Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, August 9, 2018

Random - 2

Semalam kan
Tiba-tiba ja Kulim dilanda ribut, kilat bersilau, guruh sabung-menyabung
Tak dapat la nak dengar presentation Zuhana 
Dia kata dia taknak bertanggungjawab kalau tengah ON phone tetiba kena sambar kilat
Bagus!!!.. Aku haruslah suka 
Frankly speaking, aku memang memang memang tak berapa suka cakap ON phone
Kalau ada apa-apa, sekarang zaman whatsapp kan, so, mesej je leeee
Kalau nak cakap pasal kerja kat ofis boleh kol,
Gitu ler kalau manusia yang ada masalah kecelaruan ketenangan
Tak tau la kenapa, dulu ok je, sekarang memang try to avoid cakap telefon especially at night
Tapi kalau ajak jumpa sambil minum teh tarik ais,
IM OKAY, terus lets go...

BTW, tengahari ni Zuhana nak pergi present projek fast and rapid dengue detection kit di kementerian yang biaya projek ni..
Zuhana sekarang dah taraf boss, maybe, sirim patut consider untuk tinggikan gaji dia ke range RM 7000-8000, lepas tu zuhana boleh lah faraidkan sikit gaji dia dekat aku, sebab aku pun ada portion jugak dalam peningkatan kerjaya dia ni... 
Sebagai contoh, dalam ramai kawan-kawan, aku rasa aku sorang je selalu sebut pasal gaji in future kan,
Orang lain mana ada, menganjing je kan.. 👿
So, Zuhana, nanti hang dah jadi boss kat sirim, jangan lupa belanja aku,
Sebab masa tu aku dah jadi boss hang kat tempat lain yang dirahsiakan nama tempat dia… kahkahkah
Opkos la aku kena naik jawatan lagi tinggi dari hang.
Sebab blog ni aku yang tulis

This post akan jadi a very random post,
Sebelum aku dipromote ke jawatan blogger hidup segan mati tak mahu
Better la aku update apa yang dah jadi kat hidup aku beberapa minggu/bulan ni
Tapi sorry la, aku takde pulak info nak tulis review pasal muvie
Well, almaklumlah, rumah aku ni ada je tv besar gedabak tapi takda siaran
So, kalau ada orang kesian dan bagi muvie hat depa download, boleh ler aku menengoknya
Kalau takda muvie, hermmmm
Aku pandang siling je la malam-malam
Hahahahahahahahhaa

So, cerita husna la, nekpah la, apa lagi tah, a very no no no!!!! kay!!!!

Eh, dah pukul 8am lah
Nak kena mandi g kerja dah ni
Nanti la sambung semula, aku ni ngok-ngek sikit

Zu, good luck yer... Leon menanti tu... 😆

Daaaaaaaaaa

Tuesday, August 7, 2018

_?_

Dah banyak kali dah nak update blog.
Ada sekali tu siap on dan tulis satu perenggan, lepas sejam, terus cabut plug,
Konon-konon dah writer's block la

Malam ni tak kira apa jadi nak kena tulis jugak
Banyak sangat isu bermain di pikiran

Ni tahap banyak sampai taktau nak start dari mana
Tapi kali ni taknak ulasan pasal kerja
Nak tulis pasal isu semasa (politik sikit-sikit)
Ececececece

Haritu kan, lepas raya, dalam seminggu lepas raya tu
Jepun, specifically Osaka kan dilanda earthquake
So, mengambil inisiatif atas kapasiti mengenali madoka yang dah menetap di osaka
Aku pun emel lah dia untuk ucapkan salam takziah n so on 
Yang membuatkan aku touching adalah balasan dia
Emel balasan dia membuatkan aku rasa, 
Pepatah melayu
"Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik dinegeri sendiri"
Memang, evergreen sangat

Kata madoka,
"Untuk terus stay di jepun, ini adalah harga yang terpaksa mereka bayar... dan dengan teknologi jepun yang advanced tu nak jadi cerita tetiba sistem amaran awal tak berfungsi"

Syukurlah hidup di malaysia yang diluar lingkaran gunung berapi dan gempabumi ni...
Teringat waktu training di Jepun dulu, dan diberi peluang merasa gegaran 
Masa tu, memang teringat malaysia je, kalau boleh nak balik je, hahahah

Masa dapat reply emel dari madoka tu, rasa macam ada tamparan kat pipi
Lepas je earthquake, depa kena flood, pastu record-setting utk summer kalini, sampai kena keluar dari jepun


Bila pergi Singapore last week,
Lagilah banyak benda yang aku patut syukuri berada di malaysia
Walaupun Singapore way advanced dari malaysia
Tapi still governance kita (previous one) way better than them
Takpa, tak setuju pun takpa..

Yes, singapore bersih, pengangkutan efficient, dan disiplin ketat,
Tapi bukan gomen dia yang maintainkan semua tu
The citizen yang bring singapore to that level
Sedangkan di Malaysia kalau cakap pasal kotor mesti bagi contoh Kelantan
Padahal.....
Kalau jalan kat KL pun banyak je tempat yang kotor, Penang memang tak boleh nak komen, memang kotor especially island area
Kalau jalan kat kedah pun, tepi jalan banyak je sampah, 
Apa depa nampak sampah ni macam kucing tengah dok merengek tepi jalan ke apa??...

Masa kat Singapore haritu, ada jugak tanya depa kenapa tak tukar gomen,
Katanya sebab dah selesa dan tak ramai yang nak jadi politician
FYI, by 2021 Singapore akan naikkan lagi GST depa,
So, kita rakyat malaysia memang much better la
We are not selfish, ada ramai yang sanggup lepas jawatan dan bertanding to be a politician walaupun tak pasti akan menang ke tak,
Kita lebih sayangkan negara kita

Cuma, 

Cumanya

Harapnya kerajaan kita lebih memikirkan berkenaan kita
Kita as the rakyat
We need a better public transport, 
Please kembalikan sekolah MRSM dan SBP sebagai agenda untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan,
Please rendahkan yuran pengajian tinggi,
Please rendahkan dan kontrol harga rumah 
Please kaji semula gaji pekerja bawahan dan re-look gaji pegawai atasan GLC, 
Please wujudkan kembali subsidi golongan pekebun dan kaji skim bantuan yang diberi supaya tidak sekadar melepaskan batuk ditangga


PLEASE 
Kembalikan kementerian S&T, seperti dahulukala
Adakah ini percaturan yang baik????


P/s: Asalkan gaji masuk 25hb... sigh