Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, March 19, 2019

Panas!

Suhu di Kedah sangat panas sekarang,
Semalam aku terjaga sebab bau macam hangit  benda terbakar,
Memang tak nyenyak langsung tidur aku semalam, asyik terjaga,
Sebab panas sekarang ni memang buat aku rasa tak selamat,
Takut betul aku kalau ada rumah jiran atau rumput yang terbakar atas faktor suhu sekarang,
Inilah akibatnya bila terlalu memikirkan,
Mengganggu pola hidup,

Aku mula sedar, aku menjadi terlalu overthinking sekarang,
Sehingga menjerat diri sendiri,
Adakala aku bagi pelbagai alasan kepada diri sendiri,
Tapi bila kalah dengan alasan,
Aku akan terperuk di sudut katil sambil pandang kipas yang berpusing,
Parah sungguh!!! hahaha

Ada satu hari,
Aku log in facebook, dan mula scroll timeline,
Aku membaca update kawan-kawan dan mula merasa seronok melihat keletah anak masing-masing,
Tiba-tiba aku terbaca status kawan sekolah yang berhenti menjadi konsultan sebuah syarikat multinasional kerana mendapat tawaran yang lebih baik,
Aku sebagai manusia biasa, tipulah kalau aku katakan aku tidak cemburu melihat pencapaiannya,
Kami sebaya, sama-sama mandi di kolah asrama yang sama, 
Pada usia sekarang, melihat dia mendaki karier yang stabil, adalah sesuatu yang sangat membanggakan.

Tapi Allah itu maha adil kan!

Dalam aku scroll lagi ke bawah,
Aku membaca berita kongsian dari akhbar sinar,
Seorang lelaki tua mendapat untung RM5 hasil meniaga kuih,
Ya Allah, 
Rasa kerdilnya,
Sangat hebat tamparan yang Allah bagi,
Seriously,
Aku terpaku seketika, Ya Allah, 
Sebab itulah kita kena melihat orang yang lagi rendah pada kita dan berasa bersyukur kerana kita masih ada pekerjaan dan masih ada income yang mencukupi,
Jujurnya, menitik air mata masa aku bandingkan kedua-dua situasi tersebut

Aku selalu nilai diri sendiri,
Biar lah kan aku nak nilai diri sendiri (lepas tu depress sendiri hahhaha),
Aku tengok dah banyak perubahan pada diri aku,
Kalau dulu, aku pantang rasa diri ditindas, 
Memang laju je aku mengadap orang yang menindas aku tu memohon penjelasan,
Kalau dulu, pantang aku rasa disisih, ada je kawan yang akan dipaksa mendengar keluhan perasaan,
Kalau dulu, pantang aku rasa ada sesuatu yang tak kena, laju je aku kol zuhana nak berkongsi,

Tapi,

Kini aku rasa aku lebih 'cool',
Aku pendam dan biarkan ia berlalu,
Paling tak boleh tahan, aku duduk menjeruk hati dan update blog, kahkah,
Aku rasa aku lebih pandai mengawal temperature diri,

Namun,
Bila aku kalah jugak,

Aku rasa macam nak pergi jumpa psikiatris!!!!

Hahaahahah


Eh, faktor usia je semua ni hidayah!!!!



Atau, mungkin aku kena tambah koleksi coloring book, sebab semua buku yang ada tu aku dah habis color..

No comments: