Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, June 19, 2017

Ramadhan 2017- Tenang dan Mendamaikan

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa semua..

Zu, hang puasa ke tak? hehehehe.. jangan marah Zu, nanti kena jual puasa-puasa ni.. 


Dah masuk hari ke 25 berpuasa.. cepat sungguh masa berlalu, sekelip mata ja rasa.. Tak puas betol menikmati ramadhan kali ni.. Tak puas ni sebab duduk dalam ekon kat opis, tak rasa lah sangat letihnya.. Cuba duduk kat kampung, panaih lit-lit.. Dengan masalah ayaq SADA yang tak setel-setel ni, sabaq jela.. 


BTW, kat rumah saya kat kampung dah ada telaga.. So, joget sakan la kami raya ni. Tak payah risau nak malas-malas masak banyak-banyak dah.. Boleh buat kenduri 7h7m sampai raya 6. Hahaha.. Nampak tak, betapa gembiranya beraya sambil tak ada masalah ayaq. Seronok tak terkata..
So, raya ni boleh la buat kek.. yeay-yeay.. (harap kek tak bantat macam sebelum ni)

So, datang ler beraya kat pokok sena, kali ni kitorang akan raikan semua tetamu sama rata... Takda dah nak buat rumah tertutup macam sebelum ni.. hihihihi.. (tipu je la)


So, cemana puasa korang.. dah khatam quran ke? (saya belum)

Hang cemana Zu? Kata puasa cukup sebulan? Nikah tak jemput pun kengkawan eh.. senyap-senyap jek, tengok-tengok puasa cukup sebulan.. Terer gila.. 
 Kenduri bila zu? Lepas raya ka? Jemput la kami.. Kan kami dah janji nak sponsor hantaran hang sorang satu.. Jangan risau, sirim bagi bonus 0.25bulan katanya.. Cukup la sorang sponsor simple-simple.. Simple tu kan konsepnya seperti bersederhana. Duit bonus hang tu simpan la buat bajet untuk beli stroller baby.. Mahal tau stroller and carseat baby sekarang ni. Hang dah la duduk jauh, nanti nak balik penang kena la letak baby dalam caeseat kereta ALMERA hampa nanti..kahkahkah..
Eh, taknak la tulis panjang-panjang pasal hang dalam ni.. Kang keguguran, hang pulak yang sedih.. Hang kena jaga diri hang tau Zu.. Tu baby tu, hang tak boleh skip makan, makan tu bagi berkhasiat sikit, jangan asyik makan kari jer memanjang.. Tak cukup duit, bagitau ja kat suami hang yang kaya sangat tu, jangan kedekut sangat dengan isteri.. Nak kahwin tergedik, lepas kahwin kedekut, baik kahwin dengan driver uber je ada jugak orang tukang ambik hantar pergi kerja. 

Zu, puasa ni rasa lain sangat takda hang.. aku sorang-sorang je balik lambat. Hang tau la, sirim ni pukul 4.30pm dah senyap sunyi dah. Aku pulak memang selagi tak 5.30pm memang tak tenang nak balik rumah.. well, orang bujang ni buat apa la balik awal.. Bukan nak kalut masak suap anak makan pun. 
Dulu-dulu, mesti kita yang akan jadi tukang tutup lampu floor ni, sekarang ni aku tutup sorang-sorang la.. Hari tu dah la sambil kunci bilik kita aku tertengok gambar mayat kat FB.. Terus aku biar je lampu floor terpasang, tak tertutup pulak lampu floor kita, kihkih.. Penakut jugak aku ni.. 


Puasa tahun ni memang terasa lebih tenang, damai dan bahagia.. sangat-sangat.. teramat.. entah lah
Sebab tu rasa sayu dah nak masuk syawal.. 
Saya suka segalanya tentang ramadhan kali ni...
Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, persiapan raya.. segalanyaaaaa


Sahur
Saya makan nasi wajib bertambah setiap kali sahur.. wajib makan banyak.. tak pernah, tak pernah lagi saya tak ada selera bersahur.. alhamdulillah
(cuba habaq mai, tang mana part yang menyokong bulan puasa boleh kurus)


Puasa
Sesekali saja letih


Berbuka
Antara kegembiraan untuk orang berpuasa adalah sewaktu berbuka.. and, alhamdulillah, saya menikmatai kegembiraan tu.. seronoknya
Weekend, saya wajib balik ke kampung, berbuka dengan famili.. Sesekali, semua kakak balik berbuka bersama, makanan penuh dapur.. yela, budak-budak tu semua dah dewasa.. penuh ruang dapur dengan manusia.. seronoknyaaaaa
Weekdays pulak, saya berbuka di masjid.. Seronok sangat..

Cuma ada la beberapa insiden yang tak seronok, antaranya:

1. Ada sorang makcik ni, orang panggil dia mami.. Ada ke patut depan semua jemaah yang nak berbuka dia sound sorang remaja ni sebab datang lambat.. Bukannya kitorang dah berbuka pun masa tu, ada lagi 5 minit nak berbuka.. Makanan pun banyak, petugas pun ceria ja membantu.. 
Mami ni pergi sound budak tu, "lain kali kalau dah lambat tak payah mai, menyusahkan orang lain".. eee, geram macam nak cili mami tu, nasib la 'sesungguhnya aku sedang berpuasa".. Kalau mami ni sebut slow tak pa jugak, dia sound memang nak bagi semua jemaah dengar..  Kesian budak tu, terkial-kial dia, senyum pun nampak fake sangat (ke memang dia senyum nampak fake)...

2. Kes seludup makanan berbuka bawak balik ke rumah. Well, saya paling tak suka insiden macam ni. Setiap hari akan ada jemaah yang sediakan makanan istimewa untuk orang yang berbuka. Malangnya, makcik-makcik ni akan ambil dan masukkan dalam tupperware masing-masing untuk bawak balik.. I kan, tak boleh la tengok benda macam ni.. Itukan makanan untuk orang berbuka, kalau ada lebihan lepas dah berbuka baru la ambik.. Haish, sakit hati... Jemaah lain dah tak dapat, bila nak pergi ambil makanan, dah licin makanan tu, sedangkan baru sangat letak.. Susah kan orang yang pentingkan diri sendiri ni..


Bila dah berbuka kat masjid tu, peluang bertadarus tu banyak la sikit.. Sebabnya, tak perlu berkemas.. hahahahaha.. dasar pemalas sangat.. hey, itula kelebihan bulan puasa.. memudahkan.. memudahkan orang yang malas... 
So, kepada yang bujang, berkesempatan, masih sihat, bertenaga.. ambil la peluang.. selain beribadat, kita menambahkan pahala orang yang bersedekah untuk orang yang berbuka tu jugak.. 2 in 1 kan.. actually bukan setakat 2 in 1, taktau lah beberapa in 1.


Cuma yang tak bestnya, makcik-makcik kat masjid tu suka tanya soalan dekat saya..2 soalan paling femes sekali adalah:

1. Datang masjid dengan suami ka?
2. Umuq berapa ni?

Soalan pertama tu ok la lagi nak jawab.. Tapi soalan yang kedua tu, saya selalu jawab "dah 30 tahun".. Lepas tu kena gelak dengan zilah dan ika.. kahkahkahkah... memang perasan forever 30... 
Malas la nanti depa kata, "lah, awat tak kahwin lagi"... sebelum scene lain muncul, baik kita "cut"...


Persiapan raya
Saya pakai baju tahun lepas je.. Tapi duit raya habis banyak sebab belanja budak-budak kat rumah tu. Mahalnya barang-barang raya, macam mana la orang yanga da anak ramai tu..Saya dah sound dah, ini tahun terakhir saya sponsor depa.. Next year dah takkan ada sponsor dah.. Hahahahaha.. Yeay.. Lets see adakah kata bakal dikotakan..  


Cuma, yang tak best adalah bila puasa tahun ni tak ada Zu dan Eju. Lainnya rasa.. Sesekali bila rindu datang, sebaknya.. Teringat-ringat kenangan yang lepas, walaupun, orang kata barang yng lepas jangan dikenang.. Tapi kenangan tu akan terus hidup bilamana ramadhan menjelma.. (i kan sentimental orangnya)


Zu, i paling rindu kenangan kita ke langkawi last year.. Paling the best lah. I kan dah kata you adalah travelling partner i yang paling terbaik untuk urusan kerja.. I teringat kita naik feri sampai you jatuh cinta dengan mamat yang jaga feri tu, hahahahaha.. Pastu you jatuh hati 2 kali kat langkawi.. hahahaha.. I pun jatuh hati jugak kat langkawi, sebab langkawi best sangat hahahahaha... (kes i lain)


Eju pulak, my best partner in crime. Terlalu banyak kenangan manis kami.. Buka puasa dekat masjid USM sama-sama.. Sahur sama-sama.. 
Masa saya ada masalah dengan bekas tunang saya dulu, dalam bulan ramadhan masa tu, saya ingat lagi, Eju la orang yang tak pernah jemu bagi semangat. Saya sangat hargai.. Tersangat hargai.. 
Tak pernah sekali pun kita tak berbuka bersama for the past 13 years.. This year, rasa lain sangat Ju.. 
Aku dah tak perlu meredah bridge untuk ke USM..
Eju, rindu la.. Rindu sebab mustahil dah untuk kita nak jumpa dan jadi gila-gila semula lepas ni.. Nasib baik la ada trip bulan September nanti, harapnya trip kita berjalan lancar.


Zu, hang buat baju raya tak.. Ka hang pun pakai baju raya recycle je, macam aku.. Eh, hang dah buat kan baju raya dengan kakak aku haritu.. Eh, tu adegan last year ke adegan this year??

Zu, cerita "pembancuh kopi Mr Vampire" ni best la.. Sama level macam Teman Lelaki Upahan.. Supporting actor and actress dia pun sangat best and tak kayu.. Cuma, tajuk tu.. Kalau tak disebabkan hang, tak kuasa aku nak tengok drama vampire-vampire ni.. Tapi cerita vampire ni best la. Ada orang ayaq mata meleh-leleh, taktau la kat mana yang ada kesakmaan dengan kisah hidup orang tu.. Maybe bakal mak mentua dia tak berkenan kot kat dia, sebab tu dia terkesan part tu.. hahahaha.. (nanti nak raya wiken ni, i minta maaf lain dekat dia)..

Zu, hang nanti kalau ada masalah jangan simpan-simpan pastu tengok muvie menangis-menangis, sebab kisah sama.. Jangan tau, hang kena minta pandangan orang lain.. Hang jangan la cakap tu masalah hang, hang kata la "kawan aku ada masalah, dia tanya pendapat aku..bla..bla..bla.. .. aku pernah guna kaedah ni, tapi bila hajar tau aku tipu kata tu amsalah kawan padahal masalah sendiri, dia gelakkan aku...
Zu, aku takut hang meroyan nanti..


Eh dah habis dah lunch time... 


Selamat hari raya in advance.. Maaf Zahir dan Batin.. I kan selalu melawak kasar, jangan ambik hati yer semua.. Orang kedah memang kasaq lain macam sikit, (tapi hati baik yang teramat)
Jemput lah datang pokok sena