Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, November 14, 2017

Trip santai Ke Lombok - Finale

Semalam kami tidor lambat. Sebagai ketua rombongan yang melantik diri sendiri, merangkap bendahari dan safety officer  kumpulan, saya kena calculate balance duit masing-masing dan estimatekan berapa rupiah yang masing-masing nak kena tukar. Sambil tu, saya dan Ela sibuk menerai t-shirt baru beli.. Lepas ni saya nak tetapkan kewajipan membeli sehelai baju yang berkualiti, dan tak malu untuk dipakai sewaktu keluar bersiar-siar... hehehehe

Kami bangun awal dengan perasaan teruja dan tak sabar nak balik Malaysia. Setiap hari kami akan tinggalkan baju basahan kepada pekerja hotel untuk dijemurkan, so, sempena nak membalas budi  baik mamat tu, kami bagi la sedikit tips.. Bagus mamat ni, mula-mula dia tolak, tapi setelah dipaksa dia kena la ambik... Kang kami merajuk kang, haaaaa

Kami breakfast dan Wir datang 30minit lebih awal dari masa yang ditetapkan, setiap hari.. Beliau memang bagus dalam bab-bab timing nih..

Pagi ni kami akan melawat ke kawasan penenunan dan pembuatan tembikar.. Actually kami tak kisah pun kalau tak pergi sebab masa ni kami eksited nak shopping je lebih.. 
Sebelum ke kawasan penenunan, kami singgah tukar duit.. Kena la allocate sedikit tips untuk Wir dan tips untuk boatguide (kami tak bawak duit lebih masa boattour).. Kami tukar dengan tokey moneychanger kat tepi jalan (dia tak sempat buka kedai sebab still very early).. RM150 dapat 450,000 rupiah, not bad la.... Tukar kat Malaysia mahal lagi.. Kira better la tukar kat sana...

Kami ke kawasan pembuatan tembikar.. try buat tembikar masing-masing, lepas dah siap tembikar masing-masing, end up, rupanya kena beli lepas tu.. Mana ada duit maaaa





Kami sedekah jela 3000rupiah... nak angkut tembikar yang tak guna pun akhirnya, tak kuasa la heiiii

Then kami ke kampung menenun
Try baju tradisional kat sini, and saya terbeli kain pelikat dan ela terbeli beg sling.. Ela tu tak sah kalau singgah tempat shopping and dia tak membeli... dasarrrr sangat









Then, tetiba si Wir ni terus menghala ke airport.. Saya pelik gila, padahal dalam kereta berpuluh kali kami ingatkan yang kami nak beli sourvenir.. Bila dah maklumkan sekali lagi, baru la dia kembali waras.. Pelupa rupanya.. kalut, takut kami tertinggal flight, sebab dah pukul 10 dan flight kami pukul 12tgh... Terpaksa dia berpatah balik cari kedai sourvenir, dan dapatlaa Ela shopping sikit.. Saya dan Eju nak cuba nasib di airport, sebab kat kedai tu mahal yakmat..

Kesian Eju
Dia punya la nak bergambar kat signage lombok dalam pintu masuk epot, kitorang buat tak tahu je.. hahaha.. Yela, buatnya tak sempat nak check-in luggage kang, haaaa... Dan, sememang kitorang buat keputusan yang betol.. Ramai gila manusia... 

Sempat kami shopping sedikit di airport.. Kami beli-belah batu bertangkup sedikit sebelum check-in.. Ingatkan kat dalam lagi mahal, rupanyaaaaa... dah masuk dalam lagi murah.. Kedai ni paling best....
Sila check-in, dan masuk cari kedai ni...

Kitorang sampai KLIA2 dah dekat pukul 5, lepak jap pekena nescafe ais... Then masing-masing bergerak pulang.. Eju naik bas balik melaka, dan saya ikut Ela naik bas balik ke stesen TBS..

Wiken tu saya spend di Shah Alam, sebab isnin nak balik ke kulim naik flight yang sirim bayarkan... hahaha..

BTW, wiken tu saya dan Zuhana Kaya, shopping dari pagi sampai ke tengah malam dekat SOGO, Jalan Tar dan KLCC.... penutup yang the best... I LOVE SHOPPING

Thursday, November 9, 2017

Trip Santai ke Lombok - Part 3

Yes..kita kena berusaha.. berusaha adalah tangga kejayaan

So.. ke lombok ler pulak kita

Cik Ela dah kat Korea sekarang.. member tengah seronok bersejuk-sejuk kat Seoul.. Dia taktau, kita kat kedah ni pun dok sejuk gedik bawah kipaih angin.. Hujan lebat sampai mak letak telefon bila kita kol.. Punya dia nak habaq hujan lebat sampai tak dengaq apa

Sebelum Cik Ela merayap lebih jauh lagi, moh ler kita update cepat-cepat
Jangan sampai Eju hantar warning letter


Hari Ke-4 di Lombok

kami akan ke Gili Trawangan..
Memang sesuai sungguh la nama dia, dok dalam bot tu memang merewang kami semua mintak nyawa, tambah-tambah masa nak balik, ombak macam nak suruh kami bermastautin kat Gili tu teruih

Seperti biasa, jam 9am, tour guide kami si Wir dah tunggu bersama kereta saktinya.. Malangnya, hari ke-4 ni dia mai jemput kami naik kereta seolah macam innova.. Ala, ini telah menyebabkan kemurungan kepada saya.. Suzuki hat kami dok naik sebelum ni ekon dia sejuk gedik, i loike, hat innova ni ekon macam ekon opis, lek-lek ja

Pagi, lepas breakfast, kami bergerak ke Senggigi
Ha, ni baru la betoi. beach, tepian pantai, ombak menghempas samudera.. berlambak hotel.. Berlambak spa.. inilah kehidupan yang kita cari

Pagi ni, kami dibawa ke Villa Hantu

Villa hantu ni terletak dekat tempat paling strategik sekali di Senggigi. Mahal sekali lokasi villa ni.. Di selekoh yang tinggi.. Dan, tajam....Tak disangkal, hantu tu memang sesuai la untuk menggambarkan villa ni.. kata Wir, villa ni terbiar sebab dalam geran tanah ada banyak nama, depa berebut nak kan villa ni jadi hat mutlak.. BODOH.. Kalau share duit habiskan binaan villa ni, masuk kat booking.com atau agoda, konfem kaya raya bapak-bapak tu semua.. Mat saleh jela yang mampu duduk situ.. View dari villa hantu adalah antara yang tersuperb di area senggigi.. 












Lepas bergambar di Senggigi, kami terus ke jetty untuk ke Gili Trawangan.. Wir yang baik hati dan macho telah mengoffer kami untuk naik keret kuda ke jetty. Dia hentikan kami kat tempat kereta kuda tu, dan bayarkan kos kereta kuda terus ke jetty, dia pulak bawak kereta parking di jetty.. Thanks Wir.. Sebenarnya kena thanks dekat Ela dan Eju jugak, sebabnya minah berdua nilah yang dok buat wishlist panjang berjela and salah satunya adalah nak naik kereta kuda.. Tau nak naik je, duit bukan ada pun... hahaha.. Depa dua ni rancang indah dan mewah, bukan pikir duit cukup ke tak.. hahahaha








Sampai jetty, Wir uruskan tiket dan kami kena tunggu dalam 15minit sebelum boarding.. Ceewahhh.. boarding gitu

Naik bot dalam 45minit, dan kami selamat sampai ke Gili Trawangan.. 


Masya Allah, cantik sangat, air bersih, dan paling penting TAKDA ANJING
Bestnya... 

Makan tetap kena makan K... lunch di trawangan

Kami sewa basikal seorang satu (kat Indonesia depa panggil sepeda... sepeda yer.. bukan sependa)
Kos sewa sepeda 50,000rupiah seorang










Kami mengelilingi Gili Trawangan.. bergambar je la banyak nya.. Mission utama nak mencari  buaian macam dalam gambar-gambar yang cantik orang dok share tu.. yang viral sangat tu ler
Yes.. belambak buaian.. dan just nice la kami pi masa tu dalam area pukul 12-2.30 pm.. orang tak ramai and air tengah nak pasang tapi belum tinggi lagi
Tak payah la queue nak bergambar tu, kalau pergi time sunset, beratur macam nak beli tiket final bola sepan sukak SEA



























View memang cantik, best gila lah kat sini.. TAKDA ANJING, tenteram sangat

By 3.00pm, kami bertolak naik bot kembali ke tanah besar Lombok.. Bot penumpang paling akhir akan ergerak pukul 4.00pm... Dan percaturan kami ambil bot pukul 3pm memang just nice.. Ombak sangat kuat masa ni.. terhuyung hayang kami.. Alhamdulillah sampai ke daratan dengan selamat

Kami singgah solat dan cuci-cuci kaki di Galeri Pearl on the way nak balik ke Senggigi.. Ni baru best.. Bersih dan wangi dan depa tak charge pun kami,... Tenang sedikit aku mengurusi diriku di kamar toilet di sini... boleh rearrange apa yang patut

Since, masa pun dah hampir melepasi asar, kami singgah terus ke tempat yang kami dah aim untuk menikmati sunset... Kat sini ada jual jagung dan air kelapa... 



Enak sekali dong!!!!!


Sementara nak tunggu sunset, kami bergambar tanpa mengetahui itu adalah keputusan yang paling bijak kami dah ambil










Matahari dilitupi awan, ia malu untuk menemui kami

NO SUNSET










KECIWAAAAAAAA

kami pulang dalam kekecewaan

Malam ni, Wir bawa kami makan sate lagi.. kali ini kat tempat yang lebih istimewa.. Makan malam terakhir

Sebelum pulang ke hotel, kami singgah cuci mata.. Wang tak bawa, cuci mata je laaaaaa



So, lepas sesi cuci mata.. tak beli apa sangat.. sebab duit pun takda.. kami tanam tekad untuk balik bilik, mandi, kemas barang dan akan kira bajet masing-masing.. Esok before hantar ke airport, Wir kena bawak kami tukar duit dulu untuk kami beli barang sedikit di airport... Takkan nak balik Malaysia takda beli apa-apa untuk ZATI WHO???

p/s: sorry, i dijangkiti penyakit malas nak tulis caption untuk semua gambar...