Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, April 4, 2018

Keciwa

Yes.. tetiba aku kemaruk hari-hari nak update

Semalam kan, 
dalam banyak-banyak email yang masuk,
Ada satu email dari Pakistan,
And, its a good news, :)

Terus aku senyum sampai telinga,
Ambik phone dan terus wasap order makanan nak bawak ke kilang esoknya, nak makan dengan budak-budak kilang yang dirasakan kurang bernasib baik itu, tanda syukur atas nikmat yang Allah beri percuma.... 


Pagi ni, penuh makanan dalam kereta, kononnya nak masuk opis kejap, nak setelkan kerja sikit, pastu terus zasssss ke kilang, 
Tetiba fabricator wassap, bagitahu dia tak dapat datang ke kilang atas sebab ada hal emergency,
Masa tu, terkilan gilaaaaaaa,
Bukan sebab dah 3 hari janji-janji-janji dengan fabricator tapi dia mungkir janji,
Tapi sebab terbayangkan muka budak-budak tu mesti kecewa tunggu aku tak datang-datang (perasan gila dayah ni!!!!!)
Dah si fabricator ni pun satu hal jugak, kemain berjanji dengan aku, 
eh, tak paham aku orang bisnes ni, macam-macam drama sungguh,
Sebijik macam si terlajak laris tu,

Hey! korang ni kalau tak buat drama memang biznes tak untung ka?????????

So, sapa yang nak habiskan makanan tu semua,
Arghhhhhh, aku ni kalau tak disebabkan makanan tu, memang aku gembira je tak jadi pi kilang, memang aku siap joget dalam opis punya la time bukak wassap tu,
So, at last, memang tersurat la makanan tu adalah untuk geng cleaner,
Nasib la makcik-makcik tu tangan terbuka nak menerima..
Mungkin inilah yang dinamakan
Rezeki tak pernah salah pintu,

Lepas tu kan,
Tadi...
Masa tengah briskwalk dengan hajar, kanina dan coach mawarni,
Oh lupa nak cakap,
Kitorang ada geng jom kurus satu sirim kulim,
Tapi dalam group tu ada la 5 participant,
After 2 weeks, 4 orang berjaya turunkan BMI, manakala sorang lagi BMI makin bertambah,
AKU LER TU,
Stress la macam ni, 
Pehal hah lemak ni makin diusahakan nak pecah dia jadik makin berat,
Macam dengki sangat pulak dengan aku lemak ni...
Lepas ni kalau boleh sedut, aku buat sup bagi geng 4 orang lagi tu makan,
Bior depa pulak yang BMI naik..
kahkahkah

Eh, aku nak cerita lain la tadi,
Awat la aku ni suka merepek melalut-lalut tah,

Pehal ni, 
aku dah tak ingat aku nak cakap apa tadi

Cis, bawang merah lah lu ni!!!!!!!!!


Update.....
lepas dah ingat,

Rupanya gini,

Lepas habis briskwalk tadi,
Aku cepat-cepat pergi isi minyak dekat caltex ke arah nak naik highway BKE tu, sebab aku takut najib buat lawak pekan pahang, tetiba naikkan harga minyak lepas umum nak naikkan gaji penjawat awam harini, dia tu bukan boleh kira,

Then, pusing-pusing la sekitar kulim sambil cari kedai kasut, 
Mana la ada kedai kasut yang nak buka lagi kan, dah pukul 7pm,
Entah la, sepanjang seminggu ni memang lepas balik keja, aku ni kerjanya tekan minyak pusing stereng merendek sekitar kulim sorang-sorang,
Gila lah, dulu aku tak macam ni,
Aku ni stok, habis keja, balik rumah, masak dinner, baca doa makan, makan dinner, then tidor,
Takdak nya lah nak buat perangai merempit sia-sia ni,
Makin tua makin menjadi rupanya aku ni,
Lepas dah enak pusing-pusing tadi,
Aku terbayang berger,
Lantas aku pikir mana option paling untung yang aku boleh pilih,
Last sekali, aku singgah supermarket dekat jalan taman-taman sayuran tu,
Aku beli daging berger ramli satu peket,
Balik rumah, mandi-mandi, pakai baju sembur perfume sikat rambut pakai bedak,
Aku masuk dapur goreng daging berger,
Aku rasa ni la punca nya aku tetiba jadik rajin nak update blog malam ni..

Penangan daging berger ramli..
Esok pagi aku nak makan 2 keping lagi
Tak sia-sia aku beli sepeket..

Thanks ramli!!!!! 
awak dah selamatkan adik stadium keladi yang masih tak bukak stall dia sampai petang ni... 

Tuesday, April 3, 2018

Berger daging, Sate, Kek Lapis Prune, last but not least, Fattah Amin

Blog ni dah macam tak best ja sekarang... 
Sebab tuan belog macam takdak aktibiti best..
Mendatar je, maksudnya takdak aktibiti jalan2 yang menepati citarasa... 
Jalan tengok pantai, sambil pegang plastik nescafe, sebelah lagi pegang berger cheese daging...
Sedapnya... rasa macam nak jerit sebab sedap..

Dah 3 hari... terbayang berger sedap dekat stadium mini keladi
Berger kat kulim ni, memang kat situ la yang paling menepati selera
Cuma ada sekali selera potong sikit sebab ada minah sorang ni (read: liza) pergi order berger letak mayonis lebih.. ko giler liza, aku tau la aku dasar gemok, tapi aku tak gila mayonis.. sekarang ni kalau nak makan apa-apa mesti nak less, less kuah, less pedas, less masin, more lauk, more nasi... gitu
Waktu Eju datang tu kengkonon nak belagak la dengan Eju (padahal kenyang siang tu makan nasi kenduri), kat kulim ada berger sedap, sekaliiiiiii kedai berger tak buka
Masa tu anggap, maybe sebab ahad malam ada pasar malam kat kelang lama so dia tak buka gerai,

Ahad lepas, Masa tengah briskwalk dengan hajar, taktau la kenapa terasa-rasa daging berger dengan blackpeper tu kat mulut,
Ya Allah, dugaan apakah ini, masa ni memang terbayang berger kat stadium je...
Dah biasa beli kat depan poli ni tapi roti dia langsung tak bakar, keras kejung,
So, lepas habis je jalan tu, terus tekan minyak ke stadium, 
Mak aiiiii, tutup... positip positip, 
"harini ahad!!"
Terpaksa cari menatang lain untuk dinner
Isnin tu, pergi lagi, sekali tutup lagi...
Seriously, rasa macam nak menangis hentak-hentak kaki,
WHY!!!!!!

Terus pergi beli berger kat pekan kulim, mak aiiii, jalan jem la pulak, tapi ku tempuhi jugak,
Sampai gerai berger tu dah pukul 7pm, order la
'bang, berger daging satu'
Pastu, pergi la jenjalan cuci mata dekat kedai kasut nak cari kasut getah hat orang pakai menoreh tu,
Patah balik, tengok makin ramai orang, tunggu la kejap, lepas 10 minit tetap takda tanda-tanda berger nak siap,
Tukar la panggilan, 'dik, berger saya dah siap'
dia kata nak siap dah, tunggu ler kat tepi dia,

lepas 5 minit
"kak, berger daging cheese 3 kan, siap!"

Eh, kegilaan apa nak makan berger cheese sampai 3, 
"Tak, saya nak berger daging"
Dia pun bagitau kawan dia, berger daging biasa 3......... kau dah kenapa dik!!!!

Lepas 5 minit
Kawan dia panggil
"Kak, ni berger daging biasa 3"

Taktau la nak gelak ka nak buat muka diva,

Ada 3 pilihan jawapan yang akak ada dik, sebab akak kena tunggu berger ni sampai setengah jam, dari rembang maghrib sampai orang azan maghrib, dari akak just lapaq berger sampai akak rasa nak  beli nasi lemak dalam bakul tepi stall ayaq tu 2bungkuih, dari akak rasa hang agak sedap mata memandang sampai akak rasa loya nak pandang sebab angin dah naik kepala, dari amoi 2 orang hat pakai dress sleeveless ikut badan tu tak mai sampai depa boleh dapat berger dulu dari akak,
Tapi, kau memang kejam, dik!!!

Jawapan 1:
"Dik, akak ni memang la gemok, tapi akak tak bela jin sampai nak makan berger sampai 3, ada hang dengaq akak order sampai 3 biji tadi, ka hang nampak akak mai 3 orang"

Jawapan 2:
"Hang cuci telinga ka tak, bila masa aku mintak berger sampai 3.. Aku ni sabaq ja tunggu berger daging sebiji sampai setengah jam.. Sudah la, hambik balik berger hang ni.. Setakat berger daging, aku masak lagi sedap la, blahhhh la"

Jawapan 3:
"Akak nak satu je dik" sambil gelak gadis muslimah 

Yes, jawapannya adalah #Jawapan3... 
Takpa lah, kasi can la i cakap nais dengan adik tu for the last time... lain kali memang kena masak berger sendiri... 

(adik kedai berger mini stadium keladi, kalau adik baca tulisan kakak ni, ketahuilah, ada seorang insan tengah merindui berger kat kedai adik tu, maybe insan kedua ada di shah alam hat gaji RM5400 tu, dia pun suka berger adik, sementelah dia lah yang perkenalkan dan mengawardkan berger ni sebagai antara yang paling sedappppppp)

Sama la macam minggu lepas, terasa dan terhidu-hidu sate dekat area rumah zilah tu,
Sedap sungguh sate daging terutama bahagian lemak dia, tak tau la dia masak baca mentera jampi serapah apa,
Sedap yang tahap, dewa dewi punya sedap,
Minggu lepas, pergi la beli, ehemmm, kan minggu lepas dapat gaji, setelah sebulan setengah gaji tak masuk, harus lahhhh shopping makanan sedap berlemak berkrim,
So, pergi la beli sate daging 15 cucuk, insop masa ni, ikutkan nak beli 30 cucuk,
Balik tu makan la depan tibi (tibi dalam bilik, kat rumah ni masing-masing ada hiburan sendiri dalam bilik, kat ruang tamu ada tibi jugak tapi jarang orang tengok)

Yanie, ruang tamu dah bukan tibi kotak okay!!! Tibi plasma okay!!! Tapi malas ON..

Dengan Yanie kena buat statement gitu, karang dia terbayang tibi kotak hat ada antena albert einstein macam waktu dia datang 5 tahun lepas... itu zaman kemelesetan, masa tu nak naik flight macam nak gi perang, sekarang ni nak naik flight pun loya, (loya pasal tak cukup duit)

Ok sambung..

Beli sate, makan sambil tengok muvie, pastu clearkan sampah malam tu jugak... 
Sepanjang minggu tu tak bau apa-apa kat rumah... 

(rumah kami ni pelik, tak tau la samada aku sorang yang notice atau housemate pun notice tapi masing-masing diam jek... Rumah kami ni, tak kisah la hari memasak ke, hari tak memasak ke, mestiiiii, wajib, malam-malam akan ada lalat... bukan lalat biasa tau, lalat hijau besar tu... Mula-mula tu buat taktahu je, tapi, ada satu malam tu, tetiba aku notice ada lebih dari 5ekor lalat tu dalam bilik aku.. Padahal takda sampah, bilik sembur febreeze, apa lagi yang kurang jahhhhh?.... sampaikan terpaksa search petanda lalat masuk rumah... nak tau apa petanda dia??? KAU PEMALAS...............google la sendiri.........masa eju datang tu cerita jugak kat dia...dan sepanjang 2 malam dia kat rumah memang sentiasa ada lalat bila malam, dan eju sendiri cakap siang tu dia kat rumah takda langsung lalat.... pelik kan)

eh melalut pulak..
Ahad baru-baru ni, time cari berger tak buka tu,
Masa sampai rumah, masuk bilik, boleh bau sate minggu lepas
terus terbayang sate pulak
SAKA APAKAH INI????

You Saka, pergi main jauh-jauh,
Jangan lepas ni nak makan nasi korea yang dekat korea pulak dah lerrrrrrrrr,
Tapi kalau mengidam makanan jepun yang kat jepun nuuu, i sanggup je, malangnya tak mengidam ler pulak,
Kau memang saka melayu!!! Dasar sangat


Eh jap,
Tadi nak cerita pasal lain,
Nak cerita pengalaman pergi kilang,
Kilang yang tengah running projek dengan opis,
Termasuk esok memang 3 hari berturut-turut la i pergi kilang,
7.20am dah keluar rumah... kalau lah i boleh pergi opis masa yang sama memang pekerja cemerlang terbilang lah i ni..

Hari pertama i sampai kilang dalam 8.15am, nonstop dalam kilang sampai pergi lunch pukul 1.30pm... lapar gedek-gedek,
Sekali balik petang tu dalam pukul 4pm, timbang berat naik 1 kilo... 
ko pehal cari gaduh dengan aku?
Dah la owner kilang siap suruh bagi arahan dekat staff dia, tapi, i kan berhemah orangnya, i tak sampai hati, 
i cakap "korang kerja la baik-baik yer'

Hari kedua, owner kilang cakap gini,
"eh, pehal semalam lu balik tak bagitau gua"

kihkihkih, mana ada, owner tu muslimin muslimat la, dia kata macam ni,
"Awat kemarin cik hidayah balik tak habaq"
Rupanyaaaaaa
Auw, malu i, dia nak matchkan i dengan pekerja dia, auwwww

hashtag #berangan....
"ni, nak bagi kek ni dekat cik hidayah dengan ciknik.. cik hidayah ambik satu, bagi satu lagi dekat cik nik"

Ceh, nak bagi kek batik serawak sebab depa pi serawak baru-baru ni,
Masalahnya, kek tu satu kek lapis coklat moist, satu lagi kek lapis prune, hat coklat moist tu gebu gemok kalau kalau aku makan 3 malam pun tak habis, hat prune tu macam tak cukup lemak, kurus keding kedekut tepung makan sat ja habih,
Setelah pikir sepanjang perjalanan nak balik ke kulim, mengambil kira faktor bilangan anggota keluarga (dan faktor berat badan).. i ambik la prune, ciknik mana cukup kalau banyak tu...
So malam ni, i tengah typing sambil suap kek lapis prune masuk mulut, moist gila, tapi kuruih keding... Dia macam fazura, cantik tapi kuruih -----> dasar dengki, hahaha

Cakap pasal fazura,
Anak sedara kesayangan (bak kata zati), merujuk kepada si adam gigi hitam,
Dia dengan bangga buat announcemenmt, sebab dia kata dia nak pecahkan rahsia besar makcik dayah!! watdehek....

"boipren makcik kawen dah"... 

Pastu kakak i kata, 'makcik hang selalu macam tu, melepaihhhh"

Adam ni dia merujuk boipren tu kepada Fattah amin, lepas tu dia tambah,
"tapi isteri fattah amin tu kuruih, tak macam makcik, sebab tu fattah amin pilih dia"
Dan dia, sokmo usha instastory fattah amin, sebab dia sangat percaya i pernah bercinta dengan fattah amin.. lepas tu fattah amin berpaling tadah lepas jadi pelakon and jumpa gadis kurus,

Baru-baru ni sambil tengok gambar fattah, dia kata gini pulak,
"takpa makcik, fattah amin boleh kawen 5"
Baik adam!!!!! thanks for your concern...


Ok la, nak sambung makan kek lapis prune sambil minum nescafe..

Cakap pasal nescafe, i rasa i ada masalah addicted kafein teruk la sekarang... nescafe 300gram pastu percuma 50gram so total weight 350gram tu dah nak habis dalam masa 3 bulan lebih sikit... aku tak tau la aku sekarang ni dalam kategori makan nescafe ka minum nescafe...