other guys with our sensei..
One day, our topic was about wrist watch.. 

Saya kena tanya orang sebelah dia pakai jam apa.. And jenama apa..
Diorang semua mat saleh.. And depa pakai jam jenama hebat-hebat
Remember, i wore a no-brand wrist watch!!!!

When the guy asked me, what is the brand of my watch (of coz we conversed in Japanese)
I mentioned that it is a "QUARTZ, a malaysia' brand"... kahkahkah
Sebab dekat jam tu tulis quartz.. I have tooo
Bodohnya.. 
Tapi, since depa taktau apa, depa pun angguk je macam "oh, is it?"


After two months in Japan, the jam collapsed.. Jam murah kan
Lantok la situ

I pun terpaksa hidup berpandukan handfon semula,
Until now

Before came back,
I went to Yodobashi in Akihabara
And bought Casio Watch for each of my nieces and nephews (which cost half of my meals allowance)
You khow what, i tak beli jam for myself
Arghhhhhhh..
What a mistake

Menyesal sangat tak beli jam for diri sendiri 
I never had a proper jam selama ni


Last year, when I was in Langkawi
I did usha a glitter Casio for myself
Mahalnya.. 
I can get better in Yodobashi.. (I wish I can go there again)

Waktu I ke Kore, I even had to beg my niece to pinjamkan I jam dia..
Kesian kan I.. 
I pinjam je, simpan dalam beg, incase fon i dropped ke kan...


I really wish
I can have a nice glitter Casio as my 32 birthday gift..

Please pray for me...

Hopefully

I dapat miliki salah satu..
hihihihihihi

(I kena la berjimat since power spec mata i bertambah, nak kena tempah a new spec, cost a lot jugak tu)
Related image

Related image
I love this type more!!!!
Related image 

Tiga-tiga lawa, tiga-tiga idaman kalbu...

Sunday, March 12, 2017

Random Talk je..

See, once I start buka blog, i will easily get addicted to blogging... #cakapjelahangtakdakerjanakbuatmalammalam... #cheapreason


Eh, I ada 22 anak sedara and ada sorang cucu lelaki.. kihkih
And my kakak yang before me gap 12 tahun dengan I... #pleasecalculate

Adam, our youngest nephew dah masuk darjah 2 tahun ni.. 

"Adam, apa beza Adam dengan budak darjah 1??"

Kahkahkah.. tahu dia jawab dengan apa.. Jelingan Maut.. Hahaha.. Sebab dia marah, ada satu hari ustazah suruh dia makan dengan budak darjah 1 since dia kan lebih kurang je saiz dengan budak darjah 1...

I pun taktau bila la si Adam ni nak memanjang.. terbantut sungguh.. 
Maybe waktu dia baby dulu, i selalu terleka terbagi dia minum kopi.. Tula, sapa suruh tangan menggagau je nak minum and makan apa yang orang makan...

And ada satu time ni, waktu anak sedara i tengah dalam fasa kritikal after diagnosed with cancer, 
I ajak la Adam folo I nak g melawat sepupu dia tu.. Walaupun a week before tu dia dah gi melawat.. 

On our way, I asked him, "How is Kak Yana, Adam?.. Adam tengok dia ok ka??"
Dia senyap ja, sugul sekali.. which is not a suitable reaction for a seven years kid kan..
Then I asked lagi "Pasai pa? Kak Yana nampak macam nak mati ka?"
You know what, with muka sedih nak mampos, sambil tengok kaki, dia angguk..
Oh Em Gee... Hey, you baru 7yo la Adam... Apa ni cakap pasal mati and so on..

And last 2 years sebelum puasa, dia dok pujuk mak dia untuk buat kuih and make ayaq tebu or soya so dia boleh jual petang-petang...
And early this year dia sibuk nak berkebun, and even complained my mom jual benih pokok mahal dekat dia... kahkahkah.. Kesian budak kecik tu.. I cakap dekat dia, tak payah la pergi sekolah, meh makcik ajaq simple maths, nanti Adam just calculate duit je.. tak pasal-pasal I kena jelingan maut dengan mak Adam pastu.. 

And I got so many complained from kakak or abang dia yang I selalu lebihkan Adam. Belikan itu ini, always dapat macam-macam yang tak perlu.. So, sekarang I dah tahu kenapa until now some of my sister still treat me like im still a small kids.. Hurm, the youngest always get the tak masuk akal treatment kan kadang-kadang.. Kakak sulung saya kalau pergi rumah kenduri sedara or jiran, akan sentiasa mengelakkan saya buatkan air, which is good la for me.. Dia bagi alasan "dia tak reti buat ayaq banyak-banyak ni"... Padahal ada sekali saya buatkan kopi untuk geng memasak masa kenduri cousin last year, ada cousin I masuk tanya sapa yang buatkan kopi sedap tu.... 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

And we got twin in our famili.. my kakak before me, anak last dia adalah twin, and both lelaki.. We called them F and Z.. Sebab sorang Alif Fikri and sorang lagi Alif Zikri.. Waktu kindy, teacher just tulis F and Z kat kasut sekolah supaya tak bertukar, and depa akan sebut F and Z sejak pada tu bila ada orang tanya nama depa.. So lawak k..

Mana ada orang panggil nama orang "F"... Kalau Z tu common la jugak..
But, I dah terbiasa panggil depa adik.. And this year depa dah form 1.. Besar sudah our twin baby..huhuhuhuhu.. I missed babysit them waktu depa toddler.. Seronok sebab both sangat behave and depa still sangat behave sampai sekarang.. 

Last wiken, its their sister and brother punya birthday. Abang dah besar so dah tak kuasa nak kluar dengan makcik, kakak kena paksa jugak keluar dengan makcik to celebrate her birthday. And dia mintak novel as birthday present.. And dia pilih novel paling mahal pulak tu.. And the twin pun tersengih-sengih nak stationeries.. Ok la.. Sekali-sekala.. 

Then, kitorang pening pikir nak makan apa.. After dah solat semua, kitorang decide makan Dominos kat park. Waktu tengah bayar Dominos tu, F cakap "harga ni boleh makan nasi sedap".. Maybe sebab with just two boxes of pizza, rasa macam tak berbaloi kot..

Tapi, we ended up makan dekat tepi sungai merbok.. I buka tingkap, turunkan kerusi and kitorang berkelah dalam kereta.. Sampaikan Z kata "Makcik, saya malu la.. Saya rasa macam orang tengah tengok kita makan"

Hey, sapa la nak intai tengok kitorang makan.. Makan je la.. 

Kakak mintak makciknya doakan dia nak exam start besok (monday).. "Makcik doakan kakak dapat jawab exam tau.. Kakak nak besar cepat jadi macam makcik"... Jadi macam makcik??? Jadi apa?? Gemok???? hahahaha

F kata "Makcik doakan saya lulus exam tau.. Makcik doa bagi lulus saja"

"Eh, kenapa nak lulus saja.. Kita doa la bagi dapat A semua subjek"

"Saya taknak dapat A, Saya nak lulus... Kalau saya dapat A, saya kena masuk kelas depan.. nanti saya kena buat banyak kerja sekolah.. Saya tak suka"

Si Z pulak menyokong okay!!!!

Oh EMmmm Geeeeeee... What happen dengan budak-budak niiiii

But still, i love them... 

Nasib la dapat makcik masih bujang.. dapat hangout sesama.. kahkahkah
 

Saturday, March 11, 2017

Eh, Dah Mac dah

Assalamualaikum,

Hi semua!!!
Sihat? Alhamdulillah..

Saya sihat, fizikal dan mental..kihkihkih.. Eh, silap!!! Fizikal sedikit terover sihat, eh, bukan sikit, dah macam over banyak pulak lemak-lemak diternak sehingga tersebar ke seluruh anggota badan..

Melihat kondisi tubuh yang berleluasa diterokai lemak, niat dihati nak pergi jogging petang ni sebab dah 2 malam tak sihat (walhal siang sihat walafiat siap boleh pi ke laut dan keesokkannya berjimba di sungai petani tapi bila malam menjelma seluruh isi perot berpusu-pusu nak meninggalkan kampong halaman tercinta… hoi isi perot, tak sayangkah kamu kepada tanah tumpah tempat ibu membesarkan kamu??).. Nasib la masih bujang, kalau tak memang kena pergi jumpa doctor check upt, sebab disyaki mengalami night sickness… 

Eh, melalut pulak..

Ok, kembali kepada niat dihati nak berjogging.. Sambil berniat, saya menyeret kaki ke dapur untuk memanaskan lauk dan menggoreng nasi sebagai santapan cacing-cacing yang sentiasa dijaga rapi..Kahkahkah.. Tiba-tiba, sayup-sayup kedengaran guruh dilangit.. Eh, nak hujanlah (sambil hati ketawa girang, perempuan gemok sentiasa mencari alasan untuk gumbira selalu)… Mulalah, sang hati berbelah bahagi.. Makan ke jogging???? Setelah menelaah baik dan buruk, baiklah saya makan sambil berblogging… Sambil menulis ni, tak kedengaran pulak guruh tadi, saja kan kamu ni mempermainkan gadis suci seperti saya??? Huh…

Ada satu petang dikampung, kakak saya mahu ke kebun. Saya seperti kedengaran guruh..
“Kekanda, ada guruh la, tak usahlah kekanda ke kebun, nanti kena hujan, kekanda demam”… bisik adinda yang manis rupawan
Kekanda pun menanti, sehingga berminggu tidak juga hujan-hujan… hahahahaha.. Halusinasi kuat betul adindamu ini…

Sudah berpurnama saya mahu berblogging, banyak yang mahu disimpan disini tetapi kenapa entah, malasnya ya ampunnnnn..

Saya dah jadi nenek. Anak buah saya dah deliver baby boy pertengahan februari lepas. Seronok nye lahai.. Tapi si halus tu (halus sangat, lepas 2 minggu beranak berat dia baru 2.1 kg) asyik tidor je siang. Takpe, nanti ibu dia kata nak tinggalkan Aqif di SP dulu sampai 6bulan, baru bawak ke KL… Yeay, lepas ni boleh la pergi main-main and shopping dengan Aqif. Tak decide lagi nak bahasakan apa dengan Aqif. Im too young la nak jadi nenek..kehkehkeh.. Nak suruh Aqif panggil maknenek la…

Tapi kan Aqil, nenek cik ni belum boleh dukung Aqif lagi.. Sebab semua orang tak bagi i pegang Aqif since Aqif too small and still a newborn. Kakak-kakak i kata i tak pandai dukung baby kecik, yela2.. So, please la cepat sikit membesar Aqif.. Nanti kita tendang bola sesama.. Kehkeh.. Maybe once Aqif dah 2months above, and dah ada muscle sikit-sikit, i dah berani nak dukung Aqif. Sekarang ni, i boleh geletek and cubit-cubit Aqif jela, sambil tengok dari dalam fon.. 
Kelmarin masa pergi rumah kakak saya sorang lagi, nasib la ada twin baby jiran dia. Sorang dari twin tu ada kat rumah kakak saya sebab yang sorang lagi mak dia bawak balik rumah untuk mandi, boleh la i cuddles and geletek-geletek secara ganas.. Hahaha.. Such an adorable babyboy.. Geram sangat.. Pegang tak sampai 10 minit, tidor.. Nampak sangat achik ni empuk... Whateverrrrrrrrr


Tahu tak, zuhana (sahabat bujang seopis dan segrup dengan saya dah berpindah ke shah alam, sekarang dia dah jadi PA bos baru kami).. Hebat kan dia.. Zuhana, you hebatlah.. I dah bagi satu buku kat dia masa dia nak pindah haritu, First Thing First.. So, please okay Zuhana, in few years you akan jadi our next Director, start being a boss from now. 

Masa Zuhana pindah ke Shah Alam haritu, saya hantar dia siap jadik driver lagi, stayed for few days and came back to Kulim by using ETS.. Seronok sangat naik ETS.. So mission saya nak naik the fastest train in Asia dah tercapai.. Starting with Shinkansen, KTX and the latest was ETS.. What a great achievement, for me la kan, orang lain mungkin rasa biasa.. Hey, i ride them free okay.. Our ETS memang membanggakan sangat, as it is soo convenient and the view pulak sangatlah fantastic.. 

Zuhana pulak,
Mentang-mentang dah jadi orang penting, gaji dah up jadi 5300, dia dah tak heran dah nak kawan dengan saya sekarang.. belagak seh.. Nanti dia terbang sana sini urus projek juta-juta, makin kurus la dia.. 

Dia sekarang meeting tak main la rakyat marhein macam saya ni, asyik jumpa menteri negeri pasola je.. Eh, meeting dengan menteri memang gaji tahap 5300 je ke Zu??? Bila nak belanja I lunch kat hotel tersohor tu? Kena tunggu umur 40 tahun jugak ke? Kata dah gaji 5300, kedekut la you ni Zu…

Mula-mula haritu, masa Zu pindah, saya nak buat dedicated entry untuk Zu.. Lepas tu mood tu hilang macam tu jer. Nanti la.. Maybe masa Zu kawen lepas raya nanti, boleh la saya buat entry khas untuk Zu.. Sempena perkahwinan Zuhana yang kami semua nanti-nantikan.. Zu, nanti lepas raya sebelum kenduri you tu, kita hangout sekali k. I nak kena kenal betul-betul bakal hasben you yang you sukaaaaa sangat tu.. (habis la kalau ada sesapa baca ni and kenal Zu, terbongkar rahsia Zu nak kahwin lepas raya)


Eju pun dah bagitahu dia dah nak balik Melaka for good. Ya Allah, rasa macam tak boleh nak hadam bila Eju bagitahu berita ni. Dah lama saya membayangkan one day saya akan ke Penang and Eju takda kat Penang.. Sedihnya.. Tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.. Eju yang selalu ada bila saya ada hal yang perlukan pendapat kawan-kawan.. Eju yang selalu come out dengan positive solutions.. Eju yang selalu jadi tempat melepaskan geram jugak.. hahahaha.. Lepas ni, no more hangout dengan kawan-kawan.. Hujung minggu jer balik kampong..Kata Eju, Mac adalah bulan terakhir dia di Penang.. huhuhuhuhuhu.. Sedih la, membayangkan dulu pun dah sedih, nak menghadapi ni taktau la macam mana… Kesian jugak dengan Eju, dia masih struggle nak dapatkan kerja.. Kalau ikutkan dia masih seronok kerja dengan Prof dia, tapi rupanya the grantt yang dok ada tu dah habis bahagian allocation untuk gaji RO.. Takkan la nak kerja for free kan, kena la balik Melaka, at least maybe it will be easier for her la untuk dapatkan job bahagian south macam Johor sana yang lebih besar pasarannya. Bila dia stay Penang, skopnya sedikit kecil. Just pray for the best for Eju, we ols yang tengah ada job ni pun berdebar takut tetiba dapat surat berenti kerja... Who knows kan...


As for me, 
Kerja ok je, cuma tahun ni kena lebih proaktif jana income. Rasanya kebanyakkan company pun menghadapi masalah untuk sustained, and some ambil tindakan buang staff.. Our company kabarnya sedang merancang kaedah mengurangkan kos operation, well, semua pun tahu, buang staff adalah salah satu the easiest way to reduce the operational cost.. Bersedia jela (saya dah boleh sesambil belajar asah pisau motong)..

And, this year saya dah bertukar from biomedical group to sensor group.. For me, it’s a good start, tapi all of them in the group berbackgroundkan engineering, saya sorang je sains biasa-biasa. Rasa macam left out jugak kekadang, tapi kena moved forward dengan depa supaya tak keciciran sangat. Struggle la sikit nak seiring dan sejalan. But, its so good to be part of the team, depa laju jugak la bergerak, so kalau saya tak bergerak memang akan kelihatan janggal. I pun kena la bergerak.. (Eh, proposal dah ready ke dayah??)..

And, I left the previous group with good memories. Thanks to my ex-boss for the best conversation during my PDA session and also for the good marks. Its really boost my motivation. And also, thanks for signing all of my form including advanced for my Korea’s trip. Actually she was a vocal boss which suited me well, but for some reason,  just for people like me, mungkin wavelength kita terlalu berbeza, tak sehaluan and panas je rasa.. Saya pun taktau macam mana tetiba boleh dikeluarkan dan dimasukkan ke group lain. Di saat saya dah hilang semangat nak kerja dan dah takda arah tujuan menanti nak kena tendang je, tiba-tiba sangat, jalan lain terbentang.. Syukur la, Allah sentiasa baik dengan saya, walau saya ni sentiasa lalai. So, saya kena gunakan peluang ini baik-baik. Alhamdulillah.. Bolehla bercuti dengan tenang lepas ni…kahkahkah..

Walau bagaimanapun, too many good memories with the group. From the beginning masuk that group, I suka sangat. Rasa macam teamwork tu ada tapi lama-lama, masing-masing jadi selfish.. Everybody terlalu berkira dengan effort masing-masing (and I blamed the boss for creating that negative environment and I even bergaduh dengan the boss for their decision yang tak masuk akal), which is lastly will merosakkan the whole organisation. And yes, we can feel dah sekarang the kerosakkan yang berlaku secara perlahan. I pun tak paham, and still tak dapat menerima, is it the reality in every agency?? The top will do just anything to make sure they climb to be the Top?? Eeee yakkk.. Their drama memang macam kita tonton cerita hindustan. Alah, lets just reflect dengan drama politik kita sekarang.. Its the same gais, the same, nak muntah rasanya memikirkan kesamaan kerakusan orang atasan.. Korang nak sangat hambek la, bawak la masuk kubur masing-masing, try la bagi sikit kat Mungkar Nangkir kalau rasa nak kurangkan soalan-soalan alam kubur.. I rasa depa memang nak bawak pangkat derajat duit emas berlian semua tu masuk kubur, nak belagak dengan geng-geng dalam kubur agaknya.. 


Sambung belajar? 
Saya sedang pikirkan.. Rasa macam sakit bersalin, eh bersalin pulak, sakit buat masters belum habis lagi, takut tu masih ada. Lepas habis masters haritu, memang dah serik nak belajar lagi. Sakitnya berada dalam situasi sebagai student. Atau mungkin saya kena cari SV yang betul-betul membantu saya as a student. Heh, nak senang saje kamu ni dayah..


Ok la, nak sambung makan nasi goreng.. Sejuk dah..
Hujan tak turun-turun pun, nasi goreng dah nak masuk pinggan kedua ni…


Da di duuuu..