Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger
Showing posts with label sirim. Show all posts
Showing posts with label sirim. Show all posts

Thursday, October 24, 2024

Dah seminggu kembali berkhidmat di SIRIM

 Dah seminggu aku kembali bekerja

It is good to be back, walau pun pada mulanya aku berdebar dan sedih nak kembali ke kehidupan realiti


Esok malam, aku akan ke airport Penang untuk pick-up Lyla. Lepas dia tahu kakak aku meninggal, dan aku bagitahu dia bahawa aku dah kembali ke Kulim for good and perlu balik ke Kelantan untuk pack the thing, Lyla terus beli tiket ke Penang. So kami akan kembali ke USM dan selepas seminggu akan kembali ke Kulim untuk kemas rumah Kulim pulak.


Aku harap seminggu di USM ni aku dapat jumpa semua yang aku sayang dan banyak membantu aku. 

Kehidupan di opis, so far so good. 

Allah tentukan dah terbaik dah.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Kena berdamai dengan takdir.


Semoga baik-baik sahaja.

Thursday, October 17, 2024

Kembali bertugas- tamat sudah tempoh sebagai pelajar sepenuh masa

 Assalamualaikum,

Semalam, 16.10.2024, tarikh keramat aku lapur diri bekerja selepas 3 tahun menikmati cuti belajar sepenuh masa.

Bila dah kena masuk kerja, sadar lah bahawasanya, cuti belajar tu sangat precious. 

Masa awal-awal aku cuti belajar, aku selalu cakap aku menyesal ambik cuti sepenuh masa, aku tak suka stay kat kelantan, aku menyesal pilih USM Kelantan, aku menyesal macam-macam... Ya semua nya ayat menyesal. Semuanya ayat, itu la keputusan paling bodoh aku pernah buat. 


Tapi bila aku masuk je tahun ketiga, specifically selepas aku buat operation haritu, aku memang menyesal. Aku menyesal aku tak spend time betul-betul semasa the first 2 years aku sambung belajar. Aku tak sedar, bila masa aku jatuh cinta dengan USM Kelantan. I feel safe, i feel the belonging, i feel the love. 

Feeling yang aku tak pernah langsung sangka aku akan rasai. 

PhD is a tough course, tapi i really enjoy it. 

Tapi things happened. And aku yakin, everything happens for a reason. Siapa la kita menidakkan kuasa Allah.


Walaupun aku yakin permohonan sambung cuti aku akan diluluskan, semua orang pun aku dah bagitahu bahawa aku akan continue stay lagi di Kelantan, tapi kita hanya mampu merancang.

Secara logiknya, kesilapan di pihak HR tak patut berlaku. 

Secara logiknya, tak ada masalah pun untuk aku stay terus sahaja di kelantan sampai hujung tahun. 

Secara logiknya, aku patut stick kepada plan asal aku.


Tapi itu laaaa

After deep thought, menimbang tara baik buruk, aku buat keputusan untuk cancel semua perancangan. 

Salah satu sebabnya, aku tak dapat tengok kakak aku for the last time semasa dia meninggal, and selepas aku sampai dari Kelantan, semua orang dah tinggalkan tanah perkuburan. Remuk hati aku, adakah aku terlalu selfish? Am I too self oriented? 

Sebab kedua, aku taknak stay lagi lama dan makin kuat attachment nanti.

Aku jumpa quote ni, and it is one of the best quote to explain on what is happening:


ONE OF THE HARDEST GOODBYE happens when you love someone and at the same time see that it is impossible to build a healthy relationship with them.

Staying means to continue waiting for changes that wont come, tolerating actions that hurt you, accepting the bare minimum and losing yourselves in the attempt not to lose it. Walking away will hurt, but it will be the road to healing. Staying will continue to open the wound more and more. 

Sometimes you choose to leave, not because of lack of love towards this person, but because it is your own love that makes you take care of yourself, and with love you leave.

Don't be afraid of losing people. be afraid of losing yourself by trying to please everyone around you. 


Not exactly on what happened to me. Biarlah aku simpan dalam kotak hati paling dalam , gituuuu


Itu la orang kata, jangan terlalu benci, kelak jatuh sayang payah nak move on. 


Padan muka dayah! 


Selamat kembali bertugas dayah. I.Allah ada hikmah di atas segala yang berlaku, chill ok!

Sunday, January 24, 2021

DINNER SIRIM 2020 - Memoir with besties!

Ini event masa awal 2020.

For the first time ever, aku join Aktiviti Dinner SIRIM. Aku sendiri taktau apa yang menyebabkan aku gedik sangat nak join, maybe aku sendiri rasa macam dah tawar hati, so, aku macam perlu sesuatu untuk dalamkan semula rasa cinta aku terhadap company tempat aku bekerja. Ah gitu.

Habis, takkan aku nak pergi sorang kan dinner. So, aku ajak Elida dan Zuhana. Depa dua pulak setuju je. Senang cerita. Kami kena sahkan kehadiran a month before the event. Dan selepas sahkan kehadiran, bermula lah hampir setiap minggu aku dapat mesej dari Elida pasai baju apa nak pakai since kami kena ikut tema bollywood/hollywood. Elida siap ugut lagi, kalau pakai baju kerja nanti depa tak bagi masuk dalam dewan. Ceh, nanti korang tengok la dia pakai baju apa. 

Zuhana pulak diam-diam ubi berisi, dalam kata taktau nak pakai apa, kejap nak pinjam baju kakak la apa la, sekali dia dah pi Klang beli baju satu set ikut tema harga dekat RM300. Nampaknya tinggal aku dan Elida yang takda baju sesuai untuk di pakai. tapi, Elida tu aku tak risau sangat sebab dia ada banyakkkkk kain sari mak mentua dia bagi. Aku? Kalau susah sangat aku pikir nak pakai tema Angelina Jolie ja, biar terus tak meriah gambar kami nanti. Padan muka, eh, nak padan muka sapa, dah kalau aku yang travel jauh dari Kulim ke Shah Alam.

Seminggu sebelum dinner, aku dan Zu run experiment kami di makmal di Shah Alam. Dan, aku decide stay terus sampai dinner. So, untuk malam last tu, sempena dinner, kami book hotel di Blue Wave, sebab konon dekat sikit. Masa ni, aku takda lagi tau baju nak pakai. 

Since aku takda baju, 2 hari berturut-turut kami keluar cari baju tema aku.
First kami ke Klang. First time nih aku sampai Klang. Penasaran weh. Memang Little India betul. Masa tengah cari baju, boleh pulak terjumpa geng sirim lain tengah cari baju jugak.

Ini masa OTW nak ke Klang. Merah nya mulut mak ngah. Try test lipstik.

Dia ni acah je, padahal ...... korang tengok la dia pakai apa nanti...

Aku pilih aksesori, depa pun sibuk jugak pilih aksesori. 

Lepas dah penat pilih aksesori, kami pi pekena kopi. Ni kafe kopi kegemaran aku. 

Mak orang ni pun join kami sampai lewat malam, dia memang terasa bujang selalu kalau aku datang sana. Hai laaaa

Since aku masih belum dapat baju, esoknya kami ke Aeon Mall. Still takda yang berkenan. Akhirnya aku beli blouse hitam kosong je. Malas dah nak pikir. Lagipun aku ada bawak kain, harapnya kena la dengan tema.
Finally... Masanya telah tiba....





Mengikut tema kan.. Zu memang hebat




Bersama Vice President SIRIM Industrial Research

Bersama Tan Sri Chairman SIRIM

Nampak tak Elida sebenarnya pakai baju kurung je... hahahaha... Itu yang dia beria cakap kat aku sapa pakai baju kurung tak boleh masuk dewan, sebab, dia nak dia sorang pakai baju kurung.... Ceh....

Bersama Datuk President SIRIM

Bersama ex-Director IC sebelum jawatan director diserahkan kepada ketua setiap IC masing-masing
 


Lepas habis dinner, aku dan Zu hantar elida balik rumah dia. 
Eh, rupanya masing-masing tak kenyang makan dinner tadi. takpa, kita sambung drive-thru Mekdi dikeheningan tengah malam itu. Lepas tu kita hantar Mak Cinderella ni balik kat suami dan anak-anaknya.

Seriously, aku bersyukur aku join dinner tu. Sekurangnya it will be my sweet memory bila aku tinggalkan SIRIM nanti. Ada jugak kenangan aku dan kawan-kawan berhuha huha... hahahaha

Thanks kawan-kawan for a great night.