Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, December 18, 2023

Gadget baru hehe

assalamualaikum semua,


Lamanya tak masuk blog ni..

Masa sebelum sambung belajaq, salah satu azam aku selain dari nak kurus adalah nak pastikan blog ni sentiasa berupdate setiap minggu.


Nampaknya, tak berjaya.

Aku rasa satu tahun hanya sekali aku update blog ni. surprisingly aku dah tahun ke3. Kakak senior tahun akhir sudah, takuitnya.


Lagi beberapa bulan aku akan tinggal kehidupan sebagai student di usm ni. It is not a great feeling.


Ok la, dah least. Nandi aku update lain gadget apa yang aku baru beli ni.


Tataaaa

Friday, September 1, 2023

Know-know dah September 2023... hello blog, i am back

 fuhhhhh...fuhhhh...fuhhh (muncung itik aih mulut aku nak tiup debu-debu tebai kat blog ni)

Ya Allah kurniakan aku kekuatan untuk aktifkan semula blog ini bagi menemani hari-hari terakhirku dalam status pelajar sepenuh masa ini... aminnnn

In one year more, I have to go back as full-time worker...

And, after 2 years, I have already been in so much love with Kota Bharu. 

Aku siap declare kat budak-budak kat lab bahawasanya "aku kan orang kota bharu" sebab aku lebih familiar dan tau banyak benda yang berlaku kat kota bharu ni berbanding depa... hahaha

Perjalanan projek aku masih panjang, ada one tough milestone aku kena selesaikan sebelum aku boleh susun semula flow thesis PhD aku. Ye la, kita ni bab susun flow memang hebat, satgi run eksperimen tak dapat, jenuh plak. So, aku lebih prefer, run dulu eksperimen, once the results bagi data yang cantik macam orang hat run eksperimen tu, masa tu tulis la tesis hang all out...Gituu

New staff with Ph.D akan masuk mid of September. I hope the staff can assist me as much as she/he can so kita boleh deliver misi kerajaan ni sebaik mungkin. 

Aku ni serabut sikit la bulan september ni. Salah satu sebabnya, rumah aku dah boleh masuk, so, aku nak kena balik kedah dan singgah kulim untuk collect the house keys. Pastu aku nak kena selesaikan urusan api ayaq dan check the defects. Pening kepala la jugak bila tengok komen-komen pembeli yang dah ambik kunci, rumah depa terlalu banyak defects. Aku kan kalau balik kedah akan stay kat kampung, so, nak ulang-alik dari pokok sena ke kulim uruskan hal rumah tu required masa duit dan tenaga yang super banyak. Adududu. Dah setelkan hal defects rumah nanti, nak siapkan grills, kipas, lampu, perabot...And semua tu baru yer sebab yang rumah lama aku dah wakaf habih dah... kaching kaching kaching nak ambik mana niiiiii.. Takdak sugardaddy ka nak sponsor, ahakkks

Oh, aku lupa la nak update cerita mak aku. Taktau la pasaipa, jadi malas nak buka blog, padahal dalam hati memang nak update dan simpan kat sini semua tu. 

Ya Allah, kasi Hidayah kekuatan untuk update selalu blog nya..

Aku ada few cerita nak share kat sini. Kena list siap-siap la kot kan supaya aku tak hilang ingatan..hahah

1. Kisah mak aku kena stroke dan still survive until harini 😁.

2. Kisah aku kena refer untuk test mamogram dan ultrasound due to simptom and history 😉

3. Kisah rumah kesayangan yang punya lama tak siap-siap 🙆


Sebagai manusia, kita berusaha, Allah jua yang menentukan. Apa yang belaku semuanya dengan Izin dariNya...

Alhamdulillah for everything and everything happens for a reason.

Sunday, January 8, 2023

Happy new year 2023

Selamat Tahun Baru 2023


Another year, new life plans, new vacations plan, ehhhh vacation kau eh

Tahun baru sinonim dengan umur pun bertambah.

Dan kepada yang single, bawangrians kembali bersoksek bila si minah tua tu nak kawen.. 😁😁😁😁😁😁.. Sibuk je eh, tapi itu la hiburan untuk manusia yang suka bersosial..gitu


Haritu masa awal Disember 2022, aku balik ke Kedah. Lepas tu aku ke UPM buat kerja kat sana hampir 2 minggu (i will documented on this), balik dari UPM tersakit badan faktor penuaan hampir seminggu lebih.. Memang masa sakit badan ni mood semua ke lautan dalam, teropong pakai infrared memang tak jumpa la, pakai la broadband ka wifi ka 5G ka, memang meruyup signal tak dapat detect. Biar la dia. Nanti-nanti kembali la ke pangkal jalan bila sang supervisor wasap tanya bila nak hantar paper, masa tu baru dia tau erti gelabah bewak. 

Dan, setelah seminggu di tahun 2023, baru aku kembali ke kelantan. Sampai kelantan, pakej migrain pulak, seharian terdampar bak singa laut tak boleh buka mata kepala berdenyut nyut-nyut. Benci gila bila kena migrain ni. Dan cuaca di Kelantan ni pulak, adoih. Tak membantu langsung dengan kehilangan aku di lautan dalam haritu. Makin kelam la signal pencarian. 

Satu benda yang aku recognised, aku masih belum recover dari homesick. Eh, homesick ke nama dia. Bukan homesick, more to kedah sick kuikuikui, Arghhh, tak suka duduk kelantan.

If one day orang tanya apa benda yang aku menyesal masa buat PhD, aku nak jawab "the decision to register as fulltime student at medical campus USM and let my SV know I can stay there for whole 3 years" arghhhhhhhh... My worst decision ever. Ada banyak benda yang sekiranya aku boleh turn back, aku nak ubah, dan dalam semua perkara yang aku menyesal tu, berada di kelantan adalah perkara yang aku paling menyesal. Just imagine, after 1 year in Kelantan, aku masih tak boleh terima keberadaan aku di sini. Heart and soul not found here... Arghhh benciiii

But, what to do. 

Nak taknak, aku kena habiskan study secepat mungkin dan hopefully rumah di kulim cepat siap so aku boleh balik writing di Kulim. I need a place yang ada entertainment and dekat dengan family. So every weekend I can go back, like usual dulu-dulu. So, I can do my work and at times can have family time jugak. Miserable giler rasa sekarang ni. Tah la, aku pun tak tau apa yang miserable tu, tapi rasa kelompongan di sini. 


One of my resolution adalah, to start new year of 2024 and the rest of the year and life in Kedah. No more kelantan 😌