Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, August 2, 2017

Angau

Wanita kelahiran Pokok Sena kebanyakkannya pemalu.. Ini kenyataan serious.. Mereka ni malu tapi mahu..

Contoh: Cik Naufalengine

Beliau itu dahulu kala sangat gedik nak tulis blog.. Tapi malu bila tahu ada orang baca blognya... Tak cukup dengan itu, beliau telah meletakkan link pada laman sosial kegemaran beliau untuk ke blog beliau itu.. Makanya, traffic sesak, kemalangan tidak dapat dielakkan, paling parah apabila ia telah melibatkan kemalangan jiwa kepada beliau sendiri... Akibatnya, beliau makan hati, buah pinggang berusaha menyahtoksinkan kemaluan yang dihadapi, beliau akhirnya mengalami kemurungan lalu beliau cuba mengubati perasaan tidak enak itu dengan menikmati nesafe tarik buatan airtangan sendiri sebanyak 3x setiap hari.. Natijahnya, tanpa disedari, lemak tepu mula bergumpal dicorong-corong lapisan lengan pinggul dan erkkkk perot.. Kelihatan seperti wanita mengandung tujuh bulan.. Kemurungan semakin parah...

Atas nasihat dari diri sendiri.. Beliau cuba mendelete punca kemurungan yang bakal membawa padah..
Perlahan-lahan beliau sedar, itu bukan punca utama apabila beliau mendapati beliau bakal berdepan hukuman paling kejam akibat tindakan tanpa berfikir panjang..

Nah... Beliau bernasib baik.. Blog yang dilinked ke google+ lebih kebal daya tahan penyakitnya.. 
Biarlah beliau kehilangan google+ posts yang beratus itu... Asalkan blog paling dicintai ini terus mekar mewangi selagi hayat dikandung nyawa...


Nasib la tak hilang semua post.. konon nak privatekan tah kenapa tak boleh pulak nak setting ke private.. Button edit di Basic setting tu hilang... 

Tu la gatal lagi... kalau dah gila tulis tu.. Tulisssss jela gemok oiiiii




#blog thru phone