Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, February 21, 2021

Selepas 11 Tahun, Aku keluar dari rumah itu




Ini la rumah yang aku tinggal selama 11 tahun sepanjang aku bekerja di Kulim (Aku kerja di Kulim secara overall dah hampir 14tahun). 

Jumaat lepas, selepas asar, lori angkut hampir semua barang aku balik ke kampung. Dan, ada suku (katil bujang, rak baju, kipas, meja study etc.) aku angkut 3 trip menggunakan kereta barang-barang aku ke bilik sewa. Ya, aku sewa bilik je lepas ni.

Ini rumah kedua aku di Kulim. Masa awal datang Kulim, aku stay rumah lain. Rumah pertama tu aku stay for almost 3years la jugak. Ini rumah kedua, selama 11 tahun. Opkos, kalau orang dengar pun, orang akan tahu bahawasanya sentimental value rumah ni sangat tinggi kepada aku. Aku faced all kind of emotional turbulence kat sini. Aku masuk rumah ni a month before aku tukar status kehidupan aku to engaged. Masa tu aku yakin dan pasti, aku akan menghadapi dimensi baru setelah dirumah itu.
Nope. Allah ada perancangan yang lebih baik. After 11 years, aku tinggalkan rumah ni dengan status still single. Hehe. Opkos, everything happen for a reason kan.

Dalam posting aku sebelum ni, aku ada bagitau, aku tak tenang dengan bilik sewa baru yang aku dah booking and aku rasa macam something bad akan berlaku. 

And yes!

Aku tak jadi masuk rumah tu. Tuan rumah tetiba tak jadi sewakan bilik. And aku cuma figured out perkara ni hari khamis lepas, a day before aku angkut barang balik kampung. Itu pun selepas aku mintak nombor akaun tuan rumah untuk transfer deposit. Adududu, aku tak marah cuma aku terkilan sebab dia cuma bagitau selepas aku tanya. Sedangkan aku dah confirmkan dengan dia dan bagitau akan masuk end of Feb. Macam mana kalau 28hb baru aku mintak nak bayar dan dia pun baru nak bagitau. 

Habis tu, takkan aku nak kena stay hotel for another days sampai dapat new room?...Hurmmmmm

Dengan keadaan rumah sewa yang masih banyak barang nak kemas, tuan rumah pulak buat perangai mintak aku bayar sewa Feb sedangkan sebelum tu dia cakap nak guna deposit aku untuk bulan terakhir, dan macam-macam lagi masalah timbul. Sekarang aku kena hadap masalah bilik sewa baru pulak takde. 
Aku rasa macam nak skip je bulan Feb ni. 
Khamis malam aku start cari bilik. Jumaat pagi dalam pukul 8am, aku start keluar pergi survey rumah yang ada bilik kosong. Rumah kedua aku pergi, walaupun ada benda aku tak berkenan, aku pejam mata ja since aku nak kena tinggalkan siap-siap barang yang aku nak masukkan dalam bilik sewa baru tu. Takkan aku nak angkut semua balik kampung, pastu, nanti masuk bilik baru aku angkut semua pulak ke Kulim. Itu kerja BODOH namanya. 

Lepas je setuju dengan bilik sewa baru tu, aku terus bayar deposit. Dalam 9.30am, setel bayar deposit, aku beli lunch dan terus balik rumah sewa. Aku kena makan lunch pagi ni awal sikit, by 10.30am, aku ada meeting projek pulak. Since aku ketua projek, aku la kena chairkan meeting tu. Lepas habis meeting, aku mula angkut barang ke rumah sewa baru. 2 trip dulu, banyak barang aku angkut ke sana, baru aku tau aku bukan jenis minimalist. Balik dari angkat barang, aku sambung kemas barang, dan lori sampai sewaktu azan asar. Kami angkut barang naik lori, dan by 6.15pm, lori bergerak ke kampung. Aku sambung angkut satu trip lagi ke bilik sewa baru dan aku sambung cuci rumah sewa, sebab, by 7pm, aku dah nak gerak balik kampung. 
Ini first time aku bertolak balik kampung malam, sorang pulak tu, dan ikut jalan kampung. Jalan kampung ni ada tempat ada rumah orang, ada tempat hutan je memanjang, tu yang scary sikit. hihihihi

Masa sampai rumah kampung, terasa legaaaaa sangat. Finally, its s wrap. Lepas ni apa nak jadi pun, aku hadap je la.

Thank Feb for a memory.

Wednesday, February 17, 2021

COVID-19 &TEKANAN, AKU, KERETA PINJAM

Harini, aku buka FB. 

COVID-19 & TEKANAN

Dan, terpampang, kes bunuh diri di Penang. Astagfirullah, hampir setiap minggu, ya, setiap minggu, ada kes bunuh diri. Sedih. Serious, aku sedih. Aku rasa seperti nak jumpa mereka-mereka yang bunuh diri tu dan give them a big tight hug. Aku bayangkan betapa besarnya dugaan yang depa hadapi, sehingga, akhirnya memilih untuk bunuh diri. Walau apa pun bangsa dan agama kita, aku percaya, bunuh diri adalah jalan yang paling dilarang oleh agama. Terutamanya di musim Covid-19 ini, setiap dari kita menghadapi berbagai cabaran dan dugaan. Be it kewangan, kerjaya, anak, suami, keluarga mentua, keluarga sendiri, jiran, sedara mara, kawan-kawan, even diri sendiri juga boleh menjadi punca stress. Tak kira la apa jua punca nya, kita perlu memberi peluang kepada diri kita untuk terus hidup di dunia ini. Hiduplah selagi diberi peluang dan sisi masa oleh tuhan kita, dan nikmatilah nikmat dan kesempatan menghirup udara dan merasai kehadiran insan-insan yang kita sayang dan menyayangi kita. Setiap dari kita berhak menyayangi dan disayangi, samada oleh manusia atau haiwan. Ada orang keseorangan, tapi dia punya kucing atau anjing yang sangat setia disisi. 

Ramai orang terpaksa pergi jugak bekerja walaupun depa tau depa mempunyai simptom seakan dijangkiti virus covid, aku guna terms terpaksa sebab aku tau if depa ada a better option opkos depa akan pilih untuk pergi buat pemeriksaan. Why? Sebab, kalau depa tak pi kerja, company ugut nak bentikan atau tak dibayar gaji kalau depa kena kuarantin. Untuk orang yang boleh WFH atau menjalani kuarantin dengan gaji berjalan penuh, kita akan pandang mereka-mereka itu sebagai selfish. Aku percaya, depa lebih pikir jauh dari kita. Depa ada komitmen, ada anak, ada parent, ada isteri, mungkin ada famili member yang sakit, atau sebarang alasan lain. 

So, please, be tolerate. Keadaan sekarang dah cukup menekan dengan kos sara hidup yang tinggi, jangan kita menekan mereka sehingga mereka memilih untuk membunuh diri. Mati atas alasan bunuh diri adalah sangat menyedihkan sama seperti mati kerana covid. Kematian walau atas alasan apa sekalipun bakal meninggalkan impak yang besar kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. Jangan kita hina mereka yang membunuh diri hanya kerana kita faham agama tak benarkan kita bunuh diri. Betul, bunuh diri haram, tapi, kita kena sedar, adakah kita jugak mempunyai contribution kepada tekanan yang dia hadapi. Jangan kerana kita rasa kita dah cukup faham agama, maka, kita beri komen negatif kepada individu yang bunuh diri. 

Sesungguhnya kita tak berada di tempat mereka.

So, be human and have empathy.

Covid-19 is all about humanity and empathy.


AKU & KERETA

Macam aku maklumkan sebelum ni, aku dalam proses keluar dari rumah sewa sekarang. To be exact, aku kena clearkan rumah by end of this month. Rumah aku sekarang ni pulak, memang aku fully furnished kan. Bak kata kawan aku, ye la rumah fully furnished tapi status rumah sewa, pastu dia gelakkan aku. Kuang asam punya kawan. Since aku kena clearkan rumah, aku cadang nak bawak few barang ke tempat baru dan aku nak angkut mesin basuh tu balik kampung. Mesin basuh aku 13kg, dan masih functioning well. Kalau aku jual macam x sampai hati, tapi, nak angkut ke sana sini macam tak berbaloi. Aku mintak anak sedara aku yang kebetulan ada kerja di area Kulim bawak balik mesin basuh tu kekampung menggunakan lori dia. Aku janji mesin je sebab lori dia pun penuh dengan barang-barang construction.

