Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, May 21, 2017

Pengalaman kali pertama

Ada sesetengah orang, memang nervous tahap cipanzi bila deal dengan perkara pertama dalam hidup.. Aku la tu


Masa first time naik gunung, saya muntah selambak masa first 20steps tu.. muntah dan muntah.. nasib la ada kengkawan yang memahami dan sanggup tunggu dan sanggup tahan dengan bau aku hahahahaha
Muntah tu selain dari berangin adalah sebab nervous, nervous nak naik gunung
Lepas dah muntah tu, boleh la hiking dengan riang-ria sambil menyanyi gembira
hahahaha
Sebab tu la i sayang sangat dengan kawan-kawan time naik gunung sekali
Rindu nya... 
Last 2 months jumpa balik izzul.. terus rasa macam arghhhh seronoknya jumpa kawan-kawan lama..
masa nampak dia dekat parking depan lobby pagi-pagi pukul 9am tu, dah menjerit dah sebab terkejut nampak dia kat Kulim
Hahahaha.. lawak pulak bila ingat balik


Masa first time saya kena buat presentation masa nak mohon funding MOSTI dulu, waktu peringkat dalaman sirim,
Saya memang alami tahap kegugupan yang kronik
Lepas je bagi salam, and perkenal diri tajuk dan objective
Saya blur, speechless, memang clueless nak cakap apa pun taktau
Gugup yang tak boleh nak cakap, nak menangis je masa tu
Then, saya mintak permission
"I am sorry, may I speak in Malay?"
terus salah seorang panel yang maybe kesian tengok keadaan aku time tu
"Sure, u nak guna bahasa rojak pun takpe, asalkan kami faham"
 Fuh, i pun present je la sampai habis sambil tangan sejuk macam ais
 Tapi,
Once i dapat chanced untuk present selepas tu, memang balun kaw-kaw
Sebab tu sekiranya ada kesempatan, saya cuba untuk ke depan
Just to overcome kegugupan yang saya alami
Masa dekat Korea haritu, awal-awal saya gugup, then after like 30 second and once dah masuk bahagian methodology saya dah okay!


Flashback lagi,
Masa first time duduk asrama selepas sekolah rendahA
Saya demam setiap minggu
Demam dan kol bapak mintak datang jemput balik kampung
Biasa la anak bongsu memang lagutu kot
Homesick sokmo- pengalaman pertama kali berpisah dengan mak


Sapa pernah kena back-stabbed dengan kengkawan
Saya pernah sekali masa sekolah rendah
Waktu darjah 6, saya duduk kelas nombor 2
Kawan-kawan yang sentiasa jadi favorite cikgu dekat kelas pertama
Alahai, sekolah kampung, takdak ranking kelas mana kelas terbaik
Kami duduk randomly dan tak pernah ditukar kelas ikut kedudukan dalam darjah
Ada satu masa tu, cikgu nak pilih wakil untuk pertandingan kuiz matematik peringkat daerah
So, perkara pertama cikgu tu buat yang bagi aku tak berapa betul method dia adalah
Dia pilih dulu 4 orang budak kelas pertama yang dia rasa sesuai untuk take part dalam kuiz tu
Then, seminggu sebelum kuiz, kami jalani peperiksaan pertengahan tahun
Cikgu ni mintak 4 orang budak tadi bantu dia marked paper kami semua
Dan setelah kami semua habis UPSR, semasa perjumpaan raya
Salah seorang dari kawan-kawan berempat ni buat pengakuan dekat saya

Diorang tanda paper, dan dapati markah saya lagi tinggi dari markah mereka.. demi untuk mengelakkan nama salah seorang dari mereka digugurkan dari senarai untuk sertai kuiz, mereka oter jawapan exam saya... So, akhirnya mereka berempat pergi lawan kuiz dan membawa pulang berita kekalahan.. phui
Padan muka.. padan muka cikgu jugak sebab sub-con kan kerja sendiri kepada student
Lepas kejadian kali pertama tu, saya dah boleh terima hakikat bila markah exam asyik rendah, mesti ada orang sabotaj (padahal memang sendiri bengab tak paham soalan pun!!!!... hahahah)

Even, bila markah PDA rendah pun saya terima jela, (setelah puas hentak meja bos), biasa la manusia memang akan bias..

Kena belajar terima hakikat.. manusia tak mungkin bersikap adil

Tapi
Masa sekolah menengah, saya belajar terima hakikat, saya tak bijak sebenarnya.. Sebab lepas exam akhir tahun form 1, saya dapat nombor kedua last dalam tingkatan... kahkahkah.. Memang terasa bodoh gila.. Hahaha.. Adoila, nasib la tak bodoh sampai habis sekolah..


Kejadian eksiden kereta kali pertama selepas genap setahun dan selepas betul-betul lepas bayar roadtax.. Terkejut sangat.. Sampai termarah orang yang saya langgar.. Lepas dah relax sikit baru menangis beria.. Itupun bila ada orang pujuk.. Kalau semua orang buat taktahu memang takdenya aku nak menangis beria-an... Dasar perempuan jelek


Pertama kali saya teman kawan dating, zaman sekolah menengah, ke dah habis sekolah menengah...
Saya tak lalu makan
Depa dua makan burger mekdi habis je... aku yang tak lalu nak makan seram sejuk satu badan
Bodohnya la hai... dah la orang belanja, kenapa tah nak tak lalu makan pulak
Bongok dayah!!


Pertama kali dating
Hahahahaha
Tak ingat dah kat KFC atau zoo tengok haiwan
Tak tau nak pakai macam mana
Last-last pakai selipar jepun.. boleh la
Nasib la tak dressing lebih-lebih, tak kekal pun
Lepas tu memang takde dah istilah dating... payah nak pikir apa nak pakai.. kang orang ingat aku kakak dia pulak.. hahahahaha


Masa first time naik flight, saya zikir start dari flight take off sampai fllight touchdown
Dan memang terbawak sampai sekarang
So, kena tidor kat atas tu, kalau tak memang nervous nak mati
Ayyo, naik la puncak mana pun, tak dapat hilangkan ketakutan naik flight
Tapi, tetap tak boleh padamkan keinginan nak bercuti kat obesi


Paling lawak adalah
First time bawak kereta dan lalu jalan highway
Masa tu takda tiket touchngo lagi, so kena la berenti ambik tiket kan
Sebab nervous, saya tak pandai main gear pulak tu
Waktu kat kaunter, hulur tangan dari jauh dengan harapan akak kaunter dah bersedia dengan tiket
Alhamdulillah, walaupun sikit lagi nak langgar palang besi depan tu
Akak tu hebat, on time saya lalu dia hulur tiket, 
Selamat bergerak dengan gear dua
Sapa suruh beli kereta manual????????


p/s: dah selamat setelkan hutang kereta dengan bank.....



No comments: