Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, May 29, 2017

Ramadhan 1-2017

Tahun ni ramadhan 1 jatuh hari sabtu
Makanya, dapatlah kami cuti ganti pada hari ahad
Berpeluang berbuka dan bersahur lama sikit dengan mak dan bapak


Hari pertama selepas sahur, hujan turut lebat mencurah-curah
nikmatnya tarik selimut masa tu
HAHAHA
Petang nya dapat lah tunjuk skill memasak di dapur bersama emak
Lama sudah tak masuk berperang mulut didapur dengan emak
Haish, rindu pulak


Malam tu, saya terawih di surau berseorangan bersama jemaah lain
Emak tak ikut, dia buat di rumah saja, sudah 2 tahun dia uzur untuk ke surau bersama
Alahai, macam tak biasa, saya dah bersama jemaah surau sejak kecil
Kalau saya yang tak datang, baru la kepelikan melanda


Satu perkara yang menjadi tarikan di surau kami adalah
KeEKSPRESSsan imam terawih, kalah transnasional
Pukul 10.15pm saya dah boleh lepak sambung moreh kat rumah..hihih


Cuma, semasa terawih malam pertama
Sayu sungguh rasa hati,, terasa-rasa sekali
Seolah berada di tanah suci, tak tahu kenapa
Seolah sedang berjemaah bersama sedangkan surah yang dibaca imam cuma surah pendek
Berbeza dengan surah yang dibaca di tanah suci
Tapi, sujud malam tu seolah sedang menghadap masjidil haram


Balik tu, saya berfikir
Adakah malam ini malam lailatul qadar
Ish


Lama saya berfikir
Bila lihat kalendar
Ya Allah
Tarikh yang sama, 5 tahun lepas
Saya menjejakkan kaki ke tanah suci
Tepat 5 tahun lepas


Terus tanam azam dalam diri sempena ramadhan yang barakah
Saya akan ke tanah suci ramadhan akan datang
Walau tak tahu ramadhan tahun bila
Tapi teringin nak sambut ramadhan di sana



cer google
boleh ke nak ke tanah suci pakai mahram tumpang lagi???

No comments: