Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, November 14, 2017

Trip santai Ke Lombok - Finale

Semalam kami tidor lambat. Sebagai ketua rombongan yang melantik diri sendiri, merangkap bendahari dan safety officer  kumpulan, saya kena calculate balance duit masing-masing dan estimatekan berapa rupiah yang masing-masing nak kena tukar. Sambil tu, saya dan Ela sibuk menerai t-shirt baru beli.. Lepas ni saya nak tetapkan kewajipan membeli sehelai baju yang berkualiti, dan tak malu untuk dipakai sewaktu keluar bersiar-siar... hehehehe

Kami bangun awal dengan perasaan teruja dan tak sabar nak balik Malaysia. Setiap hari kami akan tinggalkan baju basahan kepada pekerja hotel untuk dijemurkan, so, sempena nak membalas budi  baik mamat tu, kami bagi la sedikit tips.. Bagus mamat ni, mula-mula dia tolak, tapi setelah dipaksa dia kena la ambik... Kang kami merajuk kang, haaaaa

Kami breakfast dan Wir datang 30minit lebih awal dari masa yang ditetapkan, setiap hari.. Beliau memang bagus dalam bab-bab timing nih..

Pagi ni kami akan melawat ke kawasan penenunan dan pembuatan tembikar.. Actually kami tak kisah pun kalau tak pergi sebab masa ni kami eksited nak shopping je lebih.. 
Sebelum ke kawasan penenunan, kami singgah tukar duit.. Kena la allocate sedikit tips untuk Wir dan tips untuk boatguide (kami tak bawak duit lebih masa boattour).. Kami tukar dengan tokey moneychanger kat tepi jalan (dia tak sempat buka kedai sebab still very early).. RM150 dapat 450,000 rupiah, not bad la.... Tukar kat Malaysia mahal lagi.. Kira better la tukar kat sana...

Kami ke kawasan pembuatan tembikar.. try buat tembikar masing-masing, lepas dah siap tembikar masing-masing, end up, rupanya kena beli lepas tu.. Mana ada duit maaaa





Kami sedekah jela 3000rupiah... nak angkut tembikar yang tak guna pun akhirnya, tak kuasa la heiiii

Then kami ke kampung menenun
Try baju tradisional kat sini, and saya terbeli kain pelikat dan ela terbeli beg sling.. Ela tu tak sah kalau singgah tempat shopping and dia tak membeli... dasarrrr sangat









Then, tetiba si Wir ni terus menghala ke airport.. Saya pelik gila, padahal dalam kereta berpuluh kali kami ingatkan yang kami nak beli sourvenir.. Bila dah maklumkan sekali lagi, baru la dia kembali waras.. Pelupa rupanya.. kalut, takut kami tertinggal flight, sebab dah pukul 10 dan flight kami pukul 12tgh... Terpaksa dia berpatah balik cari kedai sourvenir, dan dapatlaa Ela shopping sikit.. Saya dan Eju nak cuba nasib di airport, sebab kat kedai tu mahal yakmat..

Kesian Eju
Dia punya la nak bergambar kat signage lombok dalam pintu masuk epot, kitorang buat tak tahu je.. hahaha.. Yela, buatnya tak sempat nak check-in luggage kang, haaaa... Dan, sememang kitorang buat keputusan yang betol.. Ramai gila manusia... 

Sempat kami shopping sedikit di airport.. Kami beli-belah batu bertangkup sedikit sebelum check-in.. Ingatkan kat dalam lagi mahal, rupanyaaaaa... dah masuk dalam lagi murah.. Kedai ni paling best....
Sila check-in, dan masuk cari kedai ni...

Kitorang sampai KLIA2 dah dekat pukul 5, lepak jap pekena nescafe ais... Then masing-masing bergerak pulang.. Eju naik bas balik melaka, dan saya ikut Ela naik bas balik ke stesen TBS..

Wiken tu saya spend di Shah Alam, sebab isnin nak balik ke kulim naik flight yang sirim bayarkan... hahaha..

BTW, wiken tu saya dan Zuhana Kaya, shopping dari pagi sampai ke tengah malam dekat SOGO, Jalan Tar dan KLCC.... penutup yang the best... I LOVE SHOPPING

No comments: