Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, January 24, 2021

DINNER SIRIM 2020 - Memoir with besties!

Ini event masa awal 2020.

For the first time ever, aku join Aktiviti Dinner SIRIM. Aku sendiri taktau apa yang menyebabkan aku gedik sangat nak join, maybe aku sendiri rasa macam dah tawar hati, so, aku macam perlu sesuatu untuk dalamkan semula rasa cinta aku terhadap company tempat aku bekerja. Ah gitu.

Habis, takkan aku nak pergi sorang kan dinner. So, aku ajak Elida dan Zuhana. Depa dua pulak setuju je. Senang cerita. Kami kena sahkan kehadiran a month before the event. Dan selepas sahkan kehadiran, bermula lah hampir setiap minggu aku dapat mesej dari Elida pasai baju apa nak pakai since kami kena ikut tema bollywood/hollywood. Elida siap ugut lagi, kalau pakai baju kerja nanti depa tak bagi masuk dalam dewan. Ceh, nanti korang tengok la dia pakai baju apa. 

Zuhana pulak diam-diam ubi berisi, dalam kata taktau nak pakai apa, kejap nak pinjam baju kakak la apa la, sekali dia dah pi Klang beli baju satu set ikut tema harga dekat RM300. Nampaknya tinggal aku dan Elida yang takda baju sesuai untuk di pakai. tapi, Elida tu aku tak risau sangat sebab dia ada banyakkkkk kain sari mak mentua dia bagi. Aku? Kalau susah sangat aku pikir nak pakai tema Angelina Jolie ja, biar terus tak meriah gambar kami nanti. Padan muka, eh, nak padan muka sapa, dah kalau aku yang travel jauh dari Kulim ke Shah Alam.

Seminggu sebelum dinner, aku dan Zu run experiment kami di makmal di Shah Alam. Dan, aku decide stay terus sampai dinner. So, untuk malam last tu, sempena dinner, kami book hotel di Blue Wave, sebab konon dekat sikit. Masa ni, aku takda lagi tau baju nak pakai. 

Since aku takda baju, 2 hari berturut-turut kami keluar cari baju tema aku.
First kami ke Klang. First time nih aku sampai Klang. Penasaran weh. Memang Little India betul. Masa tengah cari baju, boleh pulak terjumpa geng sirim lain tengah cari baju jugak.

Ini masa OTW nak ke Klang. Merah nya mulut mak ngah. Try test lipstik.

Dia ni acah je, padahal ...... korang tengok la dia pakai apa nanti...

Aku pilih aksesori, depa pun sibuk jugak pilih aksesori. 

Lepas dah penat pilih aksesori, kami pi pekena kopi. Ni kafe kopi kegemaran aku. 

Mak orang ni pun join kami sampai lewat malam, dia memang terasa bujang selalu kalau aku datang sana. Hai laaaa

Since aku masih belum dapat baju, esoknya kami ke Aeon Mall. Still takda yang berkenan. Akhirnya aku beli blouse hitam kosong je. Malas dah nak pikir. Lagipun aku ada bawak kain, harapnya kena la dengan tema.
Finally... Masanya telah tiba....





Mengikut tema kan.. Zu memang hebat




Bersama Vice President SIRIM Industrial Research

Bersama Tan Sri Chairman SIRIM

Nampak tak Elida sebenarnya pakai baju kurung je... hahahaha... Itu yang dia beria cakap kat aku sapa pakai baju kurung tak boleh masuk dewan, sebab, dia nak dia sorang pakai baju kurung.... Ceh....

Bersama Datuk President SIRIM

Bersama ex-Director IC sebelum jawatan director diserahkan kepada ketua setiap IC masing-masing
 


Lepas habis dinner, aku dan Zu hantar elida balik rumah dia. 
Eh, rupanya masing-masing tak kenyang makan dinner tadi. takpa, kita sambung drive-thru Mekdi dikeheningan tengah malam itu. Lepas tu kita hantar Mak Cinderella ni balik kat suami dan anak-anaknya.

Seriously, aku bersyukur aku join dinner tu. Sekurangnya it will be my sweet memory bila aku tinggalkan SIRIM nanti. Ada jugak kenangan aku dan kawan-kawan berhuha huha... hahahaha

Thanks kawan-kawan for a great night.

 

Friday, January 15, 2021

Today, after 10 years.. What a day

 15 Januari

Satu tarikh yang akan sentiasa segar dalam ingatan

Nak tau kenapa segar

Sebab pagi-pagi tadi aku dah dapat notification FB pasal kawan aku post kat wall aku

Ceh, hampeh betol FB ni


Hurm, 

Hari ni, dah sepuluh tahun peristiwa tersebut berlaku

akan tetap dalam lipatan kenangan, insyaAllah


Dan,

Tahun ini jugak aku akan tinggalkan rumah yang aku dah duduk lebih 10tahun ni

Rumah yang banyak menyimpan kenangan manis suka dan duka

Walaupun ini rumah kedua aku di Kulim tapi hampir 1/3 hidup aku habis kat rumah ni


Awat la pulak aku nak sentimental

Padahal aku baru search cari rumah kat mudah.my je pun

Bukan nya aku dah nak pindah keluar esok

Poraaah dayah ni

Drama queen sangat

Thursday, January 14, 2021

Gunung Silipat, Betong, Thailand (25-26 Januari 2020)

Nak jadi cerita, masa penghujung tahun 2019, hajar ajak aku naik gunung. Since aku dah beberapa kali reject invitation dia, aku ambik keputusan untuk terima invitation dia kali ni. Lagipun ini adalah trip terakhir dia sewaktu bekerja di sirim. Lepas pada trip ni, surat perletakkan jawatan dia dah berkuatkuasa. A great loss to sirim. But, what to do, we deserved to find our own path. Buat apa tunggu dan bekerja di tempat dan dengan management yang cacamerba. Fuh, aku rasa tertampar pulak bila taip macam tu.. Tinggal aku ler yang masih melukut bersama sirim.  If only aku ada courage to move out and bravely explore the world, tapi, tu la, aku tak cukup superwoman macam hajar.
Takpa la, insyaAllah ada perkara tersembunyi yang Allah nak kita dapat pengajaran dari semua ni.

Awal tahun 2020, Sebelum Malaysia dan Thailand ditutup sempadan, dan sebelum Malaysia kecoh dengan isu covid, aku sempat masuk thailand dan mendaki gunung di wilayah Betong.

Betong, sebuah pekan kecil yang berdekatan dengan pekan pengkalan hulu, kedah. Ini kali pertama aku masuk ke thailand melalui pintu masuk betong. New experience orang kata.

Untuk trip silipat ni, kami folo group. Hajar yang uruskan, aku and syazana folo je. 


SILIPAT Full Of Love, Thailand

📆 25 & 26 Jan 2020 
💸 RM170

Include 
👉 Local guide 
👉 Powil
👉 Campsite & tent
👉 BBQ dinner
👉 Bfast

EXCLUDE
🙅‍♀Transport 
🙅‍♀Travel insurance
🙅‍♀ Lain² charge 

Pagi tu, dalam pukul 4am camtu, kami berkumpul di sirim dan bergerak dengan kereta hajar. Kami berlima iaitu hajar, wahidi (suami hajar), aku, syazana dan zulhazmi. Sampai gerik, kami solat dulu dan breakfast. Lupa nak snap gambar kedai. Ala, kedai kari kepala ikan salim tu. 

Lepas semua team sampai, kami bergerak menuju ke immigresen untuk urusan masuk ke Betong. Renyah sikit la, sebab, kat checkpoint baru nak setelkan urusan bawak masuk kereta kesana, urusan passport, dan paling sadis masa ni baru aku dan syazana perasan kami tak beli insurans personal untuk ke luar negara.. Haish, selalu kan dok hiking dalam negara je. Lupa pulak. Dah la urusan personal insurans kena uruskan sendiri, tak termasuk dalam fee trip ni. So, kami ambik keputusan untuk gamble, gamble dalam keadaan hati tak tenang. Risau doh, what if anything happen, masalah jantung ke, sesak nafas ke, macam-macam possibility bermain kat otak aku masa tu. Yela, selama ni kalau aku travel dengan kawan-kawan memang insurans ni agenda penting yang kena uruskan.



First checkpoint kami selepas berjaya cross the border adalah Iyerweng.
Sekarang dah viral Iyerweng ni, tanpa perlu hiking, kita boleh nampak awan karpet dari sini. Depa dah buat sky walk kat situ, masa kami pi skywalk ni masih dalam pembinaan, dalam 30% camtu. After raya camtu tengok dah viral skywalk ni. Laju depa buat kerja. 











Then, dalam pukul 3pm camtu kami berkumpul di km 28, iyeyerweng, Betong, Yala, menunggu powil untuk bawak kami naik ke pertengahan gunung silipat. Perjalanan menaiki powil ni nampak simple tapi menyakitkan. Ya Allah, jalan dah la berlubang-lubang, bergegaq makanan dalam perut aku. Kami berhimpit-himpit kat atas powil tu, masing-masing kena pepandai la imbangi badan supaya tak terjatuh. Azab naik powil macam naik gunung. Perghhhh

Aku tak snap gambar, gambar depa snap banyak, aku malas nak letak sebab aku tak paham napa phone aku kalau gambar dari kamera orang dia macam tak recognise. Dasar teknologi dari china mungkin, cia cia cia.

Half-way. Powil stop dan kami akan start hiking.

Perjalanan mendaki gunung silipat tak sukar. Sebab dia tak curam. Tapi dalam cuaca yang terik tu dan kami start masa matahari panas gila, aku tak tahan. Dengan keadaan beg yang berat sebab bawak macam takkan makan setahun, aku restless. Tambah pulak, berat badan aku bukan macam sepuluh tahun lepas. Sekarang nak bawak badan pun lotih, apatah lagi nak bawak bagpack yang macam bawak peti ais tu. Lagi 10minit nak sampai puncak, aku surrender, aku bagi hajar bawak beg aku. Kihkihkih. Lagipun, aku rasa, dulu aku ada big support masa naik gunung, kalini aku takdak cheerleaders untuk bagi semangat. (hidayah dan alasan berpisah tiada)...
Yang penting untuk kali ni, adalah, sampai ke atas. 

                                       

Dah sampai puncak, kami letak beg dan rest kejap. lepas tu kami naik sikit lagi laluan yang agak curam untuk layan sunset. best giler sunset dia. Esok kami akan layan sunrise pun kat atas ni jugak. 











Malam tu, dinner kami, masyaAllah. kalau aku tau la campsite thailand ni macam hotel 5bintang, aku bawak berus gigi je naik atas. Geram aku teringatkan beg yang berat tu. Kami dihidangkan nasi berlauk dan lokching yang banyak gila-gila sampai tak habis. Makanan memang best sangat. Siap diberi jajan lagi.



Esok pagi, selepas solat subuh, kami naik lagi ke puncak tertinggi untuk layan view. Thailand ni, depa punya tempat pelancongan memang patut bagi standing ovation la. Atas tu depa siap ada kedai runcit tau. Pastu atas puncak tempat kita layan view siap disediakan roti bakar yang panas-panas dan air macam-macam jenis. Memang 5star la.

























Ni keadaan khemah kami.




Ini tandas yang macam RnR punya tiptop. Kalah tandas masjid.



Dalam pukul 10am, kami gerak turun bawah, dan menikmati lunch.

Lepas lunch, pergi mandi jap kat air terjun, then menuju jalan pulang.

Sebelum checkidout dari Thailand, opkos la kita kena terjah 7e dia kan. Hey, rugi doh masuk thailand tak perabih duit kat dalam 7e. Ni tempat paling favourite aku. Nasib tumpang kereta orang, aku istighfar la masa mengambil barang-barang tu. Melampau la kan nak angkut berbondong-bondong beg plastik.

Alhamdulillah, selepas asar, kami selamat sampai ke destinasi akhir iaitu sirim kulim. 

Thanks hajar dan wahidi sebab drivekan kami.

Taktau la bila aku nak hiking lagi, sebab, aku kena sedar diri. First thing first, aku kena fitkan stamina.