Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, September 25, 2019

Sedaq diri sikit masa makan tu

Aku kan bagitahu yang aku makan sebiji cupcake je untuk birthday aku.. 
So, harini masa aku pergi Giant kat Kulim ni, aku macam nak belanja lah diri sendiri another kek birthday. Ye la, mesti lah beli sendiri kan, ko ingat ko retis ada orang nak hantar suprise delivery kek.. haahaha

Aku pn ambik lah beberapa benda yang aku rasa nak makan sangat.. Altho its cheap, tapi sedap tho. 

Malam ni, sambil aku makan, aku pun kol lah mak aku. Tiba2 anak sedara aku yang angkat and kakak aku sambung cakap.
MasyaAllah, kuat giler suara depa. Apa ingat aku pekak. Pastu kakak aku kata, aku cakap lagi lah kuat, sakit telinga depa.. hahaha

Pastu kakak aku tanya, makan apa malam ni?
Aku cakap lah, aku tengah makan kek.
Kakak aku terus bebel, makan banyak lah, dah tua lah, kena reduce makan lah..

Last sekali dia bagi ayat padu,

"Balik hujung minggu ni, bawak balik semua kek yang ada dalam peti ais hang tu"

Eh, dia tau pulak aku ada stok makanan yang sangat banyak dalam fridge tu.. Ini sangat melampau..

Hahahaha

Pastu anak sedara aku ada DM,

"Makcik, bangun pagi jangan lah minum air manis. Bahaya tau dak. Umur dah banyak, kena sedaq sama"


Fine

Depa ni sekongkol ke apa....


Kalau ada balance, maybe boleh lah aku bawak balik sikit lebihan-lebihan tu..


BTW, kek kat bawah ni memang sedap. Aku memang minat giler lah dengan cheese kek and spring rolls bawah ni. 
Sambil makan ni, aku dok pikir, sapa lagi nak pergi Giant, aku nak order lagi kek-kek ni sebagai sourvenir dari holidays sebab aku tak beli apa2 pun.. hahaha
Masa aku tak beli apa2 ni lah, semua orang mintak sourvenir, korang kenapa hah???hahahahaah
Sesak napas aku angkut backpack berat, korang ingat aku terpikir nak beli sourvenir, aku masa tu pikir cemana nak angkat beg naik atas belakang pun dah berpeluh tau dak.. Beg aku dah lebih 15kg  agaknya masa tu. Depan belakang aku sangkut beg kat badan... Nasib lah gemuk, banyak bahagian nak menahan beg tu... kahkahkah





Tuesday, September 24, 2019

Kuala Lumpur, Ho Chi Minh, Siem Reap, Bangkok and back to Kedah menaiki flight, bus and train - alkisah tercipta (part 1)

(aku memang sengaja tulis tajuk BM-BI campur sebab nanti mat saleh suka skodeng blog aku, jadi nak elak kena skodeng, aku tulis mix, biaq depa konpius sikit memikirkan siapakah artis ini)

Aku dah 2 hari masuk kerja, tapi mood tak jumpa, hilang ke mana tah.. mungkin hilang dalam jerebu yang melanda Malaysia sekarang ni.. masa dekat sempadan Thailand haritu ok lagi, bila jejak je kaki kat tanah melaya ni terus kelam semangat tu... dan-dan lah lemau.. Pastu, masa aku masuk dalam komuter kat Padang besar nak balik ke Alor Setar tu aku dah start bersin dan gatal hidung. Habislah, rasanya aku tak sesuai dengan persekitaran Malaysia.. kahkahkahkahkahakahkah

Untuk rekod, 

Aku, Eju dan Ela (travel partners untuk Lombok dan Taiwan)

Kami telah mengakhiri perjalanan 11H10M kami dengan merentasi Malaysia to Ho Chi Minh (Vietnam) to Siem Reap (Cambodia) to Bangkok (Thailand) and back to Malaysia by flight, bus and train.

Best sangat sebab kami cuma flew to Vietnam, then we took bus, train, tuktuk and grabcar as our mode of transportation sehingga selamat sampai ke rumah masing-masing.. Its a dream gais!!!

Its my dream sebenarnya. I always wanted to visit Siem Reap, and wanted to try travel by train between Malaysia-Bangkok.. So, I am super duper happy bila makcik berdua tu without hesitation agreed to follow me.. yeahhhh.. Thanks a lot gais.

Kalau ikut review most people travel to Bangkok then to Cambodia and finished at Vietnam, lepas tu depa ambik flight balik KL. Tapi, setelah aku fikir, timbang-tara dan fikir sedalamnya, aku try nak masuk Vietnam dulu sebab aku rasa kami akan sedikit jakun di HCM dan tak dapat mengawal diri dan kos akan bertambah memandangkan opkos kami terpaksa tambang weight baggage nanti. Thus, I think I make a very good decision lah.

First thing first, aku book tix ke HCM for 3 person and 2 days before fly aku tambah meal which cost us RM100/person. Still cheap kan.

Then, selama berbulan aku usha blog, baca tripadvisor and search. Sampai lah last sekali aku decide untuk just book hotel. The rest should be decided by US. Or else, trip ni akan jadi trip aku seorang and aku akan terasa burden sebab kena pikir sensorang. For me, what is the purpose untuk travel together kalau hanya seorang je kena fikirkan dan solvekan semua benda. Baik travel seorang kan. Or boleh travel guna travel agent. Sebab semua orang bekerja, semua sibuk dengan kehidupan, tapi kita mempunyai minat yang sama iaitu travel. Jadi, kita kena seronok semasa merancang dan menikmati holiday ni. If rasa alone, better opt for another type of holiday. kehkehkeh


Selain itu, untuk Siem Reap, aku search dan jumpa dengan seorang Cambodian yang boleh bawak kami pusing Siem reap with good price. Nanti aku cerita dalam part lain k. 


Overall, trip ni success with less hassle. Ada jugak lah kena scammed, itu nanti aku cerita masa dekat entry yang berkenaan. 

Aku akan bahagikan trip ni mengikut negara yang kami lawati. And ada banyak gambar k.. 


One more thing, after a day kami balik, aku masuk opis dan berjaya selesaikan hutang-hutang antara kami... Officially trip ni setel dengan success.
Eh, Eju dah transfer semua gambar ke belum??? minah ni bukan boleh percaya


Bye


A Red Velvet Cupcake as my birthday gift this year

Dear guys,

Tahun ni aku hadiahkan diri aku sesuatu yang bermakna,
Agak mahal sikit la,
Nak cover sekali kekecewaan semasa birthday aku tahun lepas, dimana aku buat keputusan paling bodoh dengan pergi ke kilang customer semasa hari cuti yang juga jatuh pada tarikh ulangtahun kelahiran aku, itu lah antara decision yang aku regret, lepas ni kalau nak bantu orang kena pentingkan diri dulu, kecuali orang tu orang yang disayangi (kawan, famili)...

Eh, apahal intro aku negative sangat ni..

Tahun ni aku sambut birthday aku di dua negara, 
Pada 15 September 2019,
Aku berada di Vietnam (HCM) pada sebelah pagi, dan aku sampai Cambodia (Siem Reap) pada sebelah malamnya..
What a great celebration kan!!
Aku bayar sendiri tau sambutan  birthday aku tahun ni..

Actually,
Masa aku gerak ke KL untuk terbang ke Vietnam pada 11 September tu, Zu ajak jumpa kejap memandangkan aku berjaya re-schedule flight aku dari turun kat KLIA ke Subang Airport. 

Tau-tau jela kalau turun Subang maksudnya aku kena naik FireFly, dan firefly bagi air dan kacang dan karipap gergasi.. So, agak kekenyangan lah aku malam tu, tambahan pulak aku excited nak fly esok paginya maka lagi tak lalu makan lah aku, walhal aku dah janji nak dinner dengan zu..

So, malam tu sementara tunggu cik Ela datang pick-up aku, Zu bawak aku lepak dekat satu kafe area Subang Jaya.. Nama kafe tu Upstairs Cafe...
Memandangkan perut aku sebu, aku ajak Zu share air je..
So, Zu dengan baik hati telah pergi order air, dan kembali duduk kat kerusi dia dengan muka takda perasaan..

Sedang kami berborak, tiba2 aku nampak ada sorang waiter tengah nyalakan lilin atas sebiji cupcake dan berjalan ke arah kami... 
Without any expectation, aku ingatkan dia nak bawak kek tu ke meja chinese couple sebelah meja kami... Tapi chinese couple tu macam takdak reaction apa pun,

Suddenly,
That waiter walked to me.. Oh man...
Tengah typing ni baru teringat, aku masih tak menikmati kek birthday selain kek tu..

So, that is the earliest and only birthday cake yang aku dapat..



Thank you so much Zu

Its really special 

Last year Zu hantarkan sepotong kek SR dekat kilang customer on my birthday jugak, 
What a kind thought..




Ambiance dekat kafe ni memang best, cuma nak sembang tu kena kuatkan suara sikit sebab ramai orang dan semua orang bercakap dengan suara tak romatik, apa la orang KL ni..
Kalau kat Kulim kafe-kafe macam ni mesti tak dengar suara orang....

So, as usia makin berkurang,
Aku harap aku lebih matured mengharungi hari-hari mendatang,
Aku harap dapat less kan berat badan dan toningkan badan aku,
Tahun ni dan tahun depan memang dah tak sambung belajar rasanya,

Sebenarnya aku nak tukar career path,
Tapi, malangnya boss aku tak sokong permohonan aku,
Kawan aku kata, boss aku selfish, hurmmmmm
So, dengan opinion kawan aku tu, membuatkan aku rasa lagi hazabedah,
Nasib badan lah kan,
Tapi bak kata Zu, aku akan less kan expectation terhadap boss aku..

Haritu aku cakap aku rasa best kan dapat new boss ni,
To be honest, aku memang rasa best masa dapat new boss until I put expectation on her,
Itu lah kekurangan aku,
Day by day, benda tu makan diri, huhu,
Haips, apa ni cakap pasal kerja pulak...
Eh


Akhir kata,
Aku dah kena start pikir apa hadiah aku nak bagi kat diri sendiri untuk tahun depan..


Bye

Tuesday, September 3, 2019

Lemau

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidiladha, Salam Maal Hijrah, dan Merdeka!!!

Tarikh 28 August minggu lepas, genap setahun bapa tinggalkan kami semua.
Masih terbayang seminggu yang penuh galau dihati sewaktu di wad hospital. 
Cepat betul masa berlalu..
Semalam ada kawan tanya,
Mesti risau kan bila parent kita tak sihat, macam mana masa bapa masuk spital dulu?

I told her,
Itulah saat yang penuh shaking,
the panic tu sampai sekarang masih terasa, tak hilang-hilang,
Sometimes macam de-javu..
If only, If, I said IF,
Aidai kata masa dapat diputarkan kembali, 
Masa tu, masa kat spital tu, I will bring him back to home...
At whatever cost..

Eh apahal pagi-pagi cerita pasal kematian pulak ni...
.................................................................................................................................................


Last two weeks,
my mom kaki bengkak,
Dah berurut sakan, makan ubat macam-macam, jumpa beberapa doktor,
lat sekali after nearly a week, baru the last doctor tu mentioned yang dia kena gout, and check urine memang betul kena gout.
Bila balik kampung masa merdeka baru ni, dia cerita lah, everyday, sampai hari khamis tu pun, sejak dari dia start sakit kaki, siang dan malam, ada ja orang datang melawat..

Masa tu aku macam,
"Satu kampung ka viral, takdan nak masuk dalam facebook lagi"

.............................................................................................................................................

Apa lagi eh, ermmmmmmmmm

Nampak nya,
hari demi hari,
Dah tak ada benda menarik nak dilakukan,
Kerja pun so so sahaja,
Nothing fancy,

Memang lemau
selemau lemaunya

Haish..

Semangat,
ku seruuuuuuuuuuu