Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, October 10, 2019

Kuala Lumpur, Ho Chi Minh, Siem Reap, Bangkok and back to Kedah menaiki flight, bus and train - Ho Chi Minh

Pukul 3am dekat TBS nak ke KLIA2


Tah apa aku pikir, aku tulis tajuk pastu terus pergi publish kat blog. Aku terlupa nak check sampai lah semalam aku buka blog aku tanpa sengaja dan nampak tajuk ni.. bodoh nya!!!

So, kita teruskan dengan trip ke negara indochina. Seriously, selama ni aku taktau wujud perkataan indochina, aku cuma tahu perkataan indomee. haha


12 SEPTEMBER 2019

Kami bertolak dari KLIA2 pada jam 6.55am menaiki AirAsia dengan harga tiket RM89 sehala. Pastu aku tambah la nasi ayam hainan kot nama dia which turn out tersangat lah sedap. So, total cost naik flight sekali meal RM99. Murah lah tu kan. Perjalanan dari KL ke HCM mengambil masa 2 jam.

Kami sampai Tan Son Nhat International Airport (T2), Ho Chi Ming jam 8.05am. Bagi aku itu memang the best deal yang aku berjaya close waktu birthday aku, hehe. Sepatutnya kami rancang nak ke sana bulan oktober, tapi masa aku check rege flight, aku jumpa deal ni. Mengambil kira sebagai ketua rombongan cik kiah, aku guna kuasa veto untuk paksa semua orang setuju. Dan turn up semua orang setuju, yeay!. Double yeay sebab aku dapat sambut birthday aku kat luar negara.













  Bila selesai je urusan imigresen, kami terus keluar dan blur kejap. Sebenarnya aku tak rancang untuk beli simcard di Vietnam sebab apa kebenda tah yang aku pikir. But, knowing eju opkos la dia nak simcard untuk connect internet. Eju kan businesswoman. Its ok, ada banyak telco kat situ. Tapi bear in mind, harga opkos lah mahal sikit kan. Untuk 3 hari tu kami beli simcard dengan harga hampir RM40.











 Masa aku tengah nak setelkan payment simcard, aku suruh la eju dan ela pergi surveykan bas nak ke Ben Thant. Aku memang yakin itu adalah tugasan paling simple untuk depa setelkan. Sekali makcik dua orang ni datang kat aku bagitau takda bas yang nak ke situ, kena naik teksi. Blank kejap aku. Eh, apo kono ni jang. Masa aku terjenguk-jenguk ke luar airport tu aku nampak sederet bas tengah parking. Dan clearly ada bas number 29 dan 108 (aku dah tak ingat sangat number bas ni) kat luar tu. Sape lah pulak pi dok permainkan perasaan kawan-kawan aku ni. Aku malas nak cakap banyak, moh ler kita ke bas beli tiket dengan harga VND20000 seorang.



Masa kami turun dekat bus-stop Ben Thant tu, aku dah pening. Bayangkan perjalanan dalam bas yang lebih kurang setengah jam tu telah berjaya mendrainkan semua energy aku. Aku tak pernah terbayang betapa serabut perotnya aku melihat kereta dan motor kat pekan HCM ni, especially motor. Memang depa ni berani mati sungguh la, dia main cilok-cilok ja dengan bus, hampir terstop jantung aku tadi. So, bila sampai je bus stop, aku mintak rest kejap sebelum aku dapat google map nak ke hotel. Tapi, entah lah. Maybe masing-masing pun letih dan tak sabar nak landing, dengan backpack yang berat, aku tersalah tengok maps untuk by car. Hahahaha. Lama giler kami pusing kat lorong-lorong sekitar situ, tah cerok mana kami masuk.. Asyik kena re-route je, sampai lah akhirnya aku berenti tarik nafas dan check semula. Aku ok je, walaupun bag berat tapi aku enjoy je sesat tu, sebab aku memang selalu macam tu pun bila travel. Makcik dua orang tu sampai habis trip masih dok teringat-ringat. Itu lah bahana bila masing-masing ada internet dan smartphone tercanggih tapi depend pada seorang saja. Without any guilty, aku teruskan kehidupan seperti tiada perasaan bersalah. Hahaha











Selepas sejam, kami berjaya jumpa hotel. Lama kami pusing-pusing tu. Sampai hotel pulak kena panjat tingkat 3. Nasib la hotel tu tak haruk sangat. Sampai tu, masing-masing rest, ada yang tidor, pastu mandi solat dan lepas solat asar kami keluar semula untuk makan dan mulakan explorace kami. Yeah!!






