Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, February 24, 2019

Trip to Taiwan with Bestie - Introduction and Departure (ececcecce)

Bila Ela komen dekat ig bagitau dia buka blog ni banyak kali tapi masih takdak update pasai Taiwan trip last month, rasa macam student kena tanya dengan cikgu awat cuti lama tak buat homework.. omg, takutnya.. Kena pulak hat Tanya tu cikgu addmath, macam nak terkencing dalam seluaq...

Trip ke Taiwan ni lebih kepada memenuhi hawa nafsu aku yang memilih nak ke Taiwan. Gadis kaya berdua tu (merujuk kepada Ela dan Eju) tak berbunyi sepatah, depa iiiiikut je apa yang aku rancang. Sesekali je Eju suarakan rasa hati nak kemana.. Bukan sesekali, lebih tepat, hanya sekali...hahaha..

Nak jadi cerita, lepas balik dari Taiwan, aku kena pulak sakit mata, bukan aku sorang, selang seminggu Cik Ela pun kena sakit mata ni.. Bukan setakat merah, sampai bengkak terkatup sebelah mata.. Dapat MC sampai habis CNY.. Memang genap sebulan tak masuk office.. Rasa macam Allah bayar balik masa nak spend kat rumah di kampung tanpa rasa serba salah.. Walau sakit, tapi cuti tu sangat sangat sangat dihargai.. huhu.. Thanks Eju sebab sebarkan virus dekat kami, walaupun ia memakan kos yang tinggi dan daya juang yang sangat jitu untuk diharungi pedihnya nak solat dan etc.. Atau mungkin sakit mata ni sebab dok usha mamat handsome masa dekat Taichung.. Eh, cik Ela tak bagi lagi la gambar mamat hensem tu...
Kenapa aku pilih Taiwan?

Lepas bapak meninggal last year, aku terus rasa yang aku perlu pergi holiday.. So bila ajak cik Ela, dia terus ON dan cik Eju pun ON tanpa banyak songeh atau tanya, why Taiwan? Nope! Depa macam lembu dicucuk hidung (yer, kami memang lahir tahun lembu) especially cik ela yang hanya folo je sampailah kami sampai Taiwan dan kembali dengan selamat ke Malaysia. Dia tak kisah langsung.. Suruh tukar duit  poket RM1.5K pun dia folo. Senang keroje den...
Taiwan ni sebenarnya tak pernah teringin langsung pun nak pi.. Cuma sejak end of 2017, tiba-tiba terasa macam nakkk sangat tengok Taiwan tu lagu mana. Then, bila baca pasal Taiwan, banyak review yang bagitau Taiwan ni macam another Japan. Eh, hebat sangat tu. Moh ler kita tengok betul ke Taiwan ni Japan no. 2...
Gitu lah alkisahnya macam mana boleh tetiba tergedik nak ke Taiwan.
Bila dok stadi tu terjumpa pulak Taroko Gorge... Ish, menggedik lagi laaa. Dapat pulak travel partner hat tak kisah itinerary macam mana pun, memang lets go ler kiter jawabnya...
Total cost untuk ke Taiwan ni lebih kurang RM2k. Ini harga termasuk flight tix, personal insurance, hotel sharing (maybe kalau rajin akan ada part hotel tapi maaflah sebab takdak sapa ambik gambar bilik, tapi rasanya sama je kalau tengok kat google pun) kami dapat the best offer untuk hotel especially di Taipei yang tak mungkin dapat harga tu even di Malaysia pun, makan, semua tix train, semua tiket masuk ke setiap tempat dan harga pakej untuk small trip. Kebanyakkan pakej dan tix masuk aku beli melalui Klook dan Kkday.. Murah dan berbaloi.. Nak pulak kalau hang sign-up beli melalui Shopback..
Tiket flight kami lebih kurang RM650 termasuk Tune travel insurance untuk seorang.. Aku lah gedik nak ambik insurance Airasia ni.. Pastu personal insurance pun beli jugak asing.. Tamak insurance sungguh bila travel. Harga tiket ni include 25kg baggage untuk flight Taoyuan-KLIA2. Masa pergi kami tak ambik baggage sebab kami p sana bawak backpack sorang sebiji... Tambah pulak balik tu aku memang ambik flight KLIA2-AOR.. Sampai KLIA2 jam 4.30am, 6.50am aku dah kat dalam flight nak balik aloqstaq.. Senang hidup.. Baggage tu untuk Ela dan Eju. sahaja. Share la hampa, asal jangan tarik rambut sudah.. Depa terror, dua-dua orang check-in backpack masing-masing.. melenggang kangkung, aku je la hat dok bawak ketul batu atas belakang sampai aloq staq.. hahahaha
KLIA2-Taoyuan Airport (10 Jan 2019)
Ela memang dok ada di KL.. So, aku just naik ETS dari Bukit Mertajam ke KL Sentral pada 9 Januari tu, sampai sana dah lewat tengah malam, Cik Ela jemput ke rumah dia.. Sampai area rumah dia, sempat lagi aku makan nasi goreng ayam dan nescafe ais.. Kebuluq dalam train 4 jam lebih.. Dalam pukul 1.30am, sampai rumah dia.. Dia kemas bag, aku pulak terlena kejap. Pukul 3am kami keluar rumah ke TBS dan naik bas ke KLIA2. Cik Eju masa ni dah sampai dan dok tunggu kami di airport since dia naik bas direct dari Melaka ke airport. Lepas reunited after last vacation trip Lombok in 2017, kami menjamu selera lagi sekali di Old Town.. Pekena kopi lagi, sambil mendengar update bisnes Eju..


Lepas setel solat subuh, berlepas lah kami ke Taoyuan, Taipei, Taiwan... together we fly... oooyeah
Kami sampai Taoyuan Airport pukul 12.30tgh.. Lepas setel urusan imigresen, kami terus cari kaunter untuk dapatkan simcard yang aku dah booking dekat Klook.. Kalau baca review ramai suruh beli router wifi.. tapi aku kan pemalas,, aku malas nak renyah dok pikiaq nak return sebelum balik, so, dengan kuasa veto yang aku ada, dan sebagai pemilik kredit kad, aku decide beli simcard je.. Unlimited data 4G untuk 5hari.. Berbaloi gila.. RM31 untuk 5hari..
Lepas setel urusan penting tu, kami terus ke toilet.. Ini lah acara yang aku tunggu-tunggu...
hahaha
Dalam toilet ni ada adegan lawak gila.. biasa la, negara penjajah kan suka toilet takdak hose.. So, together with botol mineral we go, opps wet tissue jangan dilupakan.. Lepas dah setel, masa aku dok basuh tangan tetiba ada orang tegur;
Pompuan cina macam tomboy: "Eh, you orang mana?"
Aku macam impressed lah kan.. Ni sure orang Malaysia, so aku pun respond la;
Aku: "I orang Kedah, you orang mana?"
Pompuan macam tomboy: "Eh you boleh cakap bahasa melayu... hahahaha.." dan dia memang terkejut gila
Aku pulak pelik apahal dia terkejut
Aku: "Kan you Tanya I dalam bahasa Malaysia... I orang Malaysia lah.. Kenapa you terkejut?"
Perempuan macam tomboy: "hahahaha... I tak sangka ada orang melayu nak datang sini.. ?"
Dan dia lari keluar sambil gelak dalam keadaan masih tak percaya ada perempuan melayu Malaysia di Taiwan... Eh, dia ingat kita tak teringin ka nak ke Taiwan, hat konon-konon syurga pesyen tu...
Lepas setel urusan toilet, kami p beli easycard sorang satu dengan nilai dalam card TWD1000 (aku kan tamak, dengan pegangan hidup duit nak makan tak cukup takpa asalkan duit nak naik bas atau train cukup) dan terus beli tiket guna card tersebut untuk ke Taichung..





TAICHUNG
First destination adalah Taichung.. Kami naik Kuo Kuang bas dengan tambang lebih kurang RM50, it takes around 2.3hrs to reach Taichung main station .. Senang dan jimat.. Boleh tengok pemandangan dan boleh lena mulut ternganga takdak sapa nak perasan sebab seat semua menghadap ke depan...bijak kan aku!!!.. lagipun takdak apa yang nak dikejarkan masa hari first ini.. Just nak relax kejap dan keluar ke night market lepas dah siap solat maghrib..
Sampai je stesen Taichung, Hotel kami dalam jarak 200 meter dari stesen. Depan je cuma masa sampai tu pening lalat, terpaksa tanya orang.. Padahal Hotel Chance tu sebelah 7-11 je pun..
Kami stay di Chance Hotel, No. 163, Jianguo Rd, Central District, Taichung 40043 dengan bayaran RM 420 untuk 3orang selama 2 malam.. Quite cheap kan.. Bilik ni sediakan 2 katil queen. Cuma bilik air takde hose, dan agak sempit sikit la cuma still ok.. Sebab hotel kat Kelantan hat harga lagi mahal dari tu pun ruang solat dia lagi sempit dan kati lcuma bagi 1 single and 1 queen, nak jugak aku comparekan..
Lepas setel solat dan tukar apa yang patut, kami naik bas ke Feng Chia Night Market
Apa yang menarik dengan system pengangkutan awam di Taichung adalah, bas dia percuma untuk sekitar 10km radius dari Taichung main station.. So its a free ride.. yahuuu.. Bila la Kulim hat kata hi-tech ni nak offer service sedemikian rupa.. Depa hat gelandangan sepanjang kaki lima pun boleh tawarkan perkhidmatan yang not bad.. Malaysia Baru!, please wake up...kihkihkih




















But to be honest, Feng Chia Night Market ni tak menawan hati kami...
Kami naik bas semula dan Eju mula lapar.. Dia nak makan makanan halal.. Bab makan aku pass kat Eju.. Kita bagi chan la dia conquer bab makan.. ahahha.. Dan dia buktikan dia berjaya, bila dia dapat jumpa satu kedai makan Halal di Pekan Taichung yang sedap dan diyakini.. Good Job Eju!!








Malam tu kami balik hotel, relax mandi, dan tidoq..
Besok adalah hari penting untuk kami...

No comments: