Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, March 20, 2018

Hello Yanie... Eh, Memey dan Eju pun ada laaaaa

Yanie,

Hang mesti tengah tunggu post ni kan... kihkihkih..
Specially made for hang nih... 


Last week, ada wedding di Penang,
Menakjubkan sebab Eju awal-awal terus setuju nak turun
Despite her busy schedule dengan business baju baby dia tu
Sungguh gembira dengan kesudian Eju untuk turun,

So, disebabkan suka yang teramat, memang pagi sabtu tu tertunggu-tunggu bila Eju nak kol bagitau bas dah sampai stesen kulim,
Katanya sampai awal pagi, tengok-tengok dah azan subuh baru eju bagitau bas dah masuk kawasan kulim.. 6.30am baru la bas sampai stesen kulim
So, pagitu lepas dah setel cuci muka gosok gigi takpayah mandi, terus pergi pikap eju kat stesen,

Respon eju,
"tengok kat depan nampak kemas, sekali kat seat belakang serabut giler" ---kereta
Hahaha.. memang masalah tak OCD sangat aku nih
Kemas kereta ikut mood, maybe kena hire drebar lepas ni, biar dia yang cuci

Lepas pikap eju, terus bawak pergi breakfast, 
Waktu kami sampai, terus brader-brader tu pandang je.. 
Rupanya depa baru nak setup kedai, baru nak canai roti, nak susun lauk, nak panaskan air,
Takpa bang, take ur time, akad nikah kawan kami lambat lagi

So, sempat la catch-up cerita eju sikit-sikit, pasal bisnes dia,
Dan sempat hasut eju tak payah keja makan gaji, hahaha, stress pasal kpi dan boss, dan job mobility hahahaha

Eju mula-mula, konon nak makan sikit, sebab dia dah biasa skip-skip makan,
Patut la nampak kurus banyak eju sekarang,
Bisnes sampai tak sempat makan,
So, dia order sekeping je roti canai, orang offer suruh share half-half pun tanak, 
Sekaliiiii, tak cukup, aku jugak kena bangun tambahkan order....
Nasib gemok, so, abang tu laju jer hantarkan roti tambahan, walaupun ramai lagi dok tunggu turn... good job abang, patut ramai gadis datang makan


Perempuan lapar... sibuk bisnes sampai tak sempat dinner semalam before naik bas


Lepas makan, terus balik rumah, sambung gosip,
Yela, lama kot tak jumpa Eju, banyak lagi topik nak sembang
Tapi pagi ni, memang fokus dekat bisnes dia je

Dah pukul 10pagi, terus gelabah bersiap, sebab kawan kami nikah pukul 11pagi
Lepas siap lebih kurang terus ke rumah pengantin,
Sempat lagi kami buat drama dalam kereta,

"Dayah, tengok-tengok dia telefon bagitau dah setel nikah pukul 10.30 tadi"

"Itu gelojoh sangat namanya" opppsss

hahahaha

Nasib la sampai tu sedang elok pengantin tengah hilangkan gemuruh (gemuruh ker?), depa tengah ready nak nikah, just in time, good timing,

After dah setel semuanya, with Aisyah...
Lepas setel majlis nikah kat masjid, ke rumah pengantin untuk jamuan tengahari, 
Masa yang ditunggu-tunggu (habaq mai sapa tak mau makan lauk kenduri, sedap kot!)
Kami makan, borak-borak sket, ambik gambar dalam bilik pengantin, 


Wow, princess Aisyah!!

Next yer Ju!!!

Yours truly, kuruskan badan plis!!!


Disebabkan cuaca kat utara ni memang panaih lit-lit, mata pun tak larat nak buka masa bawak kereta,
So, kami decide just balik rumah untuk rest, and spend more time la kan to update kisah masing-masing,
Eju pun sibuk nak reply wasap customer, so, time dia reply, daku jumpa la kekasih hati di awan biru, hahahaha, metafora tahap gapai bintang dan bulan


Malam tu, after maghrib, kami keluar makan,
Eju once dia bbeli tiket nak datang tu, memang dia dah senarai benda yang dia nak makan,
Paling utama mestilah nasi kandar dan teh tarik,
Disebabkan beberapa hari sebelum eju sampai, saya dah try makan kat Yasmeen bawah Hotel Fuller, and rasanya memang not bad, paling sedap adalah teh ais dia, pekat melekat,
So, malam tu kami menuju ke yasmeen


Makan sambil rewind balik memori zaman kat USM dengan Yanie, Anem, Gme, As, Memey, Tini, Syana, Ilai.. Bak kata Gme, zaman semua tak laku.. haha.. Gila sangat, dah la skema nak mampus,,, Zaman study tu kami memang fokus stadi jek.. Mana ada buat benda-benda merapu, paling komersil pun pergi party kat feringghi dengan coursemet siap chartered bas sekolah dan keri bawak sound set.. hahaha.. Apa lagi eh, pasal hamzah sendut, pasal ligan bas.. Pergi bukit merah, pastu kereta yang anem bawak berundur kat bukit tu then terbayang muka cuak anem, win sangat, hihihi
 Malam tu kami betol-betol mengimbas memori lama.. Selama ni amatlah jarang kami sembang pasal kisah zaman stadi kimia time undergraduate dulu.. Selalu sembang pasal masa depan.


Esoknya, saya kerja half-day..
Tengahari tu balik siap-siap, pikap eju dan terus ke rumah kenduri..
Yaniw lawak sangat, boleh kol aku bagitau sesat, bila nak tanya lanjut, dia jawab gini,

"Dayah, ko cakap dengan suami aku k"



Eh, bukan ke suami hang tu dari zaman dulu kita panggil ayad, kan hangpa adalah keluarga ayad, cemana boleh muncul ayat suami aku... 

Nak pecah perot aku gelak, apahal lawak sangat yanie oiiii

Yanie, aku and eju siap buat drama hang dah gaduh-gaduh dengan ayad dalam kereta,
Even this gonna be the first time me meeting with ayad, (Sorry tak dapat datang kenduri korang 5 tahun lepas)... tapi, entah kenapa, dengar suara ayad dah boleh bayangkan korang sure bising-bising dalam kereta pasal direction,
Ko kan selalu cakap ayad pemalu lah, segan jumpa perempuan lah,
Awatnya bila jumpa dia macam dah banyak kali jumpa je, dan kenapa betol telahan kami korang gaduh-gaduh pasal direction dalam kereta... ko memang tak berubah yanie... sama, langsung takda beza.... Tak nampak tueeeeeeeee (see, aku tengah puji ni)


Cantinya.... (photographer)


Kenapala aku pakai shawl ketat sangat, sampai booolat muka (padahal sebab memang gemok kan yanie)

Korang, ini lah korang nanti... Yanie still menjaga penampilan

And the most important part adalah sebab nak jumpa the twins.. Anak memey...

Bagus Fellanie, bapak penyayang...

Memey bawak adik datang kenduri kawen.. mehmehmeh

Kitorang sampai-sampai wefie dulu, pengantin kemudian.. hahaha

OMG, si abang ni malu yakmat.. tapi dua-dua tak tinggal kerusi, malu tapi kerusiku kerusiku jua, gituuuuu

Sorang muka Memey, sorang muka Fellanie... Farhan dan Fareha 
Memey, Fellanie dan kembar by 2.30 macam tu dah balik.. sebab fellanie kena stand-by by 3.30pm.. Kalau lama tadi memang dah lepas ke kedai mamak dah kami ni

Tak sangka sangat ayad sporting tunggu kami berborak sampai pukul 5pm... Dah la tahan kencing kan yanie laki hang tu, hahaha, sanggup demi yanie... Serious kami tak sangka ayad boleh masuk dengan kami, yanie... 
Korang jangan lupa eh, anniversary ni kena tunaikan impian ayad, pakai gaunnnn
Kesian ayad, 5 tahun tak kawen... pandang gaun pengantin disamping kekaguman yang tinggi..ko kalau tak tunaikan, aku taktau la nak kata apa...

Malam tu, eju naik bas balik melaka, so, kami makan simple-simple je...
Masa tunggu burger ready, tiba-tiba eju tanya
"Bila kita nak jumpa lagi dayah?"
Speechless 

Masa tunggu bas dengan eju, bila nampak bas sampai, tetiba rasa sebak, 
Masa tu boleh angguk je bila eju cakap apa pun,
Masa eju nak naik bas, masa peluk eju, seriously perasaan tu tak boleh nak gambarkan
Selalunya kami dah ada perancangan bila nak jumpa lagi selepas ni, apa aktiviti seterusnya,
Tapi kali ni, takda
Langsung takda perancangan, taktau bila nak jumpa and macam mana nak jumpa lagi,
Masing-masing bizi, 
Waktu eju balik melaka for good dulu pun tak sedih macam ni
Berjujuran la jugak airmata kat dalam kereta

Ingatkan aku sorang je yang sebak semacam,
Eju pun sama.. huarg huarg huarg

Thanks kawan-kawan for making time
Seronok sangat.. 
What a memorable day



Yanie, next time please datang a day earlier

Boleh mengeteh dulu

No comments: