Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Saturday, May 6, 2017

Aqif Faddhan - Our little babyboy, my first grandson

Kita kan dah jadi nenek, dah ada cucu..
nenek vogue gitu

Since Aqif merupakan our first cucu, and my mom first cicit, opkos, kena ada dedicated entry kan

Aqif lahir last February, rasanya 13hb if im not mistaken
Ibu dia gi hospital and kena tahan lalu beranakkan beliau
btw, Aqif lahir kat Selangor, Anak Selangor, untung laaa
Tapi, tidor dalam ekon terus ketat hidung
Kampung sangat, kata jiran-jiran maktok 

Aqif, we ols love you
Thanks for being uncle Adam rival
sekarang ni, nak perangat si Adam, memang gunakan si Aqif je la

"Adam, jawab soalan ni"

dia buat tak tahu jek, lepas tu jawab "taktau"

makciknya terus perangat

"Ni kalau tanya dekat Aqif mesti dia tau jawab, Aqif tu bijak sangat"

Terus makan dalam pakcik tu, dengan Aqif yang baru 2bulan pun nak bersaing..hahahaha

Haritu tunjuk video Aqif dekat Adam,

Adam: "Eeee, Aqif ni macam kami la kecik-kecik dulu. Kami dulu pun kecik macam ni la"

Makcik: "Mana hang tau hang kecik macam Aqif"

Adam: "Kami tau la dulu kami kecik-kecik pun kami macam dia"

(sambil dia sen yum-senyum bangga replay video Aqif)

Makcik: "Mana ada kecik, sekarang tak kecik pun"

Adam: "Ha la, sekarang kami dah besaq"

Makcik: "Tadi kata kecik macam Aqif... kecik apa macam ni"

Adam: "Kami besaq dah la ni.. tapi kami tak gemok macam makcik"

Takpa... Takpa... jangan main henfon I tengok utube.. dah la sebut utube pun tak reti


Aqif, semoga membesar dengan sihat.. dan cergas..
Nanti Aqif dah boleh jalan boleh la teman mamacik (ibu dia suruh panggil mamacik, hurmmm) gi shopping k..

Boleh makan aiskrim, boleh makan ci kedis.. no worry, semua rahsia Aqif, mamacik zip mulut..

Ini waktu first time mamacik datang jumpa Aqif.. Lepas 3minggu rasanya... kecik sangat..

Tengok.. Nampak tulang je.. Tak berani nak dukung..

Maktok, nenek and neksu

Nenek and neksu

Uncle Adam yang poyo

Uncles (my twin babies) and aunties (kakak Adam)
from tiny baby, tengok sekarang dah bambam... Tu yang kena dukung sampai penyet tu.. Geram sangat

Hiks, ini fresh from oven.. Awal-awal lahir.. Lahir 2.4 or 2.5 kg.. Then, shrink jadi 2.1kg

Alololo... so cute la Aqif Faddhan ni

"asik ambil gambar je, jangan lupa create ig account aqif"...

Kat hospital lg ni. Kena tahan few days sebab jaundis.. kecian dia tu.. Balik SP pun kena daily routine check jaundis dekat spital

Rindu budak botak bambam ni

Waktu cukur rambut


Ayah Aqif beli baby elephant la.. tapi pakai kejap jela, sekarang Aqif lg besar dari baby elephant ni

Bila ibu dengan ayah balik KL, Aqif duduk dengan maktok.. Ayah dengan ibu beli mainan dekat Aqif supaya Aqif tak bosan.. Dan tak kacau maktok menjahit ..hikhik

Saya pakai baju yang mamacik belikan.. hensem tak?

Baju ni pun mamacik belikan.. Hensem kan..

Nanti saya pun nak masuk paper dan TV macam ayah saya jugak...

Saya dan susu berpisah tiada

Minggu ni agak-agak ibu dengan ayah balik Kedah tak?

Mana ibu dengan ayah ni.. tak video call lagi?? Penat maktok pujuk saya supaya bersabar..

Nasib la mamacik datang hiburkan saya.. Bila mamcik nak belikan saya baju baru?

Saya rasa... antara ibu, ayah dan baju baru... Saya paling perlukan SUSU... mana SUSU saya????? Sekarang.. Sekarang...

Aqif, 
our sunshine,
We love you
So much

Love,
mamacik
(nanti kalau jumpa panggilan yang lebih best, kita tukar la)

Post a Comment