Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, May 9, 2017

Koh Lipe, Thailand - The Maldives of Thailand

Since early Feb, waktu hantarkan si Zuhana ke Shah Alam,
Jumpa dengan si Ela, dan dia hantarkan saya dari Shah Alam ke KL Central
Untuk naik ETS
Kitorang decide nak pergi bercuti sesama
 
And destinasi adalah tempat pilihan saya, iaitu Koh Lipe
Tak tahan daulat la
Rasa macam tepu kalau tak bercuti
Tapi azab sikit la nak kumpul bajet nak g bercuti tu
Hai ya, bila la nak ada duit berkepok-kepok nih

So, saya dan Ela racunkan si Zati dan dia lattalilat laili lattamplong, terus ON
Bertiga lebih baik, kalau dia tak nak gi pun tetap, TETAP plan ON
Nampak tak kegigihan di situ

Kitorang decide nak pegi end of Mac, sekali cuti sekolah
OMG.. Tak sanggup la nak bercuti time sekolah tengah holiday
Mesti penuh warga negara Malaysia kat Thailand
So, tukar date ke Early April

Rasa macam percintaan jarak jauh sangat nak tunggu April 

Kami semua akan gather kat pokok sena dan bergerak naik kereta zati
2 minggu sebelum trip bermula, baru lah saya booked hotel
Peliknya hotel penuh walaupun bukan musim cuti sekolah, Oh My
Dapat la GreenView Resort, bilik untuk 4orang selama 2malam untuk RM600 (mahei la hai) 


6/4/2017 (Khamis)

Kami semua balik pokok sena a day earlier
Berkumpul di rumah Ela dalam pukul 7.30am, and Ela ajak makan nasi goreng dan gulai ayam betik
Sedap, dan bernasib baik la kami makan berat siap-siap.. 
Sebabnya kami akan melalui perjalanan yang panjang selepas tu
 
Lebih kurang pukul 8.10am, kitorang gerak dari rumah Ela..

 Melalui highway PLUS dan terus ke Pekan Changlun untuk beli insurance kereta dan arrival card yang kaler putih tu.. Arrival card tu kena bayar rm1 sorang and insurance kereta for 9days adalah rm16 tak silap (mamacik dah lupa, tu la sapa suruh bertangguh nak update blog)

Kitorang beli sikit cikedis dan sebuku roti kengkonon buat bekal di pulau sana
Perjalanan di teruskan sehingga ke Wang Kelian, melalui jalan padang besar.. Scenery kat situ kan cantik.. cantik ya amat.. memang memukau sungguh
 
Jalan clear

Roundbout Chuping
Beautiful scenery
Memukau sangat..
Then, bila dah sampai wang kelian, kita kena lalu jalan yang a bit scary, mencanak sikit, dan berselekoh tajam, sila berhati-hati dan awasi jarak selamat 

Jangan dok rasa kita bawak OK dah, malang tu tak berbau, mana la tahu, orang yang sebelah sana terbabas langgar kita, walhal kita ni dok rasa schumacker terhandal dah
Lepas je perjalanan yang ngeri tu kita akan melalui kampung sikit dan boleh la topup minyak dekat Caltex sebelah kiri jalan tu.. Isi bagi full

Perjalanan diteruskan sehingga ke Immigresen Malaysia.. lalu sahaje
Then stop dekat immigresen Thailand untuk cop pasport.. Pastu drive semula sehingga masuk ke Thailand.. 


Tengah tunggu nak cop passport
Dah setel cop passport
Ready to go
Driver dari Pokok Sena ke Pakbara.. merangkap tuan empunya kereta
Izati, u make it.. Izati dan TAV (no plat kereta dia) dah masuk Thailand
Berhenti kat negara Thailand untuk bayar insurance kereta RM20.. Kena bawak masuk insurance yang kita dah beli tu dan bawak geran rasanya.. Kawan-kawan shopping sementara menunggu tuan punya kereta masuk pejabat immigresen setelkan urusan kereta.. huahuahua

Zati beli spek hitam RM12 dan saya beli selfie stick RM10 (kat malaysia jual antara RM20-25)
Perjalanan diteruskan.. 


Jalan Thailand yang indah dan permai
Jalan smooth

Ikut je signboard sehingga ke Pakbara Jetty. Blog lain pun dah banyak bagi maklumat macam mana nak ke jetty tu.. Kami pun ikut panduan blog..


berselirat.. serhopa jepun sangat
Tak dinafikan.. teknologi Thailand far better dari negara kita
Lebih kurang 30-40 minit sampai la ke Pakbara..

Frankly speaking, kami seumpama di pukau setibanya di jetty. Dari dalam kereta dah nampak banyak kereta parking dan bila kami hampiri datang sorang abang tahiland sado tanya nak ke pakbara dah beli tiket belum. Kami kat dalam kereta angguk2 jela.. Then, dia lari2 sambil arahkan kami untuk ikut dia sehingga ke depan kedai.. 

Datang pulak sorang perempuan yang boleh cakap melayu sikit2 dan sap-sap soi kami decide ambik tiket dengan depa pukul 11.30am dengan bayaran 1000bath seorang including parking for 2nights. Masa kitorang sampai tu dah pukul 11.00am.. (kena jaga, bila nak balik karang depa letak kita kat kereta pastu depa blah, orang parking pulak mintak bayaran, Ela kata dia bagitau dah bayar and blah... Sebab Ela yang pergi ambik kereta)...

Untuk jimatkan masa, saya dan Ela uruskan bayaran manakala Zati bawak kereta ikut lelaki tadi untuk pergi parking. Dan Zati kembali dengan berita "Aku tinggalkan kunci kereta dekat lelaki tadi".. jem sekejap kepala.. boleh percaya ke weh.. Dah la saya tertinggal kunci kereta viva dalam kereta zati.. Last-last kitorang tawakal je la.. Harap segalanya selamat

Kitorang naik boat Ploysiam, dengan pakej akan berhenti di 2 buah pulau
Nak masuk ke jetty ty kena bayar 20bath yer, entrance fee gamaknya,
Naik speedboat, macam PATI dah rasanya.. bersesak sesak serupa nak minta nyawa
Once boat jalan, bila ditiup angin kencang, baru la rasa selesa sikit
Dah la berkuap dibawah bumbung, kalau kat belakang maybe openair selesa sikit


tunggu nak naik speedboat

Dalam speedboat
Lemas la!!!!!
Kitorang dibawa menyinggah ke 2 buah pulau, Taman negara la lebih kurang
Waktu kat pulau pertama tu kena bayar nak masuk, so, kitorang decide taknak masuk

So, kalau korang nanti, bayar je tapi simpan tiket, berguna tiket tu, kedepan nanti tetap kena bayar kalau nak buat snorkeling dan island hoping, Menyesal pulak kami tak masuk lepak bawak pokok kat pulau 1st tu, dah la pasir putih serelah

Pulau 1...






Pulau ke 2...













My childhood bestfriend. Kami kawan dari tadika, sehingga habis form 5 tak pernah berpisah. Cuma lepas SPM masing-masing bawak haluan. Namun, setiap kali raya atau important event, mesti akan berkumpul. Lama giler rasa. Sampaikan family saya dan family dia pun kenal. Kalau ke KL tak inform, memang nak kena bebel la.. Sebab dia mesti akan bawak ronda dan belanja makan best kat KL.. kihkih

Guys, we ols naik speedboat kat Pakbara pukul 11.30am dan sampai dekat Koh Lipe pukul 3.00pm… Maka, sampai dalam kelaparan la kami, lapar sampai menggigil


Lepas turun boat, kutip beg masing-masing dan menapak la cari resort.. Nasib la kami booked kawasan Pattaya Beach.. Memang boat berenti kat situ, Jalan 200 meter dah sampai resort

Check in dan kami terus di bawa ke bilik.. Since kami booked bilik untuk 4 orang, maka bilik kami kat nun hujung sekali.. 





