Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, November 11, 2019

Final Business Visit to Singapore in November 2018 and the memory remains

Tajuk vogue the vass kan

Kahkahkah.. ini pesen tajuk taknak kalah

Aku ke Singapore ni last November 2018. Kiranya memang dah nak hampir setahun lah. Memandangkan ini adalah the last visit aku ke sana, so, nak tak nak aku gagahkan jugak buat post supaya memori aku disana akan diingati. 

Aku masih ingat lagi, masa aku fly ke Singapore, geng-geng Jepun fly ke KL sebab flight depa balik Jepun malam tu. Aku pulak dengan nervous nya fly ke Singapore. Kalau ditanya perlu ke aku nervous, ke aku exaggerate je kan? Seriously, aku nervous. Sebab aku terbayang aku kena mengadap mamat singapore tu yang suka tanya soalan mencabar minda, and aku dah terbayang habis lah aku, mesti kelihatan bodoh giler nanti. 

Aku ke sana seorang sebab ada seorang lagi colleague aku dah sampai kat sana petang sewaktu aku baru nak fly, dia naik bas je masuk singapore. Aku sampai airport changi and 3x aku book grab. Ye lah, aku dah la takda internet, bergantung kat tenet airport je, gerak jauh sikit lost connection. Driver grab tu pulak sibuk la dok call aku, bila aku tak angkat je depa terus cancel. Nasib la masa booking kali ke-3 tu, aku dan driver tu berjodoh. Pastu aku pulak ambik grab-share, merasa la naik grab dengan singaporean. Masa ada singaporean tu driver grab tu tak banyak cakap, masa tinggal aku sorang, on the way nak hantar ke hotel, driver tu kutuk Malaysia. Kuang hajor betol.

Aku sampai hotel dah 10pm lebih. Makan makanan yang AA bagi dan tidor sambil berzikir semoga dimudahkan urusan esoknya. 

Aku dan Samsulida memulakan pagi Jumaat kami dengan perasaan liang libu (eh, ada ke perkataan ni)..
Aku ingatkan aku sorang je neves, rupanya otai pun neves. Actually, samsulida adalah pemilik method yang kami gunakan. So, bila ada problem kami kena la bawak otai untuk mai trouble shoot. Samsulida akan bersama aku selama 5 hari, dan 3 hari lagi aku akan teruskan seorang diri. Argh, gundahnya hati ini.

Masa hari jumaat (1st day), kami masuk lab untuk ice breaking dan prepare the intro set-up. Dan kami lunch bersama Leon dan Dr Wu. Lepas lunch kami balik hotel untuk rest dan shopping.. Hahaha.. 











Sabtu dan ahad kami masuk lab lagi. Sabtu full day sampai lebam. Ahad tu kami masuk half day sebab kesian pulak dekat Leon. Yela, opkos la dia pun nak spend time dengan insan terchenta gituh. 

Isnin tu kami full swing dan lunch/dinner pukul 8pm. Bayangkan, makan pagi simple je, pastu terus lunch pukul 8 malam. Lembik lutut. Leon ni pesen dia tak makan lunch, so, kami dua pun tak makan ler kan. Segan kot. Masa gap 2jam untuk kami biar sample dalam incubator tu, kami minum je dekat pantry dan gunakan masa interval yang ada untuk solat zuhur dan asar. Fuh, mencabar kan. Maklumlah, kerja kat tempat orang, pastu tempat tu pulak memang takde muslim. kami solat pun dekat ruang kosong di pantry. Ruang tu macam tersorok sikit lah. 

Petang selasa, lepas zuhur macam tu, Samsulida balik Malaysia. Perasaan masa tu, macam anak ditinggalkan mak. Menggigil aku buat kerja, sebab aku rasa burden yang sangat berat. aku dok fikir, what if tak jadi jugak? Is it because of me? Is it because im not competent? So many things masa tu dalam kepala aku sampaikan Leon tegur perlu ke aku nak shaking. Cis, mamat ni memang nak kena sekeh. Dah la aku suruh dia turun hantar Samsulida sampai bawah, dia pergi hantar sampai pintu lift je. Terkejut aku sebab tak sampai 2 minit dia dah patah balik masuk lab. 

Yang lawaknya dia ni, tetiba dia ajak aku makan buah. aku pelik lah kan. Eh, apa hal pulak ajak makan buah ni, bukan ke biasa dia tak makan lunch and tak rest. Aku pun reject lah. Pastu dia dok ulang ulang ulang sampai aku menyampah "samsulida asked me to look after u".. Eh, aku tau la jaga diri sendiri. Lagipun ini bukan first time aku sesorang kat negara orang. 

Masa Rabu tu, aku dah start communicate dengan Leon, yelah, dah tu je kawan and orang yang kerja dengan aku. Terkejut dia bila aku cakap sebenarnya ini first meeting aku dengan samsulida, sebab dia nampak kami really close and boleh bergelak ketawa. So, pastu aku pun start la bergelak ketawa dengan dia dalam lab sampai kena tegur dengan sorang minah ni sebab kami asyik gelak je. Eleh, jeles lah tu dia buat labwork takde kawan nak bergumbira macam kami. Hahaha.. Tapi minah ni selalu jugak jadi topik perbualan kami, sebab dia comel dan aneh dan unik. 

Rabu tu, after zuhur, and time gap 2 jam tu, aku cakap aku nak makan berat harini. Aku nak turun lunch, sorang pun takpa. Eh, dia pun nak lunch jugak, whatever. Tapi since labwork setel lambat, kami lunch kat Mekdi. Jauh jugak la menapak. Tapi worth it sebab boleh makan spicy chicken burger. And coke + sprite. 

Makan mekdi.. Konon-konon nak tunjuk kat Samsulida, kami pun makan mekdi jugak sebab si samsulida update gambar dia makan mekdi sebelum bertolak balik masa hari last dia di singapore tu. Saja nak bakar samsulida. Minah tu hantu mekdi. 
Ini sebab si Leon ni gedik nak ambik gambar rambut Dr Wu, pastu gedik suruh aku ambikkan. Eh, ambik la sendiri, tu kan bos hang. Taknak.... Terpaksa la aku memainkan peranan ajak bergambar konon-konon as kenangan.. Gedik kan

Aku ambil gambar ni dan hantar kat Leon, dok sibuk sangat dia dok cakap Dr Wu cute potong rambut pendek. Bila aku tengok semula gambar ni memang la DR Wu cute, aku tu terlalu cute dengan hidung berkilat.. adudududu
Khamis and Jumaat, kami berjaya turun lunch kat kafe bawah. Argh sedapnya dapat makan nasi time tengahari. Rasa macam lamanya tak makan nasi sedap time lunch. Rindunya nasi. huhuhu

Ada sekali tu, dia suruh makan KFC. Aku cakap la, aku tak berani makan, halal ke KFC tu. Eh, terus dia buka laman web halal singapore nak buktikan KFC halal. Hnag jangan main2 dengan mamat ni. AKu takut dia call KFC tanya status halal je.


Ingatkan nasi dagang, rupanya brown rice

Berjaya turun makan masa lunch hour. Mamat ni tak pernah makan kat kedai makanan halal. Lepas makan ni, dia cakap, Eh sedap dan murah. "Benda halal memang best".. Tau pun.

Gambar ni aku snap sebab dia suruh aku check ayat email dia. Rasa macam lawak, sebab AKU yang disuruh check. macam hebat sangat pulak AKU ni. Ni case labmate kat situ tutup pintu freezer tak rapat dan dia perasan. Terus shoot email. Sambil tu dok cerita kisah lama dia kena banned dari masuk satu lab ni sebab nama dia orang terakhir guna equipment dalam lab tu dan equipment tu tak di OFF dengan sempurna. Siap boss dia check CCTV nak konfemkan dia adalah the last person guna lab tu. As a researcher, kalau dah kena banned masuk lab, nak buat kerja apa kan? Dia rasa dimanakah keadilan di dunia ini.. SO, sebab tu kami boleh click, sebab kami rasa kami adalah kumpulan insan teraniaya.. hahaha
Sebenarnya bila tinggal kami berdua je, terus jadi kawan. Rupanya dia pun gila macam kita jugak. Nampak je skema, padahal kepala tingtong. Banyak benda yang kami discuss and sharing. And best sebab boleh sembang dengan orang yang sama wavelength. Sama minat and passion. Dan aku betul-betul appreciate friendship ni. Actually, aku memang appreciate je semua friendship aku especially with my closes friends tapi aku jenis tak suka nak sebut. Kalau aku tulis dalam blog tu maknanya aku appreciate lah. 

Dan, paling teruja, adalah, eksperimen kami fail. haha
Epik sangat kan.

Memang speechless, tak sia-sia aku menggigil. Dah la aku balik masa tengah tunggu result, sekali fail. pastu masa aku cakap if only aku boleh tunggu sejam lagi, boleh pulak si mamat ni reply "does it made any different?" Ces, dasar kiasu. Tak, kiasu ni memang dia yang label diri dia masa aku bertekak dengan dia pasal pukul berapa aku patut left to the airport. Punya la bertekak, sekali dia mengalah terus guna ayat bahawa dia kiasu. Haha. Merajuk lah tu.
Masa petang aku nak balik tu, dia turun hantar aku sampai bawah opis. Masa aku masuk dalam lift tu, aku ingatkan dia nak lambai kat aku je. Aku dah ready nak videokan dah masa tu dengan niat nak bahan dia nanti. Sekali dia masuk dalam lift dengan aku, pastu guna ayat poyo "Better than I'm sending samsulida right"... hahahaha.. Terpaksa aku gelak kuat sebab macam tak kena je. Mesti lah kena hantar bawah, macam tau-tau je itu adalah visit aku yang terakhir. And it is really my last visit. Sebenarnya, masa kami discuss sebelum tu, kami jangkakan aku akan datang lagi, dan kami siap pikir lagi next visit aku nak makan apa, hahahaha, bongok gila. Pastu siap kira berapa orang nak datang and berapa banyak food nak order. Semuanya tinggal kenangan je lah. Dan aku jangkakan, one day memory ni akan hilang, so, thats why aku tinggalkan memori itu disini.

Oh the best part is, malam tu masa sampai airport penang, disambut oleh Zu. Dan kami check in hotel satu malam bagi menghilangkan kegusaran sebab tak dapat result. Hahaha. Yeke gusar?


No comments: