Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Saturday, March 9, 2019

Trip to Taiwan with Bestie - (Palace and Cable Car in Taipei - 5th day)

Sedar tak sedar harini dah hari ke-5 kami di Taiwan.

Kami decide untuk go easy harini dan cuba cari breakfast kat luar.
Disebabkan Eju orang yang paling eksited bab makan, maka kita bagi tugasan untuk search tempat makan pagi halal kat Eju,

Kami decide untuk ke satu area yang jauhnya 30minit naik train dari main station Taipei,
Jalan punya jalan sekali kedai tu jual snack dan rempah ratus Indonesia je,
Tukang jaga kedai pulak Taiwanese, tak paham english,
Nak tanya kedai makan halal kat mana pun tak boleh.
Ada satu masjid kecik belakang kedai tu tapi dia pun tak sediakan makanan halal.

Last sekali kami jenjalan lagi dan jumpa an Indonesian yang kerja kat situ. Dia sangat bermurah hati tunjukkan kami kedai indonesia yang agak jauh. Sebenarnya dia dalam perjalanan nak ke tempat kerja, sempat lagi curi masa tunjukkan kedai halal kat kami. Tapi kedai makanan Indonesia tu jual makanan pagi yang sudah dipack. Indonesian ni kat mana-mana pun boleh hidup dan boleh set komuniti depa kat mana je. Salute lah.

Selepas kenyang, kami decide untuk ke palace untuk melihat kawad tukar guard.


















Kemudian kami singgah sebentar di perpustakaan depan palace tu untuk bergambar (dan pee pee)


Mengikut plan asal aku, kami telah membeli tiket pakej maokong gondola (cable car ride) dan hoop on hop off bus dengan harga RM35/person melalui klook.
Jadi, aku memang usha train ke Maokong Gondola, tapi Eju dan Ela nak ke tempat lain. Walaupun aku paham bahawasanya aku kena consider permintaan teammate tapi opkos, opkos lah aku tak boleh lah nak tukar itinerary aku last minute. Nanti mood aku lari ke lautan hindi. Ada kala aku perlu considerate tapi selalunya aku memang seorang yang keras kepala... Hahaha.. Maybe sebab aku dah biasa berjalan seorang diri, so, self-centered aku agak high. 

Kami ke Maokong Gondola... mesti lah kan... aku kan bossy.. hhahahaha














Aku rasa aku macam a bit emotional or taktau la apa jadi, aku macam tak happy sikit pagi ni.. Sepanjang hari lah..
Masa dekat stesen train dari maokong gondola nak patah balik ke Taipei, aku tertinggal Ela and Eju.. kihkihkih
Aku jenis jalan menonong.. Aku memang admit aku kurang sikit sense to overly care. Eh, cemana nak explain. Aku blamed depa sebab jalan lambat, padahal aku yang jalan menonong dan laju tak tentu arah.. Tapi aku paham, aku jadi macam tu sebab aku tak biasa sangat trip macam ni dengan kengkawan.. Selalu aku kalau itinerary buat sendiri ni memang aku jalan sorang. Aku akan setup iti hat pack dan cuba nak kejar semua tempat. Kira macam asal sampai dan dapat nikmati sekejap pun jadi la..

Seriously, aku takda mood.. Malas gila masa ni.. Macam nak balik hotel (memang kami nak balik hotel untuk rehat sebelum keluar cari makanan dan try bus hop on hop off)

Lepas solat di hotel, kami keluar semula ke main stesen dan decide nak makan di kedai indonesia yang ada kat dalam stesen tapi dekat area Y.. Area Y ni kena jalan jauh dan lama dalam stesen tu baru nak jumpa. Aku tak paham kenapa Taiwan setup main stesen dia besar macam ni..Penat tau dak jalan..

Kami makan macam set nasi penyet gitu la.. Not bad.

Aku tengok indon-indon kat taiwan ni dress-up dah macam orang taiwan, dengan fasihnya cakap taiwan, memang kalau tak perkenal diri mati-mati aku ingat depa Taiwanese.

Lepas makan dah pukul 6 dan kami kena kejar bas depan stesen Taipei untuk pusing bandar Taipei.
Namun memandangkan kami nak try naik Taipei 101 pukul 8.30, kami decide untuk turun di Taipei 101.

Walapun bas penuh (bus double decker-open deck tu) tapi bila sampai di Taipei 101, most of passenger turun.. hahaha.. semua orang memang pikir sama eh... Ingatkan kami je nak turun.. Beriya Ela tekan button hijau tu. kahkahkah





































TAIPEI 101
The best!!
Tak rugi kami bayar RM90/person untuk naik atas. 
Berbaloi baloi..

Kami berpeluang naik ke open deck. Bergoyang toksah cakap.
Lepas kami naik,depa terus tutup pintu naik sebab bergoyang kuat kat atas..
Pengalaman yang indah sangat dapat naik ke antara bangunan tertinggi di dunia menaiki lif terpantas di dunia.
Lif depa tu, oh mai, kalau depa mai tengok lif kat opis SIRIM memang pening seminggu agaknya.. Depa naik dengan kelajuan yang sama  ke tingkat 88, kita baru dapat naik LEVEL 1..
Di manakah keadilan di dunia ini???

Nampaknya mood aku dah ok.

Lepas habis dekat Taipei 101,
Kami rushing ke Shilin Night Market.
Best!
Sini memang best, tak macam night market dekat Taichung haritu, ke kami yang tak pandai nikmati night market lagi masa tu...

Masa kat atas Taipei 101, Eju dan Ela beli sweater
Eh, aku pun opkos la nak kan, malangnya takda saiz,
So, kat night market malam ni aku berjaya mendapatkan sehelai sweater unicorn dengan kos TWD450.. yeahhh

Kami naik train 2nd last, nearly 1 am..
Mak oiii,
anak dara apa balik shopping awal pagi buta nih...

Balik malam tu, 
Kami kena start packing sebab besok kami ada trip last dengan pakej yang aku dah beli,
Jadi, nak tak nak kami kena check-out awal esok pagi.
So, untuk taknak kelam kabut kami kena start packing

Dan tidur

No comments: