Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, July 18, 2018

Raya 2018

Selamat hari raya, walaupun raya telah seminggu berakhir

Nak buat macam mana kan, too much commitment dan kekadang bila balik kerja letih... Letih memikirkan kehidupan


Selama bertahun tahun, yes, beberapa tahun, boleh baca balik semua post raya lepas-lepas kalau tak percaya, 
Percaya atau tidak, tahun ini adalah tahun yang paling excited aku bersemangat membuat baju raya,
Few days before ramadhan dah hantar kain kepada kakak, since kakak sangattttt berbesar hati nak jahitkan baju raya (ofkos ler kita bayar upah-harga adik beradik)
Memang seminggu sebelum raya tu, taktau la mood apa tah hat mai, bersemangat aku ke Nagoya pilih 2 helai kain untuk buat 2 pasang baju raya.
Kalau ikut sejarah lama, aku jarang nak ambik pot buat baju raya, selalu pakai baju lama yang dimatchkan dengan aksesori atau just padankan dengan tudung baru.. 
This year memang historic to me... 

And yes, memang history sangat tahun ni... 

Aku balik kampung untuk buat persiapan raya 2 hari sebelum syawal menjengah..
Setiap minggu dalam bulan ramadhan memang aku balik berbuka dikampung,
Since my father is not really well, memang aku usahakan balik, just to ringankan and bantu mak uruskan bapak, sometimes sent him to clinic,
And 2 hari sebelum raya tu memang pulun buat kuih raya hat simple-simple and kemas-kemas rumah (dengan pertolongan nieces and nephews - thanks guys)

Hari raya,
Immediately after subuh dah masuk dapur,
This year, only me at home, yang lain akan balik right after jumaat, late afternoon or the next day..
So, macam lipas kudung, and tetamu datang non-stop without interval langsung sampai la pukul 1pm, nasib la hari jumaat kan..
Di saat daku meregangkan kaki setelah sengal-sengal mula terasa, my sister datang suggest to send bapak to hospital.. sebab bapak nampak too weak... Memang kena send ke emergency dah ni..

Pagi ni aku just sempat pakai baju raya hat baru tu with tudung instant mak, selekeh nak mampos layan tetamu yang datang beraya tu.. Nasib la tetamu makan dan puji masakan sedap... (kihkihkih)

Lepas je solat Jumaat, kami terus ke hospital...
Doctor x-ray and keluarkan air dari paru-paru... 
Malam tu kami merayu kepada doctor untuk bawa balik bapak ke rumah.. So, bapak kena sign borang menyatakan apa sahaja yang berlaku adalah atas tanggungan diri sendiri... Dan kami sampai rumah dalam 10pm
There goes my raya.. 
Hahahahahaha


Berbalik kepada baju raya, yes baju raya yang sangat bersejarah yang hanya sempat dipakai beberapa jam tu (dalam 4 jam jer),
Ingatkan nak pakai baju raya tu sewaktu jamuan raya di office
Tapi,
Semasa hari jamuan raya di office, I was at the hospital, bapak kena hantar ke emergency room semula pagi jamuan office tu, 

And my baju raya, still in my closet sampai harini... tak tahu la nak ketawa ke apa..


Raya ni memang terlalu berbeza
Tak sempat jumpa sesiapa, 
Kawan-kawan macam zati dan ela, langsung tak jumpa sampai sekarang
Suasana raya terasa hambar


Tapi 
Itu lah kan
sebagai anak, tanggungjawab akan melebihi segalanya
apalah erti raya andai ada ahli keluarga yang memerlukan kita disisi


Sebab itulah,
Bila sampai masa aku melihat sisi kehidupan dan merasa cemburu dengan sisi kehidupan 
Aku selalu bisikkan ke diri

"Everything happens for a reason"


Mungkin Allah nak ajar

Bahagia itu tak perlukan baju cantik dan baju cantik itu tak semestinya menghadirkan bahagia


Sekian

p/s: masih menanti acara yang sesuai untuk menggayakan baju raya itu