Untuk hari pertama, kami menjamu selera di Restorah Haji Osman. Frankly, aku rasa makanan kat sini paling sedap walaupun tak semurah kedai lain. Tapi, quality wise, aku recommend sini.
Nasi, come to momma please!





Perot dah kenyang baru boleh pusing-pusing. Kekongkonon nya, hari 1st nak tengok-tengok je dulu. Hurm.. Percaya lah sangat. Hari 1st aku dan Eju dah perabih duit dah. 
Paling tak boleh blah Ela. tengok lah reaction dia. Tapi, bila mai tempat macam ni, 5bintang aku bagi kat Eju. Eh, orang pi HCM memang untuk shopping. Semangat macam Eju lah yang kita cari.. kahkahkah





Jangan terpedaya, masa hari last cik ela yang over shopping bag.










Lepas habis makan, kami pergi surver pakej ke Mekong River. Asalnya aku plan nak ke Chu Chi Tunnel harini, tapi pikir-pikir balik, malas pulak. 

Untuk ke Mekong River, kami ambik pakej dengan AMIN TRAVEL & TOURS. Super highly recommended. Sangat berbaloi, murah dan best.
Harga untuk seorang adalah VND300000, boleh jugak bayar dalam RM, dan kalau bayar dalam ringgit just bayar RM50. Murah giler kot. Opkos lah kami bayar dalam RM. 

Malam tu, kami tidor nyenyak sebab esok janjinya by pukul 7am van akan ambik kat bawah hotel. 


13 SEPTEMBER 2019

Kami bangun awal. Subuh dalam pukul 4 lebih tak silap. Lepas siap solat subuh, masing-masing take turn mandi, bersiap dan makan breakfast. Breakfast cuma roti je lah.

Pukul 6.45am kami dah kat bawah, maksudnya 6.30am kami dah turun tau.
Tunggu punya tunggu punya tunggu. Tengok jam dah lebih 7.30 am. Ish tak boleh jadi ni. Aku tengok kad nama yang pekerja dia bagi masa kami beli pakej semalam dan aku send wasap. Aku bagitau lah kami dah hampir sejam tunggu kat bawah hotel. Takkan kami kena game kot kan. 

Tiba2 ada number vietnam call. Aku angkat dan ada suara lelaki. Dia cakap-cakap and suruh tunggu kejap untuk dia suruh driver datang pikap kami. Dalam 10 minit, mamat tu muncul. Itulah Fattah Amin Vietnam. Bagus, boss datang sendiri. Dia mintak maaf dan jelaskan perkara sebenar. Dalam 15 minit macam tu super VIP van datang ambik kami dan hantar ke bas yang dah ada kat check point pertama. Salah maklumat katanya. Fattah Amin tu sangatlah peramah dan lawak. Dia bagitahu kalau Alif Syukri Terlajak laris datang vietnam, memang akan ambik pakej dengan dia. Kiranya dia ni popular lah, dan dah macam terlajak laris versi vietnam. Bila tanya kenal tak sajat, dia cakap dia tengok sajat pun malu. Lepas dengar explanation dari Fattah Amin dan tour guide kami, serta layanan yang depa bagi, kami tak jadi nak marah malahan kagum dengan cara depa handle case kami ni. Sangat profesional.























































 Gambar-gambar trip ke Mekong ni semuanya bukan dari phone aku. So, aku tak boleh kompromi dari segi kualiti (ceh ayat bajet nak mampos)... Aku memang ada masalah transfer gambar dari dalam phone ke laptop, huhhhh!.

Bawah ni baru gambar dari phone aku.





Aku summarize kan je lah eh.

First sekali, trip ni naik bas dalam lebih kurang 30 orang. Check point pertama yang kami terlepas adalah tempat shopping kain. Since, its shopping point so kami tak rasa ralat pun terlepas.

2nd point kami naik bot dan terus pergi lunch sebab lapar giler. Bukan kami je lapar, ramai lagi lapar. Makanan kami adalah halal dan sedap giler nak mampos! Eh, sedap menjilat jari. kang ada yang dm pulak awat dok tulis mampos banyak-banyak kali dalam blog. (mata ke atas, bajet ramai baca blog kau)

Then, kami menyusuri sungai mekong dan naik kereta kuda. Kereta kuda ni akan bawak ke check point yang naik sampan menyusuri laluan sungai mekong yang dekat hulu-hulu tu. Sampan tu akan bawak menuju ke bot semula. Bot tu kemudian akan bawak kami pergi tengok show sambil makan buah. Then, pergi rasa madu dari pokok mata kucing. Boleh ler rasa dia. Habis hisap madu sepah dibuang tu, kami pergi mana eh. Eh terbalik lah. Pergi makan madu dulu baru pergi tengok show. Lepas tengok show, kembali ke daratan sebab baru tersedar belum solat lagi.. hahaha.. Kitorang ada singgah dekat 2 tempat shopping. Beli tshirt pun best kat situ. Dan kami tumpang solat jamak. Selesa lah solat kat situ. Itu keistimewaan ikut pakej Amin Travel ni, solat dan makan memang akan terjaga, no worries langsung.

Habis je shopping, bertolak balik ke Ben Thant dan kami continue shopping.

Opps, actually kami nak pergi redeem coffee dari Fattah Amin, sebagai tanda maaf dari pihak syarikat dia yang telah menyebabkan kami tersadai sejam pagi tadi. yeay yeay!


Eju yang gembira setelah dapat coffee dari Fattah Amin. Fattah Amin yang pakai tshirt putih sedang melambai dari dalam kedai dia tu..





Merasa jugak lah makan vietnamese roll. Malam ni Eju dan Ela ambik nasi, aku ambik vietnamese rolls. Aku ni kalau travel tak berapa nak makan sangat. Perot berangin, lagipun aku malas nak melayan kalau terjadinya panggilan CikT.
Perempuan tudung biru tu nama Jamilah. Masa Eju tengah sibuk pilih tudung aku saja je tanya dia, memang asal muslim atau dia revert. Rupanya dia revert. So, aku korek2 dan tahu lah bahawasanya terlalu mahal harga yang terpaksa dibayar untuk menjadi seorang muslim. Kata dia, famili dia taktahu dia dah muslim, and if depa tahu konfem dia kena bunuh. Nenek dia ada patung berhala yang sangat besar dirumah. Dia duduk di HCM dengan tokey tudung yang dia jual ni. Kalau mak dia tanya kenapa dia pakai tudung, dia bagi la alasan sebab dia beniaga tudung. And mak dia pun ada jugak la kecewa sebab dia balik rumah dah lama tak makan satu famili. Balik pun kejap2. So, dia mintak doakan supaya dia kekal as muslim. Amin. 



Ini lah Malaysian Street. Orang malaysia memang duduk sini sebab turun je hotel terus jumpa kedai makan dan tempat shopping. Kami je yang duduk jauh sikit dari sini. Biasa lah. Mana mahu aku duduk jemaah macam ni.. haha
Telekung Siti Khadijah. Kat Malaysia dekat 200ringgit satu, kat sana 20ringgit je. Ada orang kata solat tak sah kalau pakai hat ciplak. Hurmmm.. Taktau lah. Tapi, dah alang-alang sampai, aku beli ler jugak. Nak jugak aku merasa telekung made in vietnam. Dah ini je yang ada kat sana, aku beli je la. Kalau ada jenama Siti Hidayah, konfem aku beli hat jenama siti hidayah tu. persoalannya sekarang ni, sah ke tak solat aku? 


Malam ni, kami shopping lagi. Eju siap beli luggage 26inch. Kerlas giler lah makcik tu. Disebabkan luggage tu, ada cerita lawak nanti masa nak balik Malaysia dari Bangkok. Dan disebabkan luggage ni aku terpaksa batalkan niat nak naik train dekat sempadan Cambodia-Thai dan proceed naik bas. Pastu, duit tak cukup. Hahahaha.. Itu nanti aku cerita..
Malam tu sampai bilik, aku buat kira-kira untuk pastikan semua orang habiskan duit VND masing-masing sebelum kami keluar dari Vietnam.


14 SEPTEMBER 2019

Pagi ni kami packing dan akan check out hotel. Aku tempah hotel lain untuk malam last kami. Kami akan ke bandar HCM, dengan berjalan kaki. Tengok dalam maps dekat, tapi dekat 30minit jugak ler berjalan dengan angkut backpack yang dekat 15KG tu. Azab. Tapi Eju (jangan lupa, dia ada luggage besar so dia tak bawak beban berat) kata, masa hari pertama tu lagi azab. 

Hotel kedua kami ni berdekatan dengan syarikat bas. Lepas je check in (tapi tak boleh masuk bilik lagi sebab masih awal), kami terus pergi cari tiket bas untuk ke Siem Reap. Dan untuk trip ni, aku taknak gamble, kami pilih Mekong Express, a trusted company gituh.

Setel tiket bas, baru lah lega hati kami. 
Terus kami decide, pergi makan dan selepas tu akan tour around HCM dengan berjalan kaki. So, lets go..




Kami tak makan kat dalam mall kat atas ni pun, kami pergi makan dekat area Ben Thant tu semula.. 
So, kami pun meneruskan perjalanan setelah dah pastikan semua cukup energy.

Masa kami tengah jenjalan tu, tetiba ada la lelaki tengah bawak kelapa muda pintas kami dan dengan peramahnya tanya nak pergi mana. Dia pun cakap lah sebelah kiri ada muzium perang, sebelah kanan ada muzium tentera. Aku masa tu memang malas nak layan sebab depa ni kalau tanya jalan pun akan mintak upah, so, aku taknak la kena scam ke apa kan. Tetiba dia offer kat Ela and Eju bendalah yang dia tengah bawak tu, konon macam untuk depa bergambar lah. Aku masa tu memang dah agak, scam ni! Tapi dah bebudak berdua tu excited sangat, so, aku biarkan je lah depa bergambar. Aku memang tolak untuk bergambar. Lepas habis bergambar, budak dua tu macam buat tak tahu, means takdak effort lah nak tanya kena bayar ke tak. Bagus sebenarnya bila buat taktahu macam tu. Tapi lelaki ni tak putus asa ok, dia terus kopekkan 2 biji kelapa muda tu dan hulurkan kat budak berdua tu. Eju kan innocent, "Eh, one only".. Giler ko dia nak bagi satu sedangkan dia dah tahu kalau dia bagi dua biji pun konfem korang terpaksa ambil. Jangat buat pasal kat Vietnam, boleh mati kena bunuh kalau dah termakan budi tapi taknak bayar. Pastu depa tanya lah berapa kan harga buah tu, hahahaha, ini lawak. Harga dia "VND150000 bersamaan dengan RM30". Ko giler ke apa. hahaha. Nak taknak kena lah bayar. Share lah hampa, aku tak terlibat. hahaha

Itu jela rasanya kejadian kena scam dekat vietnam. 
Ada sekali masa aku nak beli tshirt waktu hari first sampai, sebenarnya aku dah taknak beli sebab mahal, tapi disebabkan kita dah start tawar, terpaksa lah beli walau tak redha. haha. Kata guide dari Amin Travel, kebanyakkan yang meniaga dalam pasar Ben Thant adalah campuran China bukannya asli Vietnam, jadi depa memang bawak perangai dari sana. Memaksa dengan ganas. Scary doh!







Sepanjang harini kami bergambar ditempat-tempat menarik di bandar HCM. Chekidout guys. Jangan muntah k. Tapi gambar2 ni semua tak ikut turutan.

















































Masa habis solat dekat masjid, kami rehat lah kejap. Pastu ada malaysian sampai. Depa dah habis solat tu, aku pandang lah kan. Budak tudung maroon tu pun pandang aku. Aku rasa macam kenal. Eh, schoolmate aku dan Ela lah. Jauh giler kami reunion. Habis form 5 dulu, means 17years ago, tak pernah jumpa sampailah jejak kasih dekat HCM. Ini Aleen, kecik dan cantik sama macam zaman sekolah. Tak sangka sangat. pagi tu aku tengok FB dia update gambar flight schedule, tak sangka tengahari jumpa dekat masjid HCM. 



Kenangan kopi terakhir. Kami nak beli bawak balik Malaysia tapi duit tak cukup. Lagipun, aku nak avoid minum kopi 3in1. So, better lah tak beli walaupun lepas tu menyesal tak sudah. Inilah jenama kopi yang Leon kirimkan dari Singapore last year.








Dinner: Pho Vietnam.. Sedap sangat


Laksa Vietnam. Ini memang menjilat jari.. Sedap siot


Sori lah. Gambar memang tak ikut turutan. Aku pun tak tahu ape kena dengan blog aku ni. Selalu kalau aku upload gambar banyak-banyak takda masalah pun, ikut je arahan aku. Tapi kali ni, dia ingkar. Ces, memang nak kena sumpah ni. 

Lepas kami makan dinner malam tu, kami shopping for the last time, habiskan segala VND yang ada. And sadly, we need to bid goodbye kepada Ben Thant. Kami berjalan pulang ke hotel yang mengambil masa hampir setengah jam dalam renyai-renyai hujan. Tengok, hujan pun menangisi kepulangan kami esok. Atau hujan pun mengangisi kebrobokan kami. Bukan, hujan pun menangisi kemiskinan kami. Kalau ada lagi scam esok dekat imigresen, memang jual diri ler kami. Itu pun kalau laku lah... hahaahhaa... 

Nak buat entry Vietnam ni sahaja pun ambik masa 3 hari. 
Cambodia dan Thailand lebih mencabar dan gambar terlalu banyak. Huhhhhh
Pikir pun dah letih, belum start tulis lagi.

Doakan aku k.

Daaa