Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, June 25, 2018

Hidayah Pasca Pilihanraya Umum 14

Jangan salah sangka, ni bukan post nak bodek kerajaan baru, 
Hidayah tu merujuk kepada nama sendiri,
So, meaning post ni nak cerita sikit je perasaan permaisuri nan grata seorang ni pengalaman mengharungi pilihanraya penuh drama dan sangat shitty ni.. ayat shitty ni wujud ke tidak dalam kamus bm-bi, ni kalau search dekat google translate pun belum tentu jumpa maksud dia..


Okay, 
Seriously speaking, dah lama sangat nak kupas pasal pilihanraya ni, tapi tiap kali nak pegang laptop macam kena renjatan elektrik, terus saka nak menulis tu menyusup balik ke dunia maya dia... 

Ini adalah pengalaman ketiga aku dalam memilih kepimpinan negara, setelah pilihanraya tahun 2008 dan 2013 yang lepas.

Sewaktu tarikh pilihanraya diumumkan, seperti kebanyakkan pengundi lain, aku (izinkan kata ganti nama aku digunakan) seperti clueless, tak tahu nak sokong parti mana.. Semestinya barisan nasional bukanlah pilihan dihati, walau sekecil hama.. Kalau aku bagitau aku sokong barisan nasional, percayalah tentu aku out of mind kali ini... hahaha

Lepas tarikh pengumuman pilihanraya, aku seumpama pengguna baru di FB, kagum dengan setiap posting pemerhati politik. Masa tu siang malam tugas aku menelek FB. FB ni umpama dewan kuliah, kejap baca analisis BN, kejap baca hujah PH, tapi masa tu dah terasa nak drop PAS dari senarai pilihan dihati.. PAS umpama hidup segan mati tak mahu di FB.. Tak banyak posting berkenaan PAS, atau mungkin aku yang memilih untuk tidak meletakkan priority untuk mengikuti dengan dekat parti itu.

Antara yang hebat diperkatakan adalah isu gabungan parti, isu penunggang agama, isu parti racist, isu melayu islam yang rosakkan negara, isu kelantan mundur dan kotor, selangor dan penang sebagai negeri contoh, isu PAS takda individu yang layak jadi perdana menteri, etc... macam-macam...
Masa tu, dah bulatkan hati... OKAY lah, kali ni kita tukar.. for the sake of anak cucu menakan (sebab takda anak sendiri lagi kan).... PH menampilkan ramai tokoh politik dan nampak sangat meyakinkan... Tambah pulak, aku memang peminat rafizi dan syed saddiq, sejak 3 tahun lepas...

Sehinggalah sehari dua sebelum penamaan calon dilakukan, hentaman terhadap tuan guru presiden PAS semakin dahsyat di FB. Sangat dahsyat. 
Aku memang tak pernah ambil tahu sangat berkenaan latar belakang presiden PAS. Sewaktu zaman arwah tuan guru nik aziz masih hidup, aku lebih kenal tuan guru nik aziz sebagai icon PAS, sama macam kebanyakkan individu lain. Tuan presiden umpama watak pembantu, cuma, dulu aku suka lihat tuan presiden, sentiasa akan memeluk dan mencium dahi arwah. Aku suka sangat tengok cara beliau menunjukkan rasa sayang dan hormat kepada arwah. 

Disebabkan terlalu banyak posting yang tak baik terhadap tuan presiden, jadi aku kena la jadi detective conan.. Well, kata researcher kan..
Memang aku melancarkan perang informasi bagi mendapatkan sebanyak mungkin info berkenaan beliau. Dan hasilnya, wow.... wow... wow...
Tuan guru presiden PAS bukan sebarangan individu... 

Aku cari info dan sejarah beliau dalam arena politik, selidik latar belakang pendidikan, pengalaman politik, baca serba sedikit tulisan dan karangan beliau... Beliau bukan sebarangan ahli politik, cuma beliau tidak disensasikan selama ini... Dan aku kira beliau lebih beraura berbanding arwah tuan guru, bagi aku lah... Beliau cuma kurang popular sehingga seakan tidak dikenali...

Masa aku dalam fasa nak bertukar dari PH ke PAS (poyo nye dayah), its not easy la... Betol ke ni, betol ke ni, betol ke ni, asyik dok betol ke ni jek lah aku... berdebar, seram sejuk, macamkan kalau aku undi PAS memang konfem PAS menang pulak.. hahahhaa... 

To be honest, aku undi PAS setelah aku bandingkan manifesto yang disediakan oleh PH dan PAS... dan tak dinafikan faktor tuan presiden juga sangat mempengaruhi keputusan akhir aku.

So, bila penamaan calon tu, aku dah make up my mind lah kiranya... hentam je la labu.. Si zuhana pulak taknak balik mengundi, padan muka kena 'bahan'... 

So, sepanjang minggu penamaan calon tu, ada banyak jugak la kawan dan tokoh yang aku unfollow sebab serabut baca posting depa, tak kisah la dari parti mana pun... Kalau post depa tu cerita keistimewaan parti takpa jugak, ni up post kutuk parti lawan terutama BN, kesian BN.. grrrrrrrhhhhh... 

Ada je kengkawan yang raih undi (i memang berterus terang kepada sesiapa yang meraih undi dari i, sebab taknak buang masa depa, i ni bila dah make up mind memang takkan berubah dah)... And ada je kawan yang sarcastic... tapi dalam banyak-banyak cerita yang berlaku, cerita dalam group wasap keluarga yang paling menarik.,.. ada yang dapat kad merah, ada yang kena kick sekejap, ada yang mengkickkan diri sendiri dan ada yang jenis hati batu, hahahahahhaa, macam-macam...

Dalam fasa nak mengundi tu, kita sebenarnya boleh nampak tahap keyakinan orang dan diri sendiri... Ada orang jenis dalam group senyap tapi pastu sibuk wasap personal, ada yang jenis folo ja maklumat yang orang lain suapkan pastu kalut dok sarcastic, ada yang terlalu fanatic tun mahathir, ada yang terlalu fanatic anwar ibrahim, ada yang sayang rafizi (aku ler tu), dan ada yang tak kisah la macam mana pun asalkan barisan nasional bungkus...





Hari pilihanraya



Aku ni punya nervous, bangun tidoq kelam kabut sebab ingatkan aku dah tertidoq tak tunggu nak tengok result pilihanraya, rupanya jari tak celup dalam silver nitrate lagi... punya la berdebaq.. Masa tu aku dah marah diri sendiri sebab lena tak tunggu tengok sapa menang.. dayah memang poyo!!!


Habis mengundi, petang tu aku dan yon pusing satu aloq staq.. Tapi since petang tu hujan, kami rasa bahang pilihanraya kali ni kurang meriah... Aloq staq tak tau la pasaipa, pilihanraya tak best, petang nak raya pun tak best... Aloq staq need help, kalau tak dihelp, aloq staq memang lecehhhh

Malam tu, group keluarga meriah... 
Sampai jam 4 pagi kami berkokok dalam tu... kalau ada geng sentap dan kena kick awal tu dalam tu, mesti bertambah meriah.. Tu la sapa suruh surrender awai.. Hampa memang cheroiiii

Walaupun DUN Bukit Lada dimiliki PAS, tapi parliment Pokok Sena milik PH.. kira fair and square la... Aku tak kisah sapa menang di kedah, asalkan air paip berjalan semula... Walaupun aku suka air telaga sooo much, tapi aku tetap nak air paip dinikmati oleh rakyat kedah... SADA u better be careful




Pasca pilihanraya adalah lebih menarik

Dalam banyak-banyak group, group family memang patut dapat standing ovation.. kami menerima keputusan dengan hati terbuka terbuka rupanya, walaupun awalnya banyak onak dan duri...

Aku memang happy gila PH menang persekutuan.... full stop, no argue

Dan aku bangga dengan pencapaian PAS dan cara PAS handle pasca pilihanraya... u deserved it 

Dan aku kagum dengan semangat kawan-kawan yang berjuang untuk umno walaupun barisan nasional kalah... PRU15 hanya 5 tahun sahaja lagi, dont give up




Hari ini hari ke -46 pasca pilihanraya.. 
Kedah masih dalam fasa jongkang-jongket... 
Aku masih menanti nama menteri sains diumumkan.. 

Dalam fasa pasca pilihanraya ini, aku bersetuju dengan artikel Dr Maza walaupun pada awalnya aku tak boleh nak terima tajuk artikel dia tu, "memilih pemimpin bukan seperti memilih imam"... 

Aku kena makan popcorn menanti mata akhir dipihak mana... Setakat ini permainan masih berlangsung, bola kadang-kadang dismash laju, kadang dibiar menjadi bola tanggung, ada kala dibiarkan offside, dan paling tak boleh digest bila bola diserved seolah sengaja tak nak bagi lepas jaring.... ko dah kenapa?????


Yes, politik tak boleh straight forward, kena guna penaakulan mantik... Sebab kalau guna bahasa simple, baik jadi cikgu sekolah, tak payah jadi ahli politik... Tu pun ada jugak murid yang tak paham bahasa... 


Kepada yang menang, selamat berjuang... kurangkan drama lama, kurangkan kontroversi murahan, dunia internet dihujung jari ini tak lagi sama dengan dunia ketika pilihanraya 2008..

Saya setulus hati menyokong individu dan parti yang menang... selamat bekerja kuat..

Namun saya tetap merasakan, malaysia ini milik kita, bukan milik Tun M dan bukan milik Anwar Ibrahim, pilihan perdana menteri bukan hanya milik mereka!!!!!!



Sincerely,
hidayah

bye


No comments: