Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, August 30, 2020

Setelah 2 tahun

28 Ogos 

setiap tahun, 

InsyaAllah takkan dilupakan tarikh pilu ini


Pagi jumaat lepas, kakak aku ingatkan semua orang bahawa telah 2 tahun bapak aku tinggalkan kami

Haish,
Cepatnya 2tahun,
Kenangan 2tahun lepas di was 5B takkan dilupakan
Rasanya trauma 3hari terakhir dihospital akan sentiasa menghantui

Al-fatihah
Rindu yang tak pernah hilang
Sayang yang takkan terbalas
Kasih sepanjang usia

Abadi dalam kenangan dan ingatan

Kalaulah ada harga yang dapat ditebus untuk menghilangkan rindu ini, nescaya harta kerajaan terkaya didunia pun takkan mampu membeli nya.

Setiap kali lalu di tepi kubur, dapat dilihat bunga melur memutih di atas kubur bapak. Ingatkan abang yang tabur setiap kali solat jumaat, rupanya pokok melur yang ada kat situ dah berbunga dan bunganya jatuh betul-betul atas kubur bapak yang tak berumput... Semoga singgahsana bapak disana mewangi dan indah seperti kuburnya..