Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, December 18, 2018

Lost

Beberapa kali aku mencuba menaip..padam..taip..padam..taip..padam
Akhir sekali, aku tutup laptop dan buka coloring book dan meneruskan kerja mewarna,
Coloring is a good stress theraphy!
 
Aku nak abadikan kenangan bersama bapa,
Tapi,
Rupanya kehilangan dan perpisahan adalah dua benda yang ternyata berbeza
Hakikinya sama, namun hakikatnya tak sama
Bila kita pernah melalui nya
Kita tahu, rasa dan perasaannya adalah berbeza
Aku pernah rasa berpisah dengan orang yang kita dah rancang untuk hidup bersama,
Sedikit perit tapi manageable,
Namun, kehilangan orang yang telah hidup bersama ini,
Bukan setakat perit, namun kau boleh jadi gila kalau tak pandai merawat
 
Dulu, like 8 years ago,
Seorang sahabat pernah menyoal,
"Hidayah, you rasa macam mana keadaan you kalau parent you tak ada (meninggal)"
Masa tu, aku konfiden gila yang aku akan okay!
And, I proved it.
Tanya lah sesiapa sahaja yang around me masa bapa meninggal dan selepas dia meninggal,
Takda setitik airmata yang tumpah, I can smiled and chit-chat with them in happy mode,
 
Everytime datang perasaan regret dan apa sahaja yang bakal membawa kepada rasa yang negative,
Aku bisik dan katakan pada diri
 
"MATI ITU TAK LAMBAT DAN TAK CEPAT WALAU SESAAT"
 
Kalimat tu, tersangat sangat sangat penenang, mujarab, tajam umpama belati
 
"Every soul shall taste death"
 
 
Tapi aku lupa,
Aku juga manusia biasa,
 
Dalam aku mengubati hati dan menerima takdir kehilangan,
Entah berapa puluh kali aku kehilangan diri aku sendiri..
 
 
I AM NOT ONLY LOSING HIM,
I LOST MYSELF TOO
Many times, I lost in this battle
And to accept the fact that I cant have him back
 
Perit yang utama bukanlah kerana kehilangan bapa,
Tapi,
Bila aku seringkali kalah dan kalah dan terpaksa menyerah
Which is so not me
 
Sedih dan terkilan sebenarnya bila kita tahu kita ini orang bagaimana dan kita gagal..
An articulate and vocal person,
Tetiba jadi miserable
 
 
Sekarang baru aku tahu makna trauma
Pahamlah aku kenapa ia memakan masa untuk pulih
dan trauma itu perlukan support system yang kukuh dan dipercayai
Kau perlu memahami apa itu trauma sebelum kau dapat dipercayai
Tak mungkin kau dapat memahami kalau kau tak pernah lalui trauma
 
Trauma can lead to anxiety, depression and etc etc etc...
 
 
Dah lebih 3 bulan bapa pergi
Tapi tak pernah sekali dia muncul dalam mimpi
"Tak rindu ke kat anak bongsu ni?"
hihihihihi