Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, October 16, 2017

Trip Santai Ke Lombok-Part 2


Tolonglah doakan daku diberi semangat dan tekad untuk menghabiskan entry Lombok
Sebelum ni bolehlah dok guna alasan laptop tak okay, then bila laptop dah okay, tetaplah muncul lagi perasaan malas nak teruskan entry Lombok
Tajuk pun daku dah edit sikit.. bagi ada ciri kemelayuan, satgi mat saleh dok skodeng pulak blog ni..

Rasa macam bercinta tiga segi sangat saat nak ON laptop dan buka words... That is the key.. Klau nak ON laptop pun malas, memang soddaqollah la.. bai-bai jela blog, tapi baca blog gossip kat handphone tak malas pulak okeh!!!

Semalam bila Eju dah start tanya dah update ke belum pasal Lombok dalam blog, Oh Em Gee, terasa macam guru besar bagi arahan.. Takot sangat..

Kena la kumpulkan semangat Malaysia Boleh untuk Kemenangan Berganda..

For those yang mempunyai hajat di hati teringin nak menjejakkan kaki ke Lombok, please la, please do so.. Take a bit extra effort, please book your flight ticket and for extra comfort, silalah ambik supir..
Macam we ols, kami guna agent Malaysia.. ARBA TOURS.. Sangat menarik.. sebab dia charge RM600/person untuk minimum 3 person pakej 4H3M… Gila murah okay!!!
For that price, depa ambik pulak agent di Lombok.. Then agent tu ada supir dia lah kan, and supir LOMBOK ni sangatlah friendly dan baik hati.. Unlimited serviced with no extra charge.. Dialah supir, dia lah photographer dan dia layan je permintaan kami eventho aktiviti tu takda dalam itinerary.. BTW, itinerary disusun oleh agent, tak sure agent mana yang susun, tapi tempat-tempat yang kita pi tu adalah common. But still, untuk RM600 untuk ground package include transport, boats, snorkelling equip, makanan best, tempat tinggal selesa, naik kuda, entry fee and sanggup kemana saja until 12.00am, adalah sesuatu yang sangat berbaloi-baloi… Since, kami telah jadi bertiga, makanya kami mohon bilik untuk 3 orang untuk pakej ni… Kang ada pulak yang nangis ketuk pintu tengah-tengah malam kang!!!!

Back to the story..

On the 1st day
Supir datang jemput di hotel at 9am, after dah makan kenyang-kenyang di hotel. Pagi ni kami dah pakai siap-siap baju nak main air laut.. 


Supir sepanjang di Lombok namanya Taswir dan dia minta dipanggil Wir.. Erk, ingatkan nak panggil Pak Wir.. Lawak okay Wir ni.. Akhir 90an lepas habis sekolah, dia pernah datang Malaysia kerja di Kelantan as pekerja ladang kelapa sawit.. Lama jugak dia kat Kelantan, hampir 7tahun, siap sempat la bercinta dengan orang tempatan.. Kami ada tanya dia “kenapa kamu tak culik aja perempuan itu pulang ke Lombok”….kihkih
Perjalanan dari Bandara Lombok ke Jetty Pink Beach hampir 2jam.. Sempat la Ela tidoq mengeroh kat belakang sambil memainkan irama keroncong untuk ana… kahkahkah.. Takpa, Ela tak baca blog ni, kutuk sikit-sikit tu no hal lah.. Lagipun Zati je yang ada contact Ela…And Zati je pun yang nak baca blog ni… hurmmmmmm

Sebelum naik boat (memang termasuk dalam pakej and akan private untuk kita je), kami shopping topi sebab Ela lupa bawak topi dan saya memang aim nak beli topi di Lombok pasai malas nak angkut dari Kulim… Bosan dah pakai topi yang sama untuk every vacation, tak variety lah kan??...




Kami naik bot berempat, erk, berlima dengan boatguide namanya Idris… Idris ni awai-awai ingatkan dia malu ke apa, sekali dia minta maaf kalau kata-kata dia menyinggung hati pasai dia suka bercakap.. OMG.. Idris, I ni 10x ganda suka kalau U suka bercakap.. And kami terus jadi one happy family.. Dan jadi sahabat baik pasai Idris ni satu takat ja lagi nak jadi professional photographer.. Gambar-gambar dia ambik memang best and menepati piawaian… Walaupun I keja sirim, tapi gambar I ambik biasanya tak ikut piawaian sirim…
Ok, first destination kami pagi tu adalah sangkar punyu dan lobster… Penyu la, apa pulak punyu.. Itu macam ikan puyu.. Memang Wir ni macam dah ada memorandum dengan salah sorang pekerja situ, dia bawak tourist and depa dapat komisen.. Kami ni pulak bangsa tak pernah makan lobster and tak pernah terpikiaq nak makan lobster.. So, bagai orang mengantuk di sorongkan bantal.. Kami ambik la sekilo.. Sekilo lobster ada 6 ekor and berharga 700,000 rupiah.. Lebih kurang RM230.. Pejam mata jela..






Lepas sangkar lobster, kami ke gili-gili yang ada and snorkelling dulu.. Best okay.. Cuma air tak berapa nak clear sikit tapi still bolehla nak tengok ikan yang macam-macam tu…















Lepas snorkelling, kami pergi makan dulu dekat Pink Beach.. Pink beach ni nampak dari jauh cantik gila, sekali bila dah sampai, sedikit kotor dan penuh tahi kambing.. Bau pun memang bau kambing… Makan lah kami dalam bauan kambing.. hahahaha.. Takla, makan dalam warung yang depa dah sediakan and tak bau apa pun.. Lunch harini, kami akan diberi makan seafood.. Ada ikan kerapu 3 ekor yang besar, ketam, sotong and sambal special pedas berdesing… Paling istimewa Wir dan Idris panggangkan lobster tadi bersama kerapu…








Kerapu tu kalau makan kat Malaysia, memang sedap nak mampos la.. Malangnya, masa kami makan tu terlalu banyak lauk sampai kami rambang mata.. Kerapu yang 3 ekor tu mampu habiskan sekor je.. Lagi 2 ekor kami bagi kat Idris..
 
Lepas setel makan, kami naik ke bukit kat situ, untuk sesi bergambar.. Giler weh bergambar sebab ada cameraman.. Haha.. Pestime ni vacation ada cameraman.. Boleh bagi arahan plak tu and boleh menerima arahan dan rungutan… Hahaha.. Pompuan gitu la..kihkihkih..





 
Pink Beach ni bila kita tengok dari atas bukit tu baru Nampak kepinkannya.. OKAY!!!!!

Then, kami teruskan misi snorkelling..kali ni nak tengok coral pulak.. Malangnya arus sedikit deras.. I ni plak tak reti berenang.. Idris best okay.. Dia yang tarik kami dalam air untuk tengok coral, dah la 3 orang pompuan gemok.. Wir tak boleh harap, dia tengok dari atas boat je.. Dah agak dah, dia tak reti berenang…
 
Lepas tengok coral, kami pusing-pusing dan pergi mandi kat satu pantai yang halus gila pasir dia.. putih je.. Tak ingat la nama apa pantai tu…jap, nak tengok itinerary yang Arba bagi.. 
Hari first ni kami patutnya ke Pink Beach, Gili Kambing, Gili Pasir dan Gili Petelu.. Okay, rasanya kami pi semua..
 
Habis mandi, kami naik boat dan ke Gili pasir,.. Ini saya ingat nama dia sebab Gili Pasir ni waktu tengahari dia Nampak air laut je, pasirnya tenggelam, tapi bila petang akan jadi beting pasir and membentuk pulau.. Canggih okay!!!! Kitorang siap kutip tapak sulaiman yang banyak and besar gila and main-main sambil bergambar… Kat sini skill melompat kami all out betol-betol sebab lepas ni kami akan bergambar bak perempuan melayu.. no no no, kena sopan santun, nanti takda pulak jejaka Lombok yang jatuh hati…














Dah hampir maghrib baru gerak ke tanah besar… Please plan your schedule accordingly supaya tak terbabas waktu solat.. Pandai-pandai la kan.. Kat Gili pasir tu ada satu perkampungan and ada masjid, nak solat kat situ pun okay je… Tak pun, lepas naik darat nanti singgah satu masjid yang dekat dengan jetty, besar and bersih je masjid tu… Indonesia ni, tempat yang paling selesa and bersih adalah masjid even dikampung-kampung yang terpencil pun.. Kalau ditempat saya, di kampung-kampung tu ada sesetengah masjid euwww kotor sangat toiletnya…

Perjalanan dari Pink Beach nak ke homestay ambil masa hampir 1jam 30minit, pukul 8pm jugak la kami sampai homestay, and setelkan urusan check-in.. Wir paksa kami balik bilik mandi and tukar baju bagi wangi-wangi, padahal dia busuk tak mandi… Pi Rahhhhhhh…
Dalam pukul 9pm, kami keluar makan malam,.. Malam ni kami makan masakan istimewa Lombok.. Eh, aku lupa pulak nama makanan malam tu!!!
 

Actually, malam ni saya rasa sakit-sakit badan.. Waktu kat Koh Lipe pun rasa sakit yang sama after snorkelling.. Memang aku ni ada masalah sakit badan after berendam dalam air laut agaknya.. Lepas makan, kami diskas, and Ela pun rasa sakit tulang belakang.. kami decide nak pi massage.. Homestay kami di tengah Lombok, iaitu di Mataram and little did we know sini tak semeriah di Senggigi.. So, mana nak ada massage service tepi laut.. Kena pi spa okay.. And Wir willing untuk hantar kami dan tunggu.. Kami ke LilySpa.. Dan, kami bernasib baik tak kena ambush malam tu.. Rupanya LilySpa tu rumah pelacuran.. Bongok sangat.. Dah discuss semua, baru tau itu rumah pelacuran, sebab bilik massage sebiji macam bilik pelacur dalam rancangan 999… Wir kata dulu tak begitu, sejak tukar owner, lelaki-perempuan bebas masuk.. Apa-apa jela… Kalau tetiba muka kami keluar dalam paper Sinar kena tangkap kat rumah pelacur memang kau kena saman Wir!!!! Dah la mahal gila charge dia, 200,000 rupiah/hour… kat Gili Trawangan, kami tengok dia charge 50,000rupiah/hour.. Satu lagi, pompuan tu bukan urut, dia cubit-cubit je, bengang betol aku, bila kena tegur, dia usap-usap je… Kalau aku tahu dia nak belai aku je, baik aku makan painkiller kat bilik… Boleh beli t-shirt Lombok 7helai dengan duit massage tu…

Kami habis massage tepat pukul 12pm dan Wir hantar kami balik homestay… Letih sangat, dengan sakit badan lagi, memang terus paksa diri tidor jela..

P/S: ZATI, WHO????????

2nd day
Even kami tidor lewat semalam, we wake up early this morning.. Our morning call start at 9am.. So, by 8am, kami dah get ready untuk breakfast kat café homestay.. Biasa-biasa je breakfast dia, tapi cukup la untuk kami.. So, saya tak ambik nasi, entah kenapa nafsu terhadap nasi drop sepanjang di Lombok.. good sangat.. untuk alas perot saya makan keropok dan lobster semalam… Ada lebih 3 ekor, so sorang makan sekor.. Tapi Eju tak reti makan lobster, SAYA jugak kena habiskan lobster dia, tak pasti la itu satu kegembiraan atau kemurungan sbb makan lobster yang lemak tu menjana kelemakkan…


Wir, pukul 8.30am dia dah terpacak tunggu kami… Since, dari malam semalam lagi kami masih tak dapat nak decide tentative harini, makanya kami bersiap lawa-lawa siap saya pakai blusher.. Sekali, Wir bagitau kami akan pergi mandi air terjun dulu pagi tu.. terpaksa la salin baju and mandi air terjun dengan blusher… Bombastic babeh… Perjalanan nak ke Air Terjun di Kaki Gunung Rinjani ambik masa hampir sejam lebih…
Pagi ni kami ke Air Terjun Benang Setotel dan Air Terjun Benang Kelambu..

Kat sini kena ambik ojek, dan kena bayar 30,000rupiah (Wir bayar).. Tak ingat dah nama ojek tu tapi muda, pakai selipar dan kurus tapi kuat gila… Dia memang potter untuk Gunung Rinjani.. Selamber je kan orang Indonesia ni, gagah perkasa, patut la populasi Indonesia tinggi, kaitan plis?????
Dari gate masuk, kami kena hiking hampir 10 minit untuk ke Benang Setotel.. Sini just port bergambar.. kami aim nak mandi kat atas nanti..







Lepas puas bergambar, kami hiking lagi 20 minit yang meletihkan untuk ke Benang Kelambu.. Penat okay sebab dah lama tak eksesais.. Kena naik turun tangga, nasib la tak bawak bagpack besar…Lagipun beg galas memang bagi ojek dan Wir bawakkan.. Kami melenggang bawak perut tapi keletihan, dasar perempuan gemuk…













Sampai ke kawasan air terjun, dah ramai dah pengunjung.. Lepas bergambar, kita terjah lerrr… Seronok gila, hilang sakit badan.. Yang lawaknya, bila kami mandi sambal jerit-jerit (Ela lah ni start jerit), semua orang bagi laluan dekat kami, dan freekan space kat kami, until kami dapat conquer the best spot.. peluang keemasan jangan dilepaskan.. Best OKAY!!!!! Sedap gila air dia, sejuk, tajam dan berbisa,,.. I love it…









Lepas mandi, kami patah balik ke gate dan beli jagung bakar sorang satu.. yeah, tak dapat naik rinjani, dapat bergambar kat kaki gunung pun jadi lah....

 
Then, kami bergerak pergi makan tengahari… Kami tumpang mndi dan solat di tempat lunch, tempat dia selesa and ada homestay jugak… Next time boleh minta untuk tidor sini satu malam.. kat situ, kami makan tilapia goreng fresh (nak makan baru dia tangkap).. Ya Allah, berbaloi saya makan pagi sikit, saya makan siap bertambah kat sini…  Sedapnyaaaaa... Kami rest lama jugak kat sini… Sebab konon nak tunggu sunset di Kuta dan Tanjung Ahn kan!!!!










Nest, kami ke perkampungan Sasak… Ada dua perkampungan dan dua-dua kami singgah.. SASAK ENDE dan SASAK SADE.





Shud be, kami just singgah kejap je setiap sasak.. Malangnya kami spent masa lama kat situ and Ela siap shopping kain tenun dekat Sasak Sade, habis setengah juta.. Kami ni mana la tau kan, rupanya jauh lagi nak ke Kuta dan Tanjung Ahn… Rhogiiii… Tapi, honestly, tak beli tenun kat sini pun takpe, sebab mahal… And nanti sakit hati bila pergi kedai sebelah rupanya boleh dapat murah lagi… Tapi, kat sini kami belajar pasal adat asli kaum sasak.. Sememangnya adalah adat asli di Lombok, menculik anak dara untuk dikahwini.. Itu adalah sesuatu ang diterima dalam masyarakat mereka, dan polis atau sesiapa jugak tak berhak menghalang…. No wonder la dulu kecoh anak gadis Malaysia dilarikan ke Lombok.. And, surprisingly, adat tersebut masih di julang dan diamalkan sehingga kini… Kalau orang sasak culik I haritu, mesti I dah jadi isteri orang sekarang… kihkihkih
Bye Malaysia.. Bye Pokok Sena… Bye Kulim.. Bye SIRIM… Bye dalam mimpi jela

Kami ke Kuta Lombok, and hari dah senja sangat waktu kami sampai ke Tanjung Ann… Sempat ambik gambar jela dalam remang malam tu.. Nasib la ada cahaya NUR kat muka, nampak le jugak dalam gambar… hahaha






Kami bertolak balik ke MATARAM dan singgah for dinner before sampai homestay… Malam ni menu special, kami makan sate kambing dan sup tulang/kambing.. Sedap nak mampos…

Off balik bilik, mandi and laju2 tanya khabar orang Malaysia, sampai mata terkatup sendiri…

AGAIN, ZATI WHO????????

p/s: malas nak susun and insert caption untuk gambar.. laptop ni keyboard dia ada yang abjad dah hilang... Rongak!!!!!

No comments: