Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, January 28, 2022

Mungkin biasa2 tapi kehilangan mereka memberi kesan

 Assalamualaikum,

Dah hampir penghujung Jan. 

Sebenarnya pada tarikh yang sama pada bulan lepas, kawan baik bapa aku meninggal.

Pada pagi pakcik tu meninggal, aku akan balik ke kelantan dan aku tak pergi pun melawat jenazah dia atas sebab yang sukar dijelaskan. 

Dan sepanjang perjalanan dari kedah ke kelantan, aku menangis dalam kereta. hahaha. Meratapi kesedihan pakcik tu meninggal, dan atas sebab ini jugak lah aku tak boleh melawat jenazah pakcik tu.

Pakcik Rahman adalah bff bapak aku, sangat rapat. Masa bapak aku meninggal, dia depressed. Walaupun dia ada isteri dan anak2 tapi semua orang tahu dia depressed lepas bapak aku dah takda, sebab dia kehilangan kawan baik yang setiap hari 2x dia datang jumpa. Kadang dia datang jumpa bapak aku sekadar nak jenguk muka je, tak turun pun dari motor dia. 

Dan selepas bapak aku meninggal, kami meneruskan rutin membeli kelengkapan raya untuk bapak aku seperti setiap tahun dan hadiahkan kepada pakcik rahman ni. Kira macam sedekah atas nama bapak aku. Kiranya lepas ni kena cari orang lain pulak lah.

Sedih betul, sampai sekarang pun sedih. 

Masa bapak dan mak aku pergi haji, pakcik rahman dan wife dia dah menunggu di Mekah. Dan depa tunaikan haji sama-sama. Masa pergi haji tu, depa pergi 3 orang bff, ada sorang lagi kawan baik bapak aku pun dah ada di Mekah masa tu, since depa bertiga dapat trip haji yang berbeza tarikh. Berbeza tarikh pelepasan tapi pada musim haji yang sama. Sweet kan. Tapi bff yang sorang lagi tu dah meninggal lebih awal, tak lama lepas depa balik dari haji. 


Dan petang tadi aku dapat emel dari staff yang uruskan administration projek yang aku sedang jalankan ni memaklumkan bahawa dia dah resign dari sirim. 

Blur dan kosong. Seriously aku jadi kosong. 

Dah la projek ni susah, tiba-tiba orang yang aku tumpang untuk kuatkan aku, resign, lemah tak terdaya sungguh rasanya diriku ingin seperti dia membawa semangatku bersamanya... macam poyo kan, tapi inilah perasaan aku sekarang..

All the best kak asma, thanks for everything, since dari zaman saya lead scifund lagi akak dah banyak menolong saya.


Sekian, itu saja.

Aku takda mood.


Btw, raya cina ni aku tak balik, aku stay kat kelantan, sebab aku baru je balik last week, dan aku dah tua nak merentas banjaran titiwangsa hampir setiap minggu..kihkihkih


No comments: