Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, June 1, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Assalamualaikum,



Selamat Hari Raya Aidilfitri peeps.


Holla, dalam diam tak diam, tahun ni kita meraikan ramadhan dan syawal yang mulia dalam tempoh berkabung diseluruh dunia, not only within Malaysia. Seronok ke tak? Bagi aku yang single, beraya di kampung dengan mak dan masih berisi lemak disana sini, memang saat macam ni sangat disyukuri. Ahahaaha. Hello, sapa tak suka, takda orang nak tanya soalan malas nak jawab tu. And Pagi raya tak rushing untuk solat raya, and rumah tak kelam kabut. Tak ada apa nak di kelam kabutkan. And makanan raya lagi sedikit dari menu juadah berbuka puasa. Juadah berbuka puasa kat rumah ni hari-hari memang bikin aku menangis kat dapor keletihan mengenangkan nasib diri takda bibik. 

Tapi seriously, raya tahun ni rumah penuh sampai raya ke5. masuk raya ke 6 dah sunyi dan rasa syahdu bila dengar lagu raya. Masyarakat dalam keluarga ni start balik ke kampung raya pertama tengahari. Pastu gilir-gilir dan ada yang stay terys sampai raya ke5. And kami sempat berbbq dan event makan-makan berlangsung setiap hari. Hari-hari ada durian dan cempedak. Pulak tu, buah tu dapat free, jatuh dari pokok sendiri, memang beraya sakan lah kami. Jatuh je makan, jatuh je makan, sebab tu tak heran sangat bila tengok orang upload gambar diorang makan durian beli kat kedai, kesiannnn. kahkahkah

Harini dah masuk hari ke 76. 

Memang historic sangat.

Tapi on day 20 ramadhan haritu aku ada balik ke Kulim. To settle with bank. Bank asyik call mintak datang sign semula document sebab lawyer salah tulis satu nombor ni. Haish la si lawyer ni pun. Dah bayar mahal-mahal boleh pulak dia salah tulis number. Nak taknak, aku balik je la. Dan satu hari tu, aku peruntukkan untuk masuk ke opis. Ya Allah, masuk kekonon nak ambik mood writing proposal la, ala proposal tah ape2 je, tapi bila kata jumpa je kengkawan, memang kami bermesyuarat (in another word:sembang tapi bukan mengumpat eh) sampai terlupa pulak tengah PKPB. ahahaha. Ini yang bahaya bila lama tak jumpa, sembang tak ingat dunia. Banyak benda nak kena chatch-up. Kalau mengumpat pun, pasal boss je, ahahahaha. 
Pulak tu, laptop ni crash masa awal puasa tu, itu pun salah satu sebab utama aku balik kulim. Nak mintak kawan tolong tengokkan. And alhamdulillah, dia berjaya mengembalikan nyawa laptop ni. Laptop ni, walau macam mana aku rasa sangat putus asa dengan dia, aku rasa nak hempok kuat-kuat, aku rasa nak lempaq dalam sungai, tapi ada satu kuasa yang buat aku akan jadi tak boleh duduk kalau dia crash. All the sweet and sweat old memory ada dalam laptop ni. All those pictures tu memang satu treasure yang aku nak sentiasa ada dekat dengan aku. 

Tambah pulak bila time raya and kalau semua balik bkumpul, semua orang mula lah nak tengok gambar zaman muda remaja dulu-dulu. Mula lah dok rasa satu ketika dahulu pernah kurus dan jelita. Kihkihkih

Rasa nya tu je lah kot setakat ni.

Sepanjang lepas raya ni aku sibuk sikit. Hari-hari shopping online kat shopee, memang habis lagi banyak datri physical shopping. Bahaya betol.

No comments: