Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Wednesday, November 24, 2010

kegembiraan hujung tahun..

lama betoi tak menulis dan menulis dan mempostkan something dalam blog ni. asyik blogwalking ja. banyak sangat benda yang jadi yang menjadikan si empunya blog terduduk diam2 dan berfikir untuk diri sendiri. takpa, apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Mujurlah, mulut masih mampu tersenyum dan tersengih serta suara masih lagi nyaring seperti hari2 semalam..ceeewwwahhh. ayat penuh dramatik la pulak.

tapi ada beberapa benda yang telah menceriakan hidup...best2..

1. akhirnya telah berjaya menjadi CHEMIST...yeeeaaahhhh.. sekarang ni dah boleh endorsed certificate. dah jadi legal chemist. banyak jugak la cabaran yang dilalui saat2 nak isi form, nak hantar, bayar fees yang agak mahal, reference report, dan warning2 letter yang telah diterima.

2. dah dapat borang sambung belajar. dah dapat surat tawaran cuma bila nak realisasikan tu taktau bila. tengah pikir. aku ni asik pikir sampai terlepaih la tarikh tu. tapi ada sorang makluk bernama sahak yang sentiasa meligan aku untuk cepat2 menjadi pelajar.

3. dapat pegi training tengah bulan depan.. yessss. penat sangat dok urus pasai benda alah tu. asik telefon orang tu, telefon orang ni. dah 6 bulan dok jadi telephonist. akhirnya dapat pi jugak. teruih lupa penat lelah selama ni termasuk hati yang telah disakiti.

4. ramai kawan2 baik dan rapat yang selamat dan akan selamat menjadi isteri orang. tumpang gembira...

5. uiiissh. satu lagi perkara paling penting yang dah dekat 2 taun tertangguh. aku dah pindah rumah. seronok giler2 bangat dok rumah baru. besar compound dan sangat selesa. rumah sangat luas. takdak barang2 yang menyerabutkan mata dan pikiran aku. suka la. tq kepada mashira dan zuhana (dua orang kuat yang bekerja keras start dari pagi lagi), puan hasimah, puan elida, adik2 praktikal sebelah rumah lama (4 orang jejaka hensem), dan encik cupin kerana menolong mengangkat barang naik dan turun lori. impian sekian lama yang telah diperli oleh ramai orang akhirnya tercapai.

6. saya sudah 3 tahun bekerja dengan SIRIM. tepat pada 19.11.2010. aku akan ingat tarikh tu..penatnya menjadi kuli yang sentiasa menerima arahan orang atasan. bila lah aku nak jadik boss pulak. tapi aku takmau dah jadik pekerja yang makan gaji. aku nak jadik boss yang takda boss. nak jadik bos, nak jadik bos...............
Post a Comment