Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, September 1, 2023

Know-know dah September 2023... hello blog, i am back

 fuhhhhh...fuhhhh...fuhhh (muncung itik aih mulut aku nak tiup debu-debu tebai kat blog ni)

Ya Allah kurniakan aku kekuatan untuk aktifkan semula blog ini bagi menemani hari-hari terakhirku dalam status pelajar sepenuh masa ini... aminnnn

In one year more, I have to go back as full-time worker...

And, after 2 years, I have already been in so much love with Kota Bharu. 

Aku siap declare kat budak-budak kat lab bahawasanya "aku kan orang kota bharu" sebab aku lebih familiar dan tau banyak benda yang berlaku kat kota bharu ni berbanding depa... hahaha

Perjalanan projek aku masih panjang, ada one tough milestone aku kena selesaikan sebelum aku boleh susun semula flow thesis PhD aku. Ye la, kita ni bab susun flow memang hebat, satgi run eksperimen tak dapat, jenuh plak. So, aku lebih prefer, run dulu eksperimen, once the results bagi data yang cantik macam orang hat run eksperimen tu, masa tu tulis la tesis hang all out...Gituu

New staff with Ph.D akan masuk mid of September. I hope the staff can assist me as much as she/he can so kita boleh deliver misi kerajaan ni sebaik mungkin. 

Aku ni serabut sikit la bulan september ni. Salah satu sebabnya, rumah aku dah boleh masuk, so, aku nak kena balik kedah dan singgah kulim untuk collect the house keys. Pastu aku nak kena selesaikan urusan api ayaq dan check the defects. Pening kepala la jugak bila tengok komen-komen pembeli yang dah ambik kunci, rumah depa terlalu banyak defects. Aku kan kalau balik kedah akan stay kat kampung, so, nak ulang-alik dari pokok sena ke kulim uruskan hal rumah tu required masa duit dan tenaga yang super banyak. Adududu. Dah setelkan hal defects rumah nanti, nak siapkan grills, kipas, lampu, perabot...And semua tu baru yer sebab yang rumah lama aku dah wakaf habih dah... kaching kaching kaching nak ambik mana niiiiii.. Takdak sugardaddy ka nak sponsor, ahakkks

Oh, aku lupa la nak update cerita mak aku. Taktau la pasaipa, jadi malas nak buka blog, padahal dalam hati memang nak update dan simpan kat sini semua tu. 

Ya Allah, kasi Hidayah kekuatan untuk update selalu blog nya..

Aku ada few cerita nak share kat sini. Kena list siap-siap la kot kan supaya aku tak hilang ingatan..hahah

1. Kisah mak aku kena stroke dan still survive until harini 😁.

2. Kisah aku kena refer untuk test mamogram dan ultrasound due to simptom and history 😉

3. Kisah rumah kesayangan yang punya lama tak siap-siap 🙆


Sebagai manusia, kita berusaha, Allah jua yang menentukan. Apa yang belaku semuanya dengan Izin dariNya...

Alhamdulillah for everything and everything happens for a reason.

Tuesday, July 19, 2022

Post awal pagi

 Masa sekarang 4.43am

Sejak aku kembali ke alam persekolahan ni, aku dah start alami masa tidor tak menentu. Biasa la, kadang panic attack datang tanpa dipinta, terkebil-kebil pandang dinding. hahaha

Dan since semalam aku achieved one of the milestone in my study, aku rasa today reserved a post. Gedik kan.

Kemarin aku dah berjaya pitch dengan jayanya, aku consider as BERJAYA sebab aku berpuas hati dengan komen dan feedback dari panels. Aku sejak dah tua ni, memang aku letak expectation yang tinggi terhadap diri sendiri. Expectation tinggi tu apabila, nak present pukul 10am, di pukul 8am aku masih lagi bergumpal dalam selimut tak boleh bangun sebab otak taknak berenti fikir dari tengah malam. Malam tu aku sempat la pitch dengar sendiri selama 2kali. Pitch sambil dengar sendiri ni penting tau, supaya kita tau how to jump from one slide to another tanpa rasa awkward. Sebab let say kalau aku tak prepre the pitch earlier, yes, aku la manusia paling bodoh sebodohnya saat itu, kahkahkah. Sejarah telah membuktikan. 

SERABUT.

Serabut sebenarnya dengar komen dan soalan panels. Sebab depa tanya tu terus kepada masalah yang aku memaang expect untuk dihadapi. Haish, sembang dengan orang pakar ni, depa tau kat mana masalah akan muncul, kita teruih rasa tak boleh relax. Tu yang pukui 3am terkebil mata tak boleh lena teruih bangun bancuh nescafe and type this post. 


RAYA HAJI.

The best raya haji selepas bapak aku dah takda. We olss, i means th whole family had the best raya in our life.

No offense.

Terima kasih Allah. 


KELANTAN.

Normal la, everything under control. Ye ke? 

Normal la, nak sebut ok tak boleh. 

Kalau Kak Nina tanya ok ke tak, aku jawab jawapan ok dari aku adalah fake, so, dia tanya balik, normal ke? So, senang aku nak jawab, normal for a student who at the same time had to deliver work (where at times semua orang kat tempat kerja termasuk bos-bos tu fikir dayah bersenang lenang sambung belajar full time......fine, korang ingat aku bersenang lenang sambung belajar full time, ok fine..)- Korang tunggu aku habis belajar nanti, aku bagi korang rasa plak apa maksud dayah bersenang lenang di kelantan... tak sabar nya nak habis belajar.. 💋👾

Semalam ada sorang colleague dari shah alam email, mintak maaf sebab dia baru tau aku kecik hati dengan the way he replied to my work and he wished me all the best in my study, terus la aku tak jadi nak ligan dia after aku habis studi. haaaa, nasib baik eh mamat ni.

If mana-mana orang yang buat aku geram sepanjang aku sambung studi ni, aku simpan yer nama-nama ni, korang tunggu eh aku habis studi nanti. Nak larikan diri yer dari tolong aku, haaaa, tunggu nasib hampa nanti. Bizi yer sekarang, tunggu nanti untuk tau apa maksud bizi, nak tengok jugak bizi tu membawa outcome apa. We'll seeeeeeeeeeeeee. Jangan main-main eh dengan aku.😈😈😈

Scary tak?

Kuikuikui.

Mungkin depa boleh start prepare surat resign sebelum aku habis belajar 😏

Wednesday, January 9, 2019

Kenangan 2018, Selamat Datang 2019

Halla Halla Halla..

Tudia, penangan drama pujaan hati kanda
kihkih

Alhamdulillah,
akhirnya 2019 menjelma

Aku ni memang nakkkkk sangat 2018 berakhir dengan cepat
Sangat tak sabar
Sakit mata rasa dok tengok angka 2018 tiap kali tulis tarikh kat buku nota

2018
Penuh kisah duka dan lara
Stress dengan kerja, meluat, bukan stress dah, ni memang tahap meluat
Meluat dengan kerenah manusia

2018 cuma mampu bercuti ke Langkawi jer masa awal tahun, itu pun sebab aku memang gila sangat nak ke Pulau Tuba
Selebihnya 2018 diisi dengan komitmen kerja dan keluarga

Asyik outstation, terpaksa bekerja di kilang, sampaikan kadang aku lupa hari apa,
Paling sadis masa birthday yang jatuh pada hari sabtu, aku di kilang entertain customer, 
menangis ok dalam hati
Meronta dalam hati... awat aku jadi lagu ni?? Aku patut pakai lawa-lawa keluaq celebrate.. 



2018,
Aku kenal makna anxiety
Setelah melalui episod penuh libung dihati sewaktu bapak dihospital
Kalau lah episod seminggu bapak dihospital boleh diluputkan
Mungkin aku tak kenal makna anxiety

2018,
2 minggu selepas bapak meninggal,
Birthday aku selepas tu,
tahun paling banyak aku dapat hadiah birthday
Siap dapat delivery balloon dan flowers + chocolates bouquet dari sahabat karib (Yon)
Dapat sepotong kek delivery ke kilang dari zuhana + KFC too
Dapat kain batik dari zilah debab
Oh, dapat skincare dari syazana, dia bagi a day before my birthday
Dan paling havoc
Dapat kasut sketchers dari Eju
What did I do to deserve all these?

2018,
2 kali ke Singapore
3 kali ke Kelantan
dan bekerja dengan team yang best
Ni je la projek yang best pun
hahahaha

Mei 2018- Ke Kelantan untuk labwork

Ogos 2018 - Ke Singapore untuk training
Ogos 2018 - Ke Shah Alam untuk repeat experiment singapore

Ogos 2018 - Selepas balik dari Shah Alam, bapak meninggal
September - Ke Kelantan untuk validate experiment Singapore
November to Disember - Ke Singapore for labwork
Disember - Ke Shah Alam untuk repeat experiment singapore
Its like de ja vu.... takut sangat
End Disember to early Jan - Ke Kelantan untuk validate experiment singapore

Memang takut sangat masa balik dari shah alam bulan disember lepas, jangan lah sesuatu yang buruk berlaku dekat famili member, tak boleh rasanya nak terima any kehilangan

Melalui projek hat jalan merata ni aku jumpa dengan manusia yang mengajar aku macam-macam,
They taught me bahawa, kita kena enjoy dengan kehidupan, kerja ni letak sat kat belakang
I even asked them, korang memang tak pernah rasa depress ker?
And Leon pun pesan, dont overwork, nanti sel otak rosak, like seriously?
I adore my boss on her positive vibes, 
I adore Dr Hanim bila dia habaq yang bila dia cuti dia lupa pasal kerja, arghhhh, i nak jugak macam tu pls.....
Samsulida pulak ajar I bila balik rumah jangan pegang fon... but i cannot lah.. how meh? And she also taught me to never trust a person too much, like erkkkkk (dia bukan ajar, dia cerita je, aku interprete sendiri), and dia ajar suruh letak soda bikarbonate dekat muka 2x seminggu, hahahaha, dan paling best sebab dia kuat shopping dan kuat makan, aku makan mekdi hari-hari kat singapore sebab minah ni la, balik malaysia nampak lambang mekdi terus aku nak termuntah, overdose mekdi dah aku ni...

Masa I pergi singapore haritu, Leon ajar I minum coke campur 5% of sprite (tau la saintis, tak perlu la sebut 5% dekat cashier mekdi tu, sebut je la mix dengan sikit sprite, bongok la mamat tu), pastu dia ajar i kalau nak minta fries mintak yang panas, pastu dia ajar i minum teh+kopi, Nanti kalau datang singapore dia nak bawak ke NTU dan makan nasi ayam penyet paling pedas tapi sedap katanya (tak halal siap hang)... And he taught me sometimes kita kena belajar give in.. Tapi dalam masa yang sama kena firm... Banyak nya aku belajar dari mamat ni.. Oh, aku belajar resepi dan cara nak masak carrot fried cake too (walaupun awalnya dia kata tak halal sebab malas nak layan soalan aku)...

And the most important person,
I learnt macam mana nak bersiang sotong dari Zuhana... OMG... Dah lama dah dia bagitahu, maybe 3 to 4 yrs back.. Tapi memang aku belajar cara bersiang sotong dari zuhana.. patut la selama ni kalau aku masak makanan letak sotong orang akan tanya aku reti basuh sotong ke tak, rupanya selama ni aku tak tau yang kita kena buang menatang kat area mata sotong tu... Bongok gila dayah.. Zuhana taught me toooooo many things.. Lenguh tangan nak type.. Too many things I learnt from her, I dont know macam mana nak say tq, so, aku selalu la marah dia sebagai tanda terima kasih.. Well, aku kan special..


Berkenaan famili,
semua masih dalam fasa menerima,
Its not easy, but everybody are coping well
Sooner or later, keadaan akan kembali ceria
I rasa kena cat semula rumah tu
Sebab rumah tu adalah sentuhan terakhir bapak
Dia cat dengan tangan dia sendiri sebab tak puas hati bila orang lain buat


Alhamdulillah

Akhirnya 2018 berlalu

Semoga 2019 membuka lembaran baru

Terima kasih 2018 untuk semua kenangan dan pengalaman
Terima kasih untuk kasih sayang dan pengajaran

2019, semoga senyuman kita lebih lebar

notakaki: esok nak naik ets ke Kl sentral, lepas tu nak ke klia2, lepas tu nak naik katebang.... nak pergi tempat impian kiteeeeeee... yeayy


Wednesday, July 18, 2018

Raya 2018

Selamat hari raya, walaupun raya telah seminggu berakhir

Nak buat macam mana kan, too much commitment dan kekadang bila balik kerja letih... Letih memikirkan kehidupan


Selama bertahun tahun, yes, beberapa tahun, boleh baca balik semua post raya lepas-lepas kalau tak percaya, 
Percaya atau tidak, tahun ini adalah tahun yang paling excited aku bersemangat membuat baju raya,
Few days before ramadhan dah hantar kain kepada kakak, since kakak sangattttt berbesar hati nak jahitkan baju raya (ofkos ler kita bayar upah-harga adik beradik)
Memang seminggu sebelum raya tu, taktau la mood apa tah hat mai, bersemangat aku ke Nagoya pilih 2 helai kain untuk buat 2 pasang baju raya.
Kalau ikut sejarah lama, aku jarang nak ambik pot buat baju raya, selalu pakai baju lama yang dimatchkan dengan aksesori atau just padankan dengan tudung baru.. 
This year memang historic to me... 

And yes, memang history sangat tahun ni... 

Aku balik kampung untuk buat persiapan raya 2 hari sebelum syawal menjengah..
Setiap minggu dalam bulan ramadhan memang aku balik berbuka dikampung,
Since my father is not really well, memang aku usahakan balik, just to ringankan and bantu mak uruskan bapak, sometimes sent him to clinic,
And 2 hari sebelum raya tu memang pulun buat kuih raya hat simple-simple and kemas-kemas rumah (dengan pertolongan nieces and nephews - thanks guys)

Hari raya,
Immediately after subuh dah masuk dapur,
This year, only me at home, yang lain akan balik right after jumaat, late afternoon or the next day..
So, macam lipas kudung, and tetamu datang non-stop without interval langsung sampai la pukul 1pm, nasib la hari jumaat kan..
Di saat daku meregangkan kaki setelah sengal-sengal mula terasa, my sister datang suggest to send bapak to hospital.. sebab bapak nampak too weak... Memang kena send ke emergency dah ni..

Pagi ni aku just sempat pakai baju raya hat baru tu with tudung instant mak, selekeh nak mampos layan tetamu yang datang beraya tu.. Nasib la tetamu makan dan puji masakan sedap... (kihkihkih)

Lepas je solat Jumaat, kami terus ke hospital...
Doctor x-ray and keluarkan air dari paru-paru... 
Malam tu kami merayu kepada doctor untuk bawa balik bapak ke rumah.. So, bapak kena sign borang menyatakan apa sahaja yang berlaku adalah atas tanggungan diri sendiri... Dan kami sampai rumah dalam 10pm
There goes my raya.. 
Hahahahahaha


Berbalik kepada baju raya, yes baju raya yang sangat bersejarah yang hanya sempat dipakai beberapa jam tu (dalam 4 jam jer),
Ingatkan nak pakai baju raya tu sewaktu jamuan raya di office
Tapi,
Semasa hari jamuan raya di office, I was at the hospital, bapak kena hantar ke emergency room semula pagi jamuan office tu, 

And my baju raya, still in my closet sampai harini... tak tahu la nak ketawa ke apa..


Raya ni memang terlalu berbeza
Tak sempat jumpa sesiapa, 
Kawan-kawan macam zati dan ela, langsung tak jumpa sampai sekarang
Suasana raya terasa hambar


Tapi 
Itu lah kan
sebagai anak, tanggungjawab akan melebihi segalanya
apalah erti raya andai ada ahli keluarga yang memerlukan kita disisi


Sebab itulah,
Bila sampai masa aku melihat sisi kehidupan dan merasa cemburu dengan sisi kehidupan 
Aku selalu bisikkan ke diri

"Everything happens for a reason"


Mungkin Allah nak ajar

Bahagia itu tak perlukan baju cantik dan baju cantik itu tak semestinya menghadirkan bahagia


Sekian

p/s: masih menanti acara yang sesuai untuk menggayakan baju raya itu



Wednesday, March 2, 2016

Februari 2016---- yang berlalu takkan kembali

Assalamualaikum



Lamanya rasa tak update.. Almost sebulan.. Fasa hiatus kengkonon..


So, sepanjang sebulan… Agak banyak jugak yang dah berlaku… Meh nak update secara general:



  1. Saya menjadi sangat aktif di group-group wasap dan facebook.

Serius sangat penyakit ni merbahaya. Dulu saya sangat gila Instagram, sekarang gila facebook dan wasap lah pulak. Addicted, dan sedang dalam proses pengurangan kecenderungan secara sedikit demi sedikit. Apa yang berlaku sangat menggerunkan. Lebih gerun dari cerita munafik yang konon-kononnya sangat mistik itu.


Bila terlalu banyak menghabiskan masa dan wang di laman social, menyebabkan kuasa kanta mata dan berat badan meningkat mendadak… Ini lebih teruk kesan psikologinya berbanding menonton cerita cinta kolesterol. Hidayah oh Hidayah…. Kesian laman social menjadi mangsa amarah kamu!!!



  1. Roadtrip mengelilingi Semenanjung Malaysia menjadi bukan lagi fantasi tapi realiti… Alhamdulillah.. Pengembaraan bermula apabila saya bersama 2 orang teman serumah dan seorang rakan kepada salah seorang teman serumah telah ber roadtrip ke Hatyai..


Kemudian, selepas cuti tahun baru cina, saya eju dan dua orang adiknya telah mengembara secara roadtrip menaiki viva hitam kesayangan hati saya dengan kuasa kuda 850cc mengelilingi semenanjung bermula dari Kedah dan berakhir di Penang selama 5hari.


Selesai sudah satu impian hidup saya. Seronok tak terkata, hang ado???


Nanti saya buat satu post khas pasal roadtrip ni. Nak sangat tulis tapi awat taktaula, mood tu asyik nak pi laut ja… Fedap sungguh… Pahm-paham je la, harga ikan kan mahal sekarang.



  1. Dah start mengajaq kimia dah!!!... its like tadaaaaa!!!! Haha

Saya kan cikgu cemerlang, gemilang dan terbilang… Walaupun student cuma dua orang, tapi semangat sangat nak pi mengajaq. Kalau tak cemerlang jugak taktau la depa tu, perhatian khusus kat depa saja.. Kalau depa tak paham, cikgu ajaq slow-slow sambil buat contoh banyak-banyak.. Saya mengajaq subjek kimia Form 4, dan sebelah kelas saya pulak adalah kelas English budak darjah 4.. Masalah utama depa adalah depa ni tak reti diam, biasala budak-budak kan, dan paling bermasalah adalah bilamana cikgu depa pulak tak reti-reti nak mai awai… Dah la cikgu suka mai lewat, budak kelas dia tu pulak ada dekat 40 orang.. Budak-budak tu duduk berimpit sampai berlaga siku..



Last week, saya kesian kat diri sendiri dan opkos la dekat student saya jugak. Sebabnya bila budak-budak sebelah bising dan berlari kat luar kelas, kami bertiga asyik nak tengok. Masa ni perasaan sang guru umpama seorang guru disiplin yang garang, mengurung dua orang pelajar sehingga tidak bebas berlarian seperti pelajar cerdas yang lain… sighhhh.. Demi masa depan semua, saya pun ke kelas budak-budak darjah 4 tu.


Saya: Masuk semua.. cepat masuk kelas…


Budak-budak: Woi masuk la, cikgu panggei masuk.. hoi masuk.. Cepat la.. Hampa ni cepat la cikgu nak ajaq dah…


Saya: Ok, kenapa bising sangat ni. Mana cikgu kamu semua.. Duduk kat tempat masing-masing..


Budak-budak: Sempit la cikgu..


Budak-budak: Cikgu kami selalu mai lambat.. Cikgu nak ajaq kami ka???


Saya: Sat lagi habaq kat cikgu kamu, minggu depan mai awai sikit.. Sekarang ni bawak keluar buku… Saya ni mengajar kimia kat sebelah, kesian student saya kamu bising sangat. Kamu tau Kimia tu apa? Kamu belajar Sains kan? Kimia ni lagi susah dari Sains. Nanti kamu tingkatan 4, kamu akan belajar Kimia.


Budak-budak: Sains pun susah.. Kimia lagi susah ka cikgu? Ish,,,(sambil muka susah hati)


Saya: Ok, mana ketua? Takpa-takpa.. Saya nak kamu yang jadi ketua, pastikan kelas tak bising.. (bayangkan meja panjang dua biji, saya berdiri di pintu masuk, kebetulan ada sorang budak India depan saya, kedudukan dia betul-betul dekat pintu masuk)


Budak-budak: Cikgu awat pilih dia? Pilih la **** (sambil tunjuk sorang budak lelaki yang Nampak sedikit hero).. **** (budak india tu) suka buat bising…


Saya: Saya cikgu (bayangkan saya seorang PM, mampuih kena kutuk), saya yang tentukan siapa akan jadi ketua. Saya nak dia jugak jadi ketua. Jadi, kamu (sambil tengok budak india tu) kalau kelas ni bising, kamu orang pertama yang saya akan cari tahu!!!!!!


Budak india: Baik cikgu (sambil angguk-angguk dan minum ayaq kotak)…


Saya beredar ke kelas..What do you expect?? Of cos la akan kedengaran…


Budak-budak: Hoi diam la…. Shuttttttt, shuttttt…, Hoi sengap… Hangpa ni awat taktau sengap…


Saya buat taktahu je. Pastu saya pi jengok sekali lagi.. Saya masuk depa senyap sat… Lama kemudian dengar lagi…


Budak-budak: Hangpa ni bising la…. Hoi sengap la… Jangan la bising woi… Diammmmmmm laaa…


Tiba-tiba kedengaran suara budak india tu..



“SAPA BISING ANAK BANGLADESH”……



adui, cikgu di sebelah pulak yang gelak panjang…



  1. Kadang-kadang kita kalah dengan azam sendiri.. kihkih.

Saya kan dah berazam tahun 2016, taknak cari gaduh dengan bos… Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.. kihkih…


Tapi atas nasihat teman tapi mesra, cik puan zuhana, saya tak marah-marah pun.. Saya cakap elok-elok saja “Bos, saya nak keluar projek bos”… nampak seperti saya yang akan kehilangan sesuatu, tapi percayalah, saya belajar sesuatu yang besar selepas itu… Saya nampak sesuatu yang saya takkan nampak sekiranya saya tak ambil keputusan itu.. Dan saya percaya, rezeki itu dari Allah, kita kena bekerja dalam keadaan yang seronok.. Bidang ini adalah patience saya, andai ditakdirkan satu hari nanti saya sudah tak relevant di tempat sekarang, saya sangat terhutang budi dengan semua bos-bos saya yang telah memberi peluang dan ruang.. Cuma nya, nak buat macam mana, saya ni kadang-kadang atau lebih tepat semenjak dua menjak ni telah menjadi seorang yang out-spoken terlebih.. hehe.. 
Tapi, bukankah perlu untuk mempunyai seorang yang out-spoken untuk kesejahteraan bersama? Dan tahukah kamu, orang yang out-spoken ini kebiasaanya mempunyai hati yang baik, sebab dia telus bila bercakap dan dia takkan simpan lama perasaan dia.. hahaha, backup diri sendiri Nampak.. (sambil angkat kening sebelah)



  1. Seorang anak sedara saya akan berkahwin minggu hadapan, yer, si azni.. Bersama teman mesra tapi jauhnya, Faiz.. Penat saya asyik kena reply wasap.. Makcik tu semua nak kena disuruh dan diingatkan.. Nasib baikla makcik ni bujang..kihkih..


Dan, harini seorang anak sedara saya akan menjalani biopsy untuk pengesahan penyakitnya. Sepatutnya biopsy tu dah boleh buat 2 minggu lepas tapi disebabkan bilangan sel darah putihnya yang teramat tinggi, Dr minta dia rest dan tarikh seterusnya adalah hari ini. Keadaannya sangat lemah, sukar rupanya bilaman orang itu anggota keluarga terdekat..

Tolong doakan, apa juga keputusan yang akan kami peroleh, adalah yang paling terbaik untuk dia. Dan tolong doakan dia positif dan akan kembali aktif seperti sediakala…

BTW, jangan tanya saya apa-apa, just doakan senyap-senyap, dan insyaAllah saya akan update nanti.



  1. Anak sedar saya yang paling kecik, ADAM sudah 7tahun. Dan dia satu-satunya yang bermula pengajian seolah rendah di Sekolah Rendah Islam (saya tak ingat nama sekolah dia)… Saya ingatkan takda sekolah sedemikian di kawasan saya yang agak pedalaman tu, kagumnya saya.. Dia sangat bersemangat ke sekolah sebab di sekolahnya, mereka makan dalam talam beramai-ramai, belajar bersilat, belajar memanah, membela kuda dan belajar menunggang kuda… Nanti nak pi usha la, mana tahu, dapat jadi cikgu Kimia kat sekolah tu, kalau dapat ustad pun ok… J


  1. Latly, terima kasih kepada yang mendapat manfaat dari blog ini. Tak sangka ada yang komen kenal saya melalui blog. Oh em geeee… Kepada kawan-kawan yang telah lama tak bersua muka, tapi tiba-tiba bagitahu, “Aku dah baca blog hang, bila nak update, aku tengok takda update pun”, thanks a lot tapiiiii chek malu….  
  2. Tiba-tiba rindu pulak geng-geng Tsukuba...