Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, July 7, 2019

Raya 2019- First Raya without HIM

Hi all..

hehe, macam ler ada lagi orang nak buka blog ni.. Kalau tengok kepada traffic, memang dah takdak orang nak baca this blog, so, finally, blog ni akan jadi an online diary for me. 

Untuk rekod, weekend ni I tak balik kampung, sebab, Izzati datang Kulim. Oh my, so happy to spend the weekend with her and pusing-pusing kulim. Bestnya, how I wish Zati just live around here, and we get to spend some weekends together. And really, I have to secretly wish Zati to stay alone forever, hahahaaha.. Jahat punya kawan.

Memandangkan aku cuti hari Jumaat, so, Jumaat tu aku habiskan masa lepak kat rumah dan marathon muvie Thailand. Malam tu Zati sampai and kami gi makan Mee Kuah Tulang Kak Su dekat Pekan Kulim. Sabtu after early breakfast, we spent 6 hours di IKEA Penang. Malamnya, kami ber BBQ di rumah Hajar. Dan siang tadi after brunch di Nasi Pak Ya, kami meronda bandar kulim cari pokok dan tanah untuk hobi kami. Then after asar, Zati gerak balik ke Ipoh. 
Great sangat. BESTTT
(:
(;

.......................................................



So, rasa nya masih belum terlambat untuk aku wish Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Hihihi

Alhamdulillah, gembira raya ni sebab semua sedara mara datang berhari raya.. Walaupun bapa dah tak ada, adik beradik sebelah bapa still datang seperti bapa masih ada.. 

Ada yang tanya apa perasaan first time sambut raya tanpa bapa?

Undescribable

Sejak hari pertama ramadhan dah sebak, tambah pulak bila berbuka dan aku duduk di kerusi yang selalu bapak duduk tika berbuka.. Tahan je airmata dari jatuh, tak manis rasanya menangis depan rezeki.. Sedangkan masa berbuka adalah masa yang patut diraikan..

Beberapa hari sebelum raya, adalah amalan kami membeli keperluan raya untuk insan-insan yang telah pergi meninggalkan kami (tok dan tokwan) dan sedekahkan kepada insan kesayangan mereka. Tahun ini, aku dan kakak belikan pakaian raya yang sepatutnya dibelikan buat bapa dan hadiahkan kepada Abang Man. Abang Man ni sahabat dunia akhirat bapa. Dia sihat atau tak, masa bapa masih ada, dia akan datang ke rumah kami setiap hari tanpa miss. Kalau bapa tak sihat, dia akan datang pagi dan petang.. Mereka naik haji sama-sama dulu, walaupun tak melalui kumpulan yang sama, namun gathering di tanah suci..

Menjelang raya, saat melangkah masuk ke masjid, sebak tu lain macam.. Sinilah tempat terakhir kami bersama sebelum bapa dikebumikan... 

Selepas tu, kami semua simpan perasaan rindu masing-masing dalam hati, hari raya patut diraikan dengan gembira.. 

Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup kena gembirakan yang masih ada. Masih ada mak, kakak dan anak-anak sedara untuk diraikan. Hidup perlu diteruskan.. 

Rasa nya semua orang tahu, bila teringat, bila rindu, bila terbayang di mata, cepat-cepat sedekahkan al-fatihah... 

Alhamdulillah, raya telah sebulan berlalu.

Lagi sebulan, dalam bulan islam, bakal genap setahun bapa tiada, pergi selamanya meninggalkan kami bersama memori yang cukup pedih untuk dicoretkan.

Harapnya selepas setahun, aku punya kekuatan untuk mengimbau semua memori kami bersama dan menyimpannya di sini. Terlalu banyak, terlampau. Pedih kerongkong saat memori itu terlayar di mata. 


Untuk bapa tersayang, 

Selamat hari raya aidilfitri.
Tahun pertama kita tak bersama bergembira di hari raya.
Namun  ketahuilah, kami semua menyimpan rindu dan sayang yang terlalu banyak sampai tak terluah. 
Sampai akhir hayat, aku akan tetap merindu dan akan tetap mengenang jasa dan kasih sayang tanpa batasan lelaki yang tak pernah menaikkan suara apatah lagi menaikkan tangan untuk menjentik aku. Paling teruk sekali pun, dia hanya akan diam untuk seketika dan kemudian akan bercakap seperti biasa seakan aku tak pernah berbuat salah. Di mata bapa, selamanya aku adalah an apple of his eyes. 

Dah la, meleleh leleh pulak air hingus ni..

Salam aidilfitri semua... 

No comments: