Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, September 1, 2023

Know-know dah September 2023... hello blog, i am back

 fuhhhhh...fuhhhh...fuhhh (muncung itik aih mulut aku nak tiup debu-debu tebai kat blog ni)

Ya Allah kurniakan aku kekuatan untuk aktifkan semula blog ini bagi menemani hari-hari terakhirku dalam status pelajar sepenuh masa ini... aminnnn

In one year more, I have to go back as full-time worker...

And, after 2 years, I have already been in so much love with Kota Bharu. 

Aku siap declare kat budak-budak kat lab bahawasanya "aku kan orang kota bharu" sebab aku lebih familiar dan tau banyak benda yang berlaku kat kota bharu ni berbanding depa... hahaha

Perjalanan projek aku masih panjang, ada one tough milestone aku kena selesaikan sebelum aku boleh susun semula flow thesis PhD aku. Ye la, kita ni bab susun flow memang hebat, satgi run eksperimen tak dapat, jenuh plak. So, aku lebih prefer, run dulu eksperimen, once the results bagi data yang cantik macam orang hat run eksperimen tu, masa tu tulis la tesis hang all out...Gituu

New staff with Ph.D akan masuk mid of September. I hope the staff can assist me as much as she/he can so kita boleh deliver misi kerajaan ni sebaik mungkin. 

Aku ni serabut sikit la bulan september ni. Salah satu sebabnya, rumah aku dah boleh masuk, so, aku nak kena balik kedah dan singgah kulim untuk collect the house keys. Pastu aku nak kena selesaikan urusan api ayaq dan check the defects. Pening kepala la jugak bila tengok komen-komen pembeli yang dah ambik kunci, rumah depa terlalu banyak defects. Aku kan kalau balik kedah akan stay kat kampung, so, nak ulang-alik dari pokok sena ke kulim uruskan hal rumah tu required masa duit dan tenaga yang super banyak. Adududu. Dah setelkan hal defects rumah nanti, nak siapkan grills, kipas, lampu, perabot...And semua tu baru yer sebab yang rumah lama aku dah wakaf habih dah... kaching kaching kaching nak ambik mana niiiiii.. Takdak sugardaddy ka nak sponsor, ahakkks

Oh, aku lupa la nak update cerita mak aku. Taktau la pasaipa, jadi malas nak buka blog, padahal dalam hati memang nak update dan simpan kat sini semua tu. 

Ya Allah, kasi Hidayah kekuatan untuk update selalu blog nya..

Aku ada few cerita nak share kat sini. Kena list siap-siap la kot kan supaya aku tak hilang ingatan..hahah

1. Kisah mak aku kena stroke dan still survive until harini 😁.

2. Kisah aku kena refer untuk test mamogram dan ultrasound due to simptom and history 😉

3. Kisah rumah kesayangan yang punya lama tak siap-siap 🙆


Sebagai manusia, kita berusaha, Allah jua yang menentukan. Apa yang belaku semuanya dengan Izin dariNya...

Alhamdulillah for everything and everything happens for a reason.