Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Wednesday, April 4, 2018

Keciwa

Yes.. tetiba aku kemaruk hari-hari nak update

Semalam kan, 
dalam banyak-banyak email yang masuk,
Ada satu email dari Pakistan,
And, its a good news, :)

Terus aku senyum sampai telinga,
Ambik phone dan terus wasap order makanan nak bawak ke kilang esoknya, nak makan dengan budak-budak kilang yang dirasakan kurang bernasib baik itu, tanda syukur atas nikmat yang Allah beri percuma.... 


Pagi ni, penuh makanan dalam kereta, kononnya nak masuk opis kejap, nak setelkan kerja sikit, pastu terus zasssss ke kilang, 
Tetiba fabricator wassap, bagitahu dia tak dapat datang ke kilang atas sebab ada hal emergency,
Masa tu, terkilan gilaaaaaaa,
Bukan sebab dah 3 hari janji-janji-janji dengan fabricator tapi dia mungkir janji,
Tapi sebab terbayangkan muka budak-budak tu mesti kecewa tunggu aku tak datang-datang (perasan gila dayah ni!!!!!)
Dah si fabricator ni pun satu hal jugak, kemain berjanji dengan aku, 
eh, tak paham aku orang bisnes ni, macam-macam drama sungguh,
Sebijik macam si terlajak laris tu,

Hey! korang ni kalau tak buat drama memang biznes tak untung ka?????????

So, sapa yang nak habiskan makanan tu semua,
Arghhhhhh, aku ni kalau tak disebabkan makanan tu, memang aku gembira je tak jadi pi kilang, memang aku siap joget dalam opis punya la time bukak wassap tu,
So, at last, memang tersurat la makanan tu adalah untuk geng cleaner,
Nasib la makcik-makcik tu tangan terbuka nak menerima..
Mungkin inilah yang dinamakan
Rezeki tak pernah salah pintu,

Lepas tu kan,
Tadi...
Masa tengah briskwalk dengan hajar, kanina dan coach mawarni,
Oh lupa nak cakap,
Kitorang ada geng jom kurus satu sirim kulim,
Tapi dalam group tu ada la 5 participant,
After 2 weeks, 4 orang berjaya turunkan BMI, manakala sorang lagi BMI makin bertambah,
AKU LER TU,
Stress la macam ni, 
Pehal hah lemak ni makin diusahakan nak pecah dia jadik makin berat,
Macam dengki sangat pulak dengan aku lemak ni...
Lepas ni kalau boleh sedut, aku buat sup bagi geng 4 orang lagi tu makan,
Bior depa pulak yang BMI naik..
kahkahkah

Eh, aku nak cerita lain la tadi,
Awat la aku ni suka merepek melalut-lalut tah,

Pehal ni, 
aku dah tak ingat aku nak cakap apa tadi

Cis, bawang merah lah lu ni!!!!!!!!!


Update.....
lepas dah ingat,

Rupanya gini,

Lepas habis briskwalk tadi,
Aku cepat-cepat pergi isi minyak dekat caltex ke arah nak naik highway BKE tu, sebab aku takut najib buat lawak pekan pahang, tetiba naikkan harga minyak lepas umum nak naikkan gaji penjawat awam harini, dia tu bukan boleh kira,

Then, pusing-pusing la sekitar kulim sambil cari kedai kasut, 
Mana la ada kedai kasut yang nak buka lagi kan, dah pukul 7pm,
Entah la, sepanjang seminggu ni memang lepas balik keja, aku ni kerjanya tekan minyak pusing stereng merendek sekitar kulim sorang-sorang,
Gila lah, dulu aku tak macam ni,
Aku ni stok, habis keja, balik rumah, masak dinner, baca doa makan, makan dinner, then tidor,
Takdak nya lah nak buat perangai merempit sia-sia ni,
Makin tua makin menjadi rupanya aku ni,
Lepas dah enak pusing-pusing tadi,
Aku terbayang berger,
Lantas aku pikir mana option paling untung yang aku boleh pilih,
Last sekali, aku singgah supermarket dekat jalan taman-taman sayuran tu,
Aku beli daging berger ramli satu peket,
Balik rumah, mandi-mandi, pakai baju sembur perfume sikat rambut pakai bedak,
Aku masuk dapur goreng daging berger,
Aku rasa ni la punca nya aku tetiba jadik rajin nak update blog malam ni..

Penangan daging berger ramli..
Esok pagi aku nak makan 2 keping lagi
Tak sia-sia aku beli sepeket..

Thanks ramli!!!!! 
awak dah selamatkan adik stadium keladi yang masih tak bukak stall dia sampai petang ni... 
Post a Comment