Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Sunday, July 16, 2017

Selamat Hari Raya 2017

Hai semua... 

Selamat hari raya.. Walaupun dah wish dalam last entry waktu bulan puasa tu, tapi rasanya masih belum terlambat untuk wish lagi.. Syawal tak habis lagi..

Waktu malam raya dan pagi raya tu, memang tak wish kat sapa-sapa pun.. Bz bebenor, walaupun tak pasti apa yang di bizikan. Raya ni tak ramai sangat tetamu waktu hari raya.. Alhamdulillah... Tapi makhluk-makhluk kat rumah tu ramaiiiiiii sangat yang asyik masuk dapur sampai habis semua makanan raya. See, ada hikmah tak ramai tetamu datang, makhluk kat rumah makan macam singa lapar sebulan tak makan... ayoyoyooooo

Disebabkan tuan blog bizi, bizi layan cucu lagi, sebabnya malam raya cucu balik berbuka.. Berbuka tu alasan je, sebenarnya makbapak cucu nak balik main mercun. Lantak koranglaaaaa.. lepas setel main mercun diorang balik ke SP, esoknya lepas sembahyang raya balik semula ke kampung... So, tenang la sikit nak cuci apa yang patut lepas depa balik. Lepas dah setel cuci apa yang patut, sampai pulak satu keluarga.. Korang dah sampai tengah malam, tidur je eh, jangan nak mengada nak sembang sampai ke pagi.. Tak kuasa, letih dah seharian masak... 

Ok, berbalik kepada cucu... Bagi can la, orang ada cucu kan.. Tahun ni ada orang dah belikan baju raya untuk cucu, comels tahap maksimum, rompers raya... hahahaha.. Saya memang suka tahap dewa-dewi beli baju budak, sebab mahal..hahahha.. Tak kuasa kalau baju sendiri nak beli yang mahal-mahal, baju budak takpe.. Tambah pulak kalau budak debab macam cucu sendiri.. Pulak tu, tak sempat agah, dah gelak terkekek-kekek... Geram sangat.. Orang tengah bersembang, perasan orang tanya soalan dekat dia, punya panjang lebar penjelasan dia, padahal bukan kita sembang dengan dia.. (omg, nak kena book tiket ETS ni)

Eh, tak habis lagi pasal cucu... Fokus dayah, fokus...
Kita ni sibuk la ulit cucu sampai tak perasan tak bergambar.. Gambar dengan cucu pun takda ye.. 

"eh, ni pasaipa atas kelopak mata dia merah ni?"  ....... 'memang tanda lahir la', jawab mak dia...

banyak la soal jawab... no wonder dulu waktu anak sedara baby, kakak cukup risau kalau nak balik rumah famili abang ipar lepas anak dia kena gigit nyamuk.. Takut kena tanya soal banyak.. hahahaha.. Itu sebab sayang ok... sayang yang over sikit laaaaaa

Dari malam raya membawak ke malam raya pertama, takda gambar langsung.... 
Lepas raya menyesal takda gambar..
Bila dah beraya dengan kawan-kawan baru ada gambar raya..
Tapi ok jugak la takda gambar raya, dah hari raya pun pakai baju kerja, dah nama pun tak buat baju raya kan..
Dah pergi beraya rumah kengkawan, baru seronok nak pergi beli baju raya sebab dengki depa pakai baju cantik-cantik.. Tula, masa orang sibuk shoping, hang sibuk berangan..

Bila dah balik Kulim, beraya pulak di kulim.. Beraya kat rumah sendiri, makan kuih bangkit cheese yang memang tinggal sebalang kat kulim.. hahaha
Bila sensorang memang malas nak keluar, nak pegi beraya pun malas.. 

Zuhana pulak takda kan.. Balik kerja memang lepak jela kat rumah.. Esoknya pergi ker, balik lepak lagi kat rumah..
Dulu ada zuhana, selang sehari kami akan keluar makan kat luar, selalunya memang setiap malam la makan kat luar.. 
Bila sensorang, nak keluar makan pun malas, tapi apahal tak kurus.,...??? musykil sangat

Sebenarnya banyak nak tulis.. tapi malas.. Dah lama nak update tulis pasal raya 2017.. tula, ni tengok la.. nak transfer gambar raya yang ramai-ramai pun malas...

Zuhana pulak request suruh tulis pasal dia..
Lepas ni la
Nak kena p tenangkan diri kat tepi laut...




Post a Comment