Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, January 19, 2018

Short Getaway 2018- Pulau Tuba / Pulau Dayang Bunting, Langkawi ----------(part 1)

Sebelum kita pi bercuti tempat lain pulak, moh ler kita update kick start untuk tahun 2018.. 

Secara serius nya, i never thought vacation ke pulau tuba/ pulau dayang bunting akan meninggalkan memori seindah ini.. Since, both pulau masih dalam daerah Langkawi, so, saya menjangkakan pengalaman yang dirasai adalah seperti trip-trip yang lepas.. Yo la kan, saya masih dihantui memori hati tersimpul waktu event sirim di sana 2 tahun lepas.. kahkahkah

Pulau Tuba ni dah bermain dalam benak saya sejak early 2017. Lepas officemate si Awanis Gonjeng balik dari Langkawi last year (still in 2017), dia pulak dok cerita pasai kawan kami yang masuk ke pulau tuba sekejap dan pasai foreigner yang suka duduk di pulau tuba, masa tu saya memang dah makeup my mind, jadi lah apapun, tahun 2018 saya kena jugak ke pulau tuba. So, waktu ke Lombok cerita la dekat cik ela, luckily, cik ela kata, tunggu dia balik dari Korea and dia akan start book cuti. Zati pulak awai-awai lagi rejek invitation, tunggu la hang, lepaih ni aku tak ajak dah vacation sama-sama..  Mengada sangat takmo pi Langkawi... Berenang la hang dalam swimming pool kat ipoh tu..
And, thanks to cik ela, she keep pushing me on the date and kami decided untuk pergi sana on cik ela birthday week.. What a memorable date. Nice kan!!!

But, overall, saya rasakan percutian berdua kami ni sangat refreshing.. Saya tak pernah rasa setenang ini selepas pulang dari vacation (umrah is exceptional), pulau tuba memberi impak yang sangat besar.. Whenever saya rasa suffocated, saya cuba bayangkan saat-saat kami membaca/buat aktiviti atas pelantar di jetty resort.. And, we glad sebab kami pergi berdua, not much dramas.. Biasala kan, pergi lebih dari satu kepala ni banyak benda nak kena consider.. Dengan cik ela ni senang sangat, sama la jugak kalau pi bercuti dengan eju, easier dan light vacation sungguh. Cik Ela never gave 2nd thought, dia setuju nak extend and pindah ke bilik yang lebih better in 1hour selepas kami jejak kaki ke pulau tuba.. And dia pun relax je bila saya suggestkan kami buat ad-hock vacation. Thanks Ela, i really appreciate your thoughtful mode.


10/01/2018 (rabu)

We both dah start cuti, even ela memang cuti sepanjang week tu sebab dia balik kampung tengok anak sedara first dia. Ikut plan asal, dia akan naik flight sehari sebelum dari kl, tidur rumah sedara dilangkawi and tunggu saya di jetty kuah.. Nampaknya plan asal kami ke lautan rindu..kihkih

Saya pi pikap dia kat rumah famili dia, dan kami terus ke kuala kedah.. Sebelum tu sempat singgah breakfast nasi lemak Hameed kat Alor Setar. Sedap sungguh, ela siap teringat-ringat sampai ke langkawi, siap plan nanti balik kampung nak pi makan lagi.. Melampau kan!!!


Nasi saya.. nasi penuh

Nasi Ela, nasi half-cup kuah banjir
Lepas makan, kami pergi park kereta dekat rumah kakak saya and anak sedara saya hantar sampai ke jetty kuala kedah. Kami beli tiket sorang RM23 (nasib la harga tiket naik sehari je on new year, lepas tu terpaksa turunkan sebab banyak komplen dari netizen)... Lama sangat dah tak naik feri dari kuala kedah ke langkawi, 1st and last time adalah zaman sekolah dulu. 

Then, ada la agent-agent kereta sewa and homestay dok riki-riki kami nak ke mana.. Ela terus tanya depa tau dak mana-mana homestay atau resort di pulau tuba. Terus sorang pakcik tu offer nak tolong contact-kan..

Pakcik : " Hello Dato, ni ada dua orang student nak masuk resort. Dato ada bilik kosong dak? Depa kalau boleh nak bilik hat paling murah. .... Oh, 70ringgit noh satu bilik, boleh-boleh Dato. Nanti saya habaq dekat depa"
" Ha ni, hampa mau dak duduk bilik macam ni (sambil tunjuk gambaq resort, lawa nak mampuih, opkos la kami mau).. Kalau hampa mau bayaq deposit kat pakcik RM40, balance nanti bayaq kat resort"

Saya: " Pakcik, memang tu Dato ka saja pakcik panggil Dato? kihkihkih .. Pakcik tanya dia ada motor sewa sekali dak"

Pakcik : "Eh, dia memang Dato, ni kad dia.. Sat pakcik call tanya.. "

Dia pun tut-tut call Dato and kami berdua menarik nafas lega walaupun ada sedikit perasaan doubt kot-kot boleh dapat bilik and motor lagi murah kalau deal dengan Dato sendiri.. (dasar cheapskate kan)... 

Pukul 10am, feri kami bertolak ke langkawi and kami tiba di jetty kuah hampir 1jam 30minit kemudian. Masa sampai tu a bit lost la jugak, sebab taktau nak tuju jetty mana pulak untuk ke pulau tuba. Luckily, kerani resort sangat membantu dan kami naik teksi (actually viva je pun, kereta sapu yang grrrhhh) that cost us RM10 untuk ke Terminal jetty Marble Pekan Rabu yang cuma beberapa ratus meter ja dari jetty kuah.. Mahai gila cost teksi viva depa... 

Abang teksi :' Nak pi pulau tuba buat apa, bukan ada apa.. Orang tak ramai, mall pun takdak.. bukan syok"

Saya : "sebab takdak tu la yang kami nak pi"

krik..krik..krik

Jetty Pekan Rabu




Kat sini memang menduga iman, sebabnya boat hanya akan jalan bila penumpang ramai.. and kalau tak berat mulut, tanya-tanya jela kat pakcik yang nak cross ke pulau tuba tu mana tau depa bagi tumpang (bayar la kan)... Kami tunggu hampir 2jam.. 

Makcik : "Adik dua nak pi mana? Nak pi tuba ka selat"
 Saya : "kami nak pi Noba resort makcik"
Makcik: "Ooooo, tu dekat selat... Jaan, hang hantaq depa pi selat dekat resort Noba"
Jaan : "Tengok la satgi, kalau ayaq surut depa kena jalan dalam selut."

Makcik ni orang tuba, dia pun nak balik ke pulau tuba. Jaan tu pulak pemandu boat penumpang.. 
Ingatkan si Jaan buat lawak, sekali betoi la.. Nasib la masa kami sampai boat boleh sampai lagi ke hujung jetty, kalau awai pagi memang kami kena jalan rentas selut la agaknya.

Dah la tu, depa tinggai kami dua kat hujung pelantar jetty, terkapai-kapai kami.. dengan keadaan jetty yang dok eeeee-ok eeeeok eeeee---ok... hahahaha...






RESORT NOBA, PULAU DAYANG BUNTING, LANGKAWI




BEST GILA...

Resort ni bersih dan paling cantik kat pulau tuba/pulau dayang bunting.. harga affordable.

Kami buat pilihan paling bijak sekali dengan memilih resort ni dan mengupgradekan bilik dari bilik RM70 ke bilik RM90.. Bilik RM90 ni landed atas tanah dan ada katil queen serta tv njoi.Good choices sebab lepas hari pertama langkawi asyik hujan je.. 

Lepas solat dan rest kejap, kami terus tak sabar nak pusing pulau dayang bunting dan pulau tuba.. Terus habis dua pulau ni kami teroka dan bergambar.. nasib la bergambar sejak 1st day, sebab lepas tu setiap hari hujan and gloomy.























Mana tah gambar lain.. Maybe cik ela transfer tak habis.. kami ronda-ronda kampung, singgah makan laksa and bihun goreng, tangkap gambar kerbau, lembu, ikan buntal and the most popular gambar adalah gambar laut.. 

Petang tu singgah tepi pantai beli rojak and goreng pisang. Makan dekat jetty di resort... Maghrib balik bilik and have a good rest.. cewahhh, macam la esok ada heavy activities kan... 

kuikui

No comments: