Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, March 10, 2019

Trip to Taiwan with Bestie - (Yehliu Geopark, Jiufen Old Street and Shifen Waterfall - Day 6) The Finale

Dah hari last, 
Kami bangun awal,
Dengan perasaan bercampur baur. 
Rasa macam awat sekejap sangat, dah last day!
Dan sebagai penutup, hujan turun membasahi bumi Taiwan. Hujan rahmat, merangkap hujan penutup trip kami di Taiwan.

Selepas check-out, kami tumpang letak backpack di hotel sebelum kami menaiki train untuk ke tempat berkumpul bagi trip hari terakhir ini.
Untuk hari last ini, memandangkan aku telah booked flight pulang ke KL pada sebelah malam, maka, amatlah munasabah sekiranya kami dapat menikmati satu pakej yang sedikit relax tapi dapat cover banyak tempat.
So, melalui laman klook (aku ni dah serupa duta klook je dok promote laman web ni) aku telah mendapatkan voucher untuk ke tiga tempat iaitu Yehliu Geopark, Jiufen Old Street dan Shifen waterfall dengan harga yang agak murah. Sori lah, semua iti dan senarai kos ke Taiwan ada dalam phone lama dan phone tu telah selamat di format. 
Aku rasa harga voucher kami tu dalam beberapa puluh ringgit je. Untuk tiket masuk ke Yehliu geopark, aku beli voucher asing dengan harga yang juga tidak dapat diingati.. hahaha

Kami naik bas dengan beberapa pelancong lain yang kebanyakkan nya adalah filipinos. Aku tak berapa suka sangat filipinos. Tah, menyampah sebab depa ni kerek dan belagak nak mampos. 

Memandangkan hari hujan dan mendung, jadi mood kami pun mendung je.. 
Mungkin perasaan bila hujan tu memang dok nampak NUR katil dan selimut..
Lepas tu perut pulak opkos la lapar kan hujan-hujan ni.. Nasib la aku bawak megi, jadi korang boleh bayangkan tak respon orang yang bawak roti sahaja tu... Takpa, kita murah hati, jadi kita share makan bertiga.. Nasib aku bawak milo dan tumbler Tupperware, boleh lah bancuh milo panas. 

Sebenarnya,
Aku malas nak cerita banyak. Sebab utama aku malas nak cerita banyak adalah kerana aku sememangnya malas dan aku dah lupa separuh dah kisah kat sana (blame faktor usia..hihi)

Sikit lah eh.
Yehliu ni kawasan berbatu. Masa aku tengok kat blog dan instagram orang, aku memang impressed giler lah dengan tempat ni. Tapi malangnya, masa kami sampai hujan dan ribut agak kuat. Bak kata tourist guide kami, seakan typhoon kecil,,, merasa la sikit kepada sesiapa yang tak pernah merasa typhoon kat negara sendiri. Gambar pun tak elok, sebab angin kuat kan, opkos lah nampak melebar (blame angin, tetap taknak mengaku sebab memang diri sendiri gemuk)..




























Yang lawaknya,
Guide tu dah warning, sapa lambat, memang dia akan tinggal jek, dan dia dah tinggal 3 orang filipinos kemarinnya.
So, kami ni lagi 5 minit nak times- up tu, dah berlari carik bus.
Eh tak kuasa la nak bayor teksi sampai beratus ringgit.. 
Walaupun aku ni suka ralit tapi bab bejalan I.Allah aku punctual.. 

Destinasi seterusnya adalah Jiufen Old Street.
Aku pun tak paham kenapa tempat ni sebegini. Sebab dah ada dalam pakej maka kami follow saja lah. Seriously aku tak paham, maybe ada sesuatu yang simbolik di sini.. Actually area sini adalah area pekan Taipei lama... Sepatutnya kami bawak turun maggie untuk masak disini tapi aku turun melenggang.. 


















Last sekali, kami ke Shifen waterfall.
Waktu aku beli kat klook, ada 2 option.
Samada aku ambik pakej A atau B.
Yang membezakan dia adalah air terjun, hanya air terjun je berbeza. A tu akan ke air terjun yang macam bertingkat-tingkat. B pulak akan ke air terjun macam Niagara fall.
Opkos la aku pilih B. Impian aku memang lah satu hari nanti nak ke Niagara Fall, jadi, andaikata tak dapat ke Niagara sebenar, dapat ke Niagara Taiwan pun jadik lah.














Masa dekat Niagara fall ni la aku keluarkan maggie (aku memang bawak tapeware untuk masak maggie) dan bancuh milo. Bekas tupperware air tu tak boleh tutup rapat masa panas, akan meletup, sekali cik eju pergi tutup rapat. Apa lagi, meletop lah bunyi macam bom... haha.. Terkejut uncle auntie pekerja gerai kat situ ingat kami terrorist.. hahaha

Tiba-tiba kami perasan takda sesiapa pun ahli group kami kat kawasan air terjun tu. Punya kami takut kena tinggal. Berlari lari kami naik tangga dan lintas jambatan carik bus. Dah la bawak makanan kat tangan, air panas pulak tu. Sekali takdak sapa pun dalam bus. Rupanya depa makan dekat satu restoran dekat area bus parking. Punya la aku geram dekat tourist guide tu, masa last tu kami tak bagi tips dekat dia sebab rasa dia anaktirikan kami.. hahaha..

Kami sambung makan dalam bus.









Kami naik bas sekejap je, dalam 5minit kami sampai ke destinasi terkahir. Melihat bagaimana tanglung dilepaskan.

Kat sini, ada rail keretapi dan masih digunakan. Masa kami sampai keretapi tengah lalu. So, semua orang ketepi. Bila keretapi lepas, semua orang naik atas laluan tu semula.. Best.. Macam era dulu-dulu pulak rasa.
Kat sini Ela ajak lepaskan tanglung tapi bila melihatkan ada simbol tertentu pada setiap kaler tanglung yang dipilih dan misi kenapa tanglung dilepaskan, aku rasa tak selesa nak try. 
Nasib Eju pun tak beri respon positif. 
Takpa la, kita datang untuk tengok budaya mereka, bukan merasai budaya. Rasa macam tak sesuai budaya itu untuk dicuba. 
Tapi, kami sempat lah tangkap gambar moment tu banyak-banyak.
At least kita tersenyum merasai kegembiraan mereka yang melepaskan tanglung tersebut.



















Selepas selesai kat sini, kami naik bas dan bertolak balik ke tempat kami berkumpul pagi tadi.
Dalam bus, memang terus ke lautan china selatan.
Letih ni sebab utama nya adalah kerana kena handle baju hujan tu. Nak turun bas kena pakai, nak naik bas kena buka, letih, pastu dok tarik baju tu taknak nampak gemok semacam. Yer tau, memang gemok, sebab tu kena adjust sikit baju supaya tak nampak gemok yang keterlaluan.

Sampai dekat stesen yang kami semua berkumpul tu, kami bertiga terus turun dan blah.. Memang nampak macam kurang ajar lah sebab tak say goodbye and tak thanks properly kepada guide. Eh, tapi guide pun memang langsung taknak cakap dengan kami. Tak kuasa la nak terhegeh-hegeh.

Kami naik train dan balik ke Taipei main station. Dan kembali ke hotel untuk rehat dan bersihkan diri di lobby hotel yang super selesa tu, serta pick-up bag.

Dalam pukul 6pm macam tu, kami ke main station dan cari train untuk ke airport.
Sampai airport, kami bertiga isi perot dulu sebab rasa awal lagi, flight kami pukul 11.30pm.




Habis kami makan, baru perasan, auntie tu dah tutup kedai.. Dan dia tak datang pun collect pinggan kami. Bagus betol auntie tu. Dia taknak ganggu kami makan. So, dengan rasa serba salah kami tinggalkan pinggan kami setelah disusun dengan kemas.

Sampai je dekat kaunter AA nak drop bag, mak aiiiii, punya panjang barisan. Seriously , sangat super panjang and it was the only barisan dekat airport tu. Sejam jugak lah aku tunggu Ela dan Eju nak drop bag.
Memandangkan aku takdak bag nak drop, so, aku tunggu sambil rest atas kerusi, deme berdua beratur lah nak drop bag, nanti kan nak jalan melenggang kangkung sampai Malaysia.

Lepas setel semua, dah dekat pukul 10, terus kami check-in dan cari tempat solat.
Dah setel solat dah dekat pukul 11pm.
Terus masuk sebab dah panggilan untuk boarding. 

Gitu lah alkisahnya kenapa kami tak dapat beli sourvenir kat airport.
Actually, kami plan nak shopping kat airport sebab masa panjang kan. sekali, hambik kau.

Dalam flight memang aku lena tak ingat dunia. 
Aku tak makan nasi lemak pak nasir tu.
Masa kat airport tadi Ela dan Eju makan nasi, aku pulak makan mee.
Sekali, sebelum landing tu, perot aku masuk angin, punya lah nak muntah.. memang bloated taktahu nak habaq dah masa ni. Aku pergi toilet nak muntah tapi stewardess tu asyik ketuk pintu suruh keluar sebab dah nak landing, EHHHHHHHH

Alhamdulillah dalam pukul 4.30am kami selamat landing di KLIA2. 
Aku terus ke local transfer untuk catch flight ke AOR pulak jam 6.45am.

Alhamdulillah, pukul 8am aku selamat sampai kampung tercinta.
Eju dan Ela pun selamat sampai.

Apa yang buat aku terharu adalah depa berdua tak serik nak travel dengan aku lagi.
Eh, aku rasa lah depa tak serik dan harap-harap itu bukan mainan perasaan aku.. haha

Thanks korang.
Sorry sangat kalau banyak kelemahan aku dalam trip ni, and sorry kalau aku terlalu selfish or too pushy and bossy. And sorry jugak kalau ada calculation aku yang tersalah titik perpuluhan atau tersalah simbol masa aku tekan calculator, alangkan akauntan negara pun tersalah jugek.kehkeh.. I will try my very best to perbaiki mana yang tak best tu untuk next trip. K

Till our next visit, I love you guys.

Bye

No comments: