Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, October 17, 2024

Kembali bertugas- tamat sudah tempoh sebagai pelajar sepenuh masa

 Assalamualaikum,

Semalam, 16.10.2024, tarikh keramat aku lapur diri bekerja selepas 3 tahun menikmati cuti belajar sepenuh masa.

Bila dah kena masuk kerja, sadar lah bahawasanya, cuti belajar tu sangat precious. 

Masa awal-awal aku cuti belajar, aku selalu cakap aku menyesal ambik cuti sepenuh masa, aku tak suka stay kat kelantan, aku menyesal pilih USM Kelantan, aku menyesal macam-macam... Ya semua nya ayat menyesal. Semuanya ayat, itu la keputusan paling bodoh aku pernah buat. 


Tapi bila aku masuk je tahun ketiga, specifically selepas aku buat operation haritu, aku memang menyesal. Aku menyesal aku tak spend time betul-betul semasa the first 2 years aku sambung belajar. Aku tak sedar, bila masa aku jatuh cinta dengan USM Kelantan. I feel safe, i feel the belonging, i feel the love. 

Feeling yang aku tak pernah langsung sangka aku akan rasai. 

PhD is a tough course, tapi i really enjoy it. 

Tapi things happened. And aku yakin, everything happens for a reason. Siapa la kita menidakkan kuasa Allah.


Walaupun aku yakin permohonan sambung cuti aku akan diluluskan, semua orang pun aku dah bagitahu bahawa aku akan continue stay lagi di Kelantan, tapi kita hanya mampu merancang.

Secara logiknya, kesilapan di pihak HR tak patut berlaku. 

Secara logiknya, tak ada masalah pun untuk aku stay terus sahaja di kelantan sampai hujung tahun. 

Secara logiknya, aku patut stick kepada plan asal aku.


Tapi itu laaaa

After deep thought, menimbang tara baik buruk, aku buat keputusan untuk cancel semua perancangan. 

Salah satu sebabnya, aku tak dapat tengok kakak aku for the last time semasa dia meninggal, and selepas aku sampai dari Kelantan, semua orang dah tinggalkan tanah perkuburan. Remuk hati aku, adakah aku terlalu selfish? Am I too self oriented? 

Sebab kedua, aku taknak stay lagi lama dan makin kuat attachment nanti.

Aku jumpa quote ni, and it is one of the best quote to explain on what is happening:


ONE OF THE HARDEST GOODBYE happens when you love someone and at the same time see that it is impossible to build a healthy relationship with them.

Staying means to continue waiting for changes that wont come, tolerating actions that hurt you, accepting the bare minimum and losing yourselves in the attempt not to lose it. Walking away will hurt, but it will be the road to healing. Staying will continue to open the wound more and more. 

Sometimes you choose to leave, not because of lack of love towards this person, but because it is your own love that makes you take care of yourself, and with love you leave.

Don't be afraid of losing people. be afraid of losing yourself by trying to please everyone around you. 


Not exactly on what happened to me. Biarlah aku simpan dalam kotak hati paling dalam , gituuuu


Itu la orang kata, jangan terlalu benci, kelak jatuh sayang payah nak move on. 


Padan muka dayah! 


Selamat kembali bertugas dayah. I.Allah ada hikmah di atas segala yang berlaku, chill ok!

No comments: