Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, March 6, 2019

Trip to Taiwan with Bestie - Taipei (Day 4 - Taroko Gorge)

Last month masa sakit mata,
Memandangkan sebulan duduk rumah, aku dok mengusyar running shoes,
Dan sempena CNY, karrimor ada buat sale satu kasut yang sangat memikat kalbu aku,
Tapi kerana postage RM10, aku jadi was-was,
Minggu lepas bila aku decide nak beli, 
Harga dah naik ke harga sale biasa..
Kecik hati, memang kasut tu cantik sangat, sesuai nak dipakai ke destinasi seterusnya,
So, malam ni aku terpaksa beli jugak walaupun harga mahal, tapi aku ambik kaler yang selamat, HITAM.
Kasut pengawas sangat kan!!!!

eh, apahal aku intro cerita pasal kasut plak ni

--------------------------------------------------------------------------------------------------

CERITA TAIWAN 

Lupa nak bagitahu,
Sebelum balik ke hotel semalam (on 3rd day),
Kami ke Taipei main station (depan hotel je pun),
Untuk dapatkan tiket ke Houlien. Tiket ni aku dah beli melalui lawan web TRA (Taiwan Railways Administration).. 
Just follow the instruction. Memandangkan aku beli menggunakan credit card, so aku kena redeem tiket melalui passport. Kena guna passport yang kita gunakan untuk masukkan number booking.
Lepas kami tukar tiket, kami pergi melawat platform train yang kami akan naik esoknya, lawatan ni nampak remeh, tapi jangan tak tau impaknya besar..
Eh, buatnya pagi esok tak jumpa platform, memang menangis tak berlagu kami

So, pagi ke-4 ni, kami bangun awal, makan dan dress-up,
Cewahhhh,
Dengan konfiden, kami melangkah ke platform train yang kami dah riki semalam dan berjaya naik train.

Perjalanan dari Taipei ke stesen Houlien memakan masa 3 jam lebih. 
Jauh okay!
Nak booking tiket TRA tu pun sangat challenging sebenarnya...

Tapi perjalanan nak ke Houlien tu memukau mata
Bayangkan kita melalui kampung, bandar, sawah padi, hutan, gunung-ganang, laut, sungai, masuk terowong keluar terowong beberapa kali sampai bengang telinga, dan beberapa kali sesi aku ke toilet, baru nak sampai Houlien.
Siap tidor jaga tidor jaga sampai nak mengamuk lah ...




Untuk ke Taroko Gorge, aku tempah voucher untuk sebuah private teksi melalui kkday dengan kos RM 90/4hour.
Melalui komunikasi aku dengan company yang aku tempah tu, aku dimintak untuk tunggu di 7e.
Nak jadi cerita dekat pintu keluar station ada satu 7e. 
Kami janji akan start tour pukul 11.30am. 
Masalahnya dah 11.45am driver tak muncul. Dia ada call tapi dia tak reti cakap english dan aku pulak tak reti mandarin.
Mungkin dia dah kembali ke sense yang sebenar, dia cari kami dekat 7e station.
JUMPA.
Rupanya seberang jalan depan stesen train ada 7e yang besar dan dia tunggu kami kat situ.
masalah betol.
Buang masa tau dak.

So, sebab dia pun tak reti english, kami guna google translate.
Dia bagitau, setiap tambahan 1 jam akan dicaj TWD300.

Taroko Gorge.

Sangat cantik.

Subhanallah.

Sangat tepat keputusan kami kesini.. 
Antara tarikan utama aku nak ke taiwan  pun adalah disebabkan taroko gorge ni.












































4 jam tu tak cukup, dan kami kena tambah dalam setengah jam lagi..
So kami bayar extra lah kepada driver tu despite dia menyebabkan kami terpaksa menunggu dekat stesen train, kira macam pejam mata jer lah... 

Antara peristiwa paling yang paling tak dapat aku lupakan di Taroko Gorge adalah, jeng jeng jeng...
Driver teksi kami tu pompuan tau, aku pulak jenis suka nak jadi co-driver,
So, aku duduk depan,
Bayangkan keadaan jalan kat Taroko Gorge tu sangat sangat sempit, 
Bas pelancong berlambak, depa selamba ja selisih kat lereng gunung tu, siap boleh reverse lagi, macam nak pecah jantung aku tengok,
Berbalik kepada driver teksi tu,
Ada sekali tu, aku perasan kereta kami slow sangat,
Aku pelik lah awat jauh ni dari kereta depan,

Sekali aku pusing pandang driver,

DIA TENGAH TERLELAP,
OMG,
Aku taknak mati lagi, dan kalau boleh aku nak mati kat Malaysia, taknak mati kat Taiwan hahahaha,

Dia tidor korang tahu tak,

Aku punya terkejut, aku terus tepuk bahu dia, hey hey hey!!!!
Sekali dia terjaga, terus minum coffeee,

Korang tahu tak makcik berdua tu respon apa??
Depa buat macam takdak apa2 berlaku,
terus chit chat pasai gambaq hat depa capture dan dok bincang pasal pemandangan,
Aku sorang je la hat dok QC tahap kesedaran driver, sampai tak boleh nak feel Taroko Gorge tu punya keeksitedkan,
Hampeh kan minah dua orang tu, 
hahahahahaa,
Tapi, seriously, aku memang fobia lepas kejadian tu, aku terus tak boleh fokus,

Untuk pakej kami ni,
Overall aku bagi 4bintang sebab driver tu takdak la bantu ambik gambar pun sangat... dia tunggu dalam keta je lepas drop kami untuk kami bergambar kat gorge dan untuk kami menikmati laut..

Lepas setel dalam pukul 4pm kami ke stesen train semula,
Dan kami try riki if kami boleh ambik the earlier train..
Aku booked train balik ke Taipei pukul 6.30pm
Tapi kami dimaklumkan kena bayar seorang TWD93 untuk tuker masa,
So,kami decide untuk pergi solat dulu dan buat keputusan samada nak balik awal atau tak selepas solat,
Jangan risau kerana ada surau di stesen houlien, 
Just sediakan botol air untuk ambik wuduk di toilet,

Lepas solat, 
Kami re-time train dan naik train pukul 5lebih ..
Just nice around 8something, kami sampai Taipei..

Untuk mengisi perot, dan kerana malas nak cari kedai halal lain,
Kami makan briyani di 2nd level dalam stesen Taipei, kedai ni Halal ok...
Takda lah sedap sangat dan harga dia agak pricey bagi aku,
Kualiti makanan dia memang out lah untuk tekak aku,
Kami cuma minum coke bergelasgelas sebab minumam dia boleh re-fill, free-flow...

Dan kami kembali ke hotel, mandi solat,,,,
TIDOQ

No comments: