Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, September 19, 2017

My birthday and the untold story

Saya rasa macam lama sangat tak update
Surprisingly, baru sebulan setengah tak update
Tak sangka la pulak ada orang rindu nak baca blog yang suka up diri sendiri ni


Well, last Friday, its my birthday
Yang ke-32.. Haha..  Awet muda kan?? Selalu orang salah sangka masih belajar kat matriks
Hiks
Last year saya buang setting birthday pada FB, this year saya letak semula
Opkos la ada sebab musabab, usually, saya jarang la buat benda takda aim, tapi tak boleh la nak reveal kenapa gedik-gedik dah buang tetiba nak pi set balik, itu terlalu personal...
And, ok la terpaksa mengaku, terpaksa regret dengan decision yang dibuat
Sebab daku rasa tua kerana notification semua post on that date naik... and dapat membaca wish pada ketika zaman belasan tahun.. Well, masuk matriks kan end of teenage years


Jumaat lepas (masa hari birthday tu).. hujan sepanjang hari, dan saya terkandas di rumah tanpa transport untuk pulang ke kampung.. Oh ya, ada kisah tragis hari khamis tu.. Actually banyak kisah sedih yang berlaku sepanjang minggu lepas.. 


Hari Isnin lepas, Sultan Kedah mangkat.. Terkenang memori terjumpa tuanku sewaktu Tuanku pulang ke Kedah untuk majlis sambutan hari lahir tahun lepas. Pertemuan yang tak disangka tu berlaku di Puncak Cable Car Langkawi. Tuanku yang telah berusia 89 tahun, berjalan melalui suspension bridge tanpa sebarang bantuan, lagak yang sangat gagah.. Kagum saya dapat memperkenalkan our King kepada Professor pada ketika itu.. Tak habis-habis saya memuji baginda sehingga ke dalam kereta... Prof, Shan dan Dr Min pun layankan aje la aku ni...


Hari Khamis,

Paginya dikejutkan dengan peristiwa kebakaran sekolah Tahfiz di Keramat.. Tapi masa tu saya belum betul-betul ikuti kisah yang berlaku. 

Petangnya, saya menggunakan alat UV-Vis.. Entah apala hikmahnya, alat tersebut terbakar, mengeluarkan asap tebal, dan hampir meluruhkan jantung saya.. Dag Dig Dug sangat masa tu.. Alat tersebut tersangat lah baru beli dan masih belum pernah terjadi sepanjang hampir 13 tahun saya belajar dan bekerja, alat yang saya guna terbakar... Zaman kat USM dulu ada la sekali, alat GPC terbakar, tapi masa tu lagi havoc, sebab dah malam dan kebakaran asap tebal sampaikan bomba datang 2 buah truck, masa tu semua risau takut school kimia meletup.. Paling kelakar adalah part 2 orang student final year jalan kaki berkilometer malam-malam tu dari hostel ke scholl, di tengah orang kecoh pasal lab terbakar, depa dua kecoh takut sampel final year project rosak.. Clever sangat!!!! Aku dengan Gme la kalau buat perangai bongok gitu, kawan-kawan lain tak ikut and stay kat bilik so kalau kitorang tak update means something bad happenla, motif, konon-konon akan sia-sia lah kerja kami kalau semua terbakar, jadi better selamatkan, dan dalam masa yang sama dapat melaporkan hal cemas tu dari tempat kejadian, berita terkini dan sensasi la kononnya.. 
Maghribnya, sememangnya hanya tinggal saya seorang dalam kawasan pejabat.. Zilah dah balik setelah di jemput Musri.. Pak guard pula dah kunci pintu masuk belakang, makanya saya kena keluar ikut laluan makmal, yang sedikit jauh dan ermmmmmm scary.. 
Once saya masuk dalam kereta, cuba hidupkan enjin, and... thats it.. After 2 kali cubaan, i know already.. Tamat sudah riwayat bateri karetaku.. Cubaan apakah ini.. Dah la hampir maghrib, di kawasan parking belakang, keseorangan... Saya cuba bersikap cool, kol Liza mintak dia tolong jemput dan hantarkan saya pulang kerumah dan bernasib baik sebab dia setuju nak datang ambik, keluar kereta, kunci kereta dan berjalan ke pagar depan.. Masa tu, persetankan perasaan takut yang mula nak menapak di sanubariku... Nasib la ada pak guard kat pondok.. Kalau tak memang aku tahan jela kereta sapa-sapa yang lalu depan sirim tu..


Jadinya, memandangkan Jumaat hujan sepanjang hari, ditambah tak ada kereta, terpaksa la mengharapkan ehsan Liza. Liza datang jemput dan saya kol uncle mekanik untuk tukar bateri kereta. Nasib la segalanya selesai before solat Jumaat.. Mahalnya la hai bateri kereta sekarang.. Almost 30% naik harga.. Ayyo

Lepas setel hal kereta, kami lunch sesama, (padahal kat rumah tadi dah makan fries setengah kilo.. Macam mana saya tahu saya makan setengah kilo??? Fries tu kan sekilo seplastik tu.. If kita makan luak separuh plastik, means kita dah berupaya/berjaya/gagahperkasa makan sebanyak 0.5kg.... hebat kan)

Since, masing-masing tak tahu nak makan apa, and masa pun dah almost 2pm, saya cadangkan kami ke Nasi Ayam Penyet aje.. Senang, sebab order aje, tak payah pilih.. Thats the beauty of kedai makan ada menu.. Tapi, I still love kedai makan Ehsan Tomyam...
Best thing adalah, Liza bayarkan our lunch as my 32nd birthday treat.. So, I must considered it as my birthday gift for this year.. 

Macam la dok dapat hadiah gempak kan every birthday... 



So, saya dah arrange birthday treat untuk diri sendiri end of this week. Kawan-kawan bayar sendiri sebab daku tak kaya nak sponsor depa.. Saya and my very bestfriend (Zati, Ela and Eju---- I love them so much) akan ke pulau idaman Zati... Bagi can la Zati dapat nama, kang merajuk pulak.. Zati, please treat me with KFC... 


If you follow this blog closely, selalunya saya akan arrange something for diri sendiri.. Yela, nak harapkan pakwe takde, arrange sendiri jela.. hikhikhik
And If you truly baca this blog, I promise to buy myself a watch, and I did it.. I bought a Gucci Glitter Wristwatch that cost me RM15 as my birthday present (a cheapskate minded).. Yang sedihnya, talinya rosak tak sampai seminggu beli.. Harga yang perlu dibayar kerana beli barangan cetak rompak.. Cesss

So, I would like to thanks Liza for belanja me on my birthday, a treat that i should remember... Mudah sangat jadi Hidayah kan.. 

...............................................The end...................................................

Raya haji haritu, famili saya buat korban dan akikah.. Akikahkan intan payung kesayangan semua, Aqif.
And I must say majlis ni telah menjadi macam majlis perjumpaan semua keluarga abang-abang ipar saya.. Dan anak sedara yang baru dinaiktaraf.. All of them jemput their family and depa semua datang... Ada yang dah berpuluh tahun saya tak pernah jumpa... Meriah tak terkira la.. Yang paling best sekali, i must say jugak, jiran-jiran and maybe tetamu-tetamu semua ingatkan ada majlis 2in1. Hahahahahha.. Sebab kami dirikan khemah and adakan mini dais... Patut la ada yang kecik hati kerana tak dijemput.. Nampaknya, If, If, If, saya kahwin esok-esok, kena buat majlis 7H7M dan bagi nombor giliran pada setiap undangan.. Supaya tak ada yang tertinggal dan tak ada yang terkilan tak dapat bergambar dengan pengantin.... 


...............................................................................................................

Adam

Kisah 1:
Kami duduk ramai-ramai, sembang-sembang gelak-gelak sambil usik Adam. Then, saya buka cerita,

Saya: "Nak tau dak satu kisah.. Dulu kan kat kampung ni ada satu pasangan orang Siam. Depa duduk kat rumah yang bangla tu duduk sekarang ni.. Menyewa lah.. Lepas tu, satu hari, isteri dia mengandung... Disebabkan depa susah, depa tak mampu nak bela anak depa... Disebabkan famili kita takda dah babu masa tu, jadi, depa bagi la dekat famili kita.. Lepas kita bayaq duit, keluarga tu pun pindah balik ke Siam... Itu la kisah kelahiran Adam"

Tiba-tiba ada kaki kecik sepak kaki saya sekuat hati dan berikan jelingan paling tajam... hahahahahahahahahahahahha


Kisah 2:
Lepas raya haji, PM umumkan cuti sebab menang sukan Sea.. Dah PM kata cuti, makanya terpaksa la stay kat rumah.. Presiden Sirim, see, I guna word "terpaksa", meaning, i sangat suka datang bekerja.. Phuiiii
So, tengahari tu lepas mandi, saya tukar baju lain...

Adam: (mula-mula dia perati).. "Tu bukan baju kakak kami ka?"
Saya: "Aaah, baju Aini.. pinjam sat.."
Adam: "Besaq la baju kakak kami makcik pakai..." (dengan mimik muka serius nak mampos, aku pelempang jugak budak ni, tak pasal-pasal aku masuk tibi3

Yela, kakak hang kuruih, makcik hang gemok, tak padan pakai baju kakak hang.. kuangjaq sangat


Kisah 3:
Kami dari rumah Adam nak balik kerumah saya, naik kereta, Hujan tengah lebat
Kakak dia, Aiza (dia ada 2 kakak iaitu Aini dan Aiza), cuma pakai sweater dan pakai hood untuk cover rambut.

Adam: "Kakak Ija, awat tak pakai tudung.. Berdosa nampak ghambut.."

Well, dia kan budak sekolah Arab

Tu okay lagi, ada sekali tu dah nak maghrib sangat dah, jiran dia tengah siram pokok depan rumah, tetiba azan,

Adam : "Makteh, orang azan dah tu, pi masuk dalam rumah, sembahyang"

Kakak saya terus pergi tarik dia masuk dalam rumah, tak sedar diri, dia tu yang kena masuk pergi mengaji malam rumah ustat...


Sekarang ni dia memang sangat particular pasal tak pakai tudung, selamba ja dia tegur kalau rasa tak berkenan, memang berdengung sangat... 


....................................................the end....................................................................


Ni paling penting, crucial issue
Sehari 3x , saya akan naik atas penimbang
Jarum  dia pusing, dan pusing, dan pusing dan terus berpusing.. dan stop pada satu angka yang buatkan saya rasa nak jerit, jerit tak boleh kuat, nanti zilah datang cek pulak jarum berenti kat mana, so kena la tipu dia cakap berat cuma 70kg, PADAHALLLLLLLL

Tu la, angan-angan tinggi
Nak bercuti ambil gambar badan macam model
Sekali nah ambik, model kaki gajah..
Tu pun tak sedar diri lagi, makan nasi 3x sehari, perasan macam zaman sekolah, nak siap ada pakej supper, memang dasar sangat...


Eh, dah lewat malam la...
Patut la senyap sunyi 
CISSSSSSS