Last week (rabu - 2days before raya cina) aku balik ke Kulim. Kakak aku cadangkan aku bawak kereta kat rumah since aku bagitau aku ada barang nak bawak balik dan tinggalkan di kampung. Kereta tu kereta VIOS TRD. Masa aku on the way ke Kulim, aku dah perasan kereta tu macam jerking dan aircond dia tak berapa sejuk. Aku sangat alert dengan any perubahan suhu dan bau, so, masa tu aku dah pikir samada aku nak patah balik atau nak teruskan je. Tapi, aku taktau la apa yang mempengaruhi otak aku, aku decided to teruskan je perjalanan ke Kulim. Aku selamat sampai Kulim dan rasa happy, ye la Kulim kan macam my hometown.

On 2nd day, aku masuk opis pagi tu dan balik rumah tengahari sebab lori anak sedara aku dah nak datang pick-up mesin basuh selepas 3pm.

Lepas lori blah, aku siap-siap dan lepas asar aku keluar minum kopi dengan kakNina. Gelak-gelak, gosip-gosip, cerita pasal masa depan, dan makan kek sesama, lama kot tak lepak kedai makan, tu adalah first day MKN bagi kebenaran untuk rakyat makan kat kedai tapi strictly 2person sahaja. 

On the way balik, lagi less then 2KM nak sampai rumah, kereta aku start stereng dah keras, lampu padam, semua icon dekat dashboard tu dah naik, pastu dhboard dah padam, suddenly kereta start slowing down dan dengan cepatnya aku ambik simpang ke UniKL (luckily benda tu jadi kat UniKL, ahhamdulillah). To cut it short, ada ramai orang datang tolong aku walaupun awalnya aku dah bagitau aku nak call towing je. Aku dah blank, masa tu dah maghrib, malam tu adalah malam tahun baru cina, dan aku kalau boleh taknak kacau sesiapa. It is the beginning of a long weekend. Tapi, nak buat macam mana kan, ramai sangat orang nak tolong. Aku tak la resist. Dan, dengan bantuan semua orang, malam tu kami berjaya bawak kereta aku ke rumah kawan aku yang berdekatan, dan tingkap dia dah jem (tak boleh tutup since masa kami boleh hidupkan enjin tu aku buka tingkap untuk bagi sejuk sikit). So, kawan aku tolong cari plastik dan cover cermin tu. Kawan aku hantar aku balik rumah dan aku tawakkal semoga takder la orang terpikir nak pergi curi bantal-bantal aku kat dalam kereta tu (aku baru beli bantal Hilton 6biji dari opismet aku, penuh kat seat belakang tu). Esoknya, kami mintak Bateriku datang, tukar new bateri and discovered yang masalah berpunca dari alternator yang disfuction. Slowly aku bawak kereta balik park kat rumah (since its CNY and Friday, so aku kena tunggu sampai bengkel buka pada isnin atau selasa, depends pada bengkel). 

Kalau famili atau kawan dengar aku stay kat Kulim sampai the next weekend, nampak macam biasa, normallah untuk hidayah. Aku memang biasa je duduk kulim seminggu. Tapi, personally, aku tak tau la kenapa, aku sangat stress, tertekan. maybe sebab aku budget on CNY aku ada kat kampung, tapi end up aku stranded kat Kulim for more than a week. Aku kan cakap aku duduk sorang, bila kereta tak boleh jalan, aku umpama patah kaki. Aku ada bekalan makanan yang mencukupi (aku baru beli minyak masak, beras basmathi faiza yang sedap tu sekilo, 2 carton air mineral, tins of carbonated drink, sardine, eggs, lots of aiskrim, jajan), tapi aku masih rasa tertekan. Aku boleh order foodpanda and aku memang order foodpanda (briyani ayam, mutton briyani dan cheese garlic naan) tapi aku tetap rasa aku tak cukup makan hahahaha. Entah la, aku pun tak paham, apa loop yang membuatkan aku rasa macam tu. Aku cukup segalanya, aku ada duit cash in hand, aku ada kawan live nearby, tapi tetap, aku rasa sesak nafas. Kalau orang dengar, orang akan cakap aku tak bersyukur dan negatif.

Isnin malam haritu, aku rasa helpless. Betol, benda simple, nothing effected pun, tapi aku rasa helpless. Lepas solat maghrib, aku perah otak, apa lah hikmah yang Allah nak bagi. Apalah good thing behind all these. Apa yang Allah nak tunjuk sebenarnya. 

You all know what!

1. Aku berjaya khatam quran. Something yang memang aku aim nak buat sebelum masuk Ramadhan this year. Alhamdulillah.

2. Aku berjaya kemas barang-barang, buat satu keputusan yang sangat bijak, berjaya dapatkan lori dan aku akan bawak semua barang aku balik kampung.

Ini yang berlaku setakat hari ni. 

Ikut plan awal aku, aku akan letak barang aku kat tempat baru yang aku akan sewa. Tapi aku tak la tenang sangat dengan keputusan tu. Tapi bila aku buat keputusan untuk bawak semua barang balik kampung, aku rasa tenang. For me, this is the best decision, so, if im not happy at new place I can move to new place.

Harini Rabu.

We will see what will happen after this.

But I know, something gonna happens.

Jumaat petang, berkemungkinan aku akan bawak semua barang balik ke kampung.

Adakah aku akan jumpa Prince Charming nanti? hurm.... 

Lets pray for hidayah

And lepas ni no more kereta pinjam. I need my viva at it best.

Monday, February 8, 2021

Bebelan sempena PKP2.0

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 Januari – 4 Februari 2021; Kelantan bermula 16 Januari – 4 Februari 2021 dan; Terengganu, Pahang, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Kedah  

Dan fasa kedua telah dimulakan bermula semalam, bermula 22 Januari – 4 Februari 2021. Perintah Kawapan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri Sarawak bermula 13 – 26 Januari 2021. 

Dan sekarang kami semua sedang menempuh fasa kedua PKP2.0 bermula dari 5 Feb sehingga 18 Feb 2021. Secara peribadi, aku tak nampak kemana PKP2.0 akan membawa masa depan kami semua sebab yang dikawal hanya pergerakkan rakyat marhein yang kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam. Sedangkan masih ramai yang bebas bergerak, dan ada yang mengambil kesempatan dengan hanya menayang surat pelepasan company yang hanya mungkin dikeluarkan hanya sekiranya ada kerja penting yang memerlukan keberadaan di pejabat. Mungkin PKP2.0 ni hanya drama yang ingin memeriahkan media sosial. Entah la labu.

Sekarang dah musim kemarau. Dari hujung tahun lepas lagi. Malam dan pagi sejuk sehingga ke tulang hitam. 

Bila dalam keadaan sejuk macam ni dirumah, aku terbayang, andainya saat ni aku naik gunung, perghhhhh, mesti best gila. Boleh bayang dah, mesti malam-malam makan megi dan minum kopi panas. Tidur malam dalam sleeping bag mesti tak cukup nak menghangatkan, kena bawak tambahan selimut. Konfem la begpack aku berat. Nampak tak bayangan gurauan aku tahap mana. Aku dah bayang bagpack aku berat dan besar macam mana. Sampai aku terlupa, pertambahan lemak aku pun dah sama besar dan berat dengan bagpack tu. Kahkahkah. Indah betoi no hidup dalam bayangan gurauan.

Aku kan sekarang PKP di kampung. Ya, lepas je PM umumkan PKP, esoknya sebelum PKP start, aku kemas kain baju dan lepas je opis hour aku terus balik kampung. Balik kampung dan stay at home for at least 7days baru aku keluar pergi kedai beli barang.  Kenapa aku tak stay je Kulim? Hurm, aku rasa aku boleh jadi half-siuman kalau aku PKP kat Kulim. Aku ni, cuti weekend ada masa yang aku tak balik kampung pun aku dah tak boleh beza hari siang atau malam. Itu baru sampai hari jumaat, bila sabtu aku dah kena keluar meronda pusing Kulim, takpun pergi cuci poket dekat Tesco atau Giant. Aku kan duduk sorang, kalau aku tak keluar rumah, aku tak boleh beza, hari tu siang atau malam. Lain la kalau masa rumah aku ada orang dulu, aku dengar dan nampak pergerakkan housemates aku pergi kerja (kalau hari jumaat since depa kerja jumaat) dan masa hari sabtu depa akan keluar balik kampung atau pergi jalan-jalan.

So, bagi mensiumankan diri aku, memang aku balik kampung. Walaupun line dekat kampung adalah hazabedah, tapi ruang tamu rumah aku line ok. Pandai kan line kat rumah tu permainkan hati aku. Cuma ada sekali tu aku ada important meeting, yang mana aku kena actively bagi info dan jawab soalan, boleh pulak masa tu line celcom buat perangai hazabedah dia, aku tak boleh tethering ke laptop. Tambah memanaskan keadaan, telefon aku pulak sound speaker tak kuat dan aku cari earphone tak jumpa (rupanya dalam kereta, earphone laptop dan handphone tak sama, kena guna jenis verasingan, since selalu meeting guna laptop je, aku terlupa earphone handphone aku tak keluarkan dari kereta). Nasib baik la, that meeting went well and one of the panel tu siap puji i lagi.. hahahaha..

TBH, aku tengah serabut baca jurnal. Aku ada few topics yang aku berminat nak further develop for my study, tapi aku tak pasti adakah resources aku cukup. Argh. Resources ni merangkumi facilities kat lab (kami dah tak more into research, so, banyak equipment dah tak calibrate dan tak maintain), equipment aku nak guna untuk testing, cost untuk aku beli chemicals, teamwork (aku sedar, tanpa team siapa lah aku, aku tak boleh work in silo, and i dont believe in working in silo, walaupun aku suka gaduh dengan boss tapi aku tetap perlukan bimbingan someone yang ada knowledge and technical expertise), support system (ada few proposal yang aku dah tulis tapi tak boleh submit sebab aku xtau nak channelkan ke mana. Kalau aku cakap lebih-lebih akan nampak macam aku cari kelemahan tempat aku bekerja, better aku diamkan dan anggap aku je yang malas mai keja goyang kaki hujung tahun boss tanya aku buat apa, aku cakap je la aku makan gaji buta), dan paling crucial duit untuk support research aku tu (opkos la ni paling penting kan). Tapi untuk pastikan aku dapat grant to fund my research study, aku perlu pastikan aku dah strengthen all the factor isitu equipment, facilities, teamwork dan support system aku. Dan, aku jugak dalam dilema nak pilih supervisor. Aku ada beberapa pilihan. Buntu betoi la. Sebenarnya ni je yang aku dok buat sepanjang PKP ni. Kecelaruan pilihan. Aku kena pastikan aku berjaya register sambung study  sebab ini adalah KPI aku untuk tahun ni. Bukan setakat KPI kerja tapi ni KPI hidup aku yang dah bertahun aku asyik postpone until further notice. kihkihkih. Aku dah lepas duedate KPI ni lama sangat dah, macam-macam alasan aku cipta hanya untuk justify kepada diri sendiri kenapa aku tak dapat capai KPI. 

Adakah orang lain pun macam aku. Cipta alasan sendiri kepada diri sendiri just untuk justify kenapa kita tak boleh capai. Just to proof yang ia bukan kelemahan diri sendiri. Sedihkan hidup dengan mencipta alasan padahal akulah punca kenapa alasan itu terpaksa dicipta. Aku mencipta alasan untuk menipu diri sendiri, dan alasan itu pun satu penipuan. 


Eh, apa aku membebel ni. 

Sekarang ni, yang salah aku atau PKP? 

Eh, jap, ni ke benda yang aku tengah bebelkan? Aku tengah cari kesalahan ka? 

Pening la.

Ok la, aku nak kena solvekan persoalan ni kejap.

Bye