Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, February 27, 2019

Trip to Taiwan with bestie- Taichung (Sun Moon Lake - 2nd day)

2nd day,
Harini aku jaga awal, eksited kan..
Lepas mandi, kejutkan depa dan kami take turn solat.
Nak buat macam mana, bilik tu muat sorang solat at a time, jadik la

Kami siap-siap, makan breakfast..
Eju bawak roti, di ulang, dia bawak roti sahaja, so, kita memang expect dia akan makan roti sampai lah kita balik k,
Cik Ela beli maggie satu bundle, dan roti..
Aku bawak maggie, biskut dan milo (nescafe kalau lupa bawak memang aku suruh pilot patah balik walau masa tu dah sampai Taipei, you try me!, ceewah)

So, breakfast kami adalah roti, biskut, milo dan nescafe..

Turun bawah, tanya dekat lobby hotel macam mana nak ke bus yang akan ke Sun Moon Lake
Sila jangan over konfiden, bus ke Sun Moon Lake takdak dekat stesen bas Taichung okeh, dia bawah jenama lain, dan bas dia kena tunggu dekat depan shoplot yang jual tiket tu,
Kena menapak dalam 5-10 minit jugak, dah la lalu depan kedai jual breakfast hat wangi, terasa nak beli jeeeeee, namun ku tahan dalam lubuk hati yang paling dalam, Biarlah rasa itu menjadi rahsia antara aku dan bumi Taiwan... ahaks

Masa kami sampai dekat depan kedai hat jual tiket bus tu, dah nampak dah bas hat dok tunggu,
Tiba-tiba kami di tahan oleh sorang uncle, dok kira nak cakap mandarin ja depa,
dok cakap bahasa ayam-itik, tak puas hati gamaknya,
Uncle tu mula type dekat google translate,
Rupanya dia nak offer naik kereta dia, ni bukan taxi sebab dia guna kereta personal, dan dia offer TWD200/person.. mahal TWD5 je untuk one person kalau naik bas... Eh, good bargain la kan..
Dari naik bas makan masa 2 jam dan aku konfem pening masa sampai, better naik kereta besar uncle tu,
Yeah!,
Dan dalam pertengahan jalan dia ada berhenti, sekali, nak offer kot-kot ada sapa-sapa nak ke Sun Moon Lake tapi dia gagal mengayat depa, tak macam kamis ekali ayat dah melekat...hahaha
So, kami bertiga je yang conquer kereta tu,
And we are lucky sebab uncle tu siap carikan company yang betul untuk kami naik bot di Sun Moon Lake


SUN MOON LAKE

Sun Moon Lake terletak di Nantou, dan merupakan antara tasik yang terbesar di Taiwan. Ia juga diiktiraf sebagai tasik yang mempunyai laluan berbasikal terpanjang mungkin setakat Asia kot, tak pasti pulak kalau mat saleh takdak tasik sedemikian rupa. 

Kami beli tiket untuk naik boat, cable car dan bicycle ride di Sun Moon Lake melalui Klook dengan harga RM76/ person..
Murah lah.
Kenapa murah:
1. Naik boat tu best walaupun kita mungkin duduk sebelah anjing. I guessed the common sense in Taiwanese is very very low.. I cant digest them
2. Bicycle ride tu naik la berapa lama pun, tapi by 6.30pm kena return kot
3. Cable car tu among the best la, route dia panjang dan the view was truly amazing

Dan kami buat keputusan bijak naik kereta sebab boleh sampai awal ke Nantou dan spend more time there... Yahoooooo

First ride kami adalah boat.. Kami dibawa ke tiga Pier..






At the first pier, budak berdua tu dah beli buah dua bekas, yang pada lidah aku depa letak perasa manis tiruan.. pelik ok manis dia
Cost around TWD150... please time as TWD100=RM13.82








At the second pier, kami just nikmati pemandangan dan tak spend time lama kat situ

Then, we proceed to the 3rd pier, iaitu Ita Thao dimana disini boleh naik cable car

Untuk sampai ke kawasan cable car kena berjalan dalam 10-15 minit, dan kena hati-hati sebabnya Cik Ela dah merasai jatuh macam nangka busuk kat situ..haha.. Nak sampai ke cable car station akan melalui laluan berkayu dan bila musim sejuk ada embun kan, so a bit licin.. Cik Ela pulak dok jalan melenggang kangkung, sambil berangan dan makan buah.. Sekali gedebuK! dengan buah-buah tu berterabur.. So, Cik Eju selamatkan Cik Ela, aku selamatkan buah... ahaha
 

Kami pilih cable car yang see thru lantai dia.. Kat Malaysia mana ada kan see thru macam tu, so, kena la try... Walaupun, kena beratur panjang sikit tapi its worth it..
Kami macam a little bit jakun la.. hahaha..
















Bergambar je.. Kat atas tu kami tak buat apa pun, duduk kejap je dalam 5 minit dan kami decide untuk turun.. It is more about their religious place, ada temple, apa mau bikin...

Dalam perjalanan turun, Eju hat bawak roti dan-dan lapar, padahal awal lagi dalam 11 lebih..
Kok gimana mau cari nasi lauk ayam guring..
Aku jenis bawak sneakers kalau travel, minah tu apa pun tak boleh.. illek
Tapi, demi menghormati kelaparan yang dia alami, kami ikutkan je la cari kedai makanan halal walaupun hakikatnya opkos la takda.












Lepas dah kembali ke tempat utama, kami mencari kedai basikal yang dah dibooking. Rupanya syarikat boat dan basikal adalah sama, cehhhh.

Memang tak mampu dinafikan pengalaman berbasikal di Sun Moon Lake antara yang paling best. Mungkin lebih dari 5km kami berbasikal.. Nampak macam dekat tapi trail dia tu ada hat mencabar. Ada part kita tak boleh kayuh, kena jalan kaki dan tolak basikal, ada part memang kita sendiri decide nak tolak sebab cerun curam sangat hahahaha. 

























Masa naik basikal la jumpa mamat Taiwan handsome tengah angkat kayan, dan bila kami patah semula nampak dia tengah ready nak berkayak dan selamat dikayakkan.. Ish ni malas nak cerita tertiba terimbau kenangan cinta lama...

Part paling tak best bila kami decide nak naik teksi masa nak balik (instead of bas sebab terpengaruh dengan  keselesaan masa datang) dan kautim harga dengan uncle teksi tu dan dapat TWD200 jugak. Masalah nya adalah, bila dia insisted nak suruh kami bertiga duduk kerusi paling belakang dalam kereta Wish dia. Gila hapa. Dia ingat kami budak 6 tahun. So Ela and Eju duduk belakang sekali, aku duduk kerusi tengah.

Then dia drive kami ke satu kawasan dan dia suruh kami tunggu around 30minutes dan rupanya dia sebenarnya dah janji dengan satu famili Jepun (depa dah chartered dia masa pagi tu) untuk bawak depa kembali ke Taichung.. Ada 3 dewasa, 2 kanak-kanak dan satu baby. 

Melalui uncle teksi ni, nampak la perangai China hat sebenar. Meluat gila. Tamak dan taktau la nak kata apa. Please kalau ke Taiwan, avoid guna teksi perangai pemandu yang gila penumpang macam ni. Kami berhimpit macam tin sardin dan after 10 minutes macam tu aku terpaksa offer nak tidurkan the baby sebab si kakak tu taknak dengan strangers.. Kakak tu berat nak mampuih. Baby tu dah la baru 2bulan, boleh mak dia bawak berjalan dengan tak pakai stokin dan takdak selimut. Masa ni masih winter di Taiwan.

Kani selamat sampai Taichung selepas sejam lebih.

Ela dengan Eju berdengkuq selesa kat seat belakang, cesssss

Dan malam tu kami makan megi, minum milo dan kopi, dan tidur dengan nyenyak...



p/s: aku memang dah mai mood malas nak tulis caption setiap gambar, tulis entry ni pundah cukup baguih