Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, January 13, 2021

PKP 2.0 Malaysia 2021

Tadaaa 

Akhirnya, Malaysia mengambil langkah berani mengumumkan tindakan kawalan pergerakan bagi tahun 2021. Walaupun tidak se-intense seperti PKP1.0 pada Mac 2020 dulu, tapi, kesan pengumuman perdana menteri pada petang isnin lepas masih sangat ketara. 

Selepas je pengumuman, esoknya, Malaysia seperti a day before raya. Kereta penuh jalan, jalan jem, pasaraya sesak, paling tak boleh hadam, kedai emas pun penuh sesak, eh. 
kedai emas tu sesak sebab harga emas tengah turun sekarang. 

Dengar kata, roti gardenia dah kena serbu. Walau pun ada pengalaman setahun menghadapi covid-19, PKP2.0 masih lagi mengalami situasi panic buy. Tah apa la yang depa nak panic buy. Nak kata harga barang naik, memang harga bawang tengah mahal. Masa PKP2020 dulu, panic buy dahsyat tapi makanan masih mencukupi. Betul la kata sesetengah netizen, Covid-19 ni hanya activate semula pada hari PKP. Sebelum PKP, rakyat malaysia immune. Bila hari laksana PKP je, dan-dan la semua nak takut covid.  Eh, paham tak apa aku nak cakap ni.

Sehari selepas pengumuman PKP2.0, Perdana Menteri sekali lagi muncul kat kaca TV untuk pengumuman darurat. Yeah, nampak bertindih kan. Gitu la kerja orang politik. Betapa kita rakyat biasa risau takut kena buang kerja, depa pun takut jugak kena lepas jawatan. Bezanya, kita kena buang keja nangis celah bucu tiang la sebab saving pun illek, depa para politician kalau kena turun jawatan pun duit dalam akaun tak habis sampai 3 keturunan. 

Aku harini wfh. Boss aku memang prefer staff wfh kecuali ada keperluan untuk masuk ofis. Tapi, kulim ni kita tak kongsi lif, tak kongsi pengangkutan awam, so, kalau aku bosan memang aku masuk je opis sekejap sebab kat opis pun bukan ada sapa pun. Kami dah take proper precaution. Makan pun take away. 

So, demi menyahut seruan Perdana Menteri untuk rakyat Malaysia stay at home, aku akan pastikan, aku dapat submit proposal PhD kepada bakal supervisor tersayang, EH. 

Sebenarnya post ni nak habaq kata aku tengah perah otak buat proposal je pun. Haha. 

 Wish me luck.

No comments: