Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, January 31, 2022

Kehidupan di bulan kedua HUSM... meh

 

Ini gambar tadi, SV ajak gegirl bergambar sebab kami semua gegirl je yang ada kat lab harini. Kalau tengok gambar ni nampak macam kami semua sebaya kan

Hidayah yang obese.. overly obese...aarghhh

Ni kalau depa kena tunggu aku untuk makan..mula la hantar gambar nak bagi aku kesian. Masalahnya setiap kali aku jumpa SV memang depa akan hantar gambar kesian anak kucing macam ni.

Aku letak satu balang sweet and rupanya most kat dalam bilik study tu dok tunggu je aku offer this sweets

Lepas dapat gaji, apa lagi, belanja akma amalin and bello makan nasi pak gembus

Ni satu lagi gambar nak bagitau depa lapar sangat2 dah

Friday, January 28, 2022

Mungkin biasa2 tapi kehilangan mereka memberi kesan

 Assalamualaikum,

Dah hampir penghujung Jan. 

Sebenarnya pada tarikh yang sama pada bulan lepas, kawan baik bapa aku meninggal.

Pada pagi pakcik tu meninggal, aku akan balik ke kelantan dan aku tak pergi pun melawat jenazah dia atas sebab yang sukar dijelaskan. 

Dan sepanjang perjalanan dari kedah ke kelantan, aku menangis dalam kereta. hahaha. Meratapi kesedihan pakcik tu meninggal, dan atas sebab ini jugak lah aku tak boleh melawat jenazah pakcik tu.

Pakcik Rahman adalah bff bapak aku, sangat rapat. Masa bapak aku meninggal, dia depressed. Walaupun dia ada isteri dan anak2 tapi semua orang tahu dia depressed lepas bapak aku dah takda, sebab dia kehilangan kawan baik yang setiap hari 2x dia datang jumpa. Kadang dia datang jumpa bapak aku sekadar nak jenguk muka je, tak turun pun dari motor dia. 

Dan selepas bapak aku meninggal, kami meneruskan rutin membeli kelengkapan raya untuk bapak aku seperti setiap tahun dan hadiahkan kepada pakcik rahman ni. Kira macam sedekah atas nama bapak aku. Kiranya lepas ni kena cari orang lain pulak lah.

Sedih betul, sampai sekarang pun sedih. 

Masa bapak dan mak aku pergi haji, pakcik rahman dan wife dia dah menunggu di Mekah. Dan depa tunaikan haji sama-sama. Masa pergi haji tu, depa pergi 3 orang bff, ada sorang lagi kawan baik bapak aku pun dah ada di Mekah masa tu, since depa bertiga dapat trip haji yang berbeza tarikh. Berbeza tarikh pelepasan tapi pada musim haji yang sama. Sweet kan. Tapi bff yang sorang lagi tu dah meninggal lebih awal, tak lama lepas depa balik dari haji. 


Dan petang tadi aku dapat emel dari staff yang uruskan administration projek yang aku sedang jalankan ni memaklumkan bahawa dia dah resign dari sirim. 

Blur dan kosong. Seriously aku jadi kosong. 

Dah la projek ni susah, tiba-tiba orang yang aku tumpang untuk kuatkan aku, resign, lemah tak terdaya sungguh rasanya diriku ingin seperti dia membawa semangatku bersamanya... macam poyo kan, tapi inilah perasaan aku sekarang..

All the best kak asma, thanks for everything, since dari zaman saya lead scifund lagi akak dah banyak menolong saya.


Sekian, itu saja.

Aku takda mood.


Btw, raya cina ni aku tak balik, aku stay kat kelantan, sebab aku baru je balik last week, dan aku dah tua nak merentas banjaran titiwangsa hampir setiap minggu..kihkihkih


Friday, January 14, 2022

Gali kubur dan bahana lepas makan KFC

4hari lepas, aku balik kerja dah petang dalam pukul 6, aku perasan ada sekor kucing macam terbaring tak bergerak. Aku cuba acah-acah nak halau pun dia taknak gerak. Sebagai seorang penggeli kucing, aku macam arghhhh awat hang mati dalam kawasan rumah aku. 

Nak jadi cerita, malam tu kedua-dua hosmet aku ONCALL. Aku stay sorang je la kat rumah so aku macam stress gila sebab aku tak boleh nak share pasal kematian kucing tu kat sapa2.

Esok pagi, yes, sah memang dia mati. Badan dah start kembung. Kat lab, dah petang tu, aku wasap Ain ceritakan pasal kucing yang mati tu. Dalam rumah ni, aku lebih close dengan ain. Even hosmet sorang lagi pun close tu ain. Apa2 problem pun nak cerita kat ain. Ain kata, takpa la, petang ni kita buang.

Petang tu aku balik lambat, masa nak sampai rumah, aku berselisih dengan kereta ain. Aik nak gi mana pulak si ain ni. 

"Mu nak gi mano ain"

"Aku nak gi buang sampah"

Sampai rumah, masa aku park kereta, aku perasan ada segurumpulan lalat dok terbang atas binatang berbulu hitam. Aik, ain buang kat dalam lubang depan bilik aku ke? Tapi kenapa binatang ni kaler hitam, bukan ke kucing yang mati tu kaler grey. Terus aku tak sabar nak tunggu ain balik dari buang sampahnya tu.

Masuk je dia dalam rumah, aku terus tanya:

"Mu gi buang mana kucing tu"- muka serius ni, nak marah la jugak apahal buang dalam lubang depan bilik aku,  means awat hang buang dalam compound rumah, why not tunggu je aku untuk tanam sama-sama.

"Aku gi buang la"

"Buang kat mana? Tempat sampah"

"Aah, aku buang kat tempat sampah tadi. Nape?"

"Habis tu, apa benda hitam dalam lubang bawah pokok depan bilik aku tu?"

"Hah, benda apa pulak. Jom pergi tengok"

Lepas aku tunjuk-tunjuk lokasi sebenar dari kejauhan, ain pun jumpa. And, surprisingly, memang kucing mati la. Kucing lain. Peliknya, depa ni kenapa nak mati secara berjemaah dalam kawasan rumah aku ni. Aku dah la tak suka kucing. 

Malam tu, mesti la aku serabut mak jemah. Cemana ni, cemana ni... Hosmet aku relax ja, yer masalah kucing ni simple je bagi dia, tadi pun dia angkat kucing yang grey tu siap ada lebihan isi kat lantai dia ambik berus cuci relax ja. Aku memang tak boleh, mau muntah hijau aku kat situ. Lepas isya', aku wasap budak2 lab, akma and amalin, if ada cangkul tolong ler bawak. And aku pun cerita la apa yang jadi. 

Nak habaq mai, baik tak baik la budak-budak dua orang ni, depa bermurah hati, mai rumah aku, tolong korek lubang, angkat and kuburkan kucing. Kucing tu dah besar, macam mak kucing. Aku sangat la berterima kasih kat depa. So, dah habis segala susah payah depa tu, kami gi minum-minum. 

Yeah, sepanjang depa buat kerja, aku menjadi mandor dari kejauhan. Kuang ajo kan.




Menteri sila belajar yer cemana nak bagi nampak seolah-olah kita sangat into the scene. Ni baru posisi yang betul. 

Depa request nak air kelapa, ni je la port yang aku tau.. So, depa approved sedap. And memang sedap, Kami minum coconut shake dan keropok lekor. Dah la lawa dan bijak, pastu baikhati pulak, moga korang dapat la suami yang soleh..Ni mesti bangga ni kalau tau aku doa diorang dapat suami soleh. Aku selalu cakap, korang ni nampak je innocent, tapi stalker, kenal saje Dr fattahamin la, Dr syedsaddiq la... maciam-maciam.

Aku dan zati, hari-hari berkongsi cerita. Selalunya mode kami bercerita adalah melalui voicenote. Pastu mengantok, arghhh, mengantok macam nak hentuk kepala. Zati plak dok suruh aku lena, masalahnya macam mana nak lena. Takda privasi langsung bilik postgraduate ni. 
Masa ni tinggal aku sorang, dah lewat petang, boleh la selfie dalam bilik ni.

Ni dari pointview aku. Depan aku ni DR. Tey, doktor lelaki. Habih tu, hang nak suruh aku lena pakej lengkap air liur meleleh and berdengkur depan dia ka? hahahaha. Mesti la aku jaga ketatasusilaan diri aku kan.

Clinicians yang sambung belajar di jabatan aku mostly akan jadi specialist in pathologist, aku rasa la...

Macam kat rumah sewa aku, aku duduk dengan bakal Specialist O&G dan Specialist in Surgery. So, kalau aku cakap aku taknak makan, depa akan cakap, kami belah perot hang masukkan makanan.

Hari rabu, kami pergi makan dah dekat around 1pm, pastu opkos la makanan dah habis dekat cafe. Kami pulak pergi kafe jauh sikit sebab pagi tu kereta penuh dekat parking tempat aku selalu park, so, aku park dekat area cafeteria asrama student je, jadinya aku ajak la depa pi lunch situ sambil nanti lepas lunch nak ubah kereta aku ke tempat biasa aku park. 
Kami ke cafe satu lagi pun dah habis makanan jugak. Uols tahu la makanan kat kelantan ni, tak banyak variasi. So, lauk tak banyak pilihan, dah yang tu je ada, habis la lauk tu awal, dah habis tu idok ler reti deme nak tambahkan semula lauk tu. 
Sekian, laporan dari aku.

Kami ambil keputusan makan di luar kampus USM.

Kami ke KFC. And selepas makan, sambil berjalan keluar KFC, aku telah terpeleot kaki selepas dari pintu KFC. Ada bahagian tinggi rendah la pulek kat situ. Masa tu macam bunyi pop, dekat telinga aku je la dengar. 
Kat lab, aku dah rasa macam semut-semut dekat buku lali aku, nak bagi cerita makin sedap,  petang tu aku jalan2 pusing USM dengan Ain.

Maghrib, hurm... Dah start sesemut tu makin kuat. 
Esok paginya, dah nak menangis dah aku ni masa solat subuh. Tak boleh nak duduk tahiyat dengan betul, terpaksa ler tahiyat duduk atas kerusi. 

Khamis, aku pun stay at room je la. SV dan budak-budak lab kata rehat je kat rumah. So, aku rehat la, rehat dari melihat dan membaca jurnal. Yeah, i loike. Aku tengok fon je sepanjang hari, bahagianya. Bahagia tu sebab aku dinasihatkan untuk tak payah pikir pasal kerja, rehat je.. SV yang nasihatkan. Mau tak bahagia aku nih, tu yang melampau-lampau aku terbawak-bawak tengok fon sampai harini.

Semalam, aku keluar dinner dengan ain pukul 10pm.


Dah, jangan tanya bila aku akan kurus...

Daaaaaaaaa

Saturday, January 8, 2022

Survive first month sebagai Full time PhD student


Dah sebulan setengah aku di USM Kelantan sebagai pelajar sepenuh masa. Tipu la kalau aku cakap aku dah redha dengan status aku ni, kahkahkah, redha pulak dah. Macam kena paksa pulak aku sambung belajar ni. Amboi dayah, syok no put blame on other people.

Semalam, aku ada meeting dengan director salah satu HiCoE di USM. Aku tanya dia, dia nak aku represent as staff sirim atau as usm student. Sebab bagi aku, perbincangan akan berlainan depends on aku akan pakai topi mana. If aku pakai topi sirim, dia perlu hormat aku sebagai customer (since aku ketua projek yang akan bayar untuk guna fasiliti di tempat dia, so, as formaliti dia kena treat aku as customer la walaupun aku much muda and less competent dari dia)... If dia anggap aku as student, ok, it is her right untuk membebel or guna la kuasa dia as director pusat. If dia rasa position dia as director tu dah besar sangat. phuiiii.
Dia nak aku datang ke tempat dia sebagai staff sirim, aku pun OK!

And I must say, dia sangatlahhhhhh tak pandai public relationship. Nak orang collaborate, treat la your potential collaborator nicely, ni buat perangai kerek nak mampos, mampos la kau aku nak collaborate dengan kau.... 
tak, tak, baisanya aku tak segarang ini..hahhaha

Tapi since aku nak guna lab dia untuk develop kit aku, aku dengar and fahami beserta anggukkan je la. Tapi aku bukan guna kosong yer, aku rental all the facilities dlm lab dia dengan bayaran menghampiri 100k.. Bukan sikit and dia layan aku macam tahi, just becoz aku looked young, and takda title. Hazabedah betul manusia kerek macam ni. 
USM mungkin patut lantik director with good negotiation skills, presentable, leadership strong and great marketing mind. 

Boleh ke buat lantikan semula? hahaha

Mampos la kalau SV aku tau aku buat post macam ni, mesti aku kena sound. Bagi beliau, aku kena sesuaikan diri dengan keadaan sebagai student, tak boleh samakan posisi aku as student sekarang dengan title aku sebagai pekerja sirim. Yes, aku paham apa dia nak sampaikan, aku komplen banyak, tapi aku komplen as kapasiti aku sebagai alumni USM, aku bukan baru sebulan jadi student usm, aku buat degree dan master di usm. Opkos la aku tak puas hati bila corak kehidupan student di sini masih di tahap lama.. Maybe inilah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Sv aku apabila ambil student alumni usm kampus lain yang bekerjaya as student dia, kakakakahkahkah...

Ok, dah ler aku membebel pasal director tu. Nanti kalau dia buat hal lagi, aku akan membebel lagi.

Salah satu skop projek aku adalah, aku kena testing kit yang aku akan develop menggunakan clinical sample. Dan untuk aku gunakan clinical sample tersebut, aku perlu memohon kelulusan jawatankuasa human ethic USM. Nak sampai kepada jawatankuasa ni memang sakit kepala lah, sebab form dia more to clinical basic. Aku budak kimia kot, aku rasa macam nak menangis hentak-hentak kaki nak drop je belajar dan projek ni. Masalahnya, aku dah sign all the agreement forms. Huaaaaaaaa. 

Bila aku tanya budak-budak postgraduate lain, diorang semua tak isi sebab form tu biasanya diisi oleh SV mereka, dan SV mereka mostly adalah clinician. Dan, disebabkan aku adalah ketua projek, SV aku kata aku boleh pikul tanggungjawab tu untuk isi as principal investigator dan permohonan adalah atas nama aku. Tah la, aku hadap, hadap sambil sumpah seranah dalam hati awat aku sambung study... kahkahkah. Kalau aku tak sambung study, SV aku tu kolaborator projek aku, as kolaborator itu lah tugas dia untuk mohon kelulusan ethics. Jadi sekarang, aku la pikul segala tanggungjawab, berat gila-gila  responsibility aku bila aku pakai both topi (ketua projek dan PhD student) serentak. 

Permohonan aku pulak perlu melalui Timb. dekan penyelidikan dan pengarah HUSM sebelum boleh di bawa ke jawatankuasa kelulusan. Aku la yang hantar dan ketuk pintu setiap pejabat tu. Huwaaaaaa. tak larat nak huwaaa dah dalam masa sebulan aku kat USM. Tapi alhamdulillah la, dalam masa sebulan, semua benda tu dah berjaya di upload dalam sistem untuk di bawa ke jawatan kuasa yang akan bersidang awal 2022. Mungkin mereka akan panggil aku untuk sesi interview, aku tak pasti, aku tak pasti nak merepek apa nnti kalau diorang tanya dengan lebih detail apa yang aku tulis, sebab proposal dan calculation aku tu based on pemikiran aku berkenaan clinical sample yang sangat dangkal. Nanti bila aku dah dapat keputusan dari jawatankuasa human ethics, aku update k.

Ini masa pagi aku nak hantar form aku untuk mohon kelulusan pengarah HUSM. Aku ajak budak-budak ni teman sebab aku tak pasti macam mana nak ke bangunan pentadbiran HUSM. Sebelum ke sana, kami makan dan minum dulu sebab aku dah lapaq. 

Pejabat pengarah dah jumpa, tapi kena turun semula sebab kena mohon tandatangan dari pengarah pentadbiran dulu. 

Kat USM ni tengah ramai manusia mai cucuk booster. Tapi budak2 ni and SV aku taknak cucuk sebab diorang ada masalah kesihatan dan mengalami post-effect yang teruk selepas cucuk 1st and 2nd dose dulu.

Pagi depa kata depa nak kena cucuk vaksin ni, aku ajak depa breakfast sama-sama lepas cucuk. Masa aku sampai USM pukul 9am, aku baca reply akma kata depa tengah dok pikir lagi samada nak cucuk atau tidak. Aiyooo. Bila aku masuk lab, tangkap dua-dua tengah sembunyi takut ada staff kesihatan datang carik depa.. kahkahkah

Ini SV aku belikan printer baru untuk kegunaan kami. yeay.. tq SV

Port wajib kereta aku sepanjang sebulan di USM. Tapi bila masuk tahun baru, staff mostly dah masuk kerja dan port ni dah tak jadi port tetap aku dah. Aku kena parking jauh n jalan kaki jauhhhh untuk ke lab. Hurmmm, jalan jauh,kurusnya tidak

Masa ni, SV aku buat makan-makan sempena menyambut kedatangan aku dan Bello (sebelah aku).. Kmi bertiga adalah PhD student di bawah SV yang sama

Cuba teka mana satu SV aku, ramai cakap kami nampak sebaya

Yer, disebabkan kami nampak sebaya dan seperti rakan sebaya lah aku berlembut hati nak jadi student di bawah sv aku ni

Makanan yang beliau sediakan.. Aku datang bawak perot yang kosong

Budak prerempuan berdua tu banyak sangat restriction makanan, and sama je pola makan depa dnegan SV aku... Patut la depa kurus2.. Aku? aku tak geng bab2 makan dengan depa

Masa ni SV aku suruh kami tengok gambar2 beliau semasa muda dan ranggi.. Beliau buat degree dan PhD di Aussie, sbb tu dia terer microbiology 

Macam scammer keldai dadah dah aku tengok...hahahhaa

Ini masa kami bertiga keluar minum and lunch dekat kafe sebelah USM... KB ni terlalu banyak kafe2 hipster... Macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Ini gambar last weekend semasa aku keluar dengan hosmet aku dan kawannya.. Sedap jugak and murah la jugak kopi kat sini. Kalau murah tu maksudnya range between RM7-10. 

Aku tengah interview salah sorang staff yang akan bekerja di bawah aku dan akma antara candidate yang di shortlistedkan sebab dia ada experienced and knowledge dalam projek yang aku sedang jalankan. Ada sorang lagi candidate, aku lupa nak snap. 

Sedihkan tengok tempat duduk interviewer. 

Makanan yang kami pilih, dan turn up 2 lauk tak habis.. Singgang daging and masak lemak manis (manih oiiii).... Ni total semua RM50.

Muka 3 budak lepas dengar director tadagune tu membebel perkecilkan kebolehan aku, ceh, tau la aku takda title tapi aku tak bodoh la untuk pilih sapa nak collaborate dengan aku. Pooorah

Breakfast semalam, pagi jumaat, hosmet aku belikan, dan dia claimed this is the best nsi kerabu in KB. Ok, aku admit la, sedap, sedap giler, 

Pagi ni, kami jalan kaki pusing USM dan pergi breakfast makan nasi berlauk dan nescafe beng.... Its ok, itu lebih baik dari selalunya aku makan yang sama tanpa ada exercise langsung...

Good job hidayah and Dr Ain.

Ini la Dr Ain, a specialist in O&G... baru2 ni masa dia dok cerita struggle dia, dia cakap gini, "thanks dayah kau yang jadi hosmet aku, aku appreciate sangat"... aku pun appreciate jugak sebab ada kawan nak jalan petang2 and faham the struggle yang kami lalui. 

Lagi setahun dan dia maybe akan ke hospital lain. Sekarang dia tengah sambung as specialist. Tapi dia memang Dr O&G...


Sungai ni, belakang rumah kami je. Ada coffee shop best, walaupun a bit pricey, tapi taste not bad. 

Thats all... babai, nak sambung extract data untuk paper Bello..

Saturday, January 1, 2022

New Year 2022- Selamat Tahun Baru 2022

 Assalamualaikum..

Hehe..

Ya Allah, malasnya la nak buka blog ni, sebab last cycle, kuota internet aku habis.. Pastu bile renew cycle baru, aku pulak dok seru-seru mood rajin tapi tak mai. Haish.. Awat taktau.. Tapi kalau kat lab plak, aku rasa serba salah nak tulis blog. Eh, complicated la hidupku ini.

Harini 1.1.2022

Aku mulakan kehidupan baru aku di Kelantan.. 

Aku mulakan kehidupan baru dengan new circle of friends, and jirans..hahaha.. btw, juran depan bilik aku ni hanya anak bujang dia je duduk rumah ni (rumah and compound besar gile)...

Aku mulakan kehidupan baru aku dengan status sebagai pelajar sepenuh masa..

Semua ni aku tak terbayang langsung.. Paling tak terbayang adalah aku akan lalui 2022, 2023 dan 2024 di bumi kelantan... Ingatkan akan mai sekejap-sekejap macam selalu tu je.


Ada banyak resolusi aku nak capai..

Paling utama dan setiap tahun azam ni sentiasa utama : nak kurus..

Pagi tadi kawan aku tanya: apa azam you dayah? Aku terus bagitau nak kurus.. Itu memang azam utama... Actually bukan lah nak kurus, tapi nak reduce weight la kepada lebih sihat.. 

Semalam dah sembang dengan housemate aku, nak keluar jalan kaki ke tepi sungai pagi tahun baru, tapi aku sambung tidur lepas solat subuh..kahkahkah.. Alasan aku bagi kat housemate aku, adalah bunyi angin kuat sangat so aku ingatkan dah nak hujan lebat, padahal memang hari-hari lately ni angin kuat..kahkahkah.. Payah kan hidup bila pandai cipta alasan


Itu salah satu azam yang aku boleh share..

Selebihnya lebih kepada PhD aku dan roles as muslim la kan...

Actually,

Ada banyak lagi azam lain...

Ala, azam macam tahun-tahun yang lepas