Pemandangan dari resort
Dan.. Kami sangat terkesima dengan bilik kami..
BASIC giler, rasa tak sesuai dengan bayaran kalau di Malaysia.. ada katil queen satu, dan 2 single, dan setiap satu dilengkapi kelambu, serta toilet.. Itu sahaja.. Semuanya berasaskan buluh.. 

Mula-mula eksited la lagi, first time duduk rumah berasaskan buluh, lama-lama meremang pulak.. hahahahha

Kitorang rest kejap and keluar untuk cari makan selepas dah selesai solat.. kiranya lepas dah asar lah.. Kat Thailand, masuk waktu awal sejam dari Malaysia..
Kitorang gi makan kat walking street.. 


walking street view
Walking street view
Ada 3-4 kedai makan muslim, sangat limited. Serta sila lah bawak duit berkepuk yer sebab sangat la pricey. Petang tu kami makan dekat Bungroon.. Sebab takut mahal, kitorang ambik nasi goreng setiap sorang dan air berjus… Total up, kami makan adalah 850baht (RM110.50).. Ko hado… mahei uihhhh..




Lepas makan, rasa la bertenaga sikit.. kitorang merayau la sekitar walking street tu. Dan selama di Koh Lipe saya develop skill terkejut.. Semuanya disebabkan oleh anjing.. Punya bersepah.. Adoi, saya ni pulak memang takut tahap dewa dewi dengan anjing. Zati dan Ela pun perasan sebab saya asyik melatah dan terkejut.. Penat la terkejut tu sebenarnya..


 

Jalan punya jalan sambil usha kedai nak ambik pakej snorkeling.. Sekali jumpa satu group pompuan (gadis lebih kurang kitorang) seramai 4 orang.. Dok belaga bahu sangat, kali kedua belaga bahu, terus ajak join pakej snorkeling.. Ok jugak kan, selesa sikit bergerak dengan geng perempuan sahaja… Dah la sesame Malaysian.. Dan kami ambik pakej ke 5 pulau dari sebuah kedai ni dengan bayaran 400baht seorang termasuk pakej lunch dan buah tembikai.. Padahal kalau standard price adalah 550baht.. The Girls Power ;) 


Dah setel beli pakej, kitorang singgah beli air mineral sebab bilik takda sediakan air minuman, and balik bilik untuk rehat dan tido. Esok kami punya pakej snorkeling akan start around 9.30am..

Malam tu, masing-masing tido lena untuk dapatkan energy dan hanya terjaga apabila masuk subuh around 5am.. Saya la bangun, solat dan sambung tido ayam semula sementara menanti cerah.. 



7/4/2017 (Jumaat)

Lepas semua dah bangun, take turn mandi and get ready nak gi breakfast. Rupanya the other geng pun duduk kat resort yang sama.. Senang la..

Pagi ni kitorang hanya ada choice Kedai Makan Mina.. Itu pun  makan pulut ayam yang super duper mahal..
Bayangkan, ayam seketul 70-80baht, hat kecik ada jugak dalam 30-50baht.. Pulut harga lain, sepinggan 30baht.. Air lain pulak, 120-150baht.. Kira la berapa untuk 3 kepala makan… 



Lepas makan, kitorang patah balik untuk tunggu the rest dan guider kat depan resort.. Si Ela punya la membebel sebab budak2 perempuan tu pukul 9am tak nampak batang hidung and si guider pukul 9.15 tak muncul-muncul.. Aduhai, kuketawakan aja…

Best giler and cantik sangat air dia.. Clear.. Ada satu tempat tu, karang dia dan ikan dia sangat teramat cantic, namun arud deras.. Kitorang turun kejap je, pastu tak tahan dah.. Saya tak tahan sebab pakai mask tak kena and air masuk ke dalam.. Kitorng kembali ke darat semula selepas jam 2.30pm.. Puas sangat.. Makan pun ok.. sedap..


Sibuk bergambar selepas breakfast
Zati kata "Dayah terer tangkap gambar muka sebelah" kan Zati????
Cik Ela, tau snapgambor je, bukan nak kira muka huduh ke idok..
Tiba-tiba sidia muncul.. auwww, malunya!!!
Gagahnya beliau..
Ini la kawan, caras kawan sendiri, kat mana-mana pun asyik kena caras saja
Menunggu adik-adik dan boat rider .. sebenarnya dalam hati Cik Ela dia tengah bengang masa ni sebab semua orang tak muncul lagi..
Zati cool aja.. Dia asal boleh berak selepas makan, macam mana pun takpa!!!
Gadis Pokok Sena

7 single ladies
Pulau Batu Cantik (Hin NgaM)

Tiba-tiba terdampar seekor dugong!!



Dengan adik driver boat.. Dia pemalu,...and boleh cakap melayu sikit2.. Ada abang driver boat lain jeles sebab adik ni bawak kitorang semua ladies, agaknya la

Zati yang kagum dengan seni potong tembikai adik driver boat
Lentoknya Zati

Sibuk cari batu paling cantik
Ikan time snorkeling... NEMO!!!
Pakai stoking kalerful, senang nak cam walaupun dalam air




Rindunyaaaa!!!

Dah settle snorkeling, balik hotel mandi and rest.. Dah set nak keluar cari dinner malam terus.. Untuk kelangsungan hidup, kitorang makan roti dan keropok yang dibawa.. 
Gambar dalam bilik memang sensored, bukan untuk tontonan umum.. sebab bersepah pun satu hal jugak..hahaha

Petang tu, dalam pukul 5.30pm, kitorang decided untuk g mandi laut kat depan resort.. Last time la ni.. Taknak mandi sebelum balik esoknya sebab takut baju terlalu basah dan menjadi terlalu berat.. hihi.. Tapi, saya mandi tak lama, kejap je.. Tak da mood nak mandi lama-lama. Zati dan Ela sambung mandi, saya balik bilik mandi dengan air bersih dan bilas baju untuk keringkan. Ok jugak, boleh rest kejap before maghrib dan solat awal..

Lepas solat maghrib, kitorang ke satu gerai halal jual pancake.. Dah datang Thailand kena la makan pancake kan.. Izati pulak tertiba terjatuh hati la pulak dekat adik yang ambik order.. Zati oh zati.. Mudah aja terjatuh cinta.. Cintaku dimana-mana gitu


Adik baju pink favorite Zati
Ramai pelanggan dia
Banana with nutella pancake and ais coffee.. Sedapppp


Lepas makan, kitorang round kejap untuk beli cenderahati dan saya Cuma mampu rembat sehelai t-shirt berharga 220baht, itu sahaja.. Lepas habis shopping, teman cik Ela pulak nak buat Thai Massage.. Dia lain, dia tukar wang lebih 1000baht daripada kitorang, so, dia mampu la nak massage.. hihihi



Balik bilik kengkonon nak lena, tapiiiiii
Sakitnya la hai badan.. Macam kena duri. Menyesal tak massage, sakit habis sendi.. Taktahu nak minta tolong sapa sebab depa pun letih jugak.. 



8/4/2017 (Sabtu)

Agaknya dah pukul 3am baru saya terlelap dan 4am bangun ke toilet, sambung tidor dan bangun pukul 5am untuk solat subuh serta terus mandi… Siap basuh baju dan keluar sidai..


Masa saya tengah sidai baju kat belakang bilik (untung duduk belakang, dekat dengan ampaian pihak resort), dengar si Zati menjerit.. Ingatkan emergency apa la, rupanya dia nampak anak ular dalam bilik air.. Padahal saya baru keluar bilik air setelah bermastautin kat dalam tu.. (Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku nak basuh dan sidai baju tanpa gangguan mistik ..hihihihi)

Satu hal la pulak nak coolkan keadaan. Masa tu baru pukul 6am, pihak resort buka kaunter pukul 8am tak silap.. Kitorang ni macam perempuan gila cari orang nak minta tolong. Last sekali, ada seorang pakcik dari travel agen yang bawak kitorang snorkeling lalu dan, kami sangat bernasib baik sebab agensi ni staff dia semua boleh cakap melayu.. Lain-lain memang tak paham apa2. Pakcik tu masuk dalam bilik, check semua dan tak jumpa apa-apa.. Since Zati seorang je yang nampak ular tu, ermmm (I anggap jela dia halusinasi… )
Since saya memang dah properly mandi and so on, dah setel semua urusan toilet, jadi boleh la gi breakfast dengan gumbira. Ela dan Zati dengan muka tak mandi, kahkahkah.. 

Kitorang gi breakfast tempat biasa, Kedai Makan Mina and makan makanan yang macam biasa, ayam seketul, pulut dan secawan kopi ais. Sebagai penggemar kopi, kopi ais dia agak sedap. 

Then, kitorang balik bilik, mintak staff resort datang check lagi sekali dan kemas-kemas apa yang patut sambil layan gambar sepanjang disitu. 


Depan bilik
Sebelum 1
I ada peminat ok!!
Another interesting picture (grind (:)




hihihihi...

Zati cuba nasib









Pukul 11am, kami dah ke tempat pengumpulan untuk naik speedboat balik ke Pakbara. Dan boat bergerak around 11.45am dan sampai di jeti around 1.30pm camtu.. 


Sampai je jetty, ambik kereta, check apa yang patut, minyak semua ok, kihkihkih…

Kitorang terus pergi lunch dekat area tepi laut berdekatan Jetty. Malangnya makanan dia tak sesedap yang saya pernah makan sebelum ni.. KURENG sikit… atau maybe sebab kami letih maka nafsu makan kurang sedikit.. 



Then, terus bergerak ke Wang Kelian, boleh sesat pulak termasuk ke pekan Satun. Kisahnya, dekat satu junction yang patut belok ke kiri,  kami terbelok ke kanan… Memang bercanggah la jalan tu. Tapi kami managed untuk sampai ke border pukul 5.30pm. Sempat beli beras pulut dan berat wangi serta kacang gajus.. 

Bear in mind, gate border Thailand akan tutup pukul 6.00pm, so sila sampai awal.. Manakala gate Malaysia pukul 7.00pm.. Time Different Malaysia-Thailand kan 1 jam.. So, sebab tu la beza dong!!!!!


Sunset di Chuping, Perlis
And saya sampai rumah mak pukul 10malam.. Itupun sebab singgah mengeteh sambil balancedkan account kitorang.. Sapa yang erhutang tu boleh la belanja makan malam kitorang ni.. hahaha

Total cost:
Speedboat Pakbara-KohLipe-Pakbara (including jettyparking): 1000baht/person
Makan sepanjang di Koh Lipe dan Pakbara: 1400baht/person di Kohlipe(tak dinafikan makan kat sana sangat mahal) dan 280baht di Pakbara
Sourvenir : 220baht (t-shirt kohlipe)
Minyak kereta, tol, jajan, insurance and lain-lain: RM40
Rate Exchange : 1000baht/RM12.90

Saya dan Zati tukar seorang 3000baht sahaja Cuma Ela tukar 4000baht, tu yang dia boleh shopping lebih dari kami dan siap boleh massage lagi.. Disebabkan dia dah dapat treatment massage, balik tu, dia yang drive sampai pokok sena… I suka jer…. (nasibla tak massage)

Kesimpulannya: Koh Lipe best.. dan tak sabar nak tunggu next trip bersama eju dan zati

No